“Okey kelas, jangan lupa hantar tugasan
kalian esok. Esok adalah hari terakhir untuk kalian hantar semua tugasan kerana
mulai lusa, saya akan mula cuti bersalin,” kata Puan Seri sambil mengusap
perlahan perutnya yang memboyot. Kemudian dia mengemas barangnya dan keluar
dari dewan kuliah itu
Riuh sebentar dewan kuliah itu dengan suara
palajar yang berbincang mengenai tugasan yang diberikan oleh pensyarah itu.
Rata-ratanya sudah menyiapkan tugasan itu namun terdapat juga seorang dua
pelajar yang masih belum menyiapkannya.
“Nadia, kau dah siapkan tugasan tu?” tanya
Laila.
“Dah siap dah. Aku dah hantar pada Puan
Seri dari minggu lepas lagi,”
“Cepatnya!”
“Aku siapkan cepat sebab aku nak ulangkaji.
Kejap lagi aku ada perbincangan dengan Dara. Kau nak ikut?” tanya Nadia. Namun
dia tahu, sejak Dara bertunang dengan Taufiq, Laila agak menjauhkan diri dari
gadis itu.
“Tak apalah, aku nak belajar di
perpustakaan,” Laila menolak dengan baik. Nadia mengeluh.
“Sampai bila kau nak mengelak dari Dara,
Laila? Dah bukan jodoh kau dengan Taufiq, kan?”
“Aku….,” Laila sendiri tidak tahu kenapa
dia harus mengelakkan diri daripada Dara.
“Ramai orang tanyakan aku. Kenapa Dara
macam ni, kau macam tu. Sedangkan dulu, kamu berdua adalah kawan baik,”
“Aku sendiri tak tahu kenapa aku tak boleh
tengok dia. Mungkin bila aku tengok dia, aku akan ingat Taufiq. Aku akan ingat
kenangan aku dengan dia. Bila aku ingat semua tu, air mata aku akan mengalir,”
luah Laila jujur.
“Mana pergi Laila Luqman yang aku kenal
dulu?” tanya Nadia kembali.
“Dah mati kot,” jawab Laila selamba. Nadia
mengerutkan dahi.
“Eh, tu Dara dah panggil. Aku ke kafe dulu,
kemudian ke perpustakaan. Pergi dulu,” Laila cepat-cepat mengemaskan
barang-barangnya. Nadia yang mengerti, meninggalkan Laila dan mendapatkan Dara
yang menunggunya di pintu hadapan.
“Sembang apa dengan Laila?” tanya Dara.
Sekadar berbasa-basi.
“Tak adalah. Aku tanya kenapa sekarang dia
tak rapat dengan kau. Itu aje,”
“Tak payahlah kau tanya soalan macam tu
dengan dia lagi, Nadia. Aku rasa lebih baik begini,” Dara meluahkan
pendapatnya.
“Kenapa?”
“Sebab bila aku tengok dia, aku akan
teringatkan Uda. Aku akan ingat kenangan aku dengan Uda. Jadi lebih baik
begini,”
Nadia mengerutkan dahi. “Kamu berdua ni ada
kuasa telepati ke apa?”
“Kenapa pulak?”
“Sebab ayat kamu berdua lebih kurang aje,”
“Dah lama kami hidup bersama. Baru-baru ni
je bercerai kasih. Heheheeee…..,” Dara ketawa kecil bagi menutup galau di hati.
“Tak payah nak gelak ayu sangat lah Dara
oi. Bukannya Taufiq nampak pun,”
Dara gelak lagi.
“Eh, sebut pasal Taufiq kan, Tasya mana?
Sejak kita balik dari cuto semester ni, tak nampak dia langsung,”
“Taufiq cakap, dia sambung belajar di
Mesir,”
“Mesir?” Nadia membulatkan matanya. “Kau
biar betul?”
Dara mengangguk. “Aku pun tak percaya pada
mulanya, tapi Umi dia yang bagitahu. Takkan Umi nak bohong pula,”
“Betul juga,” Nadia mengangguk perlahan.
“Eh, jom la kita ke perpustakaan,”
“Er, kita belajar di tempat lain, boleh?”
Tanya Dara.
“Kat tasik?”
Dara menggeleng.
“Habis tu kat mana lagi, Dara? Kampus kita
ni bukannya besar sangat,”
“Kat mana-mana la. Janji bukan kat
perpustakaan dan kafe,”
“Kat dalam kereta aku je la macam tu!”
Nadia berseloroh. Dara ketawa.
*****
“Seronoknya bila dah konvo ni!” Nadia
bersuara riang. Dara hanya tersenyum melihat telatah rakannya yang seorang itu.
“Seronok sangat kenapa?”
“Bila dah habis belajar. Dah boleh kahwin!”
“Eh, kenapa tiba-tiba fikir pasal kahwin
ni? Dah ada calon ke?” usik Dara.
“Kalau aku kata ada? Macam mana?” Nadia
sengaja menggiat.
“Siapa la yang bertuah sangat dapat kahwin
dengan kau ni?”
“Ada la. Nanti-nanti aku kenalkan dia
dengan kau,” Nadia angkat-angkat kening.
“Maknanya memang ada la ni?” Dara serkap
jarang. Nadia tersengih.
“Aku doakan kau bahagia dengan pilihan kau,
Nadia. Jangan lukakan hati dia walaupun sekali,” Dara tersenyum.
“Insya Allah. Aamiin….,” Nadia mengaminkan
doa Dara.
“Kau bila pulak nak kahwin dengan Taufiq
tu?” tanya Nadia pula.
“Nadia….,” Nadia menoleh seketika apabila
mendengar namanya dipanggil. Dan….
“Laila…,”
Dara dan Nadia hanya melihat Laila datang
kepadanya.
“Tahniah Nadia, tahniah Dara,”
“Tahniah Laila. Dah habis belajar dah kita.
Tak sangka. Cepat betul masa berlalu kan?” balas Nadia lembut. Dara hanya diam
membisu.
“Ya. Lepas ni tak jumpa la kita,”
“Kau akan selalu jumpa dengan aku la lepas
ni. Aku akan kerja sekitar sini saja,”
“Laila….,”
Laila menoleh. Tersenyum nipis melihat
Datin June datang bersama Datin Eryna. Dan anaknya Uda. Dara tunduk melihat
kelibat lelaki itu.
“Oh, budak miskin di sini!” Datin June
terus menghina. “Akhirnya tamat juga pengajian kau di sini ya? Ingatkan kau
berhenti lepas keluar dari rumah aku,”
“Dara masih ada kudrat untuk teruskan
hidupnya. Dia ada Allah untuk jaga dia. Dia ada saya untuk jaga dia,” tiba-tiba
Taufiq muncul entah dari mana. Dia terus merapati Dara. Uda yang melihat rasa
panas hati. Ingin ditumbuk wajah yang berani mendekati Daranya. Namun apakan
daya, dia kini menjadi tunangan Laila.
“Eh, kau pun di sini? Kau ke yang kutip
perempuan ni?”
“Perempuan ni, tunang saya. Bakal isteri
saya. Saya tak izinkan sesiapa pun menghina dia, termasuk Datin,” keras suara
Taufiq berkata-kata. Terkedu wanita itu mendengarnya.
“Semudah itu cinta Taufiq berubah arah,”
Uda pula bersuara.
“Sesenang Datin berdua musnahkan cinta
kami,” Dara membalas lembut. Namun cukup berbisa.
“Bagus juga kan, yang pipit sama dengan
pipit. Yang enggang, sama dengan yang enggang,” Datin Eryna bersuara sinis.
“Pipit memang takkan sama dengan enggang. Tapi,
kadang-kadang pipit itu lebih mulia dari enggang,” Taufiq membalas geram.
“Dah la tu. Jom pergi,” Nadia menarik-narik
Dara supaya pergi dari situ. Dara menurut. Taufiq yang melihat keadaan itu,
terus mengekori mereka. Sempat dijeling keluarga Laila dan keluarga Uda yang
kelihatan tidak puas hati. Macam budak-budak!
*****
“Kerja di Singapura?” tanya Taufiq. Dia terkejut
dengan keputusan Dara.
Dara mengangguk. Dia tunduk memandang
lantai.
“Kenapa ke Singapura?”
“Dara rasa Dara tak cukup kuat untuk tengok
mereka di atas pelamin. Biarlah Dara yang pergi jauh buat sementara waktu ini,”
“Kalau macam tu, saya pun nak pergi juga
la,”
“Kalau awak pergi, siapa nak jaga Ibu? Siapa
nak jaga Umi dan Abah?”
“Ibu tak ikut Dara?”
Dara menggelang perlahan. “Ibu mahu di
sini. Katanya, ada perkara yang ingin diselesaikannya,”
“Kalau Dara ke Singapura, siapa nak jaga
dia?”
“Dara tak tahu. Sebab tu Dara minta tolong
dengan awak. Tolong tengokkan Ibu saya nanti,”
“Apa kata kalau Ibu tinggal dengan Umi dan
Abah? Umi ada teman nanti. Abah pun bukan selalu di KL,”
Dara mengangguk setuju.
“Bila Dara nak bertolak ke Singapura?”
Dara tersenyum. “Minggu depan,”
*****
“Singapura?” tanya Laila.
Nadia mengangguk. “Dia bekerja di sana,”
“Kenapa jauh sangat?”
“Singapura tu jauh sangat ke? Rasanya macam
dekat je. Lain la kalau pergi Paris ke, New York ke…..,”
“Dah mula la mengarut tu,” Laila menggeleng
perlahan. Tersenyum dia melihat telatah Nadia.
“Er, Laila….,” panggil Norita dari dalam
sebuah bilik di belakang Laila. “Rekaan ni dah siap. Bila pelanggan nak ambil?”
Laila menoleh seketika. “Yang itu, minggu
depan dia datang ambil,”
“Boleh pamerkan sekejap tak sementara tu?”
Laila mengangguk perlahan.
“Terima kasih, Laila. Aku akan uruskan yang
lain,”
Laila senyum.
“Cantiknya baju tu Laila….,”
“Pelanggan yang tempah. Dah lama tu. Untuk majlis
perkahwinan anak dia,”
“Nanti aku kahwin, aku tempah baju di sini
je la. Boleh?”
“Boleh. Tapi kau kena tunjukkan aku siapa
bakal suami kau,” balas Laila. Nadia hanya tersengih.
“Tapi aku hairan la. Kenapa kau tak ambil
alih syarikat arwah papa kau? Sebaliknya, kau ambil alih butik Mama kau pula,”
“Ini untuk sementara waktu. Aku akan ambil
alih syarikat tu bila tiba masanya nanti. Buat masa sekarang ni, aku belum
bersedia. Biarlah aku ambil alih butik ni dulu untuk ringankan beban Mama aku,”
“Oh…..,” Nadia mengangguk, berpuas hati
dengan penjelasan Laila.
“Uda kerja mana sekarang ni?”
“Dia kerja dengan papa dia la, Dato’ Hazmi,”
“Oh, gitu…. Eh, kau tahu Taufiq dah
berhenti kerja?”
Laila mengerutkan dahi. Tanda tidak tahu
menahu.
“Oh, lupa. Dara bagitahu aku yang Taufiq
dah tak kerja di kolej tu lagi. Tapi aku tak tahu dia ke mana sekarang ni. Dia hilang
tanpa dikesan,”
“Takkan Dara tak tahu dia ke mana?”
“Dia ada cakap yang Taufiq tak mahu orang
lain tahu. Cukuplah hanya orang-orang tertentu yang tahu ke mana dia pergi,”
Laila mengangguk faham.
“Kawan-kawan kita yang lain macam mana?”
“Hurm, ramai yang dah dapat kerja yang
bagus. Tapi, ramai juga yang masih menganggur,”
“Persaingan sengit sekarang ni,” ulas
Laila. “Kau kerja kat mana sekarang ni, Nadia?”
“Cuba teka,”
“Aku malas la nak teka,”
“Ala kau ni…..,”
“Cakap je la,”
“Aku kerja di syarikat Daddy mertua kau,”
“Daddy Uda? Biar betul?”
Nadia mengangguk. “Dah rezeki aku di situ. Alhamdulilah.
Eh, dah nak habis waktu makan ni! Nanti kita cerita lagi yea? Aku balik pejabat
dulu. Assalamualaikum,” Nadia bingkas bangun apabila melihat jarum jam
menginjak ke angka dua. Laila hanya menghantarnya dengan pandangan mata
sehingga ke pintu. Fikirannya melayang mengingati seseorang.
Taufiq, mana awak pergi?
*****