Bab 26

Apalah kiranya yanganak kecil itu tahu. Seharian tanpa Abah duduk termenung di birai pintu.Pertengkaran Abah dan mak masih lagi bermain-main di mata Humaira. Berasa pelik dengan gelagat Abah yang semakin berubah hari ke hari. Tiada lagi sembangkosokng memabwanya ke warung menghirup Milo panas di piring. Tiada lagi Abah hendakmembawanya meronda kampong di dalam raga motor. Humaira mengeluh lagi.

Humaira, “Mari ikut mak pergi kutip pucuk kayu, tolong mak. Hari ni boleh buat nasi kerabu. Sedap juga kan,?” Mak menggamit Humaira dari tanah.Humaira mengangguk. Lantas bertempiaran fikiran pasal Abah. Sungguh dia rindu Abah yang dulu. Humaira menyingsing kaki seluar trek yang dipakai. Terlalu banyak kemuncup di situ. Mak dengan laju berjalan ke arah pokok kemudu.Pucuk-pucuk muda dipetik dan dicekak. Sambil mengucap syukur. Masih banyakpucuk yang tumbuh tidak dipetik ibunya. Pokok-pokok di situ tumbuh liar dengan subur. Ramai juga orang kampong akan meminta dengan nenek Humaira sekiranya ingin makan Nasi kerabu. “Mak, adik nak makan buah tu boleh?” Ujar Humairasambal memuncungkan mulut kea rah pokok senduduk di situ. Banyak. Buahnya ungu gelap dan cantik. Terliur barang kali. Biasanya hanya dibedalnya jika keluar dengan kawan-kawan yang lain. Mak mengangguk. Tersenyum melihat telatahHumaira.

Humaira galak mengutip buah. Disingkapnya baju dan dibuat bakul bajunya itu. Menadah buah-buah. Sudah tidak dihiraukan warna ungu yang melekatdi bajunya. Asalkan dapat memakannya dengan banyak. Mengisi mulut yang belumbersarapan. Sudah tidak dihiraukan kaki seluar yang labuh sudah jatuh. Habismelekat kemuncup. Kaki jadi miang dan sekali-sekali digarunya. Tangan masihkemas memegang kain baju yang akin sarat dengan buah.

Dari kedekatan itu Mak Kiah datang menyapa Mak yang ralit mengutip pucuk Penar pula. Daunnya berwarna coklat, merah dan ungu cerah berkilat. Semunya diambil hanya sedikit-sedikit untuk dibuat makan tiga beranak. Mak tersenyummenyapa Mak Kiah. “Aku dengar cerita tak bagus pasal laki mu. Nasihatlah janganberkawan dengan Pok Sohok. Sesat dia belajo ilmu sesat!.” Mak Kiah cakap seolah berbisik bimbang didengar orang lain yang lau lalang. Berubah air muka Mak,mengakui berita yang dibawa orang itu semakin tersebar ke seluruh kampung. Mak semakin galau. Humaira sudah puas menguti buah lalu kembali kepada Mak. Seronok bukan kepalang ingin berkongsi buah dengan ibunya. Lalu menyapa Mak Kiah yangjuga melihat ke arahnya. Dia menukar cerita sesampainya Humaira di situ. “Kaunak buat apa ni banyak jenis pucuk kayu kau kutip? Sedap ni. Aku nak kutip jugalah,” Mak Kiah turut memetik pucuk untuk dibuat ulam. Mak berjalan pula kearah batang kayu mati. Dikutipnya kulat sisir. Di sapu dan dibuang habuk kayuyang masih melekat di situ. Mak Kiah sudah berangsur pulang dan begitu jugadengan Mak dan Humaira.

Mulut Humaira terus becok menawarkan dan bercerita tentang buahyang dikutipnya. Mak menghela nafasnya lembut. Lantas berpaling ke arah anaknya seorang. “Sedap ni Mak, tengok gigi adik ni, jadi ungu, haaaa, lidah punungu..errrr..”, Humaira menunjuk-nunjuk difikirkan cantik dan hebat. Mak hanya tersenyum membuang gusar di hatinya. Masih terngiang-ngiang di telinga perihalAbah.

Sesuatu pelu dilakukan oleh Mak. Perkara ini tidak harus dibiarkan.Abah dulu berguru lurus. Solat tidak tinggal. Qiamullai sentiasa jadi amalan. Namun apakan daya. Orang di situ hanya galak menghukum dan mengumpat. Mak Kiah juga simpati dengan hidup Mak dan Humaira sekeluarga. Sudahlah susah kini semakinsusah pula. Hal akidah bukan mainan. Apa gunanya belajar ilmu hakikat tanpa syariat yang betul! Yang sesat mahu mudah yang semakin mudah. Gila mencipta aturan agama sendiri. Derhaka kepada Allah dan mungkinkah sudah kafir? Solat dikatakan tidak wajib malah hanya dengan niat sudah cukup bilaa masuk waktunya!

Petang ini harus dia pergi ke rumah Mak Gayah. Meminjam telefon.

 

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh