Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah
Aku Disini Memuja Bayangmu
setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu
Cinta Membara Jiwa Gelora
Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya
Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang
Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya
Lagu Kau Yang Terindah nyanyian Alyah berkumandang di radio.
Air mata Dara tumpah lagi. Menangis hiba dia apabila memikirkan apa yang
berlaku sekarang ini. Nadia yang sedang memandu sedikit terganggu dengan esak
tangis Dara.
“Kau okey?” tanya Nadia, prihatin.
Dara tidak menjawab. Hanya esak tangis yang kedengaran.
“Yang penyampai radio ni pun satu! Kenapa dia pasang lagu ni
pulak?” Nadia marah-marah. Dara tersenyum melihat ulah rakannya yang satu itu.
“Dia tak salah apa pun, Nadia. Dah orang minta tuju lagu,
dia pun mainkan la. Dia bukan tahu hati mana yang robek pun….,”
“Tukar saluran lain la,” tangan Nadia laju menekan punat
pada radio itu.
“Tak payah la, Nadia. Lepas ni mesti lagu best yang keluar.
Sabar je la,”
“Hurm….,” Nadia tidak jadi hendak menukar saluran radio itu.
Dia meneruskan pemanduannya.
“Aku tak suka tengok kau macam ni, Dara,” Nadia bersuara
serius. “Tak baik Mama Laila buat macam tu. Mummy Uda pun, macam tak ada
perasaan je hina-hina orang sampai macam tu sekali,”
“Biarlah. Mereka ada hak. Mereka kan orang kaya,”
“Habis, orang tak kaya tak ada hak? Macam tu?”
“Tak semua orang fikir macam mana kita fikir, Nadia,”
Nadia diam.
“Kau nak bawa aku pergi mana sebenarnya ni?” tadi, Nadia
yang menghubunginya. Beria-ia mengatakan ingin berjumpa dengannya. Tetapi tidak
pula diberitahu ingin ke mana.
“Ada la. Aku nak bawa kau jumpa Taufiq,”
Terangkat kening Dara mendengar nama taufiq disebut.
“Aku kesian dengan kau. Dengan Taufiq. Masa kau telefon aku
malam tadi sambil menangis tu, aku sebak sangat perasaan aku bercampur baur.
Aku marah sangat dengan semua orang yang buat kau macam ni. Macam hati kau ni
hati batu, yang boleh dibaling sesuka hati,”
Dara hanya diam mendengar kata-kata Nadia.
“Semalaman aku tak boleh tidur. Aku terfikir, kenapa aku tak
boleh tolong kau sedangkan selama ni kau banyak tolong aku dalam pelajaran.
Jadi aku fikir, aku nak tolong kau,”
“Kau nak tolong aku macam mana, Nadia? Semuanya dah
muktamad. Datin June tetap dengan keputusan dia tak mahu terima Taufiq dan
terima pinangan Uda. Laila sendiri dah buntu dengan Mama dia tu,”
“Sebab tu aku nak jumpa kamu berdua,” stereng kereta diputar
dan kereta memasuki kawasan restoran elit. Dara hairan.
“Kita nak masuk restoran tu ke?” Dara pandang pakaiannya.
Hanya memakai kemeja T dan berseluar jean. Restoran seperti itu, Dara tahu ada
kod pakaiannya sendiri.
“Tak la. Kita tunggu Taufiq. Lepas tu kita pergi dari sini,”
Nadia memanjangkan lehernya. Mencari kelibat Taufiq. Sebentar kemudian dia
tersenum apabila dia melihat Taufiq datang menghampiri keretanya.
“Naik kereta aku ke, kereta kau?” tanya Taufiq apabila Nadia
menurunkan tingkap keretanya.
“Kereta aku. Senang sikit,”
Taufiq mengangguk. Pintu belakang kereta dibuka dan dia
meloloskan dirinya masuk ke dalam kereta. Dara hanya melihat sekilas kelibat
Taufiq melalui cermin pandang belakang. Dia tersenyum apabila pandangan mata
mereka bertaut.
“Kita gerak ye. Lepas ni aku ada benda nak bincang dengan
kamu berdua,” suara Nadia memecahkan kesunyian dalam kereta itu. Dara sedikit
tersentak. Dia terus menumpukan perhatiannya ke jalan raya.
“Okey,” Taufiq bersuara sepatah. Memikirkan apa yang akan
dikatakan oleh Nadia sebentar nanti.
*****
Ibu Midah termenung. Dia memikirkan cadangan anak gadisnya
sebentar tadi.
“Mahu ke Ibu? Dara dah nak habis belajar. Lepas tu Dara akan
mula bekerja. Dah boleh tampung kita berdua. Ibu tak perlu kerja di sini lagi,”
“Tapi kalau kita pindah keluar, di mana kita nak tinggal,
nak? Inilah dunia Ibu sejak kamu kecil lagi, Dara,”
“Ibu jangan risau. Dara akan uruskan semuanya. Kita pindah
ye, Ibu,”
Ibu Midah mengeluh. “Dara, boleh tak kalau habiskan
pengajian di kolej dulu. Jangan fikirkan sangat dengan semua perkara ni. Dara
dah masuk semester akhir. Kalau gagal semester ni, sayanglah pengajian Dara
selama ni,” pujuk Ibu Midah.
“Ibu….,” Dara memaut bahu Ibu Midah dan mengusapnya
perlahan. “Ibu fikir Dara dapat belajar dengan baik ke dengan segala kekalutan
yang berlaku sekarang ni?”
Ibu Midah mengeluh lagi.
“Ibu, bukan saja-saja Dara buat keputusan ni. Dara buat
semua ni sebab Dara dah tak tahan dihina, kerana kita miskin. Inilah caranya
kita lari dari semua ni. Tolong la Dara, Ibu….,” Dara mula merayu. Air matanya
tumpah.
Ibu Midah menyapu air mata yang jatuh di pipi Dara. “Ibu tak
boleh tinggalkan rumah ni sekarang. Ada sesuatu yang perlu Ibu selesaikan di
sini,”
“Jadi, selesaikan sekarang, Ibu, sebelum Dara habis belajar
dan kita keluar dari rumah ni,”
“Tak boleh, belum tiba masanya lagi,”
“Apa yang Ibu perlu selesaikan tu, sampai Ibu kata belum
tiba masanya tu?”
Ibu Midah menggeleng. “Maafkan Ibu, Dara. Ini amanah. Ibu
tak boleh bagitau sesiapa,”
“Walaupun anak Ibu sendiri?”
“Walaupun anak Ibu sendiri,” Ibu Midah menjawab soalan Dara
dengan mengulangi soalan itu. Dara diam.
“Maafkan Ibu, Dara,”
“Agak-agaknya, bila masa tu akan tiba? Dara dah tak tahan
dihina,” Dara bersuara lirih.
“Sebab tu Ibu pesan supaya habiskan dulu pengajian di kolej
tu. Lepas tu baru kita keluar dari sini,” pujuk Ibu Midah pula.
“Kalau…. Dara yang keluar dulu, macam mana? Dara terus
tinggal di rumah sewa Dara dengan kawan-kawan tu dulu,”
“Macam tu pun boleh juga, sayang,”
“Tapi sebelum tu Ibu, ada perkara lebih penting yang perlu
Dara sampaikan. Dan sebab ini juga la, Dara rasa Ibu patut keluar dari rumah ni
dengan Dara,”
Dahi Ibu Midah berkerut. Dara menarik nafas. Lalu menghembus
perlahan.
*****
“Saya mahu berhenti,”
Datin June yang sedang menikmati sarapan pagi, terhenti
seketika apabila mendengar suara Ibu Midah. Dia memandang wanita itu.
“Baru sekarang kau nak berhenti?”
“Iya,” Ibu Midah menundukkan wajahnya.
“Kenapa baru sekarang? Kenapa bukan dari dulu lagi?”
“Sebab dulu anak saya masih kecil. Saya tidak tahu mana nak
tuju. Sekarang….,”
“Sekarang dah ada tempat tuju? Begitu?”Datin June tersenyum
sinis. “Midah, Midah. Kalau dari dulu lagi kau berhenti, tak la jadi macam ni,”
“Saya minta maf kalau kekalutan yang berlaku ni disebabkan
oleh saya,” tulus Ibu Midah memohon maaf, walaupun itu bukan salahnya.
“Bila kau nak keluar dari rumah ni? Kalau boleh, hari ni pun
aku tak nak tengok muka kau. Rimas,” Datin June bersuara angkuh.
“Ibu nak keluar dari rumah ni?” sampuk Laila yang muncul
tiba-tiba. “Kenapa Ibu nak berhenti? Ibu dah tak sayangkan Laila ke?”
Ibu Midah tersenyum pahit. “Sebab Ibu sayangkan Laila la,
Ibu keluar dari rumah ni. Laila dah Ibu anggap macam anak sendiri. Tapi Dara
pun anak Ibu. Ibu tak sanggup bila tengok anak Ibu kena hina sampai macam tu
sekali,”
“Ibu, Ibu masih ada Laila,”
“Laila, tolong jaga hati Mama Laila. Ibu akan keluar tengah
hari ni. Terima kasih atas perhatian kalian selama kami berdua di sini.
Assalamualaikum,” Ibu Midah terus masuk ke dapur. Air mata Laila bergenang.
“Sudahlah Laila. Tak payah nak berdrama sangat. Nanti kita
boleh carikan orang gaji baru,”
“Puas hati Mama sekarang? Siapa nak uruskan rumah ni? Siapa
nak tolong jaga suami Mama tu?”
“Laila…!” belum sempat Datin June berkata apa-apa, Laila
sudah berlari masuk ke bilik.
*****
“Apasal mata kau bengkak ni?” tanya Nadia. Dia hairan
sebenarnya. Selalunya, Laila akan duduk di hadapan sekali dalam dewan kuliah.
Hari ini lain pula. Duduk di kerusi belakang dengan Nadia yang sentiasa datang
lewat. Terkejut Nadia dengan tindakan Laila itu. Tambah terkejut dengan keadaan
Laila yang bengkak matanya.
“Aku tak cukup tidur semalam,”
“Laila, kau nak tipu minah kepoh macam aku. Memang tak la
kan? Mata tu bengkak sebab banyak sangat menangis je,” tebak Nadia.
“Tak la. Kau kan kenal aku. Aku ni mana senang nak
menangis,” dalih Laila.
“Huh, ye la tu,”
“Ye la. Eh, Puan Seri dah masuk tu. Baik fokus. Nanti kena
marah,” Laila mengubah topik apabila melihat kelibat Puan Seri masuk ke dewan
kuliah. Mata wanita itu melilau-lilau seakan mencari seseorang.
“Eh, Laila! Kenapa awak duduk di belakang? Selalunya duduk
di depan!”
“Tak apalah Puan, bagi orang lain pulak merasa tempat duduk
depan tu,” sahut Laila sambil tersenyum. Terasa senyuman itu tawar.
“Ye ke? Atau awak cari teman lain memandangkan Dara dah
bertunang sekarang ni?”
“Dara bertunang? Dengan siapa?” Laila pandang wajah Nadia
yang buat tidak tahu.
“Fokus, Laila. Puan Seri tu…… subjek ni penting semester
ni,” ujar Nadia. Membuka buku notanya. Laila geram.
“Kau hutang aku satu cerita, Nadia,” Laila bersuara seakan
mengugut. Nadia pandang Laila sekilas. Kemudian dia memandang ke hadapan
semula.
Selesai kelas, Nadia cepat-cepat keluar dari dewan kuliah.
Niat di hati ingin mencari bahan untuk tugasan yang diberikan oleh Puan Seri.
Dia ingin menyiapkan tugasan itu cepat. Banyak perkara yang boleh diselesaikan
bila semua tugasan disiapkan awal.
“Nadia!”
Nadia menoleh. Laila berlari menghampirinya. Nadia telan
liur. Habislah aku…….
“Kau hutang aku satu cerita, Nadia,” ujar Laila
tercunga-cungap sebaik sahaja dia sampai di hadapan Nadia.
“Cerita apa? Snow White ke, Cinderella?”
“Main-main ek?” laju tangan Laila mencubit lengan Nadia.
“Aduh! Aduh! Aduh!” menjerit-jerit Nadia menahan kesakitan
akibat serangan bertubi-tubi oleh Laila.
“Buat lagi,” Laila bersuara geram. Puas hatinya dapat
mencubit rakannya itu. “Tadi kan Puan Seri cakap, Dara bertunang. Dia bertunang
dengan siapa, Nadia?”
Nadia diam. Dia tunduk memandang lantai.
“Nadia?”
“Dara bertunang…. Dengan Taufiq, Laila,”
“Hah?”
*****
‘Nombor yang anda dail telah ditamatkan perkhidmatannya….,’
Laila mendengus kasar. Ingin sahaja telefon bimbit yang
dipegangnya itu, dicampak ke dalam tasik di hadapannya ini. Dia tidak
menyangka. Betul-betul tidak menyangka. Dara sanggup bertunang dengan Taufiq.
“Di mana janji-janji awak selama ni, Taufiq? Awak janji nak
jaga saya, awak janji, Majnun hanyalah untuk Laila dan Laila milik Majnun. Mana
semua tu?” Laila bersuara lirih. Suaranya kedengaran serak kerana baru lepas
menangis.
“Semua ini berakhir di sini,” Laila menoleh. Taufiq yang
baru tiba, duduk di sebelahnya. Lelaki itu mengeluh perlahan.
“Semua ini berakhir di sini. Laila dan Majnun takkan pernah
bersama. Kita silap. Kita ingat, kita boleh mengubah cerita,”
“Tapi awak yang bagi harapan pada saya kan? Kenapa awak yang
nak musnahkannya?”
“Kita tak ada jodoh,” Taufiq tidak memandang wajah Laila.
Matanya menjamu pemandangan di tasik itu. “Laila terima ajelah pinangan Uda
tu,”
“Tidak!” sanggah Laila. “Laila takkan terima!”
“Laila, kalau gunung ditarah sekalipun, kalau bukan jodoh
kita, kita takkan ke mana,” Taufiq bangun. “Selamat tinggal, Laila. Semoga
berbahagia dengan Uda,”
“Taufiq!” laung Laila. Langkah Taufiq terhenti.
“Laila benci Taufiq!”
‘Aku suka bila kau benci aku,’ bisik hati Taufiq.