Home Novel Cinta AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
Laila Qaisara
6/12/2012 13:30:40
47,205
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 6

Dara sedang leka membasuh pinggan apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Cepat-cepat dia mengelap tangannya pada tuala kecil yang tergantung berhampiran dengan peti sejuk. Tersenyum dia apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya.

‘Uda!’ pantas dia menekan punat hijau.

“Assamualaikum, Dara,”

“Waalaikumussalam, Uda…. Argh!”

Segalanya berlaku begitu pantas. Sekelip mata, telefon bimbitnya dirampas dan dicampak ke tepi peti sejuk. Berkecai telefon bimbit itu. Dara menoleh. Datuk Mukhriz!

“Apa ni Datuk?” keras suara Dara bertanya. Namun Datuk Mukhriz tidak menjawab. Dia menghampiri. Dara. Dara cuak.

“Datuk jangan macam-macam, saya jerit nanti!”

“Jerit la. Bukan ada sesiapa pun kat sini. Hanya kita berdua….,” Datuk Mukhriz mempamerkan senyuman yang menakutkan Dara.

“Tolong…..!!!!!! hmph!!!!!” jeritan Dara hanya sampai di halkum apabila Datuk Mukhriz menutup matanya pantas. Dihimpit tubuh mungil Dara ke dinding. Dara meronta kuat cuba melepaskan diri.

“Kau ingat, kau boleh lepas dari aku? Tidak untuk kali ini,” rakus Datuk Mukhriz mencium leher Dara yang terdedah. Makin kuat rontaan Dara. Tangannya cuba menolak tubuh Datuk Mukhriz yang sasa itu namun pantas dicengkam kuat lelaki itu.

‘Yaa Allah, selamatkan aku….!’

Dengan sepenuh kekuatan, Dara menolak lelaki itu sekuat hati sehingga Datuk Mukhriz jatuh terlentang. Dia cuba melarikan diri namun kakinya dipaut erat lelaki itu. Dara tersungkur. Dan semasa dia tersungkur itu, secara tidak sengaja tangannya mencapai sesuatu.

“Kau ingat, kau boleh lari dari aku?”

“Tolong…!”

“Diam!” Datuk Mukhriz menampar kuat pipi Dara, membuatkan gadis itu mengaduh kesakitan.

“Lawan aku lagi…Ergh!” Datuk Mukhriz memandang perutnya. Berlumuran darah. Tangan Dara yang memegang erat pisau yang dicapainya tadi menggeletar.

Dara tikam Datuk Mukhriz!

Pantas Dara menolak tubuh Datuk Mukhriz yang menindihnya. Menggigila dia saat melihat Datuk Mukhriz menggelupur berlumuran darah. Dia melihat tangannya.

Aku dah bunuh orang ke?

“Dara!”

Dara menolah. Laila memandangnya dengan pandangan tidak percaya.

“Apa yang kau….!”

“Dia nak rogol aku, Laila! Dia nak rogol aku…!”

Spontan Laila meraih Dara dalam pelukannya. Dieratkan pelukan itu bagi member semangatnya pada gadis itu.

“Aku tak sengaja, Laila…!” Daa sudah mengongoi menangis.

“Shhhh….,” Laila menepuk perlahan belakang Dara. Namun matanya tidak lepas dari memandang Datuk Mukhriz yang terbujur tidak bergerak.

*****

“Macam mana boleh jadi macam ni, Laila?” tanya Ibu Midah tegas. Terkejut dia apabila diberitahu kemalangan yang menimpa Datuk Mukhriz disebabkan oleh anak gadisnya itu.

“Dara cuma mempertahankan diri, Ibu,” bela Laila. “Saya nampak mereka bergelut tadi,”

“Mempertahankan diri?” jerkah Datin June. “Ke menggoda?”

“Apa mama ni?”

“Kau ingat aku tak tau ke yang kau memang goda suami aku?”

Buntang mata Dara mendengarnya. Terkejut dengan tuduhan yang tidak disangka itu.

“Tak terlintas pun niat saya nak goda Datuk…,”

“Kau jangan nak tipu aku!” Datin June sudah naik marah. “Kau memang ada hati dengan suami aku kan? Sebab tu kau goda dia kan?”

“Mama….,” Laila cuba menenangkan keadaan.

“Kamu diam, Laila! Kamu tak tahu penderitaan yang mama lalui!”

“Apa ni, mama? Lelaki tu cuba rogol Dara! Mama lagi nak pertahankan dia tu buat apa?”

“Aku tak percaya!” suara Datin June kuat memenuhi segenap ruang.

“Datin, maaf. Ini hospital,” tegur seorang jururawat yang bertugas pada hari itu. Datin June mendengus.

“Maaf, kak,” Laila memohon maaf. “Mama, tengoklah, apa yang jadi ni,”

“Aku tak percaya dengan kata-kata betina ni! Dia dengan mak dia sama je! Perampas!”

“Apa yang mama cakap ni?” Laila tidak mengerti.

“Kau nak tau sangat macam mana arwah papa kau mati kan?”

Laila bingung. Ibu Midah genggam tangan Dara. Dara tidak mengerti.

“Pasal perempuan ni!” Datin June menuding jari ke arah Dara.

“Dara?”

“Perempuan ni,” jari dituding ke arah Ibu Midah pula. “Masa dia sakit nak bersalin dulu, arwah papa yang bertungkus lumus hantar dia ke hospital. Dan masa itu juga, dalam perjalanan pulang ke rumah, papa kemalangan. Semua ni jadi sebab dia!”

Laila pandang Dara. Dia bingung.

“Kenapa arwah papa nak buat semua ni hanya untuk orang gaji? Kalau bukan sebab dia ada skandal dengan papa?”

“Mama!”

“Datin!” Dara bersuara. “Saya yang salah dalam hal ni. Tak payah la nak babitkan Ibu saya pula. Dia tak bersalah!”

“Tak bersalahkah dia kalau dia yang menyebabkan kematian suami aku? Tak bersalahkah dia kalau suami aku mati dalam perjalanan dari hantar betina ni? Tak bersalahkah dia bila dia yang berskandal dengan suami aku? Tak bersalahkah dia kalau kau adalah anak luar nikah?”

“Datin! Dara bukan anak luar nikah!” Ibu Midah bersuara tegas. Tidak tega dia mendengar lagi hinaan terhadap anaknya.

“Oh, dia bukan anak luar nikah? Habis tu apa? Kau nak kata yang kau dah kahwin dengan suami aku la? Kau nak kata yang kita ni bermadu? Dan budak ni anak tiri aku? Yang aku perlu lindungi dia macam mana aku lindungi Laila?”

Suasana sepi seketika. Tiada kata yang keluar daripada bibir sesiapapun. Dara tunduk memandang lantai. Air matanya jatuh bercucuran. Inikah yang harus dia terima?

*****

“Betul ke Dara ni anak luar nikah, Ibu?”

Ibu Midah menggeleng laju. “Tidak, sayang. Dara bukan anak luar nikah. Dara anak Ibu!”

“Tapi kenapa Datin cakap macam tu, Ibu? Kalau betul Dara anak Ibu, siapa ayah Dara?”

Ibu Midah diam. Nasihat suami terpahat dalam sanubarinya. “Tolong jangan bagitau siapa bapa dia, Midah,”

“Ibu minta maaf, sayang. Ibu tak boleh siapa bapa Dara,”

Dara mengeluh. “Dara ingatkan ayah Dara dah mati,”

“Memang dia dah mati!”

“Jadi siapa dia, Ibu?”

Ibu Midah diam. Mana mungkin rahsia itu dibongkar dari mulutnya sendiri.

Dara bangun dari duduknya. “Tak apalah kalau Ibu tak mahu beritahu. Cuma Dara terkilan. Dara cuma tahu yang ayah Dara dah tak ada tapi Dara sendiri tak kenal dia siapa,”

Ibu Midah mengesat air matanya.

*****

“Kenapa Mama kena cakap macam tu dengan Dara?” Laila tidak puas hati.

“Dah memang itu kenyataannya! Dara tu anak luar nikah!”

“Macam mana Mama boleh yakin sangat yang Dara tu anak luar nikah? Sedangkan Ibu Midah sendiri nafikan halt u,”

“Mana ada orang mengaku buang air kat tengah jalan….,” Datin June bersuara sinis.

“Mama patut cakap perkara tu kat suami Mama tu tau tak! Laila sendiri Nampak yang mereka bergelut kat dapur masa tu. Kalau betul Dara nak goda dia, taka da maknanya nak bergelut segala,”

“Jadi kamu nak kata Papa Mukhriz yang salah la, begitu?” Datin June naik berang. Tidak disangka Laila sanggup berkata begitu.

“Salah atau tidak, biar polis je yang tentukan. Mereka lebih pakardalam hal ni,”

“Mama yakin, Papa Mukhriz tak bersalah,” yakin Datin June menyuarakan pendapatnya.

“Laila sangat yakin yang Dara tak bersalah,”

Datin June bingkas bangun. Tidak sanggup dia mendengar anaknya membela orang luar dari keluarganya sendiri.

“Suka hati kamu la, Laila. Jangan nanti sokong kamu membawa rebah, sudah,”

Laila tersenyum. “Mama tak kenal suami sendiri…..,” dia bersuara perlahan agar tidak didengari oleh mamanya.

*****

“Betul ke Abahnya?”

“Betul. Saya tak nak tangguh-tangguh perkara yang baik ni. Baik kita langsungkan cepat sebelum perkara buruk yang berlaku.

Tasya yang baru pulang dari kolej, terdengar perbualan antara Umi dan Abah di ruang tamu. Malas ingin masuk campur, dia terus menuju ke tangga, mahu masuk ke biliknya.

“Tasya, kamu mahu ke mana tu?”

Langkah Tasya terhenti.

“Nak masuk bilik. Penat,” selamba Tasya menjawab tanpa memandang ke arah Umi dan Abah.

“Tasya masih marahkan kami?” lembut suara Umi bertanya.

Tasya mengeluh. Suara Umi meruntuhkan egonya. Dia melangkah ke ruang tamu.

“Tasya tak marah kat Umi dan Abah. Tasya cuma geram. Kenapa kalian begitu membela dia sedangkan…!”

“Tasya, namanya Laila,” potong Abah. “’Dia’ yang kamu maksudkan tu ada nama,”

Tasya mendengus.

“Kamu tak boleh macam ni. Lambat laun dia akan jadi kakak ipar kamu juga,”

Tasya terkejut. “Umi dan Abah masih nak jadikan dia menantu dalam rumah ni?”

“Tasya….,”

“Umi dan Abah dah lupa ke dengan apa yang dia dah buat dengan Tasya? Dah lupa?”

“Umi dan Abah tak pernah lupa dengan apa yang dia buat dengan kamu, Tasya,” Abah bersuara tegas. “Takkan pernah lupa. Tapi kamu juga kena ingat, yang kamu juga bersalah dalam hal ni. Jadi, kita kira kosong-kosong la,”

‘Banyak la nak kosong-kosong!’ bentak hatinya.

“Kalau Umi dan Abah nak teruskan jugak perancangan nak pinang dia sebagai menantu, Tasya akan keluar dari rumah ni!” Tasya bangun dan berlari masuk ke biliknya.

“Tasya!” panggil Umi. Namun Tasya buat-buat tidak dengar.

*****

Hampir tersembur air tembikai yang diminum Laila. Terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Taufiq sebentar tadi.

“Umi dan Abah nak masuk meminang?”

Taufiq mengangguk. Bibirnya mengukir senyuman manis sejak dari tadi. Terlalu gembira dengan perkhabaran yang disampaikan Umi pagi tadi.

“Betul ke ni?” Laila seakan tidak percaya.

“Laila tak suka?”

“Bukan macam tu. Cuma…..,” Laila menghela nafas berat. “Macam-macam berlaku kat rumah tu. Mama macam dah lancarkan perang dunia je kat Dara. Laila rasa, ini bukan masa yang sesuai untuk kita kahwin,”

“Eh eh budak ni!” Taufiq tepuk dahi. “Bila masanya saya cakap nak kahwin? Masuk meminang je, bukan nak kahwin hari ni jugak!”

Laila tarik muka. Pandai aje dia ni nak putar ayat orang!

Taufiq tersenyum. “Jangan risau ye. Umi dan Abah baru merancang. Segalanya terletak pada Laila juga. Kalau Laila rasa sekarang bukan masa yang sesuai, tak apa. Kita boleh tangguhkan sekejap. Tapi jangan lama-lama tau. Nanti saya cari yang lain,” sempat lagi taufiq mengusik.

“Berani????” Laila menunjukkan penumbuknya yang tidak seberapa itu. Taufiq tergelak.

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.