YOU don’t get to meet her??? How come??,“ tanya Lieza dengan wajah terperanjat dan juga tidak berpuashati dengan jawapan Erhan yang begitu vague. Apa yang telah terjadi?? Lasindah tidak datang atau Erhan yang tidak datang?
“I didn’t meet her,“ jawab Erhan acuh tak acuh lalu menyilangkan kakinya dan menyandarkan badannya di sofa.
“Didn’t meet??? Means you stood her up!!,“ ujar Lieza bila Erhan berkata demikian.
“Kind of..!!,“ jawab Erhan dengan wajah tidak bersalah.
“Kind of?? But why??,“ tanya Lieza lagi tidak percaya bahawa Erhan berbuat begitu pada so-call Lasindah. Setahu Lieza, Erhan benar-benar suka pada so-call Lasindah. Apa yang telah berlaku.
“It’s kind of complicated,“ jawab Erhan tanpa mahu mengulas panjang. Dia jika boleh tidak mahu menceritakan kepada Lieza tentang so-call Lasindah. Tapi bila Lieza sudah bertanya dia tidak dapat mengelak.
“Boss you dah share with me about this lady story..and now you reluctant to elaborate..it’s not fair you know???..,“ ujar Lieza lalu menarik muka masam.
Dia tidak suka orang mahu berkongsi cerita dengannya tapi separuh jalan. Boleh angin dibuatnya. Boss tak boss.
“Ok...,“ jawab Erhan mengalah bila Lieza mula merajuk dengannya.
“So...what happen!!,“ ujar Lieza tidak sabar menanti cerita dari Erhan kerana lelaki itu sengaja mengambil masa untuk menceritakan kepadanya tentang datenya dengan so-call Lasindah.
“Like I said it’s kind of complicated..this so-call Lasindah..I kind of seen her before..once or twice!! Or maybe more..I‘ve lost count,“ jawab Erhan lalu meneguk kopinya perlahan tanpa memandang wajah Lieza.
“You have seen her before??? Kat mana?,“
“Di R&R bistro..,“ jawab Erhan lalu membuahkan senyuman kepada Lieza.
Dia tahu Lieza akan terus-terusan mengajukan soalan kepadanya selagi dia tidak memberikan Lieza jawapan yang dapat memuaskan hatinya.
“R&R Bistro!! Since when you lepak di R&R?? And how come I didn‘t know!,“ tanya Lieza lagi kerana setiap kali Erhan mahukan sesuatu dari R&R Bistro.
Dia sendiri yang mendapatkannya untuk Erhan. Dia tidak tahu pula Erhan selalu ke sana? Dan bagaimana dia boleh tidak tahu.
Erhan tidak segera menjawab soalan Lieza, dia mencapai cawannya lalu menghabiskan sisa kopinya perlahan. “Like I said..once or twice or maybe more!!,“ jawab Erhan antara dengar dengan tidak kerana merasa bersalah kerana dia tidak pernah memberitahu Lieza kemana dia menghilang dan tidak berada di pejabat selama ini, kerana Lieza yang menjaga jadualnya dan setiap meeting dan appointment Lieza yang uruskan untuknya.
Lieza memejam celikkan matanya bila Erhan berkata demikian. “I can’t believe it.., now I remembered, you selalu gone missing everyday and you never tell me where you when to?..Is that mean that you were at R&R all along?? You buat apa disana?? Bukan ke apa yang you hendak I yang selalu order from R&R kitchen?? Does anyone know that you the big boss???,“ tanya Lieza bertubi-tubi lalu memandang wajah Erhan yang cuba mengelak bila dia mengajukan soalan.
Erhan membetulkan kedudukannya bila Lieza mengajukan soalan bertubi-tubi mengalahkan Inspector polis menyoal penjenayah lagaknya. Dia menjadi tidak senang duduk di aju soalan begitu dan dia tahu Lieza tidak akan berhenti menyoalnya setakat disitu.
“Looks like you have solved the mystery Detective Lieza!! And to answer to your question no one knows who I am,“ jawab Erhan dengan wajah yakin kerana sejauh ini tiada siapa yang menegurnya.
Lieza mengelengkan kepalanya tidak percaya dengan apa yang di dengar. Jadi selama ini Erhan tidak hilang jauh kemana. Dia hanya berada di R&R.
****
Aku duduk mengadap komputer ingin menaip sesuatu. Aku mengambil serious tentang perbincangan aku dengan Mr. Haiqal tempoh hari. Aku mahu membuktikan kepadanya bahawa aku boleh menulis dengan baik. Tapi kenapa idea tidak datang lagi. Otakku seakan tidak dapat berfikir dan berfungsi. This is not me! I’m ambitious kind of person. Lebih-lebih lagi aku menulis tentang perkara yang aku suka. Tapi kenapa hari ini fikiran aku ‘blank‘.
“Why are you staring at the blank screen???,“ tegur Azlee. Tadi semasa dia melintas cubicle Marsha. Wanita itu tidak perasan langsung akan dirinya. Apa yang menganggu fikiran Marsha.
“How long have you been here??,“ tanyaku lalu menoleh ke arah Azlee. Bila ketika Azlee berada di tempat Salena? Aku tidak nampak dia lalu depan aku tadi.
“Not long, dear you ada masalah ke?? You acting weird lately,“ tanya Azlee dengan wajah risau.
Marsha yang dahulu seorang wanita yang ceria. Happy go lucky. Lucu and fun. Tapi Marsha sekarang seorang wanita yang serious tak lucu dan tak fun seperti dahulu. Malah Azlee merasakan dia bersama dengan orang lain dan bukan Marsha.
Aku memusingkan kerusiku lalu mengadap Azlee. Aku menyandarkan badan dan memeluk tubuh. Ingin tahu apa maksud Azlee bahawa aku berperangai pelik sejak akhir-akhir ini. Adakah dia perasan perangai aku pelik setelah dia mengatakan bahawa dia menganggap aku hanya teman biasa atau perangai aku pelik sebelum aku rasa kena reject. Nak tahu juga.
“Acting weird?? Really??,“ ujarku memandang tepat ke wajah Azlee dengan wajah serious.
“Ya like now..when we were close dulu, I don’t feel intimidated when I’m around you..tapi sekarang-,“ jawab Azlee serba salah.
Dia tidak mahu membuatkan Marsha terasa hati atau marah padanya lagi. Dahulu bila dia berterus terang pada Marsha tentang hubungan mereka. Marsha tidak dapat menerima dengan baik. Hubungan mereka tidak baik selama lebih 3 bulan kerana Marsha tidak dapat memaafkan dia.
Tapi apa salah dia. Dia berterus terang pada Marsha bahawa dia tidak punya perasaan lebih dari kawan. Bukan kerana Marsha tidak cantik. Marsha seorang wanita yang cantik. Tapi dia hanya sukakan Marsha kerana wanita itu lain dari yang lain.
Dengan Marsha, Azlee boleh berbual dan berbincang tentang apa sahaja kerana Marsha knowledgeable dan tidak bosan seperti wanita lain. And he really miss Marsha yang dahulu. Dia khuatir kehilangan teman sebaik Marsha. Dan kini dia khuatir jika dia tersilap kata lagi Marsha akan membencinya.
“Sekarang??? Ya..teruskan I nak dengar apa you fikir tentang diri I sekarang Azlee,“
“You are not the fun lady I used to know,“ jawab Azlee memandang tepat ke anak mata Marsha.
“Intimidated...so apa you nak buat sekarang!! I think you should do something,“ jawabku dengan wajah selamba.
Aku sudah dapat mengagak bahawa itu yang Azlee akan katakan padaku. Aku acting weird sebab aku tidak lagi menjadi badut personal Azlee yang sentiasa membuatkan hatinya happy dan ceria selalu. Aku acting weird kerana tidak lagi menjadi personal assistantnya yang akan belikan lunch atau fetchkan coffee untuknya. Sorry Azlee, aku tidak lagi menjadi wanita yang bodoh berbuat demikian kerana menyangka bahawa dia suka dan cintakan aku. Aku silap memikirkan bahawa selama ini Azlee menganggap aku wanita istimewanya sedangkan dia hanya menganggap aku hanya his personal joke.
“See..I baru cakap sikit you dah jumpy,“ jawab Azlee dengan wajah tidak bersalah.
Aku menghela nafas panjang. I don’t realised that Azlee is a real fool. He chose not to see atau sememangnya dia fool yang aku tidak macam dulu sebab aku tidak lagi mahu memikat hati dia. Tak kan itu pun dia tidak faham.
“Azlee..if you are looking for personal clown who will make you happy always, I suggest you pergi fun fair,“ jawabku lalu mengadap komputer aku semula. Tidak punya masa hendak melayan Azlee.
Azlee terdiam bila Marsha berkata demikian kerana ada benarnya apa yang dikatakan Marsha. Marsha lain dari yang lain kerana Marsha sayangkannya maka dia selalu menyenangkan hatinya. Tapi setelah Marsha tahu akan kedudukannya di hatinya. Marsha tidak lagi Marsha yang dahulu. Kenapa Marsha harus melayannya bila dia tidak menerima cinta Marsha dan Marsha tidak akan melakukan kesilapan begitu lagi kerana dia bukan wanita yang tidak cerdik akalnya.