Home Novel Cinta AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
Laila Qaisara
6/12/2012 13:30:40
47,234
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 8

“Apa ni Mama?” Laila benar-benar terkejut dengan berita yang baru didengarnya.

“Apanya? Mama cuma buat perkara yang betul. Salah ke?”

“Mama, tujuan keluarga Uda datang adalah untuk merisik Dara. Bukan Laila! Lagipun, Laila kan dah dirisik keluarga Taufiq tempoh hari,”

“Mama tak bagi kata putus pun pasal rombongan Taufiq tu. Jadi kira Mama tolak la,” selamba sahaja Datin June membuat keputusan.

“Datin….,” Dara bersuara lirih. “Tolong la Datin. Tolong tarik balik keputusan Datin tu. Saya cintakan Uda. Laila dah ada Taufiq sebagai Majnunnya. Tolong jangan musnahkan cinta kami,”

“Musnah?” mata Datin June terjegil. “Ibu kau yang musnahkan rumah tangga aku dulu, tau tak!”

“Jadi Mama nak balas dendam?” Laila bersuara serius. Dia tidak menyangka yang Mamanya menyimpan dendam terhadap Ibu Midah. “Sebab tu Mama masih benarkan mereka tinggal di sini? Untuk balas dendam? Gitu?”

“Dendam? Memang aku berdendam dengan mereka anak-beranak. Kalau bukan yang Midah yang punya angkara, suami aku takkan mati!”

“Mama! Apa ni? Takkan Mama tak percayakan takdir? Takkan Mama tak percaya, jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah?”

“Aha! Laila sebut pasal jodoh kan? Mungkin ini jodoh Laila. Dengan Uda. Bukan dengan Taufiq,” Datin June tersenyum sinis. Dia kemudian bangun, melangkah masuk ke bilik.

“Macam mana ni, Laila? Mama kamu tak mahu ubah keputusannya. Apa pula kata Uda dan taufiq nanti…,”

“Arghhhh!!!!!”

Laila menyepak meja kopi yang berdekatan dengannya. “Aduh!”

“Yang kamu pergi sepak meja tu kenapa? Meja tu tak bersalah,”

“Habis tu takkan nak sepak Mama? Dia tetap ibu aku, Dara,”

Dara tersenyum. “Sekarang ni bergantung pada Uda. Sama ada dia terima pinangan ni atau tidak,”

Laila jongket kening. “Kau ni kenapa Dara? Siapa pinang siapa sekarang ni? Kau pinang dia ke, dia pinang kau?”

“Hah?” Dara buat muka blur. “Apa yang aku cakap ni?”

“Ha, kau tengok. Kau sendiri buntu dengan apa yang berlaku. Kan?”

“Tapi Laila, sekarang ni bergantung pada Uda, sama ada dia terima atau tidak perancangan Mummy dia ni. Kalau dia terima, habislah….,”

“Dia takkan terima. Percayalah cakap aku. Dia sayangkan kau. Dia takkan pilih orang lain,” kata Laila penuh yakin.

Dara mengangguk lesu.

*****

“Macam mana Daddy?” Tanya Uda tidak sabar. Seharian mereka keluar atas urusan peminangan Dara, dia rasakan bagai setahun. Terlalu lama.

Dato’ Hazmi menggeleng perlahan. Tidak sanggup sebenarnya ingin memberitahu Uda tentang perkara yang berlaku sebentar tadi.

“Uda…..!”

“Uda sayang!” Datin Eryna muncul dari belakang Dato’ Hazmi. Dihampiri Uda dan dicium anak muda itu dengan penuh kasih sayang. “Mummy sangat gembira hari ini. Akhirnya

Uda pelik. Dia pandang Dato’ Hazmi untuk kepastian.

“Lepas ni bolehlah Mummy buat persiapan perkahwinan,” mata Datin Eryna bersinar-sinar.

Uda tersenyum nipis. “Mummy dah setuju nak jodohkan saya dengan Dara ke?”

“Eh, siapa kata Mummy nak jodohkan kamu dengan anak orang gaji tu? Mummy nak jodohkan kamu dengan Laila, anak Datin June tu,”

“Laila???” Uda benar-benar terkejut. Dipandang wajah Dato’ Hazmi yang kelihatan bersalah sedari tadi. “Daddy, apa yang terjadi sebenarnya ni?”

“Uda, maafkan Daddy……,” dan Dato’ Hazmi membuka bicara.

*****

“Abang nak pergi mana sebenarnya? Dengan berbaju Melayu dan bersampin segala ni. Abang nak kahwin lagi ye?” tebak Datin Eryna.

“Eh, kamu ni! Kenapa ke situ je yang kamu fikirkan? Kamu memang suka ya kalau abang kahwin lagi?”

“Mana la tahu kan, kalau-kalau abang dah bosan dengan saya….,”

“Awak tahu tak kata-kata itu satu doa? Awak cakap benda ni banyak kali, betul-betul saya kahwin satu lagi nanti awak juga yang menangis tak berlagu!”

Datin Eryna diam.

“Kenapa la awak selalu buruk sangka dengan saya? Saya ni suami awak tau. Lelaki yang patut awak hormati,”

“Abang nak pergi mana sebenarnya ni?”

“Abang nak pergi meminang Dara untuk Uda. Puas hati awak?”

“Apa?” Datin Eryna terkejut. “Abang, saya tak suka la anak orang gaji tu. Abang tak faham-faham ke?”

“Anak orang gaji tu manusia juga kan? Bukannya hantu,”

“Tapi dia tak setaraf dengan kita, bang! Kita ni….!”

“Orang kaya? Gitu?” potong Dato’ Hazmi. “Eryna, kekayaan, kemewahan ni pinjaman je. Bila-bila masa Allah boleh ambil balik dari kita semua. Tak payah nak berlagak sangat dengan harta yang kita ada, sebab harta ni bukan boleh bawa ke kubur,”

Datin Eryna mendengus.

“Awak kalau awak tak nak ikut, awak punya pasal. Saya tetap dengan keputusan saya. Saya utamakan kebahagiaan anak saya, bukan status kita ni,” Dato’ Hazmi mencapai songkok dan terus menuju ke pintu.

“Abang!”

Langkah Dato’ Hazmi terhenti.

“Saya nak ikut. Tunggu saya,”

Dato’ Hazmi tersenyum.

*****

“Maafkan Daddy, Uda. Daddy tak sangka akan jadi macam ni,”

Uda hanya diam membisu. Sepatah kata pun tidak keluar dari bibirnya dari siang tadi. Kecil hatinya apabila Datin Eryna bertindak sebegitu.

“Tak apa la. Sekurang-kurangnya, bila Mummy ikut, Mummy tahu ada yang sekufu dengan kita. Yang layak Uda jadikan isteri Uda,” balas Datin Eryna sambil tersenyum. Langsung tidak kelihatan rasa bersalah pada wajahnya.

“Tapi Mummy, Laila dah ada pilihan hati. Kenapa Mummy buat semua ni tanpa bagitau Uda dulu?”

“Kalau Mummy bagitau dengan Uda, dah tentu Uda akan menghalang rancangan Mummy. Lagipun, Datin June sendiri yang kata Laila masih belum berpunya. Macam mana pula Uda boleh kata yang Laila dah ada pilihan hati?”

“Mummy, sampai hati Mummy pisahkan saya dengan Dara,”

“Uda, Dara memang tak layak dan tak sesuai untuk dijadikan menantu dalam rumah ni, faham tak! Mummy tak suka kalau dia yang jadi pilihan Uda sebagai isteri,”

Dato’ Hazmi menggeleng perlahan. Rupa-rupanya nasihat dia pagi tadi langsung tidak dihadamnya. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri ada la.

Uda bangun. Dia terus masuk ke bilik tanpa sepatah kata pun. Datin Eryna pandang suaminya.

“Abang,”

“Kalau abang jadi Uda pun, abang akan merajuk juga,”

“Hai, ada hati nak kahwin lagi ke?”

“Apa awak ni?” Dato’ Hazmi bangun lalu mencapai kunci kereta.

“Abang nak ke mana tu?”

“Cari ketenangan kat luar. Kat dalam rumah ni panas. Ada orang minta payung emas je kerjanya,” sindir Dato’ Hazmi. Datin Eryna terkebil-kebil. Tidak memahami apa yang dikatakan oleh suaminya itu.

*****

“Apa?” hampir menjerit Taufiq setelah mendengar berita itu. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Kenapa Mama Laila suka hati je terima pinangan orang lain sedangkan keluarga saya dah masuk merisik dulu?”

“Taufiq, saya tak tahu apa-apa. Tahu-tahu aje, Mama dah terima pinangan Uda untuk saya. Bukan untuk Dara!”

“Habis tu kita nak buat apa ni? Umi dan Abah dah berlepas ke Mekah. Apa yang akan mereka fikir bila balik nanti? Bakal menantu mereka dah dipinang orang lain,” Taufiq mengeluh kasar.

“Saya rasa, awak patut pergi jumpa dengan Mama saya sekali lagi. Minta dia tarik balik segala keputusan dia. Cakap saya dia tak mahu dengar dah,”

“Kalau cakap awak dia tak mahu dengar, apatah lagi cakap saya, Laila,”

“Ala, awak cuba la. Mana tahu, kali ni berhasil,”

“Saya cuba. Tapi awak kena ikut sekali,”

“Okey,”

Malam itu, Datin June pulang dengan wajah yang masam. Mana tidaknya, perbincangan dengan Tan Sri Kamaruzzaman tidak dapat dijalankan kerana beliau masih di luar negara. Dan dia masih tidak mendapat tarikh yang tepat, bilakah lelaki itu akan pulang ke tanah air. Sampainya di rumah, dia hairan apabila mendapati Laila keluar dari dapur dengan menatang dua cawan minuman.

“Siapa yang datang, Laila?”

“Saya,” Datin June menoleh. Terkejut apabila melihat kelibat Taufiq di dalam rumahnya.

“Siapa benarkan dia masuk ke rumah ni?”

“Mama, dia kan tetamu. Apa salahnya jemput dia ke rumah. Lagipun, bukan ke suami Mama ada di rumah ni?”

“Bukan itu maksud Mama. Mama tanya, apa yang dia buat di sini? Rasanya kita dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia,”

“Mama….!”

“Ops, lupa aku nak cakap. Aku tolak pinangan dari keluarga kau untuk Laila. Puas hati kau?”

“Atas alasan apa Datin tolak pinangan kami?”

“Aku rasa, kau bukan lelaki yang sesuai untuk anak aku. Faham? Sekarang kau boleh keluar dari rumah aku,”

“Mama! Kenapa kurang ajar sangat dengan orang ni?”

“Dengan dia memang kena kurang ajar,” Datin June bersuara angkuh. “Ada hati nak bermenantukan aku. Hey Taufiq, aku nak tanya sikit. Umi dan Abah kau yang kau sanjung sangat tu, ada ke pangkat Datuk dan Datin kat depan nama mereka?”

Lambat-lambat Taufiq mengangguk. Dia akui hakikat itu.

“Jadi jangan berangan nak jadi menantu aku,”

“Mama, apa ni? Kenapa Mama suka merendah-rendahkan orang lain? Apa salaha mereka pada Mama?”

“Mama tak suka orang luar ambil kesempatan atas hasil titik peluh kita selama ni, Laila. Silap-silap kita yang tanggung dia, bukan dia yang tanggung kita,”

“Datin menghina saya,” Taufiq mula bersuara. Datin June dan Laila memandangnya.

“Apa kau cakap tadi?”

“Datin menghina saya. Datin ingat, kerja sebagai juruteknik di kolej tu tak boleh tamping kehidupan anak Datin yang mewah kehidupannya. Datin kena ingat, hidup kita ni macam roda. Jangan sampai satu hari nanti, Datin kena jilat balik ludah Datin tu,”

“Kurang ajar kau ye dengan aku!”

“Saya tak berkurang ajar dengan Datin. Tapi Datin kena ingat satu lagi perkara, sekali Datin menghina orang lain, sepuluh kali Datin akan berasa terhina suatu hari nanti. Itu baru seorang. Kalau sepuluh orang? Fikir-fikirkanlah Datin. Saya percaya, orang kaya macam Datin ni mampu berfikir. Assalamualaikum,”

Taufiq terus keluar tanpa menjamah sedkitpun kudap-kudapan yang disediakan Laila tadi. Laila pandang wajah Datin June yang kelihatan angkuh. Buruk benar wajah itu pada pandangan matanya.

“Kena ke Mama menghina orang lain sampai macam tu sekali?”

“Kalau Mama tak buat macam tu, sampai bila-bila dia takkan sedar diri. Biarkan dia rasa!”

“Kalau orang lain buat kat Mama macam mana?”

“Laila, ada ke orang nak buat macam tu pada Mama?”

“Jangan takbur, Mama!”

“Sudah! Walau macam mana sekalipun, Laila akan ditunangkan dengan Uda bulan depan! Keputusan Mama muktamad!” Datin June terus melangkah menuju ke biliknya. Mahu menjenguk suami tersayang yang masih terlantar di atas katil.

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.