Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 9

ENA..kau nak dengar cerita tak???,” ujarku lalu menarik lengan Salena cukup membuatkan wanita itu tersentak terperanjat. Apa taknya dia sedang tekun mengadap monitor tertiba ada orang menarik lengannya. Selalunya yang buat kerja tidak berfaedah begitu tidak lain dan tidak bukan teman karibnya Marsha.


“Astarfirullah Al Azim…kau ni cuba istifar sikit..excited semacam ni kenapa?,” soal Salena lalu memandang wajah temannya. Cemin mata bacaannya di letak di atas meja. Wajah excited temannya di pandang.


“Tadi aku terdengar Mr. Haiqal berbual dengan ED..,” ujar seakan berbisik kerana aku tidak sepatutnya tahu tentang ED. Top secret tu. 


“Mr. Haiqal berbual dengan ED??? Eh mana kau tahu dia berbual dengan ED in the first place??,” tanya Salena turut merasa teruja bila Marsha mengatakan bahawa Pengarah Editor mereka itu berbual dengan penulis misteri yang disukai ramai.


“Shhh!!!!..Perlahankan sikit suara kau..,” ujar aku lalu merapatkan bibirku ke telinga Salena kerana aku tidak mahu orang terdengar akan perbualan kami. 


Almaklumlah cubicle kami rapat di antara satu dengan lain. Buatnya budak lain terdengar susah aku di buatnya nanti. Mereka pun minat pada ED dan juga ingin mengetahui siapa penulis misteri itu. Tapi mereka tidaklah sefanatik aku.


Salena membesarkan matanya tidak percaya dengan apa yang di dengarnya. Dia sendiri tidak menyangka bahawa ‘ED’ itu seorang lelaki.


“Kau biar betul??? Serius dia lelaki? Ntah-ntah kau salah dengar tak? Mungkin suaranya garau macam lelaki??,” ujar Salena masih tidak dapat menerima berita dari Marsha. 


Masakan ‘ED’ lelaki? Cara penulisannya begitu menyentuh perasaan. Issk tak kan iya si ED itu lelaki si Marsha ni bukan boleh di percayai sangat..dia kan ke kuat berangan ntah-ntah dia tersalah dengar.


“Eh engkau ni?? Aku belum pekak lagi ok?? Memang dia lelaki..confirm lelaki?,” ujarku bersungguh-sungguh agar Salena percaya dan yakin pada aku. 


Yang aku excited sangat si ED tu lelaki kenapa eh? Haha yang penting aku sudah dapat tahu jantina penulis idola aku itu. Boleh tahan macho juga suara ED tu eh?? Aku tersenyum sendiri bila teringatkan suara ED tadi. Alahai boleh cair aku di buatnya. Dari analisa aku buat tentang suara ED. Mungkin umurnya dalam lingkungan pertengahan 30an. Ok lah. Matured.


“Apa yang dari tadi confirm lelaki-lelaki?? Ni awak berdua ni dah tak ada kerja ke??,” sergah Haiqal bila di lihat Marsha dan Salena seronok berceloteh hingga tidak sedar dia berada di belakang mereka.


Aku menelan air liur bila di tegur Encik Haiqal. Aduh! Janganlah dia dengar aku tersebut nama ED tadi. Mati aku di buatnya!


“Encik Haiqal ni..asal kita berbual sahaja kata tak ada kerja?? Kami tengah release stress ni Encik Haiqal..tak kan kerja aje memanjang tanpa rilek..nanti kerja kami tidak productive..siapa yang susah?? Encik Haiqal juga yang susah ye tak??,” ujar Salena cuba menyelamatkan keadaan. 


“Oh ye ke??? Yang awak cakap confirm-confirm lelaki tu awak cerita pasal siapa??,” tanya Haiqal ingin tahu. 


Yelah dia lihat Marsha excited benar bila bercerita dengan Salena tadi. Apa yang seronok sangat dia hendak tahu juga. Haiqal walaupun garang namun dia masih boleh bergurau dan di ajak berbual dengan pekerjanya. 


“Salena kenal dengan nyah..,” ujarku pantas sebelum Salena membuka mulut.


Salena membesarkan bola matanya bila Marsha berkata demikian. Dia kenal dengan Nyah!! Ceh! tak de reason lain ke yang si Marsha hendak beri pada Encik Haiqal.


“Hi Ena awak dah tak tahu hendak membezakan di antara wanita sejati dengan nyah ke?,” soal Encik Haiqal lalu tersenyum bila Marsha mengatakan dia berkawan dengan nyah. Bukan dia memandang rendah pada mereka. Malah dia punya beberapa teman yang kategori itu. Mereka kawan yang baik.


Salena tidak menjawab malah tersengih bila Encik Haiqal menyindirnya. 


“Bab tu belum mahir lagi Encik Haiqal..,” jawab Salena lalu menjeling kearah Marsha yang tersenyum-senyum bila Encik Haiqal bertanya soalan begitu padanya. 


Sorry Ena..aku tak hendak Encik Haiqal suspect kita berbual tentang ED sebab tu aku pandai-pandai create cerita yang dia berkawan dengan nyah..kwang..kwang..kwang..


“Ok dah pukul 5.30 petang..Ena kau ada interview dengan Cik Felisya kan??,” ujarku lalu melirik kearah jam tanganku.


Bukan apa aku hendak Encik Haiqal beredar pergi. Nanti dia tanya macam-macam susah kami hendak menjawabnya nanti.


“Ah..iskk nasib baik kau ingatkan..kalau tak lambat aku nanti?,” ujar Salena kembali mengadap monitor untuk ‘saved’ apa yang di taip tadi. Kalau hilang menangis tidak berlagu lah dia di buatnya.


“Hmm elok lah tu..buat kerja jangan asyik nak menular aje..nanti akhir tahun bonus sikit aje yang dapat jangan nak salah kan saya pulak,” ujar Encik Haiqal lalu menjeling kearah kedua-dua anak buahnya.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.