Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 57

AKU duduk menumpang dagu memandang wajah Erhan aka Eddy tanpa berkedip. 


Erhan pula sengaja membiarkan aku memandang wajahnya. Dia tahu aku sedang memerhatikannya namun dia sengaja biarkan aku tenungnya begitu. 


Ceh! Tahulah wajah dia tu kacak. Timing dengan aku lah tu? Kalau aku tidak memikirkan bahawa aku sayang dan cintakan Erhan. Mahu wajah kacaknya aku cubit-cubit kerana membuatkan aku separuh mati memikirkan siapa Erhan sedangkan Erhan itu berada di depan mataku selama ini dan aku sedikitpun tidak perasan bahawa Eddy itu adalah Erhan kerana Eddy bijak menyembunyikan perasaannya dan pandai berlakon.


“Dah puas tenung????,“ ujar Erhan tanpa memandang Marsha. Dia menyelak majalah yang di bacanya perlahan.


“Mana you tahu I tenung you?? Maknanya you tak baca pun majalah yang you pegang,“ ujarku lalu tersenyum.


“I can sensed that you tenung I sayang, what you have in mind dear?,“ ujar Erhan lalu meletak majalah itu di atas meja lalu mencapai tangan Marsha perlahan. 


“Kenapa you layan surat I? Sedangkan dari awal lagi you tahu bukan Lasindah yang membalas surat you?,“ tanyaku lagi, aku tahu Erhan akan melayan soalan-soalan aku selagi aku tidak berpuas hati, ingin tahu akan sebab kenapa Erhan membalas suratku sedangkan dia tahu bahawa yang menulis surat itu bukannya Lasindah.


“I don’t know..mungkin kerana I rindu pada Lasindah, sebab itu I balas surat you walaupun surat yang you berikan kepada I lirik lagu ‘Sayang‘,“ ujar Erhan lalu tersenyum gelihati.


“Seriouslah!!,“ ujarku geram lalu mencubit lengannya Erhan bila dia terus-terusan mengusikku kerana aku menulis lirik sayang dalam surat aku yang pertama pada Erhan dahulu. Haha what a joke!


“Ok..ok..sebab si pengirim surat itu seorang wanita yang lucu dan berani melakukan perkara yang tidak ada wanita lain yang akan melakukannya,“ jawab Erhan lalu tersenyum. 


Tiada siapa yang se-creative Marsha membalas surat dan menyamar menjadi orang lain. Dan dia tahu Marsha seorang wanita yang sukakan cabaran. Tapi perkara yang mereka berdua anggap suka-suka pada awalnya kini menjadi serious bila kedua-dua pengirim surat itu sudah jatuh cinta. 


Ehem! Kami berdua menoleh serentak ke arah orang yang berdehem tadi. 


Aku melepaskan tangan Erhan bila Ika berdiri di hadapan kami. Aku tidak mahu Ika tahu akan hubungan aku dengan Erhan. Segan pula, sebab Ika tahu aku dan Eddy dahulu tidak boleh bertentang mata dan tidak bersefahaman. Tiba-tiba menjadi pasangan kekasih pula. 


“Sorry menganggu..Mr. Eddy ni cheesecake blueberry yang Mr. Eddy tak sempat nak rasa that day,“ ujar Ika lalu meletak piring berisi cheesecake di atas meja. 


Sebenarnya dia perasan Marsha dan Mr. Erhannya rapat dan kemungkinan mereka pasangan kekasih sekarang, kerana dia nampak Mr. Erhan memegang tangan Marsha awal tadi. Baguslah! Dia juga tumpang gembira melihat temannya Marsha sudah berteman. 


“Hmm...Cheesecake?? Bila?,“ tanya Erhan dengan wajah keliru. 


Sudah hampir 1 bulan dia tidak datang berkunjung di R&R. Baru hari ini dia punya kesempatan minum petang setelah dia dan Marsha bersama. 


“Kelmarin! Yang you tergesa-gesa hendak pergi,“ ujar Ika cuba mengingatkan bossnya. Hai dia tidak tahu bahawa bossnya itu seorang lelaki yang cepat lupa.


Aku tidak mengambil perhatian apa yang Ika bualkan dengan Eddy kerana aku lagi sibuk merasa blueberry cheesecake yang di hidang Ika. Hmm...very delicious. Sejak akhir-akhir ini selera aku bertambah pula mungkin disebabkan happy.


“Ah maybe Elias!,“ ujar Eddy lalu tersenyum kerana kelmarin Elias menunggunya di Cafe dan dia yang meminta Elias bertemunya di kereta kerana tidak mahu pekerjanya tahu dia punya abang kembar. Mungkin Ika bertemu dengan Elias dan menyangka Elias itu dia.


“Elias! Siapa Elias?,“ tanya Ika.


“Abang kembar Eddy. Don’t worry Ika..aku pun keliru,“ jawabku dengan wajah selamba kerana bukan Ika sahaja yang keliru, aku juga masih tidak dapat membezakan yang mana satu Erhan dan yang mana satu Elias.


“Abang kembar? Wow!..He look exactly like you Mr. Erhan,“ ujar Ika dengan wajah terperanjat. Patutlah lelaki itu kelihatan keliru bila dia menegurnya tempoh hari. Rupanya dia tersalah orang. Abang kembar Mr. Erhan rupanya.


“Erhan?? You tahu Eddy, Erhan??,“ tanyaku hairan lalu memandang Ika. 


Bagaimana Ika tahu Eddy itu Erhan? Kerana setahu aku, aku tidak pernah menceritakan kepada Ika tentang Erhan. Dan Ika hanya mengenali Eddy sebagai pelanggan tetapnya.


“Opppsss!!! Sorry Mr. Erhan..I terlepas kata..you jangan pecat I ok,“ jawab Ika dengan wajah serba salah. 


Kenapalah mulutnya tidak tahu diam. Asyik terlepas kata sahaja. Itu hari Mr. Erhan sudah berpesan jangan beritahu Marsha siapa dirinya yang sebenar. 


“Huh?? Pecat?? Kenapa pulak Erhan nak pecat kau? Dia bukan boss kau!,“ ujarku lalu ketawa kecil pelik bila Ika kelihatan khuatir. Apa kena dengan budak Ika hari ini?


“Kau tanyalah boyfriend kau sendiri Marsha..sorry sekali lagi Mr. Erhan,“ jawab Ika lalu pergi dengan tergesa-gesa sebelum Mr. Erhannya bersuara. 


Dia masih ingat lagi akan pesanan Lieza bahawa Erhan seorang majikan yang garang. Sebelum Erhan pecatnya ada lebih baik dia cabut lari.


Aku meletak garfu lalu memandang wajah Erhan sebaik sahaja Ika berkata demikian dan pergi meninggalkan kami dalam keadaan tergesa-gesa. Ok apa yang Erhan sembunyikan dari pengetahuan aku kali ini.


Erhan tahu dia di perhatikan namun dengan wajah selambanya dia mencapai garfu ingin merasa cheesecake yang di beri Ika. Aku mencapai piring cheesecake bila Erhan saja hendak mendiamkan diri.


Erhan memandang wajah Marsha dengan wajah tidak percaya kerana Marsha melarikan cheesecakenya. 


“What!! Kalau you nak cheesecake you better tell me what’s going on?,“ ujarku masih lagi memegang piring cheesecake.


“Apa you nak tahu sayang?,“ ujar Erhan lalu meletak garfu di sebelah cawannya kerana dia tahu Marsha tidak akan mengalah. 


“Kenapa Ika cakap dia takut you pecat dia??,“


“Sebab I boss dia,“ jawab Erhan ringkas lalu tersenyum.


“YOU!! You boss Ika??,“ tanyaku ingin kepastian.


“Ah ha...,“ jawab Erhan lalu menganggukkan kepalanya.


“You manager di sini?,“ tanyaku lagi.


“Kind of,“ jawab Erhan tanpa mengulas panjang.


“Apa kind of..cakap yang benar Erhan? No more secret please!,“ ujarku dengan wajah serious. Erhan mengatakan dia seorang ahli perniagaan. Perniagaan apa aku tidak pernah bertanya padanya sebelum ini. 


“Aku pemilik R&R,“ jawab Erhan perlahan lalu meneguk coffee dari cawannya.


Aku memejam celikkan mataku, kerana tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Erhan pemilik R&R? Yang benar ni? Apa dia tidak bercanda dengan aku? Selama ini aku tidak pernah tahu Eddy bekerja sebagai apa? Patutlah dia selalu di R&R. Rupanya R&R itu miliknya. Dan aku masih ingat lagi sewaktu aku marahkan Eddy dahulu aku pernah mengatakan bahawa Eddy fikir R&R ini milik bapanya. R&R ini miliknya! Aduh! Gua malu bangat ni! 


Previous: Bab 56
Next: Finale

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.