Home Novel Cinta Kasih Tercipta
Kasih Tercipta
Yana Agasshi
26/1/2021 18:06:03
31,353
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 6
BAB 6


   "HUARGHHH....," luas mulut Zahra menguap sebelum batang tengkuknya digerakkan kiri dan kanan membetulkan urat saraf. Lenguh plus mengantuk. Jam sekarang mungkin sudah menginjak ke angka 4 pagi. Lagi 2 jam sebelum syifnya berakhir.


Sementara tunggu 2 jam itu berlalu, tangannya lincah bergerak memasukkan sarung tangan yang 'berjalan' di atas mesin tread ke dalam plastik. Pengalamannya selama 2 tahun bekerja sebagai operator kilang sarung tangan membuatkan dia sudah di level-level robot. Laju gila!


Yang Faiz sebelah dia sekarang siap boleh pejam mata lagi. Pro. Okey so basically, kilang sarung tangan ni tak adalah kilang besar yang macam kat bandar. Kilang kecil kecilan saja usaha anak jati kampung ini sendiri dan pekerja kilang pun orang kampung ini juga atau tak pun orang kampung sebelah.


Operator dalam 80 orang aje. Kerja 2 shift. Syif pagi mula 10 pagi sampai 6 petang. Syif malam pula bermula 10 malam habis 6 pagi.  Kerja tak berat tapi tak boleh duduk. Haaa... Berdiri ajelah 8 jam sehari. Tangan pun tak boleh rest kalau tak nak miss sepasang sarung tangan. Kalau sorang miss, yang lain pun habis kucar kacir sebab sarung tangan bergerak non stop di atas tread tu. Semua kena pantas dan cekap.


Kecuali Wahida. Gadis itu sorang bekerja di tingkat atas. Di bilik pejabat berpenghawa dingin sebagai kerani merangkap setiausaha bos besar. Dia cuma kerja dari jam 7 pagi ke 5 petang. Kerja pun tak penat fizikal. Maybe penat otak jelah sikit-sikit.


   "Balik nanti aku nak tidur puas puas," Faiz bersuara setelah sekian lama membisu. Membisu pun sebab mengantuk yang amat. Kalau syif siang audah tentu tentu lah 8 jam straight duk potpet potpet.


Zahra menoleh sekilas.


   "Benda sama je kau cakap hari-hari. Lepastu balik nanti kau tak tidur kan? Main game abang kau sampai tengahari."

  

   "Tak tak tak.. Kali ini aku taubat, sumpah aku balik tidur. Berat sangat dah mata aku ni weh. Tak boleh bukak dah ni."


   "Hmph," Zahra menaikkan mata ke atas. Macamlah dia tak kenal si Faiz. Cakap tak serupa bikin.


   "Ara, malam ni kau nak join tak?" soal Faiz mengubah topik perbualan dalam sekelip mata sedang tangan masih lincah bergerak. Zahra di sisinya yang cuma separas bahu dipandang.


Zahra ikut menoleh.


   "Join apa? Cuba cakap tu bagi terang sikit.. Aku Malas tau tak nak tanya banyak kali."


   "Tsk kau ni. Tahlil kat surau malam ni la... Mak kau tak bagitahu kau ke?"


   "Malaslah.. Aku nak tidur."


   "Lah.. Banyak weh makanan sedap... Rugi kau tak datang."


   "Aku suruh jelah mak aku tapau untuk aku. Apa susah. Macam tak biasa pulak".


   "Betul ni? Tak menyesal tak jumpa pujaan hati kau?"


   "Apa kau cakap??" serta merta reaksi Zahra berubah mendengarkan bicara Faiz. Penuh minat dia membalas pandangan teman baiknya itu.


   "Siapa? Pujaan hati? Abang Amar?"


   "Berapa orang yang kau hati kau puja ni Ara? Kau biar betul."


   "Tak. Serius ni. Abang Amar? Abang Amar pun ada ke malam ni?"  beria Zahra menyoal mendapatkan kepastian. Bercahaya matanya menanti jawapan.


   'Tsk tsk tsk...,' Faiz menggeleng-geleng kepala.


   "Jahat kau ni Nurul Zahra. Suruh datang baca Yassin tak nak, sayang katil, sayang tidur. Tapi bila cakap ada pujaan hati, bersungguh kau kan? Kau lebih puja sesama manusia berbanding Yang Maha Berkuasa ke?"


Haaa.....Itu hari Ustazah Zahra. Hari ini kita import Ustaz Faiz pula turun padang.


Zahra mencebik tarik muka. Nak marah tak berani. Diam ajelah dulu.


Faiz tersenyum puas hati. "Ehem. Tulah kau.. Cakap ia-ia sangat nakkan abang Am. Kau tak cukup ia-ia lagi ni. Kau tak tahu ke abang Am tu kaki surau kaki surau?"


Zahra jeling lagi.


   "Kaki surau dengan kaki tahlil lain okey?"


   "Tak kalau yang buat tahlil tu nenek dia sendiri bongok...."


   "Siapa? Nek Limah?" dahi Zahra berkerut seribu.

 

   "Dia buat tahlil untuk sape?"


   "Ya Allah... Takkanlah untuk kau Ara oi... Mestila untuk arwah laki dia... Arwah mak ayah dia ke, nenek moyang dia ke. Itu pun tak boleh fikir ke? Mitos yang cakap IQ kau tak sampai 90 jangan-jangan betul tak..," sedap pula mulut Faiz mengutuk Zahra depan-depan.


Untung saja Zahra sudah dibuai dengan bayangan indah Amar mengaburi mata dan telinga. Dia sudah tak pedulikan apa yang keluar dari mulut Faiz barusan. Senyumnya lebar, matanya bersinar.


   "Malam ni on... Apa aku kena bawak? Yassin? Yassin bawak sendiri ke guna surau punya? Kat surau ada Yassin kan?"


   "Astaghfirullahaladzim...," Ustaz Faiz datang lagi. Menggeleng kepala memandang Zahra dengan pandangan penuh simpati.


"Jahil jahil aku ni Ara, boleh 2,3 kali sebulan jejak surau. Kau sampai tak tahu kat surau ada Yassin ke tidak? Ya Allah... Ni, alif ba ta kau kenal tak ni? Kau jangan malukan aku Ara. Anak sedara aku boleh baca Al fatihah tak tengok muqadam tau."


   "Hish kau ni Faiz.. Ada makan pelempang aku karang. Ke nak gabung tahlil laki nek Limah dengan tahlil kau sekali malam ni?"


Faiz tersengih kalahkan kerang busuk. Terkadang kalau Zahra mengamuk, boleh setanding dengan Melisa. Baik jangan dijolok sarang tebuan.


  "Sorry . Gurau gurau saja bhaiaa. Jangan mara mara la adey maness...."


Zahra jeling dengan tawa kecil yang tak dapat ditahan. Lucu mendengarkan lenggok Bangla dari Faiz itu. Tak jadi nak bertukar jadi hulk.




**********



        "LETAK SINI DULU," Munir menyepak 1 tong kosong sebelah kaki meja memberi ruang untuk Amar meletakkan ekzos kereta yang baru sampai di situ. Sekali angkat 3 sekaligus, mana tak keluar urat jantan.


  "Pfff.....," Amar membetulkan tulang belikatnya sebelum kembali berjalan ke luar bengkel untuk memyambung kerja membaiki kereta salah seorang pelanggannya semalam.


Hari ini terpaksa buka bengkel awal sebab supplier hantar barang awal. 7 pagi pintu dah buka, hah, ambik kau. Boleh dapat anugerah bengkel berwawasan nih.


   "Am, kejap lagi dalam pukul 10 kau call Uncle Leng. Suruh dia ambik kereta dia. Aku dah siapkan malam semalam," arah Munir serius terserlah 'jawatan'nya sebagai bos bengkel.


Tapi tak sempat lagi Amar menyahut, anak matanya menangkap sesusuk kelibat yang melenyapkan karismanya di pagi hari. Senyum nakal merekah dibibir.


     "Ehem ehemm. Siaapppp sedia! Burung murai mini dah datang!"


Mendengar itu, Amar yang berdiri dekat rak luar bengkel spontan menoleh ke arah jalan. Dilihat Zahra dalam seragam kerja melangkah laju ke arahnya dengan senyum lebar seperti biasanya. Senyum yang tak pernah berubah. Tak sedar bibirnya turut mengukir senyum nipis.


    "Abang Amar!" satu sapaan lantang mematikan senyumnya serta merta. Laju dia mencapai alatan yang diperlukan lalu bergerak kearah bonet depan kereta tanpa menghiraukan Zahra.


Zahra setia menempel ceria. Terbiasa diabaikan.


   "Awalnya buka bengkel harini. Dah sarapan ke?"


   "Abang Amar aku tak pasti tapi abang Munir belum. Adik Ara ada belikan sarapan ke?" celah Munir membuatkan Zahra mencerlung tajam.


Cukup untuk buat Munir ketawa geli hati.


Zahra mencebik sekali sebelum kembali pada Amar dengan muka yang dimaniskan semula.


   "Semalam kan Ara pergi funfair. Lepastu Ara ada belikan hadiah untuk abang. Nanti Ara bagi sebab ada dengan Ida. Dalam beg dia. Ara tak bawak beg sebab si Melisa tu curi bag Ara. Hishhh.. Tak habis habis nak rembat barang orang. Kalau barang dia.."


   "Tak baik cakap kakak sendiri mencuri.. Kalau bukan dengan adik beradik, dengan siapa lagi dia nak pinjam barang?" tenang nasihat ringkas itu keluar dari mulut Amar tanpa memandang Zahra.


Zahra terdiam sejenak. Mati kata. Bab Amar bercakap tu satu hal. Satu lagi bab dia pula yang disalahkan dalam isu ni. Kedua kalinya. Riaknya mula berubah sedikit mendung. Mencebik sambil kakinya dikuis kuis pada lantai simen.


   "Abang pun sama macam mak. Dengar sebelah pihak aje lepastu tuduh melulu. Abang tahu ke apa yang Melisa buat kat Ara? Abang tahu ke apa yang Ara dah korbankan untuk Melisa?" lancar pulak mulut kecilnya bertutur penuh emosi. Siap ada air mata dihujung mata.


Amar menoleh terkedu. Tak sangka pula nasihatnya boleh buat Zahra terasa hati.


   "Malaslah cakap dengan abang," sambung Zahra lagi sebelum Amar sempat membetulkan situasi.


Zahra mengetap gigi memberi jelingan tajam pada Amar sebelum membuka langkah untuk beredar. Cara hentak kaki pun dah jelas menunjukkan marah benar dirinya saat ini. Tapi baru beberapa langkah, gadis itu menoleh lagi membuatkan dahi Amar berkerut seribu.


   "Malam ni Ara datang surau. Abang pun jangan lupa datang. Kita jumpa sana malam ni. Petang ni jangan tunggu Ara, Ara tak datang sini. Cukuplah abang dah lukakan hati Ara," sudah macam skrip drama 80an dia berdialog lalu kembali menyambung langkah yang terhenti. Sebiji rupa jelmaan seniwati Saloma dah gayanya.


Amar ditinggal kebingungan dengan sebabak drama terakhir.


Tunggu...? Siapa tunggu siapa? Jadi dia marah ke, dia...main-main? Tak fahamlah.


Sementara dia bingung sendiri, Munir di belakang senak perut ketawa geli hati. Terhibur betul dengan gelagat Zahra seorang. Sampai meleleh air mata. Lelaki itu mendekati Amar dengan tawa bersisa.


   "Adoiiilah. Zahra Zahra.. Lawak kan? Kau mesti tak sangka kan perempuan macam dia wujud? Adoii...," Munir mengesat air mata ditubir mata.


Nafasnya dihela mencari udara baru.


   "Kau jangan ambik pusing sangat Am. Dia memang macam tu. Tapi in shaa Allah masih waras. Jangan takut..."


   "Aku ada salah cakap ke tadi?"


'pfftt!' , tawa Munir terhambur lagi. Lucu melihatkan reaksi Amar yang seakan terkena kejutan budaya. Itu baru dia tengok sikit. Banyak lagi sisi gila Zahra yang dia tak tahu.


Adoii.... Zahra, Zahra...

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi