Bab 35

Abah masih berdiam diri. Mak mula mengurut Abah. Mungkin penatkerana kerja. Abah yang mula meniarap membuka mulut. Perihal kawan Abah. Bisnes jual ayam sudah tidak menjadi. Kawannya itu sudah tidak mahu berkongsi untung.Semua modal habis diguna termasuk modal Abah. Diguna untuk apa tidak pasti. Mak berhenti mengurut sebentar. Memikirkan masalah yang sedang dihadapi. Tangannyamula menari semula di atas betis Abah. Abah masih diam menghayati urutan Ma kyang agak kejap. Mak tahu Abah penat dan tertekan dengan apa yang berlaku hariini.

Pulangnya hari ini lebih awal dari biasa. Kereta jual ayam itu juga sudah dipulangkan. Abah balik jalan kaki dari kampung Bukit Kechil ke kampungMerchang. Agak jauh. Hampir 10 Kilometer. Tiada siapa yang Abah kenal untukmenumpang balik.  Kawan Abah mengkhianatiAbah. Habis modal Mak labur. Ingin sahaja memarahi kawan Abah. Tapi biarlah.Abah tidak mahu memanjangkan cerita. Biarlah habis di situ.

Mak terus mengurut Abah tanpa bertanya lebih lagi. Abah sudah faham. Mak memang betul-betul hampa. Harapan yang terakhir kini motor Honda cup60cc Abah. Abah memberi cadangan kepada Mak untuk menjual motor itu sahaja.Duit itu akan diguna untuk buat bisnes baru pula. Mak masih berfikir-fikir.Modal yang diberi sudah habis diambil orang. Ditipu lagi tetapi Abah buat tidak tahu sahaja. Redhanya begitu tinggi. Tidak mahu mempersoalkan apa-apa. Malam itu gelap sekali dan Mak selesai mengurut Abah. Masing-masing belum tidur walaupun semua lampu sudah tertutup. Membilang beras untuk hari esok.


Terkenang hari-hari semalam. Abah selalu ditipu kawan. Namun hanya dibiarkan tanpa apa-apa tindakan. Sudah bermacam-macam bisnes dibuat. Berpuluh ribu duit sudah dilabur. Kenangan hidup abah yang dulu melambai-lambai ingatan mereka berdua. Hanyut lalu dibawa lena. 

Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh