Bab 1

Bab 1

1997

Pagi itu motor abah rosak. Humaira tercongok di atas pangkin rumah. Tangan ke dagu melihat-lihat ke arah abah. Motor Honda kapcai 60cc itu sudah lama berkhidmat buat keluarga mereka. Abah hanya membaiki sendiri motor buruknya.Abah kata duit lagi penting buat beli beras dan lauk pauk. Enjin motor tak mahuhidup juga. Berkali kali dihenjut abah. “Jomla dik. Mari abah hantar jalan kaki.Hari sudah agak lewat, mungkin anak-anak lain sudah sampai ke sekolah Pasti dan membaca doa pagi. Ah! tidak mengapa lambat. Abah terus berjalan memimpin Humaira. Kata abah, better late than never. Humaira lebih senang dipanggilnya adik. Panggilan sebegitu lebih manja dan rapat dari hati abah.


Dua pasang kaki berjalan laju. Langkah Humaira yang kecil-kecil hampir ketinggalan di belakang abah. Sungguh comel dengan jubah warna hijau pucuk pisang dan tudung putih yang sedikit senget. Mujur dipimpin. Perjalanan jalan kali yang mengambil masa 15 minit jika berjalan laju. Tiba-tiba Humaira menarik-narik tangan abah. Abah, adik pakai selipar kahwin dua belah. Abah menggaru kepala lalu memandang ke bawah. Dilihat Humaira memakai selipar jepun satu merah dan satu hijau. Mahu patah balik rasa sudah tidak berbaloi kerana sekolah sudah dekat benar. Tak apalah adik. Pakai saja. Humaira angkat bahu lalu tergelak. Abah hanya mampu senyum. Biarlah, asalkan kaki beralas. Selipar abah semakin haus di bahagian tumit. sudah lama di buat jalan.Mungkin esok atau lusa akan berlubang. 


Kelihatan orang kampung ada yang menyapu laman, ada yang merokok, ada yang berkebun, dan ada yang menjemur kain dan taklupa yang menjemur ikan kering. Abah berlalu saja dengan senyum nipis sekadar menyapa. Ada yang membalas dan ada yang buat tidak peduli. Humaira hanya berjalan ke depan kerana memikirkan hari yang sudah agak lewat untuk sampai ke sekolah. Humaira sebenarnya bimbang sekiranya dia tidak sempat mendapat mangkuk makanan kesukaannya dengan gelas. Sekiranya sepadan, belakang gelas dan mangkuk itu boleh bercantum, lalu boleh dipusing-pusingkan. Itu memang menjadi pilihan semua budak di sekolah Pasti.  


Humaira tersadung kakinya lalu tersembam ke tanah. Abah berhenti lalu menyapu tanah yang melekat pada jubah dan tudung Humaira. Tanah masih lembab. Kotoran berwarna koko kehitaman sudah pasti susah disental mak nanti.Abah mengangkat Humaira lalu didukung. tapak tangan dan lutut bergesek. Luka calar sedikit kulitnya. Pedih- pedih ditahan bagi sampai ke sekolah.


Ditiup Humaira perlahan-lahan. Abah dukung Humaira. Peluh di dahi dikesat dengan belakang tangan. Peluh Humaira turut dikesat lembut. Sampai di depan jalanbesar, Humaira diletakkan ke bawah lalu dibetulkan jubah dan tudung yang senget itu. Sudah dirasakan kemas dan cantik, abah dukung kembali untuk melintasjalan. Selipar Humaira yang berwarna merah terlurut jatuh kerana abah melintas dengan cepat. Humaira menjerit. Abah! Selipar adik jatuh tengah jalan!Kenderaan agak banyak dan sibuk. Masing-masing memandu dengan laju. Abah sudahangkat tangan pun masih laju menekan minyak. Aduh, melintas jalan dirasakanazab dengan mendukung anak kecil. Sekolah betul-betul bertentangan dengan jalan besar. Sangat berbahaya. Sudah begitu, selipar perlu diselamatkan juga. Alamat berkaki ayamlah anaknya nanti. Abah terus menghantar Humaira ke sekolah dahulu.


Kelihatan anak-anak sudah masuk ke kelas. Nasib baik masih ada ustazah Fatimah yang menanti di hadapan pintu. Humaira tidak mahu masuk dulu ke dalam kelaskerana menanti abah membawa balik seliparnya lagi sebelah. Kesian abah. Dilihat abah sudah sampai di depan jalan. pandang kiri. pandang kanan. Selipar merah dilanggar motor dan kereta. mujur tidak lari agak jauh dari situ. Abah cepat-cepat melintas apabila kenderaan sudah lengang lalu diambil tangkas selipar merah diatas jalan. Disapu-sapu selipar itu dan dihantar ke sekolah semula. Humaira tersenyum menampakkan gigi kapak yang baru tumbuh. Lesung pipit di kiri dan kanan pun tenggelam. Abah pun tersenyum. Setelah selesai, abah balik semula ingin membaiki motor. Mungkin singgah di rumah kawan untuk meminta bantuan.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh