Home Novel Cinta Kasih Tercipta
Kasih Tercipta
Yana Agasshi
26/1/2021 18:06:03
31,398
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 14
BAB 14


   "BOLEH saya bantu encik?"


Amar tersentak saat disapa seorang wanita berseragam merah yang muncul entah dari mana. Tapi tetap saja dia tersenyum sambil menggaru- garu belakang kepalanya yang tak gatal dek rasa segan.


Yelah. Tak pernah lagi dia seorang diri masuk di dalam butik tudung macam ni. Nak-nak butik dalam mall. Faham-faham saja lah. Staffnya tu akan sentiasa memerhati dari jauh. Tak pun membuntuti rapat dibelakang. Segan pula jadinya.


Ruang butik tudung berjenama itu tika ini tak ramai pelanggan. Cuma dia dengan 2 lagi wanita lain.


   "Encik nak belikan tudung untuk siapa? Saya boleh guide encik pilih yang sesuai," ramah wanita 30an bertag nama Ginna itu berkata.


Amar senyum meliarkan anak mata sekeliling. Bersusun atas bawah tudung macam-macam jenis. Mana lah dia reti nak pilih.


   "Saya cari..tudung yang elok. Cantik," itulah yang keluar dari mulutnya tanpa berfikir panjang mengundang tawa kecil dari Ginna.


   "Maaf," Ginna segera mengawal air mukanya agar tak dianggap 'mengejek' pelanggan.


   "Hmm.. Boleh saya tahu encik nak belikan untuk...ibu? Wife...atau adik-beradik?"


   "Er....untuk...," kering tekak pula Amar dibuatnya. Debaran tu lebih kurang macam nak jawab final exam. Liurnya ditelan serasa kesat.


   "Untuk...bakal isteri saya."


Ginna tersenyum manis mendengarkan jawapan malu-malu kucing itu.


   "Mari ikut saya encik, saya tunjukkan keluaran terbaru kami yang baru je launch 3 hari lepas and design ni semuanya limited edition."


Amar membuntuti Ginna ke arah rak kaca dekat dinding sebelah kiri. Bersusun-susun tudung kat situ tapi yang Ginna nak tunjuk ialah tudung yang tergantung pada hanger khas untuk pameran tudung tudung.


   "Boleh saya tahu anggaran umur bakal wife encik? Kalau tak keberatan, fizikal dia..?"


   "Oh. Erm.. Umur..22 tapi dia..urm..macam mana nak cakap eh," susah benar Amar nak mencari gambaran sesuai tentang Nurul Zahra. Dia tak pandai bab nak menilai orang.


   "Dia umur 22 tapi tak macam 22. Kinda small portion of body. Apa tu? Erm.... Kecil molek. Yeah. And Kulit dia...tak gelap macam saya tapi tak ada lah cerah sangat. Biasa-biasa aje. Sawo matang? Kot. I'm sorry, i'm not sure."


   "Tak apa. Saya faham apa yang encik gambarkan and saya rasa....,"Ginna menilik deretan tudung di depannya untuk beberapa detik dengan riak serius. Tampak tekun memilih.


   "Yang ni," wanita itu akhirnya tersenyum menghulurkan sehelai tudung rona biru cair yang dihujungnya bercertak corak beberapa kuntum bunga mawar mekar gabungan warna merah dan dan merah jambu.


Amar menyambut. Terasa lembut ditangan.


   "Ini koleksi terbaru Darwa Hijab. Design mawar ni pun design limited and material yang kami gunakan ialah satin premium so saya jamin sangat selesa dipakai and tak mudah renyuk. Terletak elok di kepala," jelas dan lancar setiap butir penerangan yang keluar dari mulut Ginna.


Namun yang namanya lelaki itu, cuma tahu beza tudung saji dan tudung periuk. Bab tudung wanita, semuanya dianggap sama sahaja. Jadi berdasarkan penerangan jurujual butik didepannya ini, dia angguk-angguk saja kepala tanda menelan semuanya bulat-bulat.


   "Kalau macam tu saya ambik yang ni lah."


   "Boleh. Sekejap ya, saya siapkan resit."


Amar angguk lagi. Dihantar saja susuk Ginna yang bergerak ke arah kaunter membawa tudung tadi ditangan.


Sedetik, dia mengeluarkan pula dompet dari poket seluarnya. Sekeping kad kredit hitam ditarik keluar. Sudah lama dia tak gunakan kad kad kreditnya. Entah valid lagi ke tidak, tak tahu lah. Tadi pun untung saja kereta Peugeot 508 SW miliknya yang ditinggal 3 tahun masih berfungsi dengan baik.


   "Encik?" Spontan dia menoleh bila suara Ginna kedengaran. Langkah kakinya dihayun kearah kaunter.


   "Total RM399 sahaja. Cash or card?"


Dahi Amar bekerut mendengar harga sehelai tudung. Tudung kalis santau agaknya sampai 400 sehelai. Tapi tetap saja dia menghulurkan kad kreditnya pada Ginna bersama segaris senyuman.


Bayaran diselesaikan tak sampai pun seminit. Usai buat bayaran, dia membimbit beg kertas eksklusif dari Warda Hijab itu keluar dari butik. Apa yang mamanya suruh tak pula dia selesaikan. Bahkan tak terfikir pun nak mencari pakaian baru untuk makan malam nanti. Jauh sekali nak grooming bagai. Kali ini ringan saja kakinya melangkah masuk kedalam sebuah outlet Samsung bertentangan butik.


Orang kalau dan mabuk bercinta ni, berjarak 10 batu pun masih memikirkan tentang buah hati. Dah dibeli tudung, sekarang beria nak beli handphone pula. Tak lena tidur dia memikirkan kekasih hatinya masih menggunakan telefon dari zaman hang tuah hang jebat.



************



   RAZILA duduk di birai katil menilik angka pada buku bank BSN-nya. Dalam rabun dekat pun, dia masih dapat melihat dengan jelas setiap digit baki simpanannya.


   "Allahuakhbar...."


Wanita itu memegang kejap dahinya cuba untuk bertenang. Hatinya sudah resah diasak kebuntuan. Baki simpanannya bukan saja tak mampu nak cukupkan kos hantaran bahkan tak cukup nak menampung kos majlis makan. Sumpah dia merasa sangat tak berguna.


Ibu macam apa yang tak boleh bahagiakan anak-anak? Ibu macam apa yang tak boleh berikan yang terbaik untuk anak-anak? Ibu macam apakah dia...?


   "Allah...," mukanya yang keruh diraup sekali disusuli keluhan berat. Masih memerah otak memikirkan jalan penyelesaian. Dia takkan mudah menyerah sama sekali. Hafiz sudah banyak berkorban. Dia tak sanggup melihat Hafiz siang malam menanggung galau dalam diam.


Sedetik, wajah cikgu Yusoff tak semena-mena melintasi benak.


Ada rasa tak nyaman menjalar ditangkal hati. Rasa tak nyaman yang wujud setelah lelaki yang lebih tua darinya itu menyuarakan hasrat untuk memperisterikan Nurul Zahra tempoh hari. Sejak hari itu lah dia mulai tak nyaman mendengar sebaris nama Yusoff.


Tapi...hatinya tika ini mulai berbelah bagi apabila dihambat rasa terdesak. Pada siapa lagi dia boleh meminta bantuan? Cuma Yusoff yang mampu memberinya pinjaman sejumlah wang yang besar. Cuma lelaki tua itu, yapi...adakah sampai dia perlu mempertaruhkan kehidupan anak bongsunya 


   "Mak."


Tersentak Razila menoleh kearah muka pintu kamarnya. Zahra tercegat disitu dalam seragam kerja.


   "Ha. Er..Zahra. Bila kamu sampai?" Kekok wanita berbaju kurung dan kain batik itu menyoal sambil menyorokkan buku banknya ke bawah bantal. Air mukanya diubah agar tak terbawa emosi sebenar.


   "Baru sampai. Mak tak dengar ke orang bagi salam?"


   "Tak.. Mak..mak tak dengar," Razila berdiri sebelum berjalan keluar dari kamar dibuntuti Zahra.


   "Mak nak pergi mana pulak ni?" Berkerut dahi Zahra bertanya apbila melihat ibunya menapak ke luar rumah. Dia ikut sampai muka pintu.


Razila tak bertentang mata, tampak serba tak kena. 


   "Mak nak pergi rumah cikgu Yusoff sekejap. Kamu jaga rumah," tak sedar dia menjawab benar.


Zahra yang tak tahu menahu laju mendekatinya nak turut menyarung selipar.


   "Kamu nak pergi mana pulak ni Zahra?"


   "Ikut mak lah. Mana tahu nanti cikgu Yusoff nak bagi duit belanja lagi."


   "Zahra!"


   "Opocot mak kau jatuh!" Terkejut beruk Zahra saat ibunya meninggikan suara tanpa amaran. Nak tercabut jantung.


   "Susah sangat ke nak faham mak cakap jangan dekat dekat dengan cikgu Yusoff lagi? Tak faham ke mak cakap?"


   "Ala.. Orang gurau aje.. Orang bukan nak mintak duit bel..."


   "Dah! Mak tak nak dengar alasan. Masuk dalam sekarang. Jangan keluar selagi mak tak balik."


Zahra terdiam. Mencebik tak berani membangkang. Dia tak pernah lagi tengok mak dia marah macam ni sekali. Nampak lembut tapi bagi dia dah level level naga dah ni. Nak tak nak, terpaksa juga dia menanggalkan semula selipar jepun di kaki lalu terkesel-kesel masuk semula kedalam rumah.


Dipandang saja susuk ibunya yang tergesa gesa beredar pergi. Entah apa yang buat ibunya itu sorang bad mood semacam. Jangan-jangan betul kot apa yang dia dengar semalam . Abangnya si Hafiz ada buat masalah?

Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi