Bab 23

Setelah kejadian yangberlaku pada Humaira, Abah lebih teliti menjaga dan melihat keluar masukHumaira kemana-mana. Bukanlah menyekat kebebasannya terus. Abah melarang keras Humaira apabila meminta untuk pergi ke laut.

Petang itu, Humaira keluar rumah diam-diam. Dia masih akan teruskan rancangannya untuk bertemu dengan Ain dan Asniwanie. Ke pantai di bawahjambatan untuk bermain telur ikan. Masih tidak serik dengan apa yang berlaku.Apa yang penting adalah bermain dengan apa yang disukainya. Abah sudah mengintai dari jendela. Tersenyum. Tidak lama setelah Humaira turun, abah pula menyusul untuk mengintip Humaira. Bimbang perkara yang sama berulang. Anak daranya seorang sahaja yang tinggal. Akan dijaga dengan sepenuh hati. MujurlahHumaira tidak terus ke pantai. Dia akan pergi ke rumah Ain dulu sebelum ke rumah Asniwanie. Dia akan berteman dengan Ain. Mak sudah tahu Humaira turunsenyap-senyap semasa Abah berpura-pura tidur petang. Bang oo bang! Nung, turun doh nung diang-diang. Abang gi la ikuk, bimbang kite die gi patta pulok kekgi ngangsaeng die. Mak mengejutkan Abah yang sedang tidur. Padahal abah jugasedang berlakon. Hor la ma wey, abang dok tido pong ni, saje tengok die je. Brani sungguh!

Abah tidak membuang masa sahaja di situ. Sambil menunggu Humaira,abah pergi menunggu di pankin yang bersebelahan jambatan ke pantai. Diabersembang-sembang dengan nelayan yang ada di situ dan bermain dam haji. Begitulahorang tua dan orang muda di situ. Suka menghabiskan masa dengan benda mengarutdan membuang masa. Sudah tua sepatutnya ke surau dan masjid. Yang muda juga harus sedar perkara yang sama. Malas mencari kerja. Ikan bilis semakin mahal,bukan semakin pupus. Tapi sedikit sekali yang membuat kerja mencari bilis.Bangsal-bangsal bilis bersusun di tepi pantai sudah tidak lagi digunakan oranguntuk menjemur bilis. Dibiar terbengkalai sehingga usang sendiri. Begitulah orang-orang di situ malas mencari rezeki.

Kelibat tiga orang kanak-kanak terlihat dari jauh. Abah hanyatersenyum. Humaira sudah pandai keluar curi-curi untuk keluar ke pantai. Sejurussetelah ke;ibat Humaira, Ain dan Asniwani mengakhiri jambatan, Abah pergi mengikut lalu mengutip pelepah kelapa kering. Humaira! Balik! Mung balik lalu!Karang aboh piyak ni karang!Abah menjerit lantang dari jauh. Humairasudah pucat lesi. Darah menyirap terus dari kaki ke kepala. Terasa sejuktelapak kaki dan tangan. Ain dan Asniwani juga terkejut beruk apabila disergahbegitu. Abah mengheret pelepah kelapa yang dikutip tadi dan diangkat tinggi-tinggi. Hanya untuk menakut-nakutkan mereka bertiga. Kaki abah tenggelam di dalam pasir pantai yang agak berbukit. Dihenyak dengan kuat untuk meneruskan langkah. Petang itu orang tidak ramai kerana baru nak masuk waktu asar. Cumaada beberapa budak muda yang melepak di situ sambil hisap rokok. Atau mungkintengah masyuk dengan pil khayal.

Semua tertunduk lalu cepat-cepat ambil selipar jepun dan beredar.Humaira terburu-buru juga. Abah menarik telinga Humaira dengan kadar sedikitkuat. Ingin memberi peringatan agar jangan pergi lagi bermain air laut. Akuroyak doh, mung dok dengo. mung la ning saloh! Ain menuduh Humaira dan sebaliknya. Masing-masing menyalahkan diri kerana mengajak pergi ke laut.Padahal sama-sama sudah berpakat.

Masing-masing terus pulang ke rumah. Abah juga terus ke rumah dan bersiap untuk solat asar. Humaira naik ke rumah dan terus ke bahagian dapur untuk mandi dan membersihkan badan dari pasir. Senyap tidak bercakap apa denganmak. Dia ketakutan kerana abah sudah tahu. 

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh