Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 6

SEBAIK sahaja aku sampaike rumah dari kerja. Aku terus membuka peti surat. Tidak sabar rasanya. Akuingin tahu samada Erhan membalas surat aku atau tidak? Sudah hampir 3 minggu.Erhan tidak balas surat aku langsung. Apa dia tahu surat itu bukan dariLasindah? Jika dia tahu jangan haraplah aku dapat surat balasan dari Erhan. Akumencebik sedih.

 

Aku membukapeti lalu mencapai surat-surat yang terdapat di dalam peti surat. Aku menutuppeti surat kembali lalu berjalan menuju ke dalam rumah. Surat-surat yangditerima aku campak ke atas meja. Aku ke dapur membancuh kopi. Aku kembali keruang tamu dan mug berisi kopi ku letak di atas meja.

 

Aku mencapaisurat-surat di atas meja semula. Salena..Salena..Marsha…Lasindah. Uikk!!!Lasindah!!!! Hatiku melonjak gembira. Erhan balas surat aku!! Yes!!! Jeritkukuat.

 

Surat yangtidak berkenaan, aku campak di atas meja. Sampul surat berwarna beige itu aku buka dengan segera. Lalumenarik kertas dari dalam sampul itu perlahan. Jantungku dup..dap..dup..dapingin tahu apa yang di tulis Erhan.

 

Bismillah,aku membuka lipatan surat itu lalu membaca surat dari Erhan. Tulisan tanganErhan memang cantik kemas dan teratur. Aku dapat membayangkan Erhan seoranglelaki yang teratur dan segak. Yelah tu! Macam aku tahu. Buatnya dia orang tuasebab orang tua yang ‘old school’.Aku sudah bayangkan lelaki tua memakai suit. Isskk potong betul. Dah!! akuhendak bayangkan pelakon ganteng Indonesia..seperti Teuku Zacky atau macamRandy Pangalila ke??!! Yes!

 

Erhan tidaktahu aku bukan Lasindah kerana di suratnya masih digunakan perkataan ‘Sayang’. Jikadia tahu bukan Lasindah tak kan dia hendak tulis sayang kan?

 

Wah! Feeling aku sekejap bila Erhanbersayang-sayang dengan aku. Rasa macam hendak peluk-peluk aje. Sweet sangat! Ini baru baca suratnyasahaja, belum bertemu dengan orangnya. Ah syok sendiri aku di buatnya. Akumemang sah dah senget bercinta dengan orang pengirim surat yang aku tidakpernah temui dan kenali. Aku jatuh cinta dengan hanya kerna tulisannya sahaja.Ah lantaklah! Aku menyambung baca suratnya.

 

Aku cuba fahamiisi kandungan suratnya. Apa yang aku boleh buat kesimpulan di sini. Pertama.Erhan belum pernah bertemu dengan Lasindah. Kedua. Erhan mahu tahu tentang diriLasindah, dalam erti kata lain Erhan mahu Lasindah menceritakan kepadanya tentangdirinya. Apa yang Lasindah suka dan gemar.Macam surat pen pal. I loike! Ketiga.Erhan juga berjanji akan menceritakan tentang dirinya kepadaku. Dan menurutErhan lagi Lasindah tidak perlu cerita tentang dirinya secara detail. Yes! Erhan sukakan misteri. Aku punsukakan misteri. We share same common ofinterests. Double Like!

 

Aku sudah mendapat idea apa yanghendak aku balas nanti. Aku akan ceritakan kepada Erhan tentang diriku. Jika Erhan rasa apa yangaku tulis itu berlainan dengan Lasindah yang di kenali mudah sahaja aku hendak explain pada Erhan. People change. Lagipun selama setahun mereka tidak berbalas surat.Dalam masa setahun banyak perkara boleh berlaku ye tak? Entah-entah Erhan sudahberkahwin? Oh gosh! Aku mengetap bibir bila hatiku tiba-tiba berdetik demikian.Ah tak mungkin! Jika benar dia sudah berkahwin mana mungkin dia berani membalassurat dari aku.

 

Jika diabenar-benar sudah berkahwin mana mungkin dia membalas karna Erhan bercintadengan Lasindah. Jika Lasindah sudah di nikahinya. Mana mungkin dia membalassurat aku. Ye tak? Tak logik kan kalau dia balas surat aku bila dia sudahbernikah dengan Lasindah. Betul tak?

 

Sorry Lasindah! Aku sudah mencopet kekasih hatimu. Aku mencapai surat Erhan lalumendaki tangga menuju ke tingkat atas. Sudahmendapat idea apa yang hendak ku balas surat Erhan nanti. Aku membuka pintubilik. Surat di tanganku ku letakkan di atas cabinet lalu membuka laci.

 

Huh??? Stationary aku dah habis??? No!! Macamana aku hendak balas surat Erhan? Aku menujukearah meja disisi lalu mencapai handphone. Mintak-mintak Salena belum sampaitaman ni lagi. Boleh minta dia tolong belikan stationery buat aku.

 

“Na..kau katmana??,” tanyaku sebaik sahaja Salena menjawab telefon.

 

“Issk kau nisalam tak de..tiba-tiba tanya aku kan mana?,”

 

“AssalamualaikumSalena..kau kat mana sekarang?,” ujarku dengan lemah lembut dan sopan santun.

 

“Waalaikumsalam..Hahmacam itu lah cakap sedap sikit telinga aku mendengarnya, aku on the way balik rumah..kenapa??,” jawabSalena. Tangannya menolak stering membelok ke kanan kearah simpang di hadapan.

 

“Kau bolehsinggah belikan stationery untuk akutak?,”

 

“Marsha sayangni dah pukul berapa? Kedai semua dah tutup..esok-esok tak boleh beli ke?,”jawab Salena. Ingatkan si Marsha hendak kirim beli makanan untuk dia. Rupanyamahu dia singgah ke kedai stationery mana bukak dah pukul 9.30 malam pun. Apayang urgent sangat?

 

“Isskkk tak apalah...,” jawabku lalu mengeluh perlahan. Takada chance aku hendak membalas suratErhan malam ni. Isskk orang dah feeling-feelingni.

 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.