Home Novel Komedi/Romantik Komedi PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 21 - Part 1

BAB 21 - Part 1

Rayyan dan Zeta benar-benar menikmati alunan rancak muzik yang berkumandang dari Ambar Night Club itu dengan penuh semangat. Liuk lentuk tubuh Zeta yang mengiurkankan nyata berjaya memancing nafsu kejantanan Rayyan. Di rangkulnya tubuh gadis jelita itu rapat dengan tubuhnya. 

Zaffrul dan Tommy segera menghampiri pasangan dua sejoli itu. “Amboi! Hebatlah bos ni! Di sana menanti, di sini merindu. Saya memang tabik springlah!” tukas Zaffrul selamba.

Serta-merta air muka Rayyan berubah. “Sibuklah kau ni, Zaff! Tak boleh tengok aku senang sikit. Dahlah sayang, jom kita pergi ke tempat I! Boleh kita memadu asmara tanpa sebarang gangguan.”

Rayyan berjalan terhuyung-hayang menuju ke pintu keluar kelab. Terus sahaja Zaffrul memapahnya. Sebagai ‘side-kick’ Rayyan memang itulah tugasan azalinya. Memastikan bosnya sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan selamat. Malam ini entah apa mimpi bosnya sehinggakan hampir satu jag minuman keras di teguknya.

Tommy mengerling ke arah Zeta dengan seribu satu makna yang tersirat. Sebelum melangkah pergi sempat lagi Zeta berbisik sesuatu ke telinga Tommy. “Honey, tonight I have to spend night with him. But tomorrow night will be your turn.” Tommy hanya tersenyum lebar. Sudah terbayang di matanya aksi panas mereka berdua sebelum ini. Tidak sabar-sabar rasanya dia mengecapi saat-saat manis sebegitu lagi pada esok malam!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Raina segera memarkir keretanya di perkarangan kediaman mewahnya. Pertunjukan fesyen yang berakhir kira-kira pukul 12 tengah malam tadi benar-benar menekan tenaganya ke paras maksima. Katil empuknya seakan-akan memangil-manggil tubuhnya untuk berlabuh di situ. Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat kereta Rayyan sudah terparkir elok di perkarangan rumah.

Segera jam di tangan di teleknya. Raina mengomel sendiri. “Aik? Baru pukul satu pagi adik aku dah ada kat rumah? Ini rekod baru dalam rumah ni!” Baru sahaja Raina mahu melangkah masuk ke dalam rumah apabila matanya tertancap pada sepasang kasut tumit tinggi kepunyaaan seorang wanita. Itu tentu sekali bukan kasutnya! Takkanlah Makcik Roza pakai kasut tumit tinggi seperti ini?

Terjerit-jerit Raina memanggil Makcik Roza. “Makcik Roza! Mari sini kejap!”

Terkocoh-kocoh Makcik Roza datang. “Yer Cik Raina. Ada apa-apa ke?”

Raina menjuihkan bibirnya ke arah kasut tersebut. “Kasut siapa ni, Makcik Roza? Kasut makcik ke?”

Serba-salah Makcik Roza jadinya. “Err...hmm...sebenarnya...sebenarnya...tu kasut Cik Zeta.”

Raina terpekik. “Apa? Rayyan dah berani bawa perempuan balik ke rumah? Ini tak boleh jadi!” Pantas Raina berlari-lari anak menuju ke bilik Rayyan. Adiknya itu harus di ajar!

Tombol pintu bilik Rayyan segera di pulasnya. Tidak berkunci. Mengucap panjang Raina melihat adegan tidak senonoh di antara Rayyan dan Zeta!

Raina memekik dengan kuat. “Astagfirullahalazim! Rayyan! Apa yang kau buat ni? Kau tak tahu malu ke?” Bingkas Rayyan dan Zeta bangkit dari katil. Selamba Zeta melangkah ke arah Raina dengan wajah tidak bersalah.

“Relakslah, Raina. Macamlah you tak pernah buat semua ni dengan Arif Ilham.”

Raina menjeling tajam ke arah Zeta yang sekarang ini berdiri betul-betul berhadapan dengannya. “Hello cik Zeta, kau jangan ingat aku ni perempuan murahan macam kau! Belum ada apa-apa hubungan lagi, semuanya kau dah gadaikan. Tubuh kita ni bukannya bahan dagangan, wahai Cik Zeta. Tolonglah hargai diri sendiri. Jagalah martabat kita sebagai kaum wanita.”

Zeta sekadar mencebik. “Hei, I datang sini nak enjoy, bukannya nak dengar you membebel tak tentu pasal! Kalau you nak terus hidup dengan dunia kolot you tu, di persilakan. Tapi tolong jangan kacau orang lain nak berseronok. Jom sayang, kita pergi ke tempat I. Sana lagi aman!” Zeta terus menarik tangan Rayyan. Mereka berdua terus melangkah keluar dari rumah itu. Mengucap panjang Raina melihat kelakuan sumbang Rayyan dan Zeta. Kesedihan mula menghimpitnya. Airmatanya jatuh berguguran membasahi pipi.

Makcik Roza muncul dari belakang. Segera di tenangkannya Raina. “Sabarlah, Raina. Rayyan tu masih belum matang lagi. Hatinya masih belum terbuka lagi untuk menukar gaya hidupnya yang bebas.”

Raina mengeluh. “Makcik Roza, mana saya tak sedih. Kelakuan Rayyan makin menjadi-jadi sejak arwah papa dan mama meninggalkan kami berdua. Saya ingatkan lepas dah kahwin dia akan bertambah baik. Ini bertambah-tambah teruk pula perangainya. Yang isterinya si Tipah tu pun tak reti-reti ke nak datang sini. Kawal sikit perangai liar suaminya tu. Ini sibuk duk berkepit bawah ketiak mak bapak kat kampung tu.”

Makcik Roza menggaru-garu kepalanya. “Cik Raina, makcik ni musykil sikit sebenarnya. Betul ke Tipah tu tak nak datang sini ataupun Rayyan yang tak benarkan dia datang ke mari?” Raina terdiam. Ada benarnya juga kata-kata Makcik Roza tu. Entah-entah Tipah tidak datang ke mari angkara perbuatan adiknya!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.