Home Novel Komedi/Romantik Komedi PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 29 - Part 1

BAB 29 - Part 1

“Betul cakap makcik Roza tu! Kau kena ikut laki kau, Tipah! Takkan senang-senang kau nak biarkan perempuan tu bermaharajalela! Lawan, jangan tak lawan, Tipah! Jangan risau, aku akan sentiasa sokong kau dari belakang!” laung Melah dengan penuh bersemangat. Ternganga seketika Tipah dan Makcik Roza.

“Apa yang lawan-lawannya ni? Korang nak pergi tengok WWE secara live ke?” serbu Raina dari belakang dengan riak kehairanan.

“Cik Raina! Encik Rayyan dah buat perangai pulak! Dia dah lari rumah dengan Cik Zeta!” beria-ria Makcik Roza mengadu domba.

Berkerut dahi Raina di buatnya. “Mengarutlah makcik ni! Lari apanya? Isteri dia Tipah kan ada kat sini? Takkanlah dia nak buat perangai macam tu. Lagipun kaki dia tu belum sembuh lagi, kan?”

“Betul tu, kak Raina. Saya pun nampak dengan mata kepala saya tadi. Rayyan siap bawak beg baju lagi. Dahlah perempuan urban tu pakai sikit punya seksi. Terjojol biji mata saya ni memandangnya!” tokok Melah pula.

Raina mendengus kasar. “Rayyan..Rayyan...tak habis-habis buat perangai! Bila nak berubah pun tak tahulah!”

“Habis tu apa yang kita nak buat sekarang ni Cik Raina? Makcik kesian sangat dengan Tipah ni. Tak patut Rayyan buat dia macam tu,” acum Makcik Roza pula.

Raina juga benar-benar bingung. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut di lakukannya agar Rayyan sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Betapa kusutnya fikiran mereka berempat sehinggakan kehadiran SUV Porsche Cayenne Turbo S berwarna merah cili di perkarangan kediaman ini tidak di sedari oleh mereka. Sudah agak lama juga Arif Ilham memasang telinganya pada butir-butir perbualan mereka berempat rupa-rupanya!

“Sayang, jangan risau. Saya boleh tolong Tipah cari Rayyan!”

Serentak semua berpaling ke arah Arif Ilham. Raina segera menerpa ke arah kekasih hatinya. “Bila awak sampai? Saya tak perasanlah,” gumam Raina dengan wajah terkulat-kulat.

“Macam mana nak perasan? Saya tengok semuanya bukan main serius lagi berbincang. Jangan risau, serahkan saja semuanya pada saya. Tahulah saya nak buat macam mana,” dengan yakin Arif Ilham mengungkapkan kata-katanya. Terlopong seketika keempat-empat mereka. Terlorek seribu satu soalan di wajah masing-masing.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Deringan telefon yang melantun-lantun dari ruang depan menyentakkan Makcik Rosnah. Pantas dia berlari-lari anak. Segera di capainya gagang telefon tersebut.

“Assalamulaikum.”

“Waalaikumsalam. Mak apa khabar?”

Hati Makcik Rosnah menggeletik gembira. Suara di hujung talian itu benar-benar di rindui kelibatnya. “Raimi! Bertuah punya anak! Lama kamu tak call mak. Ni apa mimpi kamu call tengahari rembang ni?”

Senang hati Raimi mendengar suara ceria ibunya. “Takde apalah mak. Saja je. Mak, kenapa tak bagitahu Tipah datang ke Perth ni?”

Menjuih bibir Makcik Rosnah mendengar nama ‘musuh ketat’nya itu berkumandang dari bibir anaknya. “Malaslah mak nak ambil tahu hal budak senget tu. Lagipun kan dia dah kahwin. Pandai-pandailah laki dia jaga dia. Yang kamu sibuk sangat pasal Tipah ni kenapa?”

Raimi mengeluh. “Raimi bukannya apa mak, Raimi kesian dengan nasib Tipah tu.”

Berkerut dahi Makcik Rosnah di buatnya. “Kesian? Nak kesian apanya? Dia dah dapat kahwin dengan laki kaya. Dah tentulah sekarang dia hidup atas timbunan duit.”

“Mak tak tahu cerita sebenar. Kesian Tipah, mak. Saya sendiri pun tak tahu macam mana nak tolong dia.”

Antena telinga Makci Rosnah mula terceracak. Seronok benar hatinya mendengarkan Tipah sedang di rundung malang. “Yeke? Apa pasalnya tu? Cuba kamu cerita dengan mak.”

Raimi meneguk air liurnya. “Panjang ceritanya, mak. Untuk pengetahuan mak, Rayyan tu kahwin dengan Tipah semata-mata kerana harta je. Dahlah si Rayyan tu kaki perempuan, makan hati Tipah di buatnya.”

Mengekek-ngekek Makcik Rosnah ketawa. “Kamu jangan nak buat lawak bodohlah, Raimi. Kerana harta apa bendanya? Si Tipah tu mana ada harta, kalau menghabiskan harta ayahnya pandailah dia. Kalau si Rayyan tu ada perempuan lain, memang mak tak heran langsung! Kamu tengok sajalah fesyen si Tipah tu, macam badut sarkas kepala dungga je mak tengok.”

Tergeleng-geleng kepala Raimi mendengar cercaan Makcik Rosnah terhadap Tipah. “Mak ni, tak baik cakap macam tu kat Tipah! Sebenarnya semalam saya dan Tipah di jemput untuk bacaan wasiat arwah Dato’ Khalid. Dalam wasiat tu tertulis yang Rayyan kena kahwin dengan Tipah kalau dia nak mewarisi harta ayah dia. Kalau Rayyan ceraikan Tipah sebelum genap setahun, semua harta tersebut akan jatuh ke tangan Tipah.”

Buntang biji mata Makcik Rosnah mendengarnya. Serta-merta terangka pelbagai idea jahat di dalam otak jahat Makcik Rosnah. “Hah??? Kamu biar betul, Raimi? Kamu tak main-main, kan? Oh, maknanya ada peluanglah si Tipah tu mewarisi segala harta-benda arwah Dato’ Khalid tu, kan? Bagus! Kamu suka sangat dengan si Tipah tu, kan? Inilah masa untuk kamu rebut cintanya, Raimi! Sambil menyelam minum air. Sambil rebut cintanya, kamu rebut juga hartanya!”

Tersentak Raimi mendengar kata-kata Makcik Rosnah. “Mak! Sampai hati mak cakap macam ni? Tipah tu kan adik Raimi, takkanlah Raimi nak hancurkan rumahtangga dia pulak?”

Makcik Rosnah tersenyum sinis. “Kamu ingat mak ni buta ke Raimi? Selama ni mak tahu kamu ada hati dengan Tipah, kan? Tak payahlah nak tegakkan benang yang basah! Mak tahu apa yang ada dalam fikiran kamu. Sekarang ni mak tak peduli. Kamu kena fikirkan cara untuk bolot segala harta si Tipah tu!”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.