Bab 8

Petang itu, Humaira dan Amin tidak jadi hendak keluar rumah. Angin, kilat dan guruh berterusanmelanda kampung itu. Hujan masih belum menunjukkan wajah. Namun pokok kelapa yang tersusun di tanah tok penghulu kelihatan seperti mahu terbalik. Meliuk lentok seperti lalang yang ringan ditiup bayu. Malah ada atap rumah yangterbang ditiup angin. Kebanyakan rumah mereka adlah orang kampung yang tinggal berhampiran pantai yang tiada halangan pohon nipah atau bakau di hadapan rumah mereka. Walaupun rumah mereka tidak begitu teguh dan mempunyai lubang didinding, dibahagian belakang, kiri dan kanan rumah masih ada halangan darihutan nipah dan hutan yang tidak begitu tebal. Sedikit sebanyak menjadi pelindung dari badai laut yang mengganas.


Walaupun begitu, di hati keluarga Humaira masih gusar dek dua tiga pohon kelapa yang menjulai tinggi asyik kekiri dan ke kanan. Dari kekisi tingkap, dua beradik itu hanya memerhatikan pohon kelapa itu. Bertindak berjaga-jaga. Padahal, tiada apa yang mampu mereka buat sekiranya semua itu tumbang di depan mata. Dulu sudah pernah terjadi ketika mak dan abah masih menyewa berhampiran jalan ke sekolah Pasti Humaira.Terdapat pohon kelapa di halaman rumah. Ia tumbang meranapkan atap dan beranda rumah. Mujurlah keluarga mereka tidak apa-apa. Hanya kucing kesayangan Humaira dan Amin menjadi mangsa. Mati di tempat kejadian. Terburai tangisan dua beradikitu. Kucing bertompok oren itu sudah agak berusia dalam kiraan jangka hayat kucing. Begitu setia dan sanggup berkorban. Sempat lagi kucing itu memberi amaran dengan meownya yang tidak henti-henti. Mujurlah mereka sekeluarga tersedar sebelum pohon kelapa itu tumbang sepenuhnya. Narrow escape.Alhamdulillah Allah masih sayang.


Dulu sudah bersepakat dengan nenek, katanya mahu mengupah Pak Hussin Pong untuk menebang pokok kelapa . Semenjak dari hujung tahun lepas.Juga semasa masuk musim tengkujuh. Masing-masing berasa tidak sedap duduk didalam rumah dengan pohon kelapa yang seperti menari-nari dengan sesuka hati mereka dengan muzik retro tengkujuh. Namun tetap tidak panggil untuk menebang.Sayang katanya, masuk bulan Ramadhan harga kelapa naik, banyak permintaan. Lagipula nenek perlukan banyak kelapa untuk membuat inti pulut lepe, akok, dan bermacam-macam kuih lagi untuk jualan. Masalahnya, mana lagi penting, untuk jual kuih atau nyawa? Begitulah drama sama yang diulang-ulang ketika angin kuat membadai ombak. Mak dan abah sudah tidak lagi mahu menasihati nenek untuk menebang lagi. Hanya bertawakkal kerana menumpang di tanah orang. Mak membiarkan Humaira dan Amin melihat ke luar dari tingkap nakuh. Kepingan kaca yang sudah longgar pemegangnya. Besi yang semakin berkarat kerana terkena angin laut. Semakin galak mereka di depan tingkap. Hawa-hawa angin dari tempias hujan mengenai wajah mereka. Disapu-sapu, disuakan lagi muka mereka biar basah.Kadang-kadang sengaja dinganga mulut ingin merasa air hujan. Aduhai. Semuabenda dijadikan mainan. Scenery pohon kelapa menjadi layang-layang mengganas itu tadi sudah dilupakan.

Mak dan abah menghamparkan toto di ruang tamu. Semua berkumpul ditengah rumah, Biar terasa hangat sedikit. Mak sediakan air kopi o dan teh o panas dengan biskut kering dan roti keras. Itulah yang ada untuk memanaskan badan. Humaira dan Amin duduk berdua dengan selimut nipis di atas bahu. 2 gelaskopi untuk mak dan abah. 2 gelas teh untuk Humaira dan Amin. Bunyi katak semakin rancak memanggil hujan. 


Pelbagai bunyi seolah-olah sedang berlangsung frog orchestra. Penghuni rumahberdinding kayu berlubang akan dapat mendengarnya paling jelas.  Abah kata katak sedang berzikir bukannya memanggil hujan. Berzikir dalam bahasanya. Hanya orang tertentu yang dapatmemahami dan menghayati. Adik, abang ade teke-teki. Bende ape beze kattok Malaysia dengan kattok orang puteh? Humaira termangu. Berfikirsejenak dan dua jenak. Tidak tahu apa bezanya. Hah! Adik tau doh! Kattok orang puteh paka baju! Buleh cakkak! Buleh joggek! Semua tergelakkan Humaira.Habis jawapan yang dirasakan sesuai diberikan ibarat machine gun. Bimbang jawapannya diambil orang dan cuba memberikan jawapan yang paling tepat. Malangnya semua salah. Amin tersenyum menampakkan telaga buruk. Humaira kecewa. Namun masih tetap berfikir akan jawapannya.Adik nok jua ke nok beli? Jua la dik. Abang malah doh tunggu lame sangak. adikdok tau gop eh. Humaira menjatuhkan kening panjangnya. Dan kembali mengerutkannya pula. Bertangkup kening Humaira. Semakin mengujakan dan akhirnya dia teringat cerita kartun yang ditontonnya di sekolah. Hmmm...kejak, kejak..hehehe..adiktau doh! Grabit..Grabit..Grabit...tu kalu kattok orang puteh, Ong gedekgedek...ong gedek gedek...Hahaahahaha..Ditirunya lompat katak sambil membuat bunyi yang dia katakan tadi.Hampir lelah Humaira memberitahu jawapan itu. Seolah-olah putus nafas. Gembira bukan kepalang, ibarat memenangi gula-gula sebalang. Bijok adik! Tobak arh! Amin memuji adiknya. Humaira begitu gemarkan teka-teki. Ligat otaknya memikirkan jawapan asalkan boleh dijawab.Abah dan mak jadi terhibur. Lupa sudah bunyi angin kuat yang menderu dan liuk lentok pohon kelapa. Hilang gusar di hati dek tingkah permata hati.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh