Bab 39

Mak termenung jauh mengingatkan hari-hari lalu. Menanti hari untuk melahirkan.Namun fikiran terbayang mengingatkan ayah dan ibu yang melahirkan dirinya.


“Mek, aku tok buwi mung nikkoh denge inspecta tu. Mung jange nok glenya!!!”. Pak Mael menjerkah. Senah hanyamengangguk sedih. Ada yang datang meminang. Mahu mengahwini Senah. Dia juga berkenan di hati. Bakal menjadi suri seorang hero Negara menyelamatkan daripada musuh durjana. Hatinya retak berkecai. Bukan selalu bertemu dengan Azeri.Tetapi hanya sekali itu. Sewaktu Senah meniaga barang-barang Pak Mail. Ternyataterlalu marah Ayah Senah. Senah adalah anak Pak Mail yang pertama dengan Nenek Humaira. Pak Mail asalnya sebelah Kelantan Pattani. Bercakap dalam dialekKelantan walau sudah lama tinggal di Terengganu. Dia balik merantau keTerengganu dan meniaga di Terengganu. Berjumpa dengan Nenek lalu menikah. Dia duda anak satu. Lelaki anaknya. Jadi Senah, Tipah dan Umi Kalsum hasil pernikahannya dengan Pak Mail. Tiga orang. Namun, Pak Mail sudah punya ramai isteri dan anak hasil pernikahan lain. Ada yang meninggal, yang diceraikan dan dinikah baru. 


Hidup seorang musafir dan berdagang seperti dia punya langkah yang begitu. Jadi Senah anaknya yang sulung dengan Mak Melah. Sangat dikasihidan disayangi. Setelah lahir Senah, rezeki datang melimpah ruah. Barang dagangan habis laku dijual, mudah pula untuk diperoleh. Semua sekali mudah kerjanya. Mak Melah pun hidup agak senang. Lahirlah Tipah dan Umi Kalsum selang dua dan tiga tahun berikutnya. Rezeki anak-anak telah tertulis di Luh Mahfuz.Ibu bapa menumpang rezeki membantu membesarkan. Kerana itu jugalah bertambah sayang Pak Mail kepada Senah.


Pak Mail menjual rokok seludup dari Pattani. Zaman itu, barangdibeli dari Thailand untuk harga yang lebih murah. Barulah barang dapat dijualdengan untung yang banyak. Menjadikan Azeri sebagai menantu ibarat melepaskan harimau membaham Pak Mail. Begitu marah dengan Senah. Senah tidak lagi bertanya apa-apa. Azeri juga begitu. Pak Mail sangat bengkeng. Tidak terkalahkan.Setelah peristiwa itu, Senah kembali dengan rutin berniaga dengan Pak Mail menjaga barang jualan.

Setahun berlalu, Pak Mail ingin beralih arah. Sudah tidak mahu menetap di Terengganu. Mahu ke Pahang. Sambung menjelajah. Nenek mengikut sahaja.Anak-anak hanya bersekolah sampai darjah tiga. Tidak begitu penting bagi keluarga Pak Mail. Sudah reti baca, tulis dan kira yang asas sudah cukup.


Senah begitulah sehari-hari sehingga akhirnya, Pak Mail menceraikan Nenek bagi mengahwini yang lain. Dikata orang diguna-guna. Tapi begitulah hati manusia. Berubah di bawa angin cinta tiba-tiba. Begitu juga perniagaannya. Beralih juga ke negeri lain. Tanpa tertinggal sebuah hati buat anak-anak. UmurSenah menginjak ke 16 tahun. Muda remaja dengan wajah agak cengkung. Namunkebolehan Senah berniaga barang-barang di pasar menambat hati sesiapa saja yangberurusan di pasar subuh. Namanya pasar pagi tetapi sebelum jam 4 lagi sudahhingar bingar.


Waktu itulah bertemu Abah yang datang berniaga. Rumahnya di Jengka.Namun menghantar barang sehingga ke Kuantan. Senah tidak endah sahaja dengan lelaki yang berniaga di ditu. Hati dan fisikalnya fokus dengan perniagaan untukmembantu Mak Melah dan adik-adik yang masih bersekolah. Biarlah dia tidak bersekolah, adik-adiknya perlu menyambung pelajaran untuk masa depan.

“Assalamualaikum! Saya datang nak membeli, membeli sayur sepohon dua, bolehkah cik adik tolong pilihkan?” Abah berlagu dendang seperti penglipur lara bertandang. Senah terkelip-kelip. Cina mane pulok mari nok beli ni???!!!

Mak tersenyum sendiri.

 

Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh