Bab 27

Masih teringat-ingat suara tangisan bayi kecil itu di ribanya. Jika hilang sekejap pasti dicari ibu di seluruh penjuru bilik, dapur dan tandas dengan jeritan yang lantang dibuat-buat. Air mata cuma mengalir setitik dua. Wajah bayi itu akan tersenyum sekiranya saat terpisat-pisat itu jari-jari runcingnya mampu menyentuh ibu.Lalu mendongak tersenyum menunjukkan gigi yang sudah sumbing kulat susu.Matanya akan kembali terpejam setelah yakin ibu tidak akan kemana.

Lamunan Mak terbias sinar mentari yang kadang-kadang muncul dan tidak. Lambaian pelepah kelapa menutup dan membuka tirai awan kerana disapa angin. Rindu akan Humaira mengutip cebis-cebis sepi lalu tersimpan dibalik kalbu. Allah. Moga rindunya itu tidak melebihi yang Esa dan Muhammad kekasihNya.

Pagi itu, sudah berkira-kira untuk bersiap-siap ke kedai runcit Pak Long Mail. Mencari lauk untuk berbuka puasa. Mak puasa sunat hari ini. Mahubeli petai buat ulam makan tengah hari nanti.

Sudah sebulan Abah tinggalkan Mak dan Humaira. Petang itu, Makmembuat panggilan kepada Tok Wan perihal Abah. “Gayah, aku nak pinjam telefonkau sekejap, ada hal penting nak selesaikan. Ambiklah dua ringgit ni kau buatbayar bil telepon kau semula,” Mak tergesa-gesa memanggil Mak Gayah. Mak Gayah terkejut lantas mengangguk saja jemout naik ke rumah. Dia tahu kawannnya itu ada hal yang sangat mustahak.

Seminggu selepas itu, Tok Wan datang dari Kedah dengan kereta Toyota Corela balik ke Terengganu. Jam empat pagi Tok Wan Salleh dan Tok Wan Melur sampai rumah. Salam diberi lalu masuk ke rumah menunggu azan subuh tanpa tidur terlebih dahulu. Mereka sampai terus mandi dan bezikir menunggu subuh.Waktu itu Humaira masih tidur dengan nyenyak. Jika hari siang, wajah comel itu pasti sudah menanti di muka pintu dari pagi. Begitu seronok jika nenek dan datuknya datang melawat. “Makin comel pulak budak ni aku tengok aih, lamo sangat dah tak mai sini.” Tok Wan Melur mengusap wajah Humaira yang polo situ. Tujuan datang hendak melihat anaknya setelah diberitahu Mak.

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh