Home Novel Cinta Kasih Tercipta
Kasih Tercipta
Yana Agasshi
26/1/2021 18:06:03
31,387
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 1
BAB 1- NURUL ZAHRA


   "YA ALLAH anak dara ni sorang.. Tak bangun lagi, dah pukul berapa ni..? Matahari dah atas kepala, kamu masih membuta lagi tak ingat dunia Ya Allah..." 


Bebelan Razila serancak tangannya yang mengutip kain baju bersepah di atas lantai bilik anak gadisnya. Geleng kepala dia melihat puteri bongsunya yang terlentang tidur atas katil dengan sebelah kaki melekat pada dinding kayu. Terkangkang. 


     "Nurul Zahra oi..! Bangunlahhh..!" Tinggi nadanya kali ini sambil bergerak pula ke arah jendela kayu lalu menolaknya membuatkan cahaya terang menyimbah masuk ke dalam ruang kamar yang tak berapa luas itu.


Nurul Zahra yang di atas katil menggeliat dengan muka berkerut bila lenanya diganggu. Selimut nipis bercorak bunga ditarik menutupi kepala walaupun belakang tubuh dah perpeluh dek wap panas. Nak harapkan kipas tuanya yang di atas meja sebelah katil itu, hmh..hidup segan mati tak mahu.


Razila bercekak pinggang. Kus semangat kalau bab mengejutkan Zahra sorang. Degil tahap malaun. Nak tak nak, dia lantas mendekati katil bujang Zahra lalu menampar kuat peha anaknya itu.


     "Aaahhh!" Zahra mengaduh sebal. Laju dia angkat tubuh menggosok-gosok pehanya yang terasa perit. Dengan mata separuh terbuka, rambut serabai, dia memandang ibunya tak puas hati.


      "Sakitlah mak.. Apa ni.? Alaa.."


"Cuba kamu bukak mata tengok jam kat dinding tu.. Dah pukul 11 Zahra oi.. Bangunlah mandi sana.. Tolong mak kat dapur.. Ya Allah. Tak malu ke kamu kat Dina sebelah tu? Mak tengok dia awal awal pagi lagi dah jemur kain baju kat ampaian."


Zahra menjeling. Mula la tu sesi membandingkan anak sendiri dengan anak jiran sebelah. Habis kisah sejak lahir diungkitnya satu persatu. Hari-hari dengar boleh naik nanah dalam telinga.


     "Dina tu baru 17 tahun, muda dari kamu. Tapi perangai lagi matang dari kamu. Pagi pagi dah kemas rumah, tadi nampak pergi kedai beli barang untuk masak. Hah, senang mak dia duduk berehat aja kalau dah Dina buat semua kerja," panjang lebar Razila berhujah.


Yelah, cemburu juga melihat anak jiran sebelahnya tu sorang. Dahlah pandai, rajin pula tu. Tak ada pun dia dengar suara mak budak tu terpekik terlolong macam dia ni hah.


Zahra menjuih lagi. Gadis genit itu turun dari katil. Menggeliat sambil menguap luas. Muka dah cantik, manis dipandang tapi ya Allah. Menguap pun tak tutup mulut.


Razila menggeleng lagi. Apalah nasib.


     "Dah,dah. Mandi sekarang. Nanti abang kamu balik tengok tak mandi lagi, bising pulak dia," ucapnya seraya berjalan keluar dari kamar.


Zahra mencapai tuala mandinya yang disangkut sebelah almari lalu membuntuti langkah ibunya. Mereka memasuki ruang dapur yang 100% terbina dari kayu dan papan.


Alah, biasalah. Rumah orang kampung. Rumah tak mewah, tak juga buruk sampai nak runtuh tapi Alhamdulillah boleh buat berlindung mereka 4 beranak.


     "Abang Hafiz tu memang macam tu. Memang selalu tak puas hati dengan orang. Acah-acah je."


"Kamu pun satu, janganlah melawan kalau dah tahu perangai abang kamu tu macam tu. Ni tak. Mulut tu nak melaaaawan aje. Dengan kakak kamu pun sama."


Zahra berdencit. Asyik dia je yang kena.


Dia dah didepan pintu bilik mandi. Memandang ibunya yang sedang mencari sesuatu dari peti sejuk.


      "Mak selalu lebihkan abang Hafiz dengan dengan kak Mel. Jangan-jangan orang ni anak angkat tak."


    "Ha, memang kau anak angkat," celah satu suara garau membuatkan Zahra tersentak.


Dia kerut dahi memandang susuk abang sulungnya yang entah dari mana muncul melalui pintu dapur bergerak kearah salah satu kabinet dapur yang dah tak diguna.


     "Kau dulu mak jumpa dalam tong sampah surau. Sebab tu perangai kau pun dah macam sampah masyarakat," selamba Hafiz berkata sambil serius mencari sesuatu dari dalam kabinet.


Zahra ketap gigi tak puas hati.


     "Yelah. Orang anak pungut. Abang jelah anak kesayangan kan," bidasnya geram.


"Mak, nampak tak kotak hijau dalam almari ni? Ada barang motor abang." Hafiz menyoal pada Razila sekali gus tak mengendahkan kata-kata Zahra.


Zahra hentak kaki sendiri lalu melangkah masuk kedalam bilik mandi dengan muka cemberut.


     "Tak tahu lah mak. Tak perasan. Abang nak buat apa..?"


"Tu, Amar kat luar. Dia nak guna untuk baiki motor abang lah. Sebab kalau beli baru mahal."


     'Bamm!' - Kuat bunyi pintu bilik air terhentak pada dinding membuatkan Hafiz dan Razila sedikit kaget.


Dilihat Zahra dah tercegat dimuka pintu dengan senyum sampai ketelinga. Mata yang tadi mamai pun dah terbuka luas.


    "Abang Amar? Mana? Mana? Mana? Kat luar ke??" Soalnya kalut. Teruja benar!


Tak sempat lagi dapat balasan, laju dia berlari kearah pintu depan. Kepalanya ditutup menggunakan tuala mandi.


Langkahnya terhenti dimuka pintu saat melihat sebatang tubuh tercegat didepan rumahnya. Melihat susuk jejaka hitam manis itu, dia mula 'control' ayu. Tersenyum sipu-sipu kalahkan gadis melayu terakhir.


     "Abang Amar, mari lah sini sikit. Panas tu," ajaknya dengan suara yang dilembutkan. Menempel pada dinding dengan sebelah kaki dikuis kuis pada lantai. Gedik dah macam sotong kurita.


Lelaki tinggi lampai yang dipanggil Amar itu membalas dengan senyum nipis. Senyum ala kadar saja. Rela berpanas kot dari terima pelawaan Zahra.


Zahra tak berputus asa demi cinta ikhlas pada si crush pujaan.


     "Abang dah sarapan? Mari lah sini dulu sarapan dengan Ara.."


"Sarapan mangkuk hayun kau pukul 11." Hafiz mencelah lagi entah dari mana muncul. Lelaki berkulit cerah itu menghampiri Amar sambil menghulurkan satu kotak hijau.


Zahra menjeling sebal. Spoil!


     "Kalau ya pun nak ajak tetamu masuk, cuba kau cermin sikit muka tu. Dengan air liur basinya lagi, taik matanya lagi, muka sememeh. Tak senonoh langsung," lancar peluru berpandu dari mulut Hafiz menembak tepat Zahra didahi.


Gadis itu terkedu sesaat. Dahla si Crush depan mata. Rasa hangat menjalar dikulit pipi. Mesti mukanya sekarang merah padam. Aduuhhh..Tak guna kau Hafiz. Berani beraninya jatuhkan air muka aku depan abang Amar. Siap kau nanti!


     

     "Ishh!! Jahat!" Ucapnya geram sebelum menonong pergi dengan muka masam mencuka.


Hafiz cuma mampu menggeleng kepala. Dia kembali pada Amar yang tenang seperti biasanya. Kesian temannya ni sorang. Jadi mangsa gangguan si Zahra.


     "Maaf. Kau abaikan je dia. Otak tak berapa sihat tu."


Amar tersenyum nipis. Tak ambil pusing pun hal itu.

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi