Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 36

ERHAN duduk lalu berbaring di atas sofa. Pertemuannya dengan Marsha siang tadi tidak begitu menyenangkan hatinya. Bukan kerana dia sudah jemu pada Marsha tapi kerana dia dapat merasakan Marsha sudah tidak seperti dahulu. Marsha yang dahulunya begitu menyukai Erhan dan cintakan dirinya. 


Sekarang dia dapat merasakan bahawa Marsha seakan sudah berubah hati. Walaupun Marsha masih lagi tidak mengetahui siapa dirinya kerana Marsha hanya mengenalinya sebagai Eddy. Dan dia juga tidak berniat untuk memperkenalkan dirinya Erhan kepada Marsha cara mengejut begitu. 


Jika dia mahu memperkenalkan dirinya, dia sudah berbuat demikian pada malam pertemuan mereka yang pertama. 


Erhan mengambil keputusan untuk bertemu dengan Marsha sebagai Eddy pada malam itu, kerana dia tidak mahu hubungannya dengan Marsha menjadi keruh. 


Dia sukakan Marsha. Dia mahu wanita itu turut menyukai dirinya dan bukan membencinya. Sebab itu dia mengambil keputusan untuk berkenalan dan mendekati Marsha sebagai Eddy dan bukannya sebagai Erhan. 


Hubungan Eddy dan Marsha bertambah baik manakala dia dapat merasakan perasaan cinta Marsha terhadap diri Erhan sudah semakin berkurangan kerana wanita itu sudah suka pada Eddy. 


Ya sudah. Bagaimana caranya untuk Marsha menyintai Erhan dan bukannya Eddy? Tiada bedanya bukan kerana orangnya sama. Tapi bagi aku. Aku mahu Marsha menyintai Erhan sepertimana dia menyintai si pengirim surat yang membuatkan dia jatuh cinta. Marsha sukakan Eddy mungkin juga kerana Eddy seorang pria yang ganteng.


“Hai boss termenung jauh hingga ke bulan..teringatkan siapa?,“ tegur Lieza bila Erhan tidak sedar dia masuk ke pejabatnya dari tadi kerana lelaki itu kelihatan berkhayal dan sedang memikirkan sesuatu.


“Lieza??..kapan kamu masuk?? Aku tidak dengar pun,“ ujar Erhan lalu duduk.


“Dari tadi..tengok you sedang baring kat sofa..you tak sihat ke boss?,“ tanya Lieza lalu meletak fail yang di minta Erhan awal tadi di atas meja Erhan.


“Aku sihat..cuma aku lagi sibuk memikirkan tentang Lasindah,“ jawab Erhan perlahan. 


Dia cuba memikirkan cara untuk membuatkan Marsha cinta kembali pada Erhan. Dia tahu Marsha seorang wanita yang sukakan perkara yang romantis. Dan dia selalunya punya banyak idea sebelum ini, tapi bila tiba pada dirinya dia tidak tahu bagaimana caranya.


“Memikir tentang Lasindah??? Kenapa dengan buah hati you tu boss? Dah ada boyfriend baru ke??,“ usik Lieza lalu tersenyum. 


Dia tidak tahu kenapa Erhan masih mahu lagi berahsia dengan so-call Lasindah. Jika benar dia sukakan Lasindah terangkan sahaja keadaan yang sebenar kepadanya. Apa yang bossnya sibuk lagi memikirkan tentang hubungannya dengan Lasindah seperti mahu memikirkan masalah negara.


“Kamu mahu bercanda dengan aku..gi mana jika suatu hari Khairul tinggalkan kamu..kamu bisa hidup tanpa dirinya,“ tanya Erhan menjeling ke arah Lieza sekilas.


“Boss choy! I tak boleh hidup tanpa Khairul..tapi kalau I benar-benar tidak ada jodoh I dengan Khairul, I redha dengan ketentuan yang maha esa, kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan,“ jawab Lieza lalu mencapai bekas cawan yang telah di gunakan Erhan tadi.


“Kamu fikir aku ada jodoh dengan Marsha??,“


“Marsha??...Siapa Marsha?? Teman wanita baru boss ke?,“


“Lieza masakan kamu lupa siapa nama sebenar so-call Lasindah..aduh kamu mahu terus-terusan mengusik aku begitu..,“


“Ya..ya aduh garang amat kamu ni boss..aku hanya bercanda..kok kamu serious bangat..kamu benar-benar sudah jatuh cinta pada Marsha ya boss??!!,“ usik Lieza lagi kerana dia tidak pernah melihat Erhan tidak keruan begini. 


Lelaki itu seperti tidak punya hati dan perasaan bila menjaga hati wanita. Yelah dianya sahaja sering di marahinya.


“Gi mana kamu bisa tahu,“ jawab Erhan lalu menyandarkan badannya di sofa. Dia tahu Lieza akan terus menerus mengusiknya jika dia tidak mengaku.


Lieza tersenyum meleret bila Erhan mengaku juga bahawa dia cintakan Marsha. Haha patutlah wajahnya kelihatan seperti ayam berak kapur. Baru dia tahu akan penangan bercinta. 


Tapi sebelum ini, Teuku Erhan Daniel Budi pernah bercinta dengan Lasindah. Dan hubungan mereka berakhir bila Erhan mengetahui Lasindah tidak mencintainya dan hanya mencintai hartanya. 


Aduh! Harap-harap Marsha tidak seperti Lasindah yang cintakan harta dan kemewahan. Jika tidak menderita lah dia kerana Erhan bukan lelaki yang mudah jatuh cinta. Dan jika Erhan benar-benar sudah mencintai seseorang dan sekiranya percintaannya gagal, dia sukar untuk melupakannya. 


“Boss..apa kamu pasti dan yakin Marsha sukakan you boss??,“


“Soalan apa yang kamu tanya? Apa kamu fikir Marsha tidak cintakan aku?,“ tanya Erhan bila Lieza bertanya soalan yang membuatkan dia merasa bimbang.


“From what I see..dia memang sukakan you boss..cinta belum tentu lagi,“ jawab Lieza lalu mengelengkan kepalanya perlahan. 


Dia pasti Erhan tidak begitu setuju pada pandangannya. Tapi itu yang dia rasa bila setiap kali bertemu dengan Marsha. 


“Kenapa kamu berkata begitu, cuba kamu terangkan kepada aku,“ ujar Erhan lalu memeluk tubuh tidak merasa senang mendengar komen Lieza mengenai perasaan Marsha terhadap dirinya, dia mahu Lieza mendengar penjelasan Lieza sebab kenapa dia berkata demikian.


Lieza menelan air liur perlahan, bila Erhan meminta dia menjelaskan akan sebab kenapa dia fikir begitu. Aduh! Pandai dia sendiri buka mulut memberi komen begitu. Kalau beri penjelasan buatnya Erhan tidak terima mahu dia pecatnya. Si Erhan bukan boleh di percaya sangat akan moodnya.


“Janji kamu tidak akan pecat aku boss!,“ ujar Lieza lalu duduk di sebelah Erhan.


“Kamu fikir aku segila itu?,“ ujar Erhan dengan wajah serious sengaja hendak mengusik Lieza. 


Lieza duduk lalu menyilangkan kakinya. Hendak berdialog dengan Erhan hendak kena duduk dengan selesa. 


“Berapa kali I berjumpa dengan Marsha..hmmm...let me see!! 2 kali mungkin!..Sekali di taman bersama dengan Eryan dan sekali di tempat kamu selalu bernyanyi boss, dari air mukanya aku dapat tahu bahawa dia sukakan kamu boss kerana setiap kali, dia lihat wajah kamu, wajahnya kelihatan teruja sekali, hanya aku tidak yakin dia cinta sama kamu boss,“ jawab Lieza lalu mengerutkan dahinya.


“Suka tapi tidak cinta?? Kenapa kamu fikir begitu..pada pandangan aku, Marsha suka bangat sama  aku, masakan dia tidak mencintai aku?,“


“Suka tak bererti cinta boss!..Gimana hendak aku terangkan agar kamu ngerti maksud aku..dia tidak cinta sama kamu kerna kamu sudah beristeri..nah mungkin itu penyebabnya..,“


Erhan mengerutkan dahinya lalu tersenyum bila Lieza berkata demikian. Ya benar juga kerana Marsha menyangka bahawa dia sudah bernikah dan mempunyai seorang anak. 


Jadi benar Marsha sukakan Eddy! Jika dia tahu Eddy tidak beristeri maka perasaannya akan berganti menjadi cinta. Tapi Erhan mahu Marsha mencintai Erhan dan bukan Eddy. Kerana hubungan Erhan dengan Marsha adalah hubungan yang istimewa. Mereka berkenalan terus jatuh cinta melalui surat dan tanpa mengenali antara satu dengan lain. 


“Oh mungkin juga..kerna aku sudah beristeri gitu! Dan isteriku adalah kamu!,“ ujar Erhan lalu tersenyum kini mengerti. 


Tapi dia tidak mahu Marsha jatuh cinta dengan Eddy. Dia mahu Marsha cintakan Erhan. Dia akan berusaha ke arah itu.


“Ah iya...Boss!..You masih belum beritahu siapa diri you pada Marsha?? I think you better do soon..jika tidak aku khuatir dia akan berubah hati,“ jawab Lieza lalu memandang wajah Erhan. 


Dia tahu Erhan masih belum berterus terang pada Marsha. Tadi dia ternampak Erhan berada di R&R bersama dengan Marsha. Mujur Marsha tidak nampak dia. Mereka berdua kelihatan secocok dan serasi. Sama cantik dan sama padan. Dia tahu Erhan benar-benar suka pada Marsha begitu juga Marsha. Dia hanya khuatir Marsha tidak akan dapat menerima Erhan jika dia tahu bahawa Eddy dan Erhan itu adalah orang yang sama dan menyangka Erhan mahu mempermain-mainkan dirinya.


“Itu yang sedang aku mikirkan..cara untuk membuatkan Marsha lupa terus pada Eddy dan mencintai aku semula,“


“Eddy has to stop meeting Marsha,“


“But I still want to meet her, I will think of something,“ jawab Erhan lalu menoleh ke arah Lieza. 


“I just hope that you will come up with crazy ideas so that she will deeply in love with you and totally forgot about Eddy,“ ujar Lieza lalu bangkit dari sofa lalu menuju ke arah pintu. 


Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.