Bab 6

Malam itu mereka bersantai-santai makan jemput-jemput yang mak buat. Humaira menceritakan perihal Ustaz Baha di masjid. Abah termenung sekejap. Bila di depan cakap semua tidak ada apa-apa yang pelik atau mahu menegur. Abah sudah maklum perihal itu.Maka esok abah akan tanyakan tok penghulu kampung sekiranya Humaira boleh dihantar ke situ. Mak hanya mengangguk dan tersenyum kepada Humaira. Amin juga begitu. Malam itu Humaira dan Amin tidur awal. Esok perlu ke sekolah lagi. Amin perlu menyambung peperiksaan hujung tahun manakala Humaira akan menghadapi ujian hafazan dan tilawah Quran. Selain dari itu, Humaira perlu membaca karangan dalam tulisan jawi serta subjek lain yang asas.


Bahagian surah-surah lazim sudah lumat di mulutnya. Setiap petang Amin akan membantu untuk memastikan ayat yang dibaca mengikut susunan dan sebutan yang jelas dan tepat. Mereka dua beradik tidak sabar mahu menghabiskan persekolahan pada tahun itu. Malah cuti pun akan lebih hari kerana hari raya yang akan tiba setelah berakhir cuti sekolah.


Akhirnya hari Khamis itu mereka berdua merdeka. Hanya tinggal seminggu lagi sebelum cuti sekolah yang panjang. Mak berhajat untuk membeli kain baju raya dan menempahnya sebelum terlambat. Hari Sabtu adalah pasar malam di kampung Merchang. Ia adalah hari terbaik untuk membawa dua beradik itu memilih kain dan warna yang disukai. Humaira dan Amin bersorak lagi. Mak dan abah hanya tersenyum melihat keletah mereka. Sebenarnya petang itu, Mek Kemboja ada datang bertandang ke rumah menjaja kain dalam bungkusan besar di atas kepala. Hanya terdapat t-shirt biasa sahaja. Tidak sesuai untuk hari raya. Makperlu menempah pakaian untuk mereka berdua.

Malam Sabtu selepas maghrib, mak, Amin dan Humaira berjalan kaki kepasar malam. Mereka berjalan hanya dengan biasan-biasan lampu jalan dan rumah orang serta kedai yang masih buka. masih ada juga yang yang gelap perlu dilalui cepat-cepat kerana bimbang dengan binatang berbisa yang mungkin melintas dijalan itu. Dalam 15 minit juga perjalanan. Humaira dan Amin semakin excited.Suasana hingar-bingar di pasar malam mula menerjah telinga. Suara tawar-menawar antara pelanggan dan penjual tenggelam timbul dengan bunyi generator masing-masing. Ada yang berkongsi generator untuk menyalakan lampu dan perkakas elektrik. Gerai coconut shake dan ayam goreng celup tepung adalah antara yang paling ramai pelanggan. Bau ayam goreng menusuk hidung. Gelas kertas yang tersusun ditambah dengan aiskrim menggamit pandangan dua beradik itu. Mak buat tidak tahu. Mak tidak mahu membeli semua itu kerana sudah memasak makan malam.Humaira dan Amin hanya tengok-tengok sahaja. Ada juga gerai menjual mainan dankasut sekolah baru. Mereka tidak berani untuk meminta daripada mak kerana sudah faham dengan kewangan keluarga. Mak dan abah belum mampu. Kedua-dua beradik itu hanya mengikut belakang mak. Dipegang tangan mereka berdua bimbang tenggelam dengan orang ramai yang berpusu-pusu.

Mak membawa mereka terus ke gerai orang Kemboja menjual kain. Mereka perlu melintas jalan raya kecil untuk menyampai ke gerai tersebut.Relung-relung kain tersusun atas meja berlapikkan papan plywood dengan kaki besi yang boleh ditarik buka. Ada yang berbatu berkilat, yang merelip,yang nipis dan kasar, bermacam-macam lagi. Tidak kurang ramai juga membeli kaindi situ dek musim raya yang akan menjelang tidak lama lagi. Mak Leha tukang jahit kampung tidak mahu mengambil tempahan jika terlalu ramai yang datangmenempah dengannya. Mak memilih kain yang sederhana harganya, tidaklah terlalumurah kerana jarang dan akan kelihatan buruk. Mujurlah Abah ada memberi wangpada hari semalam. Jika tidak, mungkin mereka hanya memakai baju tahun-tahunlepas. Baju lama juga masih elok. Namun begitu, bayaran kain-kain tersebut dibayar berangsur-angsur oleh mak. Minggu depan akan dibayar lagi dan minggu seterusnya. Mak ada menyimpan separuh lagi duit belanja untuk barang-barang dapur. Sebab itu, mak lebih suka membeli di situ berbanding dengan orang Melayu. Mereka tidak mahu mengurangkan harga dan tidak memberi hutang. Orang Kemboja pula tidak kisah dan semakin galak pula suruh membeli. Mereka juga berasal dari pelarian. Tahu susah dan payah ketika mahu hidup di Malaysia pada mula-mula dulu. Dijual barang-barang kemas yang ada untuk membuat modal berniagadi tempat orang. Malah masih ada yang berusung bungkusan kain atas kepala ditengah-tengah panas. Berbeza dengan dengan orang kampung yang malas bekerja bersungguh-sungguh.

Semasa dalam perjalanan pulang, mak ada membeli sayur dan telur itik. Humaira dan Amin pula terlepas tangan daripada mak. mereka berhenti didepan gerai buah-buahan, Terliur dengan buah epal yang merah-merah dan besar.Ditimbun di atas meja kayu dan membuat mereka semakin terliur. Harganya adalahyang paling mahal. Humaira mula menyentuh dan membelek buah tersebut. Aminmula-mula melarang, tapi kesian pula melihat adiknya. Eh adik, kalu tak mboh beli buoh tu, jangang wak maing. Kekgi takut lembek orang tak mboh beli pulop. Humaira terkejut dan terus meletakkan buah tersebut.Mak yang ketika itu terpandang,ditariknya Humaira pergi dari situ. Mak merasa malu dengan apa yang dikatakan penjual buah tadi kepada anaknya.

Mak berjalan semakin laju dan tidak bercakap sepatah pun. Humairajuga tidak berkutik. Amin juga diam dan mereka berjalan cepat sahaja sampai dirumah. Abah tidak ada pada masa itu, keluar mengeteh dengan kawan-kawan dikedai Pok Zali roti canai. Mak meletakkan barang-barang dan duduk bersila. Makmemandang marah, mata berair mengadap Humaira yang sedang sibuk melihat kainbaju rayanya. Humaira pergi menayangkan tubuhnya yang dibalut kain kepada mak.Mok, comel dop? Mak dengan bingkas menampar muka kecil Humaira. Ternyataterdiam anak kecil itu dan menyapu mukanya. Amin juga terpana. Lain kali, mungjangang jamoh-jamoh buoh orang! Mak memberi amaran. Humaira terus pergi masukke bilik dan dipujuk abangnya Amin. Ternyata mak terlalu malu dengan kepolosananaknya dan menjadi marah kepadanya. Mereka tidak mampu untuk membeli buahimport yang mahal-mahal kepada anak-anak. Humaira menangis sehingga tertidur.Dia tidak tahu apa salahnya ditampar begitu oleh mak.    


Sampainya hati mak. Humaira serik untuk ke pasar malam lagi. Aminpun turut sedih melihat adiknya yang sudah ketiduran. Setelah itu, barulah diapergi tidur di ruang tamu. Sudah tidak jadi bermain pasang-pasang kain dibadan. Seperti patung di dalam butik Kamdar yang tidak bergerak dengan gayayang tersendiri. Sunyi rumah itu dengan gelak –ketawa mereka berdua. Bunyimotor abah kedengaran di tangga rumah. Pelik begitu awal anak-anaknya tidurhari ini.

Awa sungguh anok-anok tido malang ni, doh kate gi beli kaeng wakbaju raye? ade ke dok? Mak mengiakandan menyambung kerja menyusun barang-barang di dapur. Anok-anok tido blake doh. Esok kangskoloh. Bagi Terengganu memang hari Jumaat dan Sabtu cuti hujungminggu. Jadi hari Ahad sudah bersekolah. Mak hanya memberi alasan anak-anakmahu ke sekolah. Dia merasa bersalah dan malu untuk menceritakan kejadian yangberlaku sejam yang lalu. Kalau abah ada sudah pasti dihalangnya. Kerana Humairaadalah intan payung buat abah. Adik yang manja di hati abah. Namun, malam ituabah tidak tahu wajah Humaira dikasari tangan mak.

Sebelum masuk ke bilik tidur, abah pergi ke bilik sebelah untukmenjenguk Humaira. Abah ingat Humaira mesti terlalu gembira dibeli kain untuk baju raya barunya. Abah tersenyum melihat Humaira. Mujur abah tidak membuka lampu, kalau tidak pasti ternampak bekas merah di pipi anak kecil itu.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh