Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 16

AKU menolak pintu transparent R&R lalu melangkah masuk. Kali ini aku tidak singgah membelek buku di tingkat bawah kerana aku tidak bercadang untuk membeli buku hari ini dan aku mahu terus ke Bistro. 


Buku novel yang aku beli tempoh hari masih belum sempat aku baca lagi. Maka hari ini aku hendak bersantai sambil duduk minum coffee di R&R. Hendak merehatkan mindaku kerana terlalu asyik bekerja hingga aku tidak punya masa untuk diri aku sendiri. Aku melirik kedalam café sekilas mencari tempat duduk kosong. 


Mataku tertancap pada wajah seseorang yang familiar di mataku. Lelaki yang aku bertekak kelmarin. Eh ada pulak jantan sombong tu kat sini hari ini? Kebetulan? 


Eddy mencapai cawannya sebaik sahaja pelayan R&R menyerahkan coffee yang di pesan. Belum sempat bibirnya menyentuh cawan coffee itu dia meletak kembali cawan itu di atas meja kembali kerana aroma bau coffee itu berlainan dengan coffee yang selalu di pesan. 


Matanya melilau mencari pelayan R&R. Tiada seorang pun dapat di ambil perhatian kerana pekerja R&R sibuk melayan pelanggan. Eddy mengambil keputusan untuk membawa coffee itu ke kaunter sendiri untuk mendapatkan coffee yang di pesan.


“Lama tak nampak kemari sibuk ke???,” tegur Ika sebaik sahaja terpandang wajah Marsha di kaunter. 


Sejak peristiwa Marsha berselisih faham dengan pelanggan tetap mereka Mr. Eddy. Marsha tidak lagi kemari hinggalah hari ini. Dia fikir Marsha sudah serik hendak ke mari atau mungkin Marsha merajuk hati.


“Ah mestilah, sebab sibuk dengan kerja kan..kenapa kau rindu aku eh??,” usikku lalu tersenyum meleret bila Ika bertanya kenapa aku sudah lama tidak datang ke mari. Jika tidak kerana di pressure dengan Mr. Haiqal tak lah aku sibuk mana. 


“Aku nak rindu kau?? Kenapa eh?? Baik aku rindu dengan buah hati,” jawab Ika lalu tersenyum sengaja mahu mengusik Marsha.


“Yelah orang ada buah hati..mana nak rindukan kita,” jawabku dengan nada merajuk. 


Semua orang ada buah hati. Aku jangan kata buah hati. Bayang buah hati pun tak ada. Apa taknya sibuk dengan kerja memanjang. Tak ada masa untuk bersosial. Haha like real!


“Ceh..ceh..kau tu yang memilih sangat nak tunggu Putera Idaman datang melamar..lambatlah,” 


“Eii! Putera Idaman???..Please eh tak ada aku mimpi Putera Idaman datang melamar ok!..Belum ada orang yang berkenan so solo ler..,” jawabku tersenyum lagi. 


Bila Ika mengatakan bahawa aku terlalu memilih. Mencari pasangan hidup haruslah memilih mana boleh pakai tangkap muat aje ye tak?


“Eh bukan ke kau dengan Azlee..couple??,” soal Ika kerana Marsha selalu kelihatan bersama dengan Azlee setiap kali dia ke Coffee Bean dahulu, tempat kerja lamanya. 


Dia tahu Marsha sukakan Azlee dan selama ini dia menyangka Azlee adalah teman lelaki Marsha kerana mereka kelihatan mesra bersama dan macam belangkas.


“Azlee?? Dia good friend aku aje..,” jawabku perlahan malas hendak mengulas tentang hubungan aku dengan Azlee kepada Ika, kerana tiada apa yang hendak aku ceritakan kepadanya selain dari kekecewaan aku bila mengetahui Azlee hanya menganggap aku hanya teman biasa dan tidak lebih dari aku. Aku yang perasan lebih menyangka Azlee sukakan aku.


“Lah aku ingatkan selama ini kau dengan Azlee couple..Hmm tak apa..aku percaya kau pasti bertemu dengan seseorang,” ujar Ika lalu tersenyum. 


Wanita cantik seperti Marsha mudah sahaja mendapat penganti. 


“Aamiin!..Insha Allah..moga termakbul doa kau lah hendaknya,” jawabku membalas senyuman Ika. 


Haha..kalau masinlah mulut kau Ika biarlah Erhan menjadi jodohku. Bisikku dalam hati.


Eddy berdiri di belakang seorang pelanggan wanita yang berada di kaunter. Lama juga dia menunggu sehingga wanita di hadapannya selesai membuat pesanan. Namun dia tetap menunggu dengan sabar.


“Ok nah ambil nombor ni nanti aku hantar order kau,” jawab Ika.


“Thanks..,” jawabku tersenyum lagi lalu menoleh ke belakang dengan spontan.


“Awas!!,” ujar Eddy belum sempat dia memberi amaran kepada wanita yang berada di hadapannya terlanggar tangannya dan coffee yang di pegangnya terkena pada baju blouse cream wanita itu. Oh dear!


“What the hell!! Panas tahu tak??,” ujarku marah lalu menarik blouse cream aku yang terkena air coffee panas.


Aduh! melecur kulit aku. Mata lelaki itu letak kat mana?? Kat kepala lutut eh! Issk kenapa setiap kali aku ke R&R ada sahaja musibah yang melanda diri aku.


“Sorry..by the way you yang langgar I, Ika this is not my coffee,” ujar Eddy lalu meletak cawan itu di atas kaunter. 


Pantas tangannya mencapai napkin yang terdapat di kaunter lalu menghulur napkin tersebut kepada wanita yang melanggarnya tadi.


“You berdiri dekat sangat dengan I kenapa?? Sebab tu lah I terlanggar,” jawabku marah kerana tidak puas hati dengan komen lelaki itu. Aku merentap kasar napkin dari tangannya. 


“Mata awak letak kat mana?? Sampai boleh terlanggar orang,” jawabnya sambil tersenyum sinis. Kalau wanita itu berhati-hati dan awas dia tidak akan terlanggar dirinya. 


“Issk..tak boleh ke you jangan banyak cakap dan tak sakitkan hati orang!..,” jawabku lalu memandang tepat ke wajahnya.


 Bagai hendak pitam aku di buatnya bila menyedari bahawa lelaki itu adalah lelaki yang sama aku selisih faham dengannya kelmarin, dan lelaki itu juga yang aku bertekak sekarang kerana dia juga, baju aku disirami air kopi panas.


Lelaki itu tidak berkata apa bila aku memberi komen sedemikian mungkin terasa dengan komen aku. 


“Kenapa Marsha?? Kenapa dengan baju you??,” ujar Azlee bila di lihatnya blouse cream Marsha kotor dan Marsha sedang bertengkar dengan seseorang. 


Tadinya dia mengekori Marsha kerana dia ingin tahu kenapa Marsha bersikap dingin dengannya. Dia ingin hubungannya kembali seperti dahulu dengan Marsha.


“Azlee??? Apa you buat kat sini??,” ujarku terperanjat kerana Azlee juga berada di R&R.


“I nampak you masuk R&R tadi..so I cari you,” jawab Azlee lalu tersenyum. 


Mana mungkin dia memberitahu Marsha dia mengekorinya sejak keluar dari office tadi. 


“Cari I buat apa??,” jawabku malas hendak menunggu jawapan dari mulut Azlee lalu mencari tempat duduk kosong. 


Aku mahu meletak bag dan hendak ke ladies untuk membersihkan bajuku yang kotor.


“I miss hang out with you Marsha…you have been avoiding me since that day..,” jawab Azlee mengekor kemana sahaja Marsha pergi.


“Miss hang out with me?? Really?? Ok..,” jawabku lalu menyerahkan handbag dan buku aku kepadanya dengan wajah selamba. 


Selama ini aku yang bantu Azlee angkatkan bagnya, bantu belikan kopi untuknya, kerana selama ini aku sangka dia benar-benar suka dan sayangkan aku. 


Tapi kali ini aku tidak lagi menjadi socai Azlee kerana aku tidak mahu memikat hatinya. Mataku melilau mencari tempat duduk kosong. Hissh penuh pulak tadi masih banyak tempat duduk kosong.


“Here you go..Mr. Eddy maaf sebab tersalah hantar order tadi,” jawab Ika dengan wajah serba salah. 


Khuatir Mr. Eddy akan marah padanya kerana cuai. Bagaimana Khairul boleh terhantar salah coffee kepada Mr. Eddy.


“It’s ok Ika,” jawab Eddy tersenyum lalu memandang kearah wanita yang terlanggarnya tadi. 


Wanita itu bersama dengan seorang lelaki. Tidak tahu samada lelaki itu adalah teman lelakinya kerana wanita itu kelihatan tidak menyedari kehadiran lelaki itu. 


“Err Ika..boleh bantu saya?,” tanya Eddy lalu memandang wajah Ika.


“Bantu?? Bantu apa Mr. Eddy?,” soal Ika dengan wajah hairan. Apa bantuan Mr. Eddy kehendaki darinya.


“Boleh belikan saya t-shirt wanita R&R size medium..I tak tahu pilih..jadi you boleh belikan untuk saya,” ujar Eddy lalu tersenyum. 


Dia mengeluarkan dompet dari saku seluarnya lalu mengeluarkan 3 keping note RM50 lalu di serahkan kepada Ika.


“Insha Allah boleh..Eh?? Saya rasa 100 ringgit sudah lebih dari cukup Mr. Eddy,” ujar Ika terperanjat bila lelaki itu menyerahkan RM150 untuk dia membeli sehelai t-shirt R&R. 


“Tak apa lebih duit tu kira upah awak sebab Ika telah membantu saya,” jawab Eddy tersenyum lagi.


“Terima kasih Mr. Eddy..sekarang juga saya pergi beli,” jawab Ika membalas senyuman yang bisa mencairkan hati wanitanya dari Mr. Eddy pelanggan gantengnya. 


Jika Mr. Eddy tidak memberinya upah pun dia sanggup belikan untuknya, sebab dia suka melihat wajah kacak milik Mr. Eddy. 


Sebenarnya Mr. Eddy tidak sombong mana..sepertimana yang Marsha lemparkan padanya. Marsha dan Mr. Eddy sama cantik dan sama padan. Sesuai sangat! Tapi Mr. Eddy sudah mempunyai isteri dan anak. Nasib Marsha tidak begitu baik kerana Mr. Eddy sudah berkeluarga dan Marsha seringkali bergaduh dengan Mr. Eddy. Kalau tidak memang dah jodoh Marsha dengan Mr. Eddy.


Sebaik sahaja Ika meninggalkannya lalu pergi ke tingkat satu. Dia menoleh kearah wanita yang melanggarnya tadi. Wanita itu duduk tidak jauh darinya di temani lelaki yang di lihat awal tadi. Namun wanita itu hanya melayan lelaki itu endah tak endah, seolah-olah tidak berminat untuk berurusan dengannya. 


Kenapa?? Mungkin wanita itu merajuk hati dengan kekasihnya dan lelaki itu sedang memujuk wanita itu. Eddy tersenyum sendiri lalu menyambung membaca novel yang di baca separuh jalan tadi.


Eddy tersentak bila paper bag R&R di letakkan di atas mejanya.


“Cepatnya!..Terima kasih Ika..Saya ada satu permintaan lagi,” ujar Eddy tersenyum lalu memandang wajah Ika.


“Ada lagi?? Apa dia Mr. Eddy?,” tanya Ika.


“Boleh berikan bag ni kepada wanita yang saya langgar tadi?,” ujar Eddy lalu menoleh kearah tempat wanita itu berada. 


Tadinya dia nampak wanita itu ke tandas. Mungkin membersihkan bajunya yang terkena air kopi. Walaupun sudah di bersihkan dengan air, masih  lagi kelihatan kesan kotor di bajunya.


“Oh jadi baju ni untuk Marsha lah ye?? Ok I berikan pada dia,” jawab Ika sambil tersenyum simpul. 


“Ya untuk kawan awak Marsha..terima kasih Ika,” jawab Eddy lalu membalas senyuman Ika yang anggap pelik seperti ada makna di sebaliknya.


“Sama-sama kasih,” jawab Ika membawa paper bag R&R berisi baju t-shirt yang di belikan untuk Mr. Eddy tadi seraya berlalu menuju kearah Marsha dan Azlee berada.


 


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.