Bab 32

“PONG, PONG, PONG!!! Ayang baru, ayang baru, mari beli. Sego molek,sego molek!,” Abah menjeritmemanggil orang membeli ayamnya. Mak juga turut melilau-lilau jika ada yang menggamit tangan untuk membeli. Humaira mengeluarkan kepala ke luar tingkap mengambil angin. Tidak pernah menaiki kereta begitu. Naik motor pernahlah.Dinganga mulut luas-luas bagi angin masuk. Puas hati. Abah lalu di dalam kampung perlahan sahaja. Jika tidak sudah lama Mak tarik Humaira. Mak juga turut gembira melihat Humaira yang begitu.


Abah baru sahaja memulakan jualan. Masih ramai yang tidakmengenali. Itulah yang perlu bising-bising dalam banyak kampung di situ.Alhamdulillah ramai juga yang membeli. Namun masih ada lagi sebesen yang belum terusik. Ayam yang dijual hanya 3 ringgit sekilo. Ia, pada zaman itu. Mak juga ringan mulut menjual ayam sambil menimbang dan memasukkan ayam ke dalam plastik.Abah berhenti di kedai masakan pagi di seberang jalan. Bertanya jika mahu bekalan ayam segar setiap hari. Ada kedai yang mahu dan tidak kerana sudah ada pembekal tetap. Begitulah. Abah hanya mencuba.


Hari semakin panas. Mak bercadang sekiranya Abah pergi ke Pulau Kerengga. Ada safari zoo mini di situ. Mungkin mahukan bekalan ayam untuk haiwan-haiwan di situ. Humaira bersorak riang. Sudah lama dia hendak masuk ke zoo melihat haiwan. Abah mulanya tidak mahu kerana bimbang tidak dibenarkanmasuk. Tapi melihatkan ayam yang masih banyak, abah turutkan Mak. Humaira lagi gembira. Menari dan melompat di atas tempat duduk di situ. Sampai di depanpintu pagar, ada palang besi melintang. Ada pegawai juga di situ. Abah tidak kenal. Mungkin semua pekerja di situ adalah orang asing atau diambil daritempat lain.

Abah ingin mencuba nasib. Pengawal hanya melihat di belakang yang ada besen ayam. Boleh masuk dalam, bos mesti beli. Buaya banyak lapar. Masuk boleh. Pigi.”, Pengawal seraya mengangkat palang besi dan membuka pintu pagar.


Humaira meneruskan langkah di belakang Abah. Kelihatan di situtanah yang lebih rendah seperti kolam yang bersimen. Ada pagar yangmengelilinginya dengan pintu pagar yang separuh terbuka. Hari Jumaat, hari cutijadi tiada pelawat datang di situ. Humaira hanya pernah lalu di tepi jalanmelihat papan tanda Safari. Tetapi tidak pernah mengunjunginya.  Abah dan Mak tidak pernah bercerita, mungkin bayaran masuk terlalu mahal hanya untuk melihat haiwan seperti itu.


Perkataan Safari juga agak janggal didengar. Mak mahu ke Bandarmasa itu ada urusan untuk membeli barangan sekolah Humaira. Jadi perlu menaikibas. Bas Himda. Sudah agak uasang tetapi begitu laju membelah jalan. Diamemilih untuk berda di tepi tingkap. Kebanyakan air-conditioner sudah tidakberfungsi. Duduk di tepi tingkap sangat strategik untuk pengudaraan yangbaik.Pertama kali Humaira baru pandai membaca, seluruh papan tanda di bacadengan bersemangat. Sampaikan perkataan selekoh menjadi sekolah berbahaya,Sekolah Maut…Terfikir olehnya sekolah apa itu terlalu bahaya dan menyebabkankematian. Namun Mak masih ingat ketika itu, selekoh…selekoh…dibetulkan agartidak keliru sehinggalah kini sudah pandai membaca dan menulis.


Hari sudah hampir jam 12. Abah perlu bersiap untuk ke masjid pulaselepas selesai semua ini. Mereka tiada peti sejuk yang besar untuk menyimpan lebihan ayam Ia perlu dihabiskan juga. Mujurlah tuan Safari itu mahu membeli ayam Abah. Kebetulan pembekal tidak dapat menghantar ayam seperti kebiasaan,rezeki mereka sekeluarga pada hari tu. Untuk hari esok, Abah sudah membuatkira-kira untuk menyembelih ayam dalam lima puluh ekor kerana bimbang tidakhabis.


Semakin menghampiri pagar, kelihatan buaya dalam lima ekor. Adayang besar dan ada yang kecil. Humaira terlopong. Itulah pertama kali dalamhidupnya melihat buaya yang selama ini hanya menjadi cerita untuk menakutkandirinya jika masuk ke hutan nipah tanpa nenek. Buaya itu tersadai dengan mulut yang ternganga. Kelihatan dataran bersimen itu basah dengan bekas air yang disiram oleh penjaga zoo mini. Keran musim panas yang membahang, buaya itu kelihatantidak aktif. Hanya berjemur sepanjang Humaira disitu, takjub dengan buaya yang besar. Mak sudah memangil. Bimbang dia terlalu dekat dengan buaya tersebut.


Jika di rumah, Humaira begitu berani dengan arwah Amin untuk pergi mencari lokan dan buah nipah. Jika tidak ternampakkan neneknya sudah pastihanya terus pergi sendirian. Mak selalu juga bercerita dongeng pasal biawak bertukar menjadi buaya setelah besar. Begitulah cerita nenek dan Onyangnya sehingga Mak juga sudah bernikah dan mendapat Humaira. Cerita sudah diturunkan turun-temurun untuk mengelakkan anak-anak kecil pergi bermain di dalam semak,hutan nipah, sungai dan laut. Mak juga pernah bercerita perihal Onyang yang pernah digigit buaya. Mujur sempat lari dan menyelamatkan diri. Parut masih berbekas. Pelik jika difikirkan bagaimana bewok ngiyang atau biawak boleh bertukar menjadi buaya. Gerun melihat parut itu, Humaira tidakakan jadi masuk ke hutan nipah tanpa memberitahu Mak. Seperti biasa jika Mak tidak tahu, dia akan pergi juga dengan Amin, tetapi kini tidak lagi.

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh