Laila meraup wajahnya perlahan. Tidak
percaya dengan apa yang didengarnya. Nadia yang berada di hadapannya resah
gelisah. Mujur Dato’ Hazmi ada. Dia menggenggam erat tangan isterinya itu.
“Laila, maafkan aku….,”
“Kenapa kau nak kena minta maaf dengan aku
pula?”
“Sebab…. Apa yang aku dah buat ni, susahkan
kau,”
“Susahkan apa pula?”
“Ye la, kau kan tengah kusut dengan masalah
kau dengan ayah tiri kau, dengan….!”
“Dia cuma suami Mama aku. Tak lebih dari
itu,” potong Laila. Dato’ Hazmi pandang wajah Laila tepat.
“Baik, suami Mama kau. Dengan masalah itu
lagi, dengan masalah kau dengan Uda lagi…..!”
“Laila ada masalah dengan Uda ke?”
“Abang, yang sayang bagitau abang haritu,”
“Oh,” Dato’ Hazmi berpuas hati dengan
penerangan Nadia.
“Sekurang-kurangnya kau bagitau aku,
Nadia,”
“Aku nak bagitau apa, Laila? Yang aku dah
kahwin dengan ayah Uda? Yang aku dah jadi mak tiri dia? Yang lepas ni kau kena
panggil aku, ‘Makcik’?”
Laila tergelak. “Aku kena panggil macam tu
ke?”
Nadia turut tergelak. Dato’ Hazmi hanya
tersenyum.
“Macam mana boleh kenal ni, pakcik?” tanya
Laila kepada Dato’ Hazmi.
“Biarlah rahsia kan sayang,” Dato’ Hazmi
tersengih. Laila terkedu. Belum pernah dia melihat wajah bakal bapa mertuanya
seceria itu.
“Yang penting, kami dah kahwin tiga bulan
lalu,” sambung Nadia.
“Ini tidak adil! Kenapa saya tak dijemput
ke majlis pernikahan kalian?”
“Secara senyap-senyap sahaja, Laila. Yang
penting, bukan di selatan Siam dan pernikahan kami sah,”
“Tapi bukan ke poligami perlukan kebenaran
isteri pertama?”
Nadia diam. Dato’ Hazmi pun diam.
“Tak apa la. Kita tutup soal tu. Soalnya
sekarang, sampai bila kalian nak hidup sorok-sorok macam ni?”
“Sorok? Kami tak menyorok. Nadia masih
bekerja seperti biasa. Pakcik juga masih marahkan Nadia di pejabat kalau dia
buat salah,”
Laila tepuk dahi. Lupa Nadia bekerja dengan
Dato’ Hazmi. Patutlah boleh berkenalan.
“Lagipun, aku kahwin di kampung aku di
Johor Bharu. Tak ramai yang datang. Cuma saudara mara terdekat. Dara pun
datang,”
“Dara?”
“Ya, Laila. Dara tahu aku dah kahwin.
Malah, pertunangan dia dengan Taufiq pun, aku yang rancang,” Nadia mula
membongkar rahsia.
*****
“Apa?” hampir tersembur air dari mulut
Taufiq mendengar cadangan Nadia.
“Kau ni kenapa? Aku suruh bertunang je la
bukan berkahwin pun,”
“Kau ni kenapa, kau tanya? Apa rancangan
kau sebenarnya, Nadia?”
“Okey, macam ni,” Nadia membetulkan
duduknya. “Taufiq, kau kata kau dihina Datin June kan? Dia cakap pasal status
dengan kau kan? Datuk, Datin segala kan?”
Taufiq mengangguk. Wajahnya keruh.
“Jadi, kita akan ajar mereka,”
“Dengan pertunangan kami?”
“Itu cuma langkah pertama, sayang. Jangan
risau, kita akan lakukan sebaik mungkin. Insya Allah,”
Barulah nampak senyuman di bibir Dara.
*****
“Langkah kedua, aku bekerja dengan Dato’
Hazmi dengan harapan dapat menggoda dia,” Nadia memandang sekilas lelaki di
sebelahnya. “Tapi aku tak sangka yang aku jatuh cinta dengan dia. Dan cinta aku
tak bertepuk sebelah tangan,”
Dato’ Hazmi tersenyum.
“Macam mana kau goda dia?” Laila tersenyum
nakal.
“Haip! Tak payah tanya la soalan tu! Malu
kot!” pantas Nadia menutup kedua pipinya. Laila ketawa.
“Kau cakap, Dara datang masa kau bernikah,
kan?”
“Ya. Dia dah pindah kerja kat sini. Kerja
dengan Zaman Corporation,”
“Zaman Corporation?” Laila mula berfikir
sendiri.
*****
Laila menekan perlahan nombor yang diberi
Nadia. Dia sabar menunggu taliannya bersambut sebentar kemudiannya.
“Helo, Zaman Corporation. Helo? Helo?”
Laila meletakkan gagang.
Sejam kemudian, Laila buat lagi. Dia
menekan perlahan nombor yang diberi Nadia. Dia sabar menunggu taliannya
bersambut sebentar kemudiannya.
“Helo, Zaman Corporation. Helo? Helo?”
Laila meletakkan gagang Dia menangis. Dia
tidak kuat untuk menghadapi semua ini lagi.
“Cik Laila, ini cek yang perlu…..,”
terhenti kata-kata Suraya sebentar apabila melihat air mata mengalir dari tubir
mata Laila.
“Cik Laila?”
Laila seakan tersedar. Cepat-cepat dia
membetulkan duduknya. Matanya dikesat pantas. “Ada apa, Suraya?”
“Cik, saya bukan nak masuk campur. Tapi
salah seorang daripada cik kena turunkan ego tu. Sama ada cik, atau kawan cik
tu,”
Laila pandang Suraya.
“Awak rasa, siapa yang patut beralah dulu?”
“Tak salah kalau kita beralah dulu,”
Laila tersenyum. “Terima kasih, Suraya,”
Suraya mengangguk perlahan. “Cek ni saya
tinggalkan di sini, ya?”
Laila mengangguk. Dia hanya menghantar
Suraya keluar dari bilik itu dengan pandangan matanya. Sejurus, dia mencari
telefon bimbitnya. Jumpa!
Baru dia hendak memikirkan ayat yang sesuai
untuk memulakan bicara, telefon bimbitnya berbunyi. Tanda ada mesej yang
diterima.
‘Aku tahu, kau yang telefon tadi. Aku juga
tahu, kau tak pernah tukar nombor telefon kau. Begitu juga aku. Aku sangat
rindukan kau. Kau tak rindukan aku ke? – Dara’
Spontan Laila menekan butang hijau sebaik
membaca mesej yang diterima itu. Cepat sahaja taliannya bersambut.
“Assalamualaikum Laila,”
“Waalaikumsalam,”
“Laila sihat?”
“Alhamdulilah. Dara?”
“Sihat, Alhamdulilah,”
“Ibu macam mana, Dara?”
“Ibu…. Dah meninggal dunia,”
Laila diam. Suasana sepi beberapa jeda.
Masing-masing tidak tahu ingin berkata apa-apa.
“Taufiq sihat?”
“Uda sihat?”
Dara dan Laila bertanya serentak. Kemudian
mereka sama-sama tertawa. Lucu.
“Taufiq sihat, Alhamdulilah,”
“Uda pun sihat, Alhamdulilah,”
“Bila nak kahwin dengan Uda?”
Laila mengeluh. Dara dengar itu.
“Kenapa Laila?”
“Aku tak boleh kahwin dengan orang yang aku
tak cinta….,”
Dara diam. Dia tidak tahu hendak berkata
apa lagi.
“Dara, kau kerja kat mana sekarang?”
“Zaman Corporation,”
“Kau boleh tolong aku?”
“Pasal kerjasama syarikat kau dengan
syarikat ni?”
“Kau tahu?”
“Aku tahu. Sebab Tan Sri suruh aku yang
hantar surat tu,”
“Apa khabar Tan Sri sekarang?”
“Dia beransur pulih. Tapi dia tak boleh
berada dalam keadaan tertekan. Jadi anak dia dah ambil alih pengurusan
syarikat,”
“Boleh aku jumpa dia?”
“Aku akan aturkan,”
“Terima kasih, Dara,”
“Sama-sama,”
*****
Laila leka memilih barang untuk membuat
kek. Tiba-tiba, dia terasa ingin membuat kek cawan. Entah kenapa, dia sendiri
tidak tahu.
“Gula pasir, mentega, telur….. Ops!” nyaris
Laila melatah apabila bahunya dilanggar. Tertunduk dia seketika.
“Maaf, cik. Maaf….,”
“Tak apa, tak apa….,”
“Laila?” Laila mengangkat muka. Seorang
wanita berpurdah berada di hadapannya. Aku kenal dia ke?
“Laila kan?”
“Iya….. awak ni siapa?” tanya Laila,
keliru.
“Ni Tasya la,”
“Tasya??” hampir menjerit Laila apabila
wanita berpurdah itu memperkenalkan dirinya. “Tasya?”
“Iya, Tasya ni. Alhamdulilah, jumpa juga
aku dengan kau akhirnya. Kau apa khabar?”
“Baik, Alhamdulilah,” Laila masih keliru.
Tasya? Purdah? Eh?
“Kenapa? Terkejut ke dengan penampilan aku
sekarang ni?” tanya Tasya. Laila hanya mampu mengangguk. Minah ni biar betul……
“Kau tak ingat masa Umi dan Abah ke Mekah?”
“Kenapa?”
“Masa tu kami singgah di Mesir. Aku masa
tu, macam yang kau lihat dulu. Gedik dan suka memberontak. Sehinggalah satu
pagi, Umi cakap dia nak aku belajar di sana.
“Aku terkejut. Tapi aku tak mampu lawan
cakap Umi. Lagi-lagi bila dia buat suara ayu dia tu,” Laila tersenyum. Dia tahu
lembutnya Umi bagaimana.
“Aku pun ikut la cakap dia belajar kat
Mesir. Mula-mula aku tinggal di sana, aku memang tak dapat sesuaikan diri
dengan suasana kat sana. Lama-lama….,” ayat Tasya tergantung di situ. Laila
nampak air mata Tasya bergenang.
“Aku insaf. Mereka di sana baik-bak belaka.
Aku ni, bukannya pandai sangat dalam hal agama Islam ni. Tapi mereka dengan
sabarnya melayan aku, macam aku ni saudara mereka.
“Aku insaf, aku menyesal bila aku fikir apa
yang aku pernah buat dulu, terutamanya pada kau, Laila. Dan pada Dara,” Tasya
mengesat matanya perlahan. Laila tunduk.
“Aku pun nak minta maaf juga dengan kau,
Tasya. Atas apa yang aku buat sebelum ni. Ye la, aku ni kan dulu, ganas
orangnya. Sampai lebam mata orang tu aku kerjakan,”
Tasya tergelak kecil. “Kau tak salah
apapun, Laila. Apa yang terjadi dulu, semuanya salah aku,”
Laila tersenyum. “Aku…. Aku tak tahu nak
cakap macam mana ni. Aku……,” air mata Laila mengalir. Tasya mengesat air
matanya.
“Aku minta maaf kalau aku yang menyebabkan
kau dengan Abang Taufiq berpisah,”
“Bukan salah kau. Aku yang salah. Aku
berjanji pada diri aku, aku akan pertahankan hubungan aku dengan Taufiq
tapi….,”
“Laila, cinta Taufiq terhadap kau tak
pernah berubah. Aku ingat lagi, dia selalu igaukan kau dalam tidurnya masa dia
datang melawat aku kat Mesir dulu,”
Laila pandang mata Tasya dalam-dalam. Sah,
mata itu tidak menipu.
“Aku akan bantu kau bersatu dengan Abang
Taufiq balik. Dan aku juga telah berjanji dengan Dara, yang aku akan bantu dia
bersatu dengan uda balik,”
“Kau….. dah lupakan Uda?” tanya Laila ragu.
Mana tidaknya, mereka bergaduh di kolej dulu pun kerana Uda.
Tasya menggeleng. “Aku letakkan cinta agung
aku pada Allah yang Maha Esa. Cinta manusia tu, biar Dia bagi pada masa yang
sesuai,” Tasya genggam tangan Laila.
“Aku akan bantu kau. Insya Allah,”
Laila tidak tahu ingin berkata apa lagi.
Dia sangat terharu.