Home Novel Cinta AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
Laila Qaisara
6/12/2012 13:30:40
47,205
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 3

Datuk Mukhriz leka membaca surat khabar di meja makan. Sesekali dia menjeling dara yang sedang menghidangkan sarapan pagi di atas meja.

“Dara….,”

Dara yang sedang menyusun cawan menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Dia tersenyum. Datuk Mukhriz memandangnya dengan pandangan mata yang sukar dimengerti. Dara jadi takut.

“Dara!”

Dara menoleh. Laila sudah ada di sebelahnya. Bila masa Laila sampai pun Dara tidak sedar.

“Mana aku punya susu segar Dutch Lady?”

“Ini,” dara menunjukkan sekoak susu segar di atas meja. Laila membelek-belek kotak susu itu.

“Aku tak nak yang ini. Yang ini Full Cream. Aku nak yang Low Fat,”

“Sejak bila kau suka Low Fat ni? Selalunya kau minum yang Full Cream punya,”

“Aku nak diet la. Faham tak? Aku nak diet. Majnun aku dah bising dah, pipi aku tembam sangat macam kena letak yis aje,” Laila mencubit-cubit pipinya.

Tergeleng-geleng Dara. “Aku tak tau ada ke tidak yang Low Fat punya kat dapur,”

“Ada, aku baru beli semalam, aku dah bagi kat Ibu Midah. Pergilah tengok,” Laila sudah menolak-nolak Dara ke dapur. Dara hanya layankan sahaja telatah Laila.

Datuk Muhkriz hanya melihat telatah kedua-dua gadis itu. Dia nampak jelingan Laila terhadapnya.

“Laila, tak baik jelling macam tu kat papa,”

“Kau bukan papa aku pun,” bala Laila tanpa nada.

“Laila! Hormat aku sikit sebagai suami mama kau!”

“Dan kau juga kena hormat mama, aku, Dara dan ibunya sebagai wanita. Mata tu kalau tak nak kena cungkil dengan aku, jangan pandang perempuan macam nak makan!” selamba Laila menuturkan kata tanpa nada. Datuk Mikhriz pula yang tersentap. Laila terus ke dapur tanpa mempedulikan lelaki itu yang terkulat-kulat di meja makan.

“Kenapa kau cakap macam tu, Laila?” tegur Dara sebaik sahaja Laila masuk ke dapur.

Laila angkat bahu. Dara geleng kepala. Dia meneruskan kerjanya membasuh pinggan.

“Dara,”

“Iya?”

“Aku nak tanya sikit,”

Gulp! Dara telan liur. Nada suara Laila kedengaran lain sangat. Apa yang tidak kena?

"Tanyalah," Dara cuba mengawal suaranya.

"Dara....," Laila mengelus perlahan bahu Dara. Wajahnya penuh misteri.

Dara pandang wajah Laila takut-takut. "Iya?"

"Dara, aku nak tanya.... Susu aku mana daa....,"

Dara terkejut. "Laila!"

Laila tergelak suka. Seronok benar dia dapat mengenakan Dara.

*****

Ibu Midah pandang wajah Dara. Direnung mata itu dalam-dalam. Tidak dinafikan, Dara mewarisi mata cantik Hafizuddin. Kerana itu, Ibu Midah sentiasa rindukan lelaki itu.

“Ibu….,” panggil Dara. Lamunan Ibu Midah terlerai. Hilang wajah Hafizuddin sebaliknya diganti wajah Dara.

“Kenapa sayang?” tanya Ibu Midah lembut sambil membelai rambut anak kesayangannya itu.

“Macam mana?” sebentar tadi Dara menyuarakan hasrat Uda yang ingin bertemu dengan Ibu Midah. Melihatkan ibunya tidak memberikan respon, Dara jadi gelisah.

“Ibu seganlah nak jumpa-jumpa orang ni,”

“Ala Ibu…. Jumpa kejap je. Lagipun Uda tu bukan makan orang pun,”

“Kamu ni main-main je la,” Dara tergelak. Dirangkul erat bonda tersayang.

“Ibu jumpa dia, ya,”

“Hesh, Ibu segan la Dara. Tak payahlah,” Ibu Midah masih mahu menolak dengan lembut.

“Ala Ibu…,”

“Yang kamu ni beria-ia nak Ibu jumpa dia ni kenapa?”

“Bukan Dara yang beria-ia, Uda yang nak sangat jumpa Ibu,”

Ibu Midah pandang wajah Dara. “Betul?”

Dara angguk. Ibu Midah diam. Berfikir.

“Ibu?”

Ibu Midah tersenyum memandang anaknya lalu mengangguk. Dara tersenyum gembira. Dia mengucup dahi ibunya.

“Terima kasih, Ibu,” Dara tersenyum lagi. Ibu Midah membalas senyuman anak kesayangannya itu.

Sementara itu…

“Apa?” sedikit nyaring nada suara Datin June. Laila tidak terkejut. Faham sangat dia dengan mamanya yang seorang ini.

“Kenapa tak bagitau dengan mama dulu? Kamu bukan tak tahu yang mama ni sibuk. Dengan butik mama lagi, dengan syarikat arwah papa lagi….,”

“Sampai anak dah nak habis belajar pun tak tahu….,” sampuk Laila perlahan. Datin June dengar itu. Dia memegang bahu Laila erat.

“Laila kena faham. Mama sibuk sangat sekarang ni. Semua orang yang nak jumpa mama kena buat temujanji dulu,”

“Yeah, nak jumpa mama sendiri pun nak kena buat temujanji. Laila faham,”

“Laila….,”

“Mama, Laila tanya mama elok-elok ni. Laila cuma tanya bila mama boleh jumpa dia. Itu aje,”

Datin June mengeluh. Pantas dia membelek diarinya. Melihatkan itu, Laila menggeleng perlahan.

“Mama minta maaf sayang. Minggu ni jadual mama padat sangat. Macam mana dengan minggu depan? Mama boleh luangkan masa untuk makan tengah hari bersama,”

“Laila akan kembali ke kolej lusa, mama,”

Datin June serba salah. “Maafkan mama, sayang. Mama akan aturkan untuk kita makan malam bersama. Okey sayang?”

Laila tidak menjawab. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

“Itulah, kan haritu mama dah cadangkan supaya syarikat arwah papa digabungkan dengan syarikat Papa Mukhriz. Tapi Laila yang tak mahu….,”

“Mama, arwah papa dah amanahkan Laila untuk jaga syarikat dia elok-elok. Mama senang-senang je nak buat gabungan. Laila tak setuju!”

“Laila, Papa Muhkriz bukan orang lain. Papa Laila juga….,”

“Nama Laila, Laila Luqman. Bukan Laila Muhkriz. Lelaki tu bukan papa Laila,”

Datin June mengalah. “Suka hati Laila la. Jangan nak bising kata Mama abaikan Laila,”

Laila diam. Membisu seribu bahasa.

*****

Laila tekun mengemas barang-barangnya. Cuti semester sudah habis. Esok, rutin hariannya sebagai pelajar akan bermula semula. Hari ini, dia dan Dara akan pulang ke rumah sewa masing-masing.

Kenapa Dara dan Laila tidak menyewa sekali?

Soalan yang bagus! Dara menyewa di tempat yang murah dan sedikit tidak selesa. Laila pula menyewa di tempat yang sedikit selesa namun sedikit mahal. Beberapa kali juga Laila mengajak Dara tinggal bersama, namun ditolak dengan baik oleh Dara atas alasan tidak ingin termakan budi.

Ketukan di pintu mematikan laumnan Laila. “Masuklah!”

Dara menjengah di balik pintu sambil tersenyum.

“Hey, Dara! Masuklah,” dara masuk dan duduk di birai katil.

“Ibu tanya, kau nak bawa bekal tak nanti? Ibu nak masak,”

“urm….,” Laila menggosok dagunya. “Boleh juga. Suruh Ibu masak sedap-sedap yea,”

“Selama ni Ibu masak tak sedap la ek? Sampai hati….,”

“Ceh!” sebiji bantal dibaling. Dara pantas mengelak sambil ketawa. Dipandang bagasi Laila di atas lantai.

“Kau nak bawa satu rumah ke apa ni?”

Laila tergelak. “Aku nak jual barang-barang yang masih elok, tapi aku tak gunan ni. Hasilnya, aku nak salurkan ke rumah anak-anak yatim. Ala, yang tak jauh dari kampus kita tu. Ringan sikit beban mereka,”

Memang Laila ada menyuarakan hasratnya untuk menderma setelah berkunjung ke rumah anak-anak yatim itu beberapa minggu sebelum cuti semester lepas. Mengingatkan itu, Dara tersenyum.

“Baik betul kau ni kan, Laila,” puji Dara.

“Eh, mana ada la. Kau tu, lagi baik dari aku,” Laila merendah diri.

Dara tersenyum. Kenal sangat dengan Laila yang tidak suka dipuji. “Kau nak aku tolong kemas barang kau ni ke?”

“Tak payah la. Dah nak siap dah pun. Kau tolong Ibu kat dapur je la,”

Dara angguk. Dia bangun menuju ke pintu.

“Dara,”

Dara menoleh. “Iya?”

“Aku bertuah dapat kenal kau,”

“Aku lagi bertuah dapat kenal kau,”

Dara senyum. Laila pun.

*****

Kelas baru sahaja berakhir. Masing-masing berpusu-pusu keluar dari bilik kuliah. Hanya tinggal beberapa orang lagi pelajar yang masih mengemas barang masing-masing. Di antaranya adalah beberapa orang pelajar yang ingin membeli barang daripada Laila.

Strategi yang dilakukan oleh Laila agak menjadi. Dia mengambil gambar barang-barang yang ingin dijualnya, kemudian dia memuat naik gambar-gambar itu di Facebook. Hasilnya, amat memuaskan. Setakat ini hampir RM500 telah terkumpul. Namun seorang pun tidak tahu niat sebenar Laila. Biarlah hanya dia dan Dara yang tahu tentang hal itu.

“Alhamdulilah. Murah rezeki budak-budak tu,” bisiknya perlahan. Kemudian dia mengemas barang-barangnya sementara menantikan Dara sampai. Dia berjanji dengan Dara ingin makan tengah hari bersama.

“Aik, jual barang nampak? Apa, Datin June dah muflis ke sampai anak dia kena jual semua barang dia ni?” tiba-tiba muncul Tasya entah dari mana. Laila diam. Namun hatinya terbakar panas.

“Atau…. Datin June dah tak pedulikan kau sejak-sejak dia kahwin lain ni?”

“Jangan cabar kesabaran aku, Tasya,”

“Uuuuuuu…….. ada suara…. Aku ingatkan dia bisu. Hahahahaaa…..,” Tasya terus memprovokasi. Laila mengepal penumbuk. Tunggu masa saja hendak…..

“Laila!” terdengar suara Dara dari arah pintu. Laila senyum. Dia jelling Tasya.

“Aku hanya bisu pada orang yang tak faham bahasa macam kau,” bisik Laila keras. Tasya terkedu. Laila terus mendapatkan Dara di pintu.

“Tasya cari gaduh dengan kau ke?” tanya Dara risau.

Laila angguk. “Kalau kau tak sampai tadi memang dapat hadiah la dia dari aku,”

“Hadiah apa?”

“Penumbuk,”

“Ish….,” Dara menggerutu.

“Tak payah buat muka comel macam tu sangat la Dara, ada yang jatuh hati kang. Susah hati si Uda tu, dengan aku-aku kena tempiasnya,” Laila bersuara dengan wajah serius. Tapi dia hanya mengusik Dara.

“Laila!” merah pipi Dara diusik Laila.

“Hah, panjang umur,” spontan Laila bersuara apabila melihat kelibat Uda tidak jauh dari mereka. Uda tersenyum lebar melihat kesayangannya.

“Dah makan?”

“Aaaaa……,”

“Kitorang nak pergi makan la ni. Lunch date. Kau ni kacau la,” segera Laila menjawab. Sengaja ingin mengusik sebenarnya.

“Hek eleh, kecoh la kau ni, Laila. Pergi la makan dengan Majnun kau tu,”

“Haip!”

“Dah la tu. Asal jumpa je bertekak. Lagakan kepala tu baru tahu,”

“Dara!!” serentak Laila dan Uda bersuara. Dara hanya ketawa.

Dari jauh, Tasya melihat kemesraan mereka. Dendam masih membara setelah ditampar Uda tempoh hari.

‘Kau tengok la nanti, korang semua akan dapat balasannya!’

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.