EDISI PUASA SPECIAL – Part 1
Malam 29 Sya’ban.
Sesuap demi sesuap nasi di tala ke mulut. Ayam masak serai,
sambal tempoyak pucuk ubi dan sirap limau ais benar-benar menggamit seleranya. Sebutir
nasi pun tidak bersisa dalam pinggan tersebut tatkala Rayyan menatang pinggan
tersebut ke singki.
“Saya kena makan banyak-banyak untuk bekalan esok hari.
Kalau tidak esok mesti saya tak bertenaga nak melaksanakan rukun Islam yang
ketiga. Rayyan! Rayyan! Yakin boleh, Rayyan!” berkobar-kobar Rayyan melontarkan
kata-kata semangat buat dirinya sendiri.
Terkemam-kemam bibir Tipah menahan tawa dari terhambur
keluar. Geli hatinya melihat telatah Rayyan yang saling tak tumpah macam budak
darjah satu yang baru nak belajar berpuasa.
“Hmm...kalau macam tu kenapa awak tak habiskan je nasi satu
periuk tu? Awak nak kena simpan banyak tenaga, kan? Perabihkan jelah semua
lauk-pauk tu. Nanti saya bancuhkan air sirap limau satu jag lagi untuk awak,”
perli Tipah sambil menyengeh.
Sentap Rayyan di buatnya. Mulalah muncung ala-ala
Pistachio-nya berlumba-lumba maju ke hadapan. “Amboi! Sedap je mulut tu kutuk
suami sendiri, ya? Cik Tipah ooi, ingat sikit. Esok kita nak melangkah ke bulan
yang penuh barakah, penuh rahmat. Kalau awak rasa nak mulakan bulan yang penuh
kerahmatan tu dengan mengutip dosa kering dari suami, di persilakanlah! Buat
banyak-banyak sikit, ya?”
DUSH!! Kan dah kena sebijik. Tulah, siapa suruh cari pasal
dengan suami sendiri, kan?
“Alah, sorilah. Saya main-main jelah. Janganlah marah,
sayang,” pujuk Tipah dengan gaya ala-ala gyiyomi yang paling comel di alam
semesta.
Muncung Rayyan makin tajam. Geram pula dia dengan gelagat
Tipah yang makin menjadi-jadi.
“Hish! Orang serius, dia main-main pulak! Dahlah! Malas nak
layan perangai bengong awak ni,” bentak Rayyan sambil terus berlalu dari situ.
“Alahai suami aku ni! Kuat benar merajuknya. Takpe, aku tahu
nak buat macam mana,” gumam Tipah sambil tersengih-sengih seorang diri.
Pantas dia berlari-lari anak ke bilik stor. Tangannya segera
mencapai beberapa helai kertas A4 yang elok tersadai di situ. Tidak lama
selepas itu jemarinya mula ralit mencatat dan menulis sesuatu di atas kertas
tersebut.
Rayyan sudah melabuhkan punggungnya di sofa. Jemarinya mula
menari-nari di atas alat kawalan jauh televisyen. Satu demi satu saluran
televisyen di tekan namun satu siaran pun tidak berjaya menambat hatinya. Hai,
dahlah perangai isteri menyakitkan hati, siaran televisyen pun ala-ala sendu
je.
“Ehem! Ehem!’ Tipah berdehem dari belakang.
Rayyan segera berpaling. Terkujat dia apabila melihat
sesusuk tubuh yang lengkap dengan apron dan senduk di tangan. Yang paling tak
boleh blah adalah topi ala-ala Masterchef Selebriti yang tersarung di kepala Tipah!
“Eh, dah kenapa dengan awak ni? Sawan ke meroyan ni?”
Tipah sudah melemparkan senyuman semanis madu. “Selamat
datang ke restoran Tipah Katering Sdn Bhd. Kami ada menyediakan menu hidangan
istimewa untuk bersahur pagi esok. Encik Rayyan boleh tandakan pada mana-mana
menu yang Encik Rayyan berkenan,” ujar Tipah sambil mengunjurkan kertas A4 yang
telah di lipat ala-ala buku menu.
Nampaknya usaha Tipah membuahkan hasil apabila segaris
senyuman sudah mula terlukis di bibir Rayyan. “Awak ni, ada-ada je cara nak redakan
kemarahan saya, kan? Ni yang buat saya bertambah sayang kat awak ni,” ungkap
Rayyan sambil mencuit hidung mancung bak seludang milik isterinya itu.
Tipah menyeringai. “Alah, awak takkan marah saya punyalah!
Rekod awak setakat ni pun dalam setengah jam je awak marah kat saya. Pastu
mesti awak cair punya.”
Selamba Rayyan menukas. “Yelah! Apa taknya? Mestilah saya
cair kalau hari-hari awak buat lawak setaraf dengan lawak badut sarkas kepala
dungga.”
“Ceh! Badut sarkas kepala dungga? Badut pun badutlah, janji
dia dah tak marah kat aku lagi,” gumam Tipah dalam hati.
“Yelah Encik Rayyan! Badut pun badutlah. Eh, cepatlah tanda
kat menu tu. Saya dah tak sabar-sabar nak buat persediaan ni. Almaklumlah ini
kan kali pertama kita menyambut ibadah puasa bersama-sama. Jadi sahur pertama
kita esok mestilah menu gempak-gempak!”
Teruja Rayyan mendengarnya. “Wah! Betul ke awak nak masak
special untuk saya ni? Oklah kalau macam tu saya nak nasi putih. Lauknya pula
telur bungkus, tomyam campur dengan air sirap bandung. Esok kejutlah saya awal
sikit, ya? Boleh kita masak sama-sama.”
Pantas Tipah menggelengkan kepala. “Eh, jangan susah-susah!
Takkanlah saya nak menyusahkan awak pula, kan? Jangan risau, biar saya yang
sediakan semuanya untuk awak. Saya akan pastikan sebaik sahaja awak bangun
nanti, semuanya dah siap terhidang atas meja. Dah, sekarang ni awak pergilah
naik atas dulu. Basuh kaki. Jangan lupa baca niat puasa tau. Nanti kalau lambat
tidur esok awak mengantuk pulak.”
Berkerut dahi Rayyan. “Lah, takkan saya naik sorang-sorang
je? Jomlah kita naik sekali.”
“Takpe, awak naiklah dulu. Saya nak usha barang-barang kat
dapur tu dulu,” tukas Tipah pula.
Berat pula hati Rayyan nak meninggalkan Tipah keseorangan. “Takpelah,
awak pergilah siapkan apa-apa yang patut kat dapur dulu. Saya tunggu kat sini.
Kalau dah siap nanti kita naik sama-sama yer.”
Tak upaya Tipah nak memujuk nampaknya. Dia sudah masak benar
dengan sikap suaminya itu. Kalau dia dah kata hitam, alamat hitamlah jawabnya. Jangan
harus di bangkang kata-katanya. Bak kata orang utara, ketegaq!
“Yelah. Kalau macam tu awak tengoklah tv dulu yer. Kejap
lagi klaau dah siap saya panggil awak,” ujar Tipah sambil terus berlalu ke
dapur.
Tangan Tipah mula lincah mencapai bawang putih, bawang merah
dan cili di dalam bakul. Hajat di hatinya ingin mengupas dan menghiris dahulu
segala bahan-bahan mentah. Esok pagi tidaklah dia terkocoh-kocoh sangat nak
menyediakan segala menu-menu istimewa yang bakal di sajikan buat suaminya yang
tercinta. Setelah punggung di hempaskan di atas kerusi, jemarinya mula ralit
mengopek dan menghiris bawang putih.
Sempat lagi matanya mengerling pada jam dinding yang sudah
berganjak ke angka dua belas tengah malam. Tipah mula terkuap-kuap. Matanya
bagaikan di tarik-tarik ke bawah. Luar biasa pula sifat mengantuknya malam ini!
“Ah, aku baring sekejaplah. Dalam sepuluh minit pun jadilah.
Kejap lagi aku bangun sambung balik,” getus Tipah dengan wajah sangap. Pisau di
tangan sudah di pinggirkan ke tepi. Kepalanya segera di labuhkan ke atas meja.
Krooh...Krooh...Krooh...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Rayyan tersedar dari mimpi indah yang erat mendakapi diri.
Matanya terbuntang pada siaran televisyen yang sedang enak menyanyi ria. Masya
Allah! Azan subuh sudah berkumandang. Dah masuk waktu subuh rupa-rupanya. Macam
mana dia boleh tertidur kat depan televisyen ni? Eh, mana Tipah? Bukan semalam
dia janji nak sediakan hidangan istimewa ke?
Rayyan bingkas bangkit. Kakinya menapak menuju ke dapur.
Bagai nak pengsan Rayyan tatkala melihat Tipah sedang asyik-masyuk beradu di
atas meja sambil di temani oleh bawang putih, bawang merah dan cili!
Meruap-ruap amarah Rayyan. Geram sungguh dia tak terperi.
“TIPAH!!!!!!!! Mana masakan special yang awak cakap
semalam??????
Lolongan Rayyan yang tak ubah macam tarzan itu segera
menyedarkan Tipah dari lena yang panjang. Terpisat-pisat dia bangun.
“Eh, awak tunggu jelah kat depan tu. Biar saya siapkan
makanan dulu, yek?” ujar Tipah sambil terkocoh-kocoh mencapai bawang.
Rayyan makin menyinga. Kalau duduk sebelah singa kat Zoo
Negara tu memang dah macam kembar siam je rupanya!
“Banyaklah awak punya makanan! Dah azan subuhlah! Mana
sempat nak sahur dah! Kenapa awak tak kejutkan saya tadi?”
Tipah terkedu. Aduh! Lain di rancang, lain pula jadinya! Tak
bersahurlah jawabnya
diorang berdua hari ni.
P/S : Alhamdullilah..Kita dah sampai ke 10 malam terakhir Ramadhan yang penuh dengan rahmat dan barakah. Khas untuk korang semua, di persembahkan edisi khas kisah Tipah dan Rayyan berpuasa buat pertama kali. Moga-moga terhibur...