AKU membuka pintu mesyuarat kasar. Panas hatiku bila memikirkan masalah aku dengan Ena. Haizz! Aku fikir setelah bertemu dengan Erhan hatiku akan merasa tenang. Tapi hatiku tidak tenang bila melihat keadaan Ena. Masakan Ena mahu menipu aku.
Mr. Haiqal yang sedang menerangkan sesuatu kepada ED di board terperanjat bila Marsha menghempas fail dan handphonenya di atas meja.
Sudahlah Marsha masuk ke bilik meeting lewat sehingga menyebabkan tetamunya menunggu hampir setengah jam lamanya. Moodnya pulak tidak begitu elok, melihat dari cara dia masuk ke bilik dan menghempas barang-barangnya di atas meja.
Tanpa memperdulikan Mr. Haiqal mahupun tetamunya yang sedang sibuk memerhatikan board, aku mencapai handphone lalu menghantar watsapp kepada Erhan.
Aku tidak boleh mendiamkan diri sehingga meeting habis. Hatiku tidak senang. Ikutkan hati, hendak sahaja aku bertemu dengan Erhan sekarang juga dan mahu penjelasan darinya. Dia cuba buat lawak dengan aku!
Siaplah kau datang nanti tahulah apa aku hendak buat! Ngomelku dalam hati. Geram betul! Dari tadi aku hantar watsapp, Erhan tidak menjawab. Hissh..tak hendak jawab watsapp aku lagi? Aku memeriksa handphoneku setiap minit ingin tahu samada Erhan menjawab watsapp ku.
Mr. Haiqal berdehem kecil bila Marsha sibuk dengan handphonenya dan tidak menumpukan perhatian kepada penerangan yang di buat dan juga tidak menghiraukan tetamunya. Setelah di lihat Marsha buat tidak tahu dan sibuk dengan handphonenya.
“ED kenalkan Marsha...my staff yang in charge of your cover story,“ ujar Haiqal bila melihat dari cara Marsha, dia tahu wanita itu tidak akan memperkenalkan dirinya kepada tetamunya melainkan dia yang mulakan dahulu.
Apa kena Marsha hari ini? Inilah susahnya bila anak saudara bekerja dengannya. Bila di tegur tidak terima.
Aku meletak handphone di atas meja semula bila Mr. Haiqal memperkenalkan aku kepada ED.
Aku bercadang hendak minta excuse dari Mr.Haiqal cakap aku tidak sihat dan meminta maaf pada ED kerana aku tidak dapat berbincang dengannya lama. Aku tidak boleh concentrate selagi masalah aku dengan Eddy dan Ena tidak selesai.
ED memusingkan kerusinya perlahan lalu memandang ke arah Marsha.
“Eddy!!!..,“ ujarku terperanjat bila penulis idola yang aku sanjung selama ini adalah Eddy!
WTH!!! Pandai betul Eddy memainkan peranannya. Bukan sahaja aku dan Ena tertipu. Malah Mr. Haiqal pun di tipu sama. Patutlah dia berahsia sangat tidak mahu mendedahkan identitynya pada aku. Rupanya dia tidak mahu aku tahu.
Hebat! Eddy..Erhan..ED memang seorang lelaki yang hebat. Pandai sungguh memainkan watak-watak yang berbeza. Harus terima award lelaki ini.
Aku bangkit dari tempat dudukku lalu menghampiri Eddy dengan wajah tidak puas hati. Patutlah dia tidak menjawab Watsapp aku. Jika sebelum ini aku tidak tahu akan hubungan Ena dengan Eddy. Mungkin aku akan merasa terharu dan berbangga dalam masa yang sama, bila mengetahui bahawa lelaki yang aku cintai selama ini juga seorang lelaki yang berbakat. Pandai menulis dan juga idola aku.
Tapi oleh kerana aku tidak tahu akan cerita sebenar di sebalik hubungannya dengan Ena, maka aku hendak sahaja menampar dan tumbuk-tumbuk wajah kacak dia sehingga lumat kerana berjaya menipu kami berdua. Hissh lelaki semuanya sama! Tak guna!
“Marsha!!..Marsha awak hendak buat apa ni??,“ ujar Mr. Haiqal panik bila Marsha kelihatan garang seperti singa betina mahu membaham tetamunya.
Eddy atau ED hanya membuahkan senyuman kepadaku dengan wajah tak bersalah. Mungkin dia menyangka dia telah berjaya membuat kejutan pada aku. Dia tidak tahu kejutan yang bakal dia terima dari aku. Tengoklah nasib kau nanti.
Aku menarik kolar jaket Eddy membuatkan lelaki itu berdiri terperanjat kerana tidak menduga aku bertindak kasar dengan menarik kolar jaketnya. Dia ingat aku hendak buat apa?? Peluk cium dia? Hishh baran aku di buatnya. Wajah kacak Eddy aku pandang besar kecik sekarang.
“Eh kenapa ni??,“ ujar ED bila Marsha kelihatan garang dan mahu menyerangnya bila-bila masa. Apa kesalahan yang telah dia lakukan sehinggan membuat pekerja Haiqal begitu marah padanya.
“Kenapa??? Boleh tanya kenapa eh? Masih nak berlakon lagi ke??,“ ujarku dengan nada geram.
“Why are you so mad with me Marsha..what have I done?,“ ujar ED lembut cuba menenangkan hati Marsha.
“Tolonglah!! Jangan berlakon dan bersandiwara dengan I lagi Erhan..,“ marahku dengan linangan air mata.
Sedih. Hatiku benar-benar sedih dan sayu dengan perbuataan Erhan. Aku sangkakan Erhan seorang lelaki yang baik, menyayangi dan mencintai aku. Rupanya Erhan sama sahaja dengan lelaki lain yang pandai menabur janji manis pada wanita.
“Kamu salah ngerti ni?? Tenang ya..,“ pujuk ED dengan wajah serba salah dan tidak keruan bila wanita itu menangis.
Dia menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan handphone. Dia mula mendial number seseorang.
“Eh!! Siapa Erhan??? Marsha ni ED?? Bukan Erhan!,“ ujar Mr. Haiqal cuba menenangkan hati Marsha. Siapa pula Erhan yang disebut Marsha?? Tunang Marsha? Semasa Marsha bertunang tempoh hari dia sekeluarga bercuti di Dubai dan tidak dapat menghadiri majlis pertunangan Marsha.
“Dia orang yang sama Mr. Haiqal..you jangan terpengaruh dengan tipu helahnya,“ ujarku terduduk di kerusi dan menangis lagi. Apalah nasib aku.
Dengan selamba, aku menyeluk saku kanan jaket Mr. Haiqal lalu mengambil sapu tangannya kerana aku tidak ada tisu untuk mengesat airmataku. Aku tahu dia selalu menyimpan sapu tangan di saku kanannya.
Aku menyapu air mataku dengan sapu tangan Mr. Haiqal. Mr. Haiqal pening dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Dia hanya terduduk diam di sofa memerhatikan Marsha dan ED.
Suara panik ED berbual di telefon langsung aku tidak hiraukan. Hatiku benar-benar sedih dan sayu mengenangkan nasib aku yang seperti kentang.
Aku mengelap air mata bila, handphone aku berdering nyaring. Siapa pula yang menelefon tika aku bersedih ni?
Aku mencapai handphone. Nama Erhan tertera di screen Iphoneku. Erhan???
Aku menoleh ke arah ED spontan yang berada tidak jauh dari tempat aku duduk, lelaki itu baru sahaja menyimpan handphone kedalam saku seluarnya. Dia memandang aku dengan wajah serba salah.
Jika Erhan berada di hadapan mataku. Kenapa pula aku menerima panggilan dari Erhan?
Dalam keadaan teragak-agak, aku menjawab telefon, namun mataku tidak lepas dari memandang ke wajah ED aka Erhan aka Eddy. Mana tahu dia mahu bermain-main dengan aku.
“Sayang..,“ ujar si pemanggil.
Aku mencampak handphone ke atas meja kerana terperanjat menerima panggilan dari Erhan. Tiba-tiba merasa seram sejuk. WTH!! Apa Erhan punya saka! Yang berdiri di hadapan aku itu sakanya??? Bagaimana Erhan boleh berada di dua tempat dalam satu masa? Dari telefon aku dapat mendengar dengan jelas bahawa Erhan berada di dalam kereta kerana terdengar latar belakangnya bising dengan bunyi hon kereta.
ED mencapai handphone Marsha.
“Er..gue ni?? Aduh ribut!!! Lu di mana?? Lu langsung kemari..buah hati Lu fikir gue itu Lu, nyaris aja gue di tumbuknya,“ ujar ED sebaik sahaja handphone Marsha berada ditelinganya.
Huh?? Lu??? Gue??? Apaan si?? Kasar bangat bunyinya. Bisikku dalam hati lalu menoleh kearah ED. Tidak dapat berfikir dengan waras ketika ini kerana otak aku benar-benar jam dengan keadaan pelik begini.
ED mematikan telefon lalu menyerahkan kembali kepada Marsha. Aku cuba mengerti apa yang telah berlaku. Mr. Haiqal tidak berani berkata apa. Begitu juga ED. ED duduk berjauhan dengan aku mungkin takut aku menumbuknya.
“Marsha aku rasa kamu sudah salah faham..ya kebetulan kamu pacarnya adik aku Erhan Danial Budi..maka perkara ini berlaku kerana kamu fikir aku ini dia..sebenarnya aku saudara kembarnya Erhan..Elias Dani Budi,“ ujarnya cuba tersenyum. Elias menarik nafas perlahan kerana tadinya keadaan begitu kelam kabut kerana dia sendiri terperanjat di serang Marsha tadi.
Marsha adalah tunang adiknya. Dia langsung tidak tahu kerana dia tidak berada di Malaysia semasa pertunangan mereka dan berada di Jakarta. Ini semua kebetulan. Marsha penulis covernya selama ini, adalah tunangnya Erhan! Dunia ini kecil benar. Marsha wanita yang cantik dan lucu sekali kerana hampir sahaja mahu menumbuknya. Elias tersenyum sendiri bila teringatkan keadaan gawat tadi. Dia tidak menyangka tunangnya Erhan begitu garang orangnya.
“Kembarnya Erhan???,“ ujarku dengan wajah tidak percaya. Erhan ada kembar??? Yang benar ni?
Terlopong aku bila mendengar pengakuan ED. Jadi ED bukan Erhan. ED nama singkatan Elias Dani? Jadi ini semua salah faham?
Aduh!! Malu bangat aku di buatnya. Nasib baiklah aku tidak menumbuk muka dia tadi. Wajah mereka serupa amat! Kenapa Erhan tidak pernah memberitahu aku bahawa dia punya abang kembar. Kalau di beritahu awal tadi tidaklah perkara ini berlaku!
Kami bertiga menoleh ke arah pintu serentak bila pintu bilik mesyuarat di buka. Aku tersenyum lega bila terpandang wajah Erhan.
Aduh gila amat aku pada jejaka ganteng yang seorang ini. Aku bangkit dari kerusi lalu mendapatkan Erhan bila lelaki itu mendekati aku. Takut benar kehilangan Erhan. Aku tidak mahu berkongsi kasih Erhan dengan sesiapa. Terutama sekali dengan BFF aku Salena. Nak mati! Perang besar aku dengan Erhan di buatnya.
Mataku sempat melirik ke arah Elias abang kembar Erhan. Tiba-tiba merasa khuatir sendiri.
Kalaulah Erhan dan Elias berdiri bersebelahan. Aku tidak dapat hendak membezakan mereka berdua. Sudahlah wajah mereka cetak sama, rambut dan physical mereka juga serupa. Aduh gamat dibuatnya! Jangan mereka berdua tinggal serumah sudah.
“I’m sorry for the confusion..Marsha aku kenalkan pada kamu, abang kembarku Teuku Elias Dani Budi..also known as ED penulis idola kamu,“ ujar Erhan memperkenalkan Marsha kepada Elias.
Dia benar-benar tidak tahu menahu langsung akan kegiatan abangnya Elias, yang menjadi penulis bebas dan juga penulis idola Marsha selama ini.
Selama ini Elias selalu berulang alik ke Malaysia atas urusan penulisannya. Erhan tidak pernah tahu kerana Elias tidak pernah datang bertemu dengannya ketika dia berada di Malaysia, kerana menurut Elias dia hanya singgah seketika kerana flight transit sebab itu dia tidak punya kesempatan untuk bertemu dengannya ketika dia berada disini. Baru Erhan mengerti kenapa Elias mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia. Dia mahu memperkembangkan bakatnya dalam bidang penulisan. Erhan tahu abangnya memang rajin menulis dan benar-benar berbakat.
“You knew all along ED itu your brother?? You tak beritahu I,“ ujarku lalu menoleh ke arah Erhan lalu menepuk lengannya kerana Erhan merahsiakan ED dari aku.
Geram pula dua beradik ni pakat main sembunyi-sembunyi dengan aku. Kenapa eh? Hobi diaorang eh?
“Marsha kamu jangan salahkan adik aku..dia sendiri tidak tahu bahawa aku itu ED,“ terang Elias lalu tersenyum.
“Ok semua persoalan sudah terhurai..shall we get back to what we have discuss earlier??,“ ujar Mr. Haiqal setelah faham dan mengerti akan perkara yang sebenar. Ini semua kerana salah faham.
Dia mengeluh lega kerana Marsha tidak melakukan apa-apa terhadap diri ED. Jika tidak pasti syarikatnya menerima surat saman kerana Marsha telah menyerang tetamunya.
“Wait!! You dengan Ena ada apa-apa ke??,“ tanyaku lalu memandang wajah Erhan bila teringatkan tentang Ena.
“Oh dear!!..I think we better rescheduled our meeting..looks like your writer Marsha, banyak pertanyaan yang hendak di ajukan kepada you berdua..we meet again tomorrow same time, ED???,“ ujar Haiqal lalu memandang wajah ED.
“Ya sure..sorry again,“ ujar ED lalu tersenyum.
“Ah no worries!! Nice to meet you Erhan..I wish you good luck! My niece memang banyak drama dalam hidupnya, she’s quite handful,“ jawab Haiqal berjabat tangan dengan Erhan tunang anak saudaranya yang pertama kali dia bersua muka. Semasa hari pertunangan Marsha tempoh hari Erhan tidak ada sama.
“Nice to meet you too, Mr. Haiqal,“ jawab Erhan lalu tersenyum.
Aku sempat memberi jelingan tajam kepada paksu. Issk cakap lah perkara yang baik-baik tentang diri aku. Ini tidak. Tak guna punya bapa saudara.
“Sorry ED tadi tu cuma gimmick saje..jangan marah ya,“ ujarku lalu tersengih malu.
Jika Elias tidak bertindak bijak dengan menelefon Erhan, pasti ED menerima tumbukan sulung dari aku. Sia-sia sahaja. Nasib baik sempat di selamatkan tadi.
“Ah ngak apa-apa..ini semua salah faham,“ jawabnya lalu tersenyum.
Erhan hanya tersenyum meleret bila mengingati perkara lucu tadi. Elias kedengaran cemas di telefon menerangkan kepadanya tentang Marsha yang mahu menyerangnya. Dia tidak dapat membayangkan apa yang terjadi di dalam bilik ini awal tadi. Pasti lucu sekali.
“Apa gelak-gelak ini semua sebab you lah..hah tak jawab lagi soalan I, you ada apa-apa dengan Ena ke?,“ tanyaku lalu memandang tepat ke anak matanya.
“Ada apa-apa??,“ jawab Erhan lalu mengerutkan dahinya tidak mengerti akan soalan Marsha.
“You ada hubungan dengan Ena?,“ soalku lagi bila Erhan kelihatan keliru ketika aku mengajukan soalan itu kepadanya.
“Hubungan?? Sayang you ingat I ni lelaki apa? Percayalah aku hanya cinta dan sayang kamu, aku tidak punya wanita lain dalam hidupku,“ ujar Erhan lalu mencuit pipi Marsha perlahan.
Cair juga hati aku bila Erhan bermanja begitu dengan aku. Hailah. Nasib baik belum halal lagi. Kalau tidak sudah aku peluk cium lelaki itu. But tadi Ena kata dia ada hubungan dengan Eddy? Eddy itu dialah? Tak mungkin Ena hendak menipu aku atau perasan sendiri. Ena bukan wanita yang mudah jatuh cinta. Ena hatinya keras dan seorang wanita yang tegas. Dia bukan wanita perasan yang main cintan cintun macam aku.
“Teuku Erhan Danial Budi!!..You jangan hendak bergurau dengan I, baik you mengaku sebelum I hantar you ke hospital!!,“ ugutku lalu menarik kolar jaket Erhan kasar. Erhan terkejut bila Marsha tiba-tiba menarik kolar jaketnya.
“Sumpah sayang!..I hanya cintakan you seorang,“ ujar Erhan pura-pura panik bila Marsha kelihatan agressive. Dia hanya cintakan Marsha tiada wanita lain. Sebab apa dia sukakan Marsha. Marsha seorang wanita cantik dan lucu sekali.
“Ah Er!!..gue ada sesuatu mahu beritahu Lu,“ ujar Elias perlahan.
Kami berdua menoleh ke arah ED serentak bila ED tiba-tiba bersuara.
“Gue mengambil keputusan untuk menetap di sini bukan hanya kerna gue minat menulis..Gue juga sukakan seseorang di Malaysia,“
“Ok teruskan!,“ ujarku tidak sabar-sabar ingin tahu akan wanita yang di sukai abang kembar Erhan.
“Gue sukakan Salena pekerja syarikat ini, dan dia menyangka gue itu Lu..kerna dia memanggil gue Eddy,“
“Then you don’t know how to correct her??? She confused right now. She thought Eddy having an affair with both of us??,“ ujarku dengan nada tidak percaya. Jadi ED punya hubungan dengan Salena selama ini? Aduh bisa pusing kepala aku! Bila ketika Ena bercinta dengan Elias? Ena bertemu dengan Elias di JB?
“Ya Iya..silap aku kerana tidak betulkan tanggapannya..lagipun aku tidak mahu dia tidak akan suka pada aku jika, aku jelaskan padanya bahawa aku bukan lelaki yang di kenali..lagipun Eddy dan ED bunyinya sama, jadi aku biarkan aje, tapi aku tidak pernah bohong Salena tentang diri aku dan status aku,“
Kami berdua terlopong mendengar pengakuan ED. Abang dengan adik sama sahaja perangainya.