Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 8

SETIAP wanita menginginkan suami yang baik yang beramal soleh dan penyayang. Pengalaman percintaan Puan Aida dengan suaminya harap memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana bahawa setiap perkahwinan dan jodoh yang di tentukan oleh Allah adalah unik. Hingga kita bertemu lagi di dalam Ruangan ‘Bagaikan Mimpi’. Love, ED.


Aku tersenyum sendiri melihat gambar sisipan Aida dan suaminya di atas pelamin. Wajah mereka jelas terpancar kegembiraan. 


Hailah! beruntung Aida mempunyai suami yang penyayang seperti Amirul yang terima Aida seadanya, walaupun Aida lumpuh, Amirul masih mahu memperisterikannya dan menerima isterinya seadanya. 


Aku berangan sendiri. Erhan lelaki seperti Amirul ke? Aku tidak tahu kenapa tiba-tiba aku membandingkan Amirul dengan Erhan. Sedangkan aku tidak pernah bertemu malah mengenali kedua-dua lelaki itu. Aku memang gila.


“Macamana hendak dapat column yang awak inginkan jika berangan dan tak buat kerja!,” tegur Haiqal dari belakang Marsha. 


Di lihat Marsha sedang duduk berangan membaca artikel dari penulis bebas ‘ED’. Dia tahu Marsha begitu meminati tulisan ED kerana Marsha tidak pernah ‘miss’ membaca setiap karya penulisan ED. Katanya ED adalah idolanya.


“Encik Haiqal..tak cool tau..terperanjatkan orang macam tu??,” ujarku lalu menutup majalah yang aku baca tadi. 


Majalah keluaran bulan ini aku simpan di dalam laci. Bila senang nanti aku akan potong dan simpan artikel ED ke dalam kotakku.


“Yelah dari tadi saya tengok awak rilek saja..dah buat pembetulan pada artikel awak yang saya beri pagi tadi??,” soal Haiqal lalu melurutkan cermin matanya. 


Encik Haiqal Head Editor tu rupanya persis Azhar Sulaiman. Cuma Azhar Sulaiman sekarang sudah tak ada rambut. Encik Haiqal rambutnya masih lebat dan masih kelihatan segak dan bergaya. 


“Dah nak siap pun!..Ni saya tengah take a break baca artikel dari ‘ED’..,” jawabku lalu tersenyum. 


Bukan Encik Haiqal tidak tahu aku peminat nombor satu ‘ED’. Mana mungkin aku terlepas peluang untuk membaca setiap artikel tulisannya. Yang ini dari majalah syarikat kami. Hari minggu pula artikel ‘ED’ dari akhbar. 


“Hmm....macamana hendak maju kalau macam gitu kerja awak..,” komen Haiqal lau menuju kearah bilik pejabatnya.


Aku segera bangkit dari kerusi lalu mengekori Encik Haiqal dari belakang. 


Aku dan Salena bukan ke staff kesayangan Encik Haiqal jadi aku boleh lah tanya pada Encik Haiqal siapa ‘ED’. Tak bestlah kalau aku tak tahu siapa idola aku itu? Perempuan ke lelaki ke? Kalau boleh aku hendak bergambar dan meminta autograph dari ‘ED’.


“Kenapa awak ikut saya??,” soal Haiqal menyedari Marsha mengekorinya hingga ke bilik pejabat. 


Apa lagi yang Marsha hendak darinya. Dia sudah katakan dia tidak boleh memberi ruangan yang Marsha kehendaki kerana Marhsa belum berpengalaman.


Tanpa menjawab soalan Encik Haiqal, aku menarik kerusi di depan meja Encik Haiqal lalu duduk. Wajah Encik Haiqal aku pandang lalu membuahkan senyum.


“Awak jangan nak pujuk-pujuk saya lagi..Puan Sarah kata awak belum boleh ada ruangan sendiri..awak inexperience,” jawab Haiqal lalu mengenakan cermin matanya. 


Dia tahu kalau Marsha sudah senyum satu macam padanya pasti ada yang Marsha hendak darinya. Marsha bukan sahaja pekerjanya Marsha juga anak saudara isterinya. Di pejabat mereka berurusan secara professional tidak ada favour-favour, anak saudara atau tidak.


“Alah paksu ni..formal sangatlah..Marsha bukan hendak pujuk paksu tentang column tu..,” jawabku tersenyum lagi.


“Marsha..nanti maksu dengar habis paksu dimarahnya,” jawab Haiqal tidak senang hati bila Marsha memanggilnya paksu di pejabat. Isterinya sudah berpesan mereka harus professional di pejabat. 


“Ala maksu tak ada kat sini..apa yang paksu nak khuatirkan..ni Marsha nak minta tolong dari paksu..paksu beritahulah Marsha siapa ‘ED’ tu??,” ujarku lalu mencapai majalah bulan ini yang terdapat di atas mejanya.


“Marsha…manalah paksu boleh reveal pada Marsha siapa si ‘ED’ tu??? Ini permintaan ‘ED’..dia tidak suka publicity, dia menulis hanya untuk suka-suka, kalau tidak kenapa dia gunakan initial ED sahaja,” jawab Haiqal mula merasa tidak senang hati bila Marsha mahu mengetahui siapa ED sebenarnya. 


“Jadi paksu tahulah siapa ED??? Berilah Marsha ‘clue’ sikit…dia perempuan atau lelaki? Tua atau muda..bekerja di mana dan tinggal di mana???,” soalku ingin tahu. 


Yelah aku hendak interview ED macamana dia dapat menulis dengan penuh ekpresi sehingga menyentuh jiwa para pembaca seolah-olah dia turut merasai apa yang mereka rasa. So touching you know!!!..lebih-lebih lagi dalam ruangan ‘Bagaikan mimpi’. Aku feeling setiap kali membaca artikel ruangan itu. Seolah-olah aku turut dapat merasakan perasaan pasangan-pasangan yang dijadikan bahan di dalam setiap artikelnya itu.


“No can do! Kenapa Marsha hendak tahu semua itu?? Nak jadi stalker ‘ED’??,” soal Haiqal lalu memandang wajah anak saudaranya.


“Tak adalah sampai nak jadi stalker ‘ED’..Marsha hanya nak tahu siapa dia lelaki ke perempuan? Itu sahaja?,” jawabku dengan wajah kasihan berharap paksu akan memberitahu aku akan jantina penulis idola ku itu. 


“Sorry Marsha..paksu tidak boleh reveal siapa ‘ED’..so please excuse me,” jawab Haiqal lalu mencapai gagang telefon bila telefonnya berdering.


‘Hello…, ah..you hold on for a second,” 


“Sorry I have to attend this call..,” ujar Haiqal lalu menekap receiver, dia memandang wajah Marsha bila wanita itu masih lagi berada di kerusi dan tidak mahu keluar dari biliknya.


“So!,” ujarku lalu memandang wajah Encik Haiqal dengan wajah tak bersalah. Alah bukan dia tak biasa sambut pangilan telefon bila aku berada di dalam biliknya. 


“Please leave my office..,” ujar Haiqal seakan berbisik.


Aku mendengus perlahan lalu bangkit dari kerusi bila Encik Haiqal aka paksu aku sudah menghalau aku keluar dari pejabatnya. 


Penting sangat ke hingga aku tidak boleh berada di dalam bilik pejabatnya? Atau paksu ada skandal maka dia takut aku tahu??? Mana paksu berani..sebab isterinya garang macam singa. 


Aku mengerutkan bibir sebaik sahaja keluar dari bilik Encik Haiqal. 


Mataku melirik kearah Anna setiausaha paksu yang sedang sibuk membaca novel. Eii seronoknya makan gaji buta eh? Tak ada kerja ke? Aku tengok setiausaha maksu tak cukup tangan bekerja..dia boleh rilek baca novel eh?


“Anna you not well ke??..why your lips look so pale!!, You better do something about it..if tak you look ill!,” ujarku dengan wajah terperanjat.


“Serious ke Marsha??? I look pale..Oh no?? you jaga my desk sekejap I nak ke ladies..,” ujar Anna dia menarik laci lalu mencapai bag cosmeticnya. 


Dia bangkit dari kerusi lalu menuju kearah ladies. Aku tersenyum lebar bila Anna termakan dengan helahku. Aku bukan apa..aku hendak tahu dengan siapa paksu berbual di telefon. 


Tadi Anna yang transfer call dari telefonnya ke pejabat paksu. Ini bermakna Anna meletak conference dan aku boleh mendengar dari telefon Anna dengan siapa paksu berbual. Heheh. Bijak tak aku. Aku duduk di kerusi Anna lalu mencapai gagang telefon. Aku menekap receiver agar paksu tidak dengar apa-apa dari telefon Anna.


“Betul you tak hendak peminat-peminat you tahu siapa ED??,” tanya Haiqal lagi. 


Dia tidak pernah berputus asa bertanya soalan yang sama setiap kali penulis misteri itu menghubunginya di pejabat. Bukan apa berkotak-kotak surat dan bertimbun email yang dia terima dari peminat ‘ED’. 


Dia tidak tahu bagaimana hendak menyerahkan surat-surat yang diterima dari peminat-peminat ED kerana dia sendiri tidak pernah bertemu dengan penulis itu. 


Mereka hanya berhubungan melalui telefon, email dan surat menyurat. Bila ED mengirim surat dia tidak menulis sender address di belakang sampul suratnya. Nama sebenar penulis itu pun tidak dia ketahui. 


“I don’t think so…kau tahu kan..aku menulis hanya suka-suka sahaja..more to hobby..,” jawab ED bila Haiqal bertanya samada dia mahu peminatnya tahu siapa penulis ruangan bagaikan mimpi. Dia tidak kejarkan publicity atau glamour. 


Haiqal mengeluh perlahan dia tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk memujuk ED. Bukan apa dia penat hendak membalas email-email mereka dengan jawapan yang sama. Tiada maklumat mengenai penulis bebas ED.

“Ok..nothing can change your mind at this moment right?? Tapi ED kalau kau ubah fikiran..promise that our magazine will be the first exposure of your ‘ID’?,” ujar Haiqal.


“Of course Haiqal..you will be the first one to know..,” ujar ED berjanji kepada Haiqal. Mereka tidak pernah bertemu. Hanya berbual di telefon dan membalas email. Haiqal sendiri tidak tahu siapa ‘ED’ sebenarnya. 


What!!!! ED is a guy??? Hampir sahaja aku terpekik bila mengetahui paksu berbual dengan ED di talian. Patutlah dia mahu aku keluar dari biliknya bila dia terima panggilan tadi. Serious ED is a guy?? He didn’t sound old?? OMG!!…my idol writer is a guy! Macam tak percaya gitu?? Yelah aku mati-matian ingat ED itu seorang wanita? Mana ada lelaki yang sensitive seperti ED zaman sekarang ni?? Lebih-lebih lagi buat ruangan ‘Bagaikan mimpi’. 


Aku segera meletak gagang telefon ke tempat asal perlahan-lahan sebelum si Anna balik ke mejanya. Sepantas road runner aku menuju kea rah meja Salena. Tidak sabar hendak memberitahunya apa yang aku discover. Hehe.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.