Bab 44

Tok Chu Seman berjubah putih, dia pakai kain pelikat mengalasdalamnya. Berserban merah diletak di bahu. Bahunya bidang. Badannya tinggi.Berkopiah lembik juga putih yang sudah tidak berapa putih lagi.  Senyum dia nipis di ulas bibir kepada sesiapasaja yang berjumpa di jalan. Minah gila juga diberi senyum. Semua yang melihatpasti akan membalas juga. Cuma ada yang terasa canggung hanya membalas dengansenyum senget.  Bimbang Tok Chu Semanorang jahat berpura alim. Sejarahnya dulu sudah disimpan jauh dibenak palingdalam. Tiada terungkai lagi. Cuma yang pasti antara dia dan Allah. Orangkampung tidak tahu. Atau mungkin yang tahu menyimpan aib orang itu. Dia sudahberubah dan insaf. Melepaskan segala harta dunia yang fanaa. Kini dia hanyajubah putih dan serban. Alas kaki juga tiada. Hanya berkaki ayam.

Humaira tidak peduli apa yang dia lihat tanpa selipar. Dia masihkecil. Langsung tidak dihirau. Cuma terdetik di hati tidak sakitkah kaki orangtua itu sentiasa berjalan dalam panas dan sejuk, kadang-kadang ada duri dijalan serta kaca pecah. Rungsing dia memikirkan apabila berselisih dengan TokChu Seman. Lantas petang itu dia bertanya sambil berjalan dengan Ain. Asniwanietiada, katanya pergi ke laut membantu maknya menjemur bilis di bangsal. LangkahHumaira dibuka luas hampir tersadung di depan. Sukar umtuk melepasi langkah TokChu Seman. Kaki dia punya panjang lagak seorang Nigerian, kulit juga hitammanis, tinggi bertubuh bidang. Seperti seorang pahlawan. “Tokki, kaki sakik dokor? Jalang dok paka selipa?” Humaira terus bertanya apabila sudah berjayamemintas langkah panjang Tok Chu Seman. Tok Chu Seman berhenti mengalihkanbadan. Mulutnya berhenti terkumat-kamit. Dia tersenyum lalu mengangkat danmemusingkan telapak kaki. Berdiri sebelah kaki melayan pertanyaan anak kecilseperti Humaira dan Ain. Ain lebih gugup berbanding Humaira. Ain dan Humairaberundur sedikit. Tapak kaki itu sudah kesat dan tebal. Disapu-sapu oleh TokChu Seman. “Dok rase mende doh mek wey, yer jadi teba doh, lame sangat dok pakaslipa gok,” Tok Chu Seman menjelaskan. Humaira mengangguk faham lalu pergisambung berlari semula.

Langkah terhenti. Lalunya berhenti di depan rumpun buluh besar lagitinggi. Bukan spesis buluh lemang tetapi diambil orang buat meriam buluh saatbulan puasa atau hari raya. Diambil senyap-senyap tanpa pengetahuan TokkiAwang. Rumahnya bersebelahan dengan rumpun buluh itu. Jika orang tua itu ada,sudah pasti ditempik kuat-kuat, dijerkah dan diceramah. Tidak kira tua danmuda. Yang pasti, pasti ada yang menyelinap dalam semak, mahu mengambil buluh.

Humaira tidak kisahkan buluh besar itu, tetapi matanya tertumpupada rebung yang kecil-kecil. Mahu dikutip beri pada Nenek Melah dan mak.Dibuat gulai kuning ikan masin. Sedap juga. Pokok itu tumbuh dibuat waka padasiapa yang memerlukan. Ain mengikut sahaja langkah Humaira. Masuk ke dalamsemak. Agak dalam dari jalan batu di atas. Dibelek-belek rebung dengan rantingkayu sebelum menolak dengan selipar. “Mung ogeh dengang kayu tu aku tolok koktepi,” berpeluh-peluh Humaira memberi arahan. Ain mengikut sahaja. “Aku tolokdoh ni, mung ambik selipa sebeloh lagi kepek rebung, nok cabuk doh ni, sikiklagi,” Ain menambah. Membantu kawannya yang beria mahukan rebung. Ayah Ainsetiap hari akan ke laut dengan bit kecil bertemankan dua abangnya. Petang pulaakan meniaga air tebu dan pisang goreng. Ekonominya lebih kukuh dan tetap.Ibunya kadang-kadang buat kerepek pisang dan ubi dan diletak di meja jualankedai.

“Prakk,” bunyi patah rebung tetapi umbinya tidak patah dari bawah.Sayang membazir isinya. Sukar juga untuk diambil, hanya ditolak dengan selipardi tangan tanpa parang.  Dapat tigarebung. Cukuplah. Dilapik dengan daun buluh kering lalu diambil bawa pulang.Sampai di rumah dia hanya singgah di pangkin. Tinggalkan di situ. Setelahmengambil air sejuk di peti, dikongsi dengan Ain. Selepas memberi salam, terusturun semula ke tanah, tidak sempat bertemu mata dengan mak. “Rebung mari maneni kak long?! Mak menjerit dari jauh. Humaira berlari semula ke rumah. “KakLong ambik dekak umoh Tokki Awang nung, takdi dengan Ain, nati Mok wak gulakunig ikang masing. Sedap jugok, mok op,” Humaira menjelaskan pada Mak. Makmengangguk lega kerana bimbang Humaira mencuri hak orang lain. Kaki melangkahsemula pergi bermain. “Humaira, nah ambi duit ni,” Mak menggamit Humairakembali tanda berterima kasih kepada Humaira kerana membawa pulang rebung.Humaira melangkah gembira. Tersenyumlebar dengan duit syiling 50 sen Mak beri.Tidak jadi bermain. Langkah terus laju mengajak Ain pergi ke kedai Mok YahKupik pula. Mahu membeli asam dan aiskrim itik. Sudah terbayang-bayang di mata.

Previous: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh