ERHAN memandang wajah Lieza lalu membuahkan senyuman. Dia terpaksa meminta PAnya datang menemaninya kerana dia khuatir dia tidak dapat hendak melayan karenah Eryan sendirian.
Eryan super hyper active hari ini. Dia terpaksa menganggu cuti sabtu Lieza gara-gara Eryan hendak beriadah di Taman Tasik Titiwangsa. Di sana Eryan mahu menaiki canoe dan menunggang kuda. Eryan tidak mahu dibawa ke Theme Park atau Amusement Park. Katanya sudah jemu kerana di Jakarta dia selalu di bawa ke sana.
“Sorry Lieza..have to trouble you during your off day..our little master request for you,” ujar Erhan dengan wajah serba salah.
Dia cuba untuk tidak menganggu Lieza pada hari cuti kerana dia tidak mahu terlalu mengharapkan PAnya. Tapi Eryan mahu ‘Tante Lieza’ ikut sama dan Erhan tiada pilihan lain terpaksa meminta bantuan dari Lieza.
“Ah it’s ok..it happens that I tak ada plan hari ni..so no worries!,” jawab Lieza lalu mencuit pipi comel Eryan. Eryan hanya tersenyum lalu memeluk Lieza erat.
“Ini anak bikin susah sama ‘Tante Lieza’..bila kamu pulang ke Jakarta gi mana??? Kamu pasti kangan pada Tante Lieza,” usik Erhan bila Eryan begitu rapat dengan Lieza sejak dia berada di Kuala Lumpur.
“Yan mahu tante ikut Yan pulang ke Jakarta!,” jawab Eryan lalu tersengih nakal.
“Ah Lieza..aku rasa kamu harus jadi PA Mas Eryan kerna dia perlukan kamu di Jakarta,” ujar Erhan lalu memandang wajah Lieza yang turut tersenyum sebaik sahaja Eryan mengatakan dia mahunya ikut ke Jakarta.
“Kalau ‘tante’ ikut Mas Erhan gi mana?? Kasihan Mas Erhan tidak ada sesiapa di Malaysia, Eryan ada mama di sana,” ujar Lieza.
“Kakak sudah besar kok..ngakk perlu tante untuk di jaga,” jawab si cilik lalu tersenyum nakal.
“Wah kamu bisa bicara kayak orang dewasa sekarang Yan..ayuh kita pergi ke sana menunggang kuda? Kamu mau?,” saran Erhan lalu mencapai tangan Eryan.
“Mau!!,” jerit Eryan dengan suara teruja. Eryan berada di tengah-tengah. Tangan kanannya di pegang kakaknya Erhan manakala tangan kirinya di pegang Tante Lieza. Seronok dapat bersiar bersama orang-orang yang di sayangi.
*****
Aku duduk termangu memerhatikan model-model kami beraksi di hadapan camera. Kenapalah aku boleh berjanji dengan Azlee yang aku boleh ikut dia pergi shooting hari ini. Jika aku tahu bosan begini lebih baik aku duduk rumah layankan Salena.
Disebabkan aku tidak mahu menghampakan dan mengecewakan mamat itu, aku bersetuju untuk menemani kerja untuk memperbaiki hubungan kami. Yelah tu, ke girlfriend tak free hendak keluar melayan kau hari ni Azlee? Katanya kami sudah lama tidak meluangkan masa bersama. Dia rindukan hubungan kami yang dahulu. Aku layankan sahaja kerana Azlee sebenarnya baik pada aku. Tapi sudah species perangai lelaki yang punya rupa perangai sebegitu. Rambang mata dalam memilih wanita, hendak di apakan.
Itu downfall Azlee yang aku tidak suka. Dan Azlee tidak seperti dahulu yang suka membuli aku, malah aku pula yang membulinya balik kerana Azlee seperti mahu mengambil perhatianku kembali, apa aku hendak dia turutkan!
Bila kita suka pada dia dahulu. Dia main-mainkan perasaan kita dan punya ramai teman wanita. Bila kita sudah tidak ada hati dengannya lagi. Dia pula terkejar-kejar. Hai pelikkan perangai lelaki seperti Azlee ni? Sejak aku tahu akan perangai Azlee yang playboy itu aku rasakan kami sudah tidak serasi seperti dahulu lagi. Dahulu disebabkan aku sukakan Azlee maka aku cuba untuk menarik minatnya. Tapi sekarang aku tidak perlukan perhatian Azlee lagi.
“Sha, kenapa ni?? Boring eh?,” tegur Azlee bila dilihat Marsha kelihatan bosan.
“Lama lagi ke nak habis?? I dah lapar ni,” jawabku tanpa menjawab soalan Azlee kerana reaksi di wajahku sudah cukup memberinya jawapan.
“Sekejap lagi..you nak makan mana?,”
“Anything!,” jawabku sambil lewa malas hendak memikirkan untuk makan di mana. Kemana Azlee bawa, aku ikut aje. Aku tak cerewet asalkan halal dan boleh membuatkan aku kenyang.
“Kita makan di Secret recipe?,” cadang Azlee.
“Whateverlah…I nak jalan-jalan sekejap you call me bila dah habis..ok,” ujarku dengan wajah selamba lalu bangkit dari bangku dan berjalan menuju kearah taman permainan kanak-kanak meninggalkan Azlee sendirian.
Hujung-hujung minggu begini ramai pasti orang pergi beriadah bersama keluarga di sini. Dari aku duduk mengadap model-model Azlee, ada baiknya aku tengok ragam manusia di sini. Boleh terhibur juga hati aku. Aku berjalan perlahan mencari bangku berdekatan untuk duduk. Cari tempat yang berteduh.
Aku tersenyum sendiri melihat keletah anak-anak kecil berlari ke sana kemari. Bermain-main dengan buai-buaian dan gelunsur. Seronok jadi anak kecil tidak perlu risau dan tidak punya masalah seperti orang dewasa. Bebas dari buat apa sahaja dan sentiasa di sayangi.
Aku perhatikan anak kecil yang berusia lebih kurang 4 tahun di dukung papanya. Sesekali anak kecil itu ketawa gelihati bila mamanya mengeletek pinggangnya. Family picture perfect. Bisikku dalam hati.
Aku memerhatikan mama kepada anak kecil itu. Wanita itu masih kelihatan anggun dan cantik walaupun sudah beranak satu manakala papanya!!?? Papanya aku mengecilkan mataku ingin memastikan aku tidak tersilap pandang.
EDDY!!! Eddy with his family?? Ini bukan coincidence lagi sudah seperti berjanji kerana kami sering kali bertemu. Eddy menurunkan anaknya. Anak kecil itu mengejar bolanya yang terlepas dari tangan bila mamanya mengeleteknya tadi.
Dan bola itu boleh berhenti di hadapan aku. Ok! Aku bukan mahu Eddy nampak aku berada di sini kerana aku tidak bercadang hendak menegurnya bila dia bersama dengan keluarga. Tapi bola milik anaknya sudah berhenti di hadapan aku. Tak mungkin aku mendiamkan diri sahaja.
“Here’s your ball!,” ujarku tersenyum lalu menyerahkan bola itu kepada putera Eddy yang comel seperti papanya.
“This is a pleasant surprise! Didn’t expect to see you here too??!! What are you doing here???,” ujar Eddy dengan wajah terperanjat kerana tidak menyedari wanita yang memberi bola itu adalah Marsha.
“Temankan Azlee..ada shoot kat sini,” jawabku lalu membuahkan senyuman kepada wanita yang berada di sebelah Eddy. Yelah kalau aku tidak senyum pasti isterinya menyangka aku mahu memikat suaminya pula kan.
“Oh I see..meet my-,”
“Mrs. Eddy?…Hi I’m Marsha, nice to meet you!,” ujarku ramah lalu menghulurkan tangan kepada isteri Eddy yang berada di sebelah.
Isteri Eddy menyambut huluran tanganku walaupun riak wajahnya kelihatan terperanjat dan agak keliru. Mungkin dia ingin tahu dari Eddy siapa aku sebenarnya. Kalau aku pun tidak senang bila mendapat tahu bahawa suamiku punya kawan perempuan kan. Tak orang, tak kita betul tak?
“Ya..My wife..,” jawab Eddy lalu menoleh kearah wanita di sebelahnya.
“Nice to meet you too,” jawab wanita itu lalu tersenyum mesra.
Kami bertiga tiba-tiba merasa janggal seolah-olah tidak tahu hendak berbicara apa. Ok this is so awkward! Tiba-tiba aku tidak punya idea hendak berbual apa. Aku tidak pernah rasa janggal sebegini. Apa yang lagi weird bila Eddy juga seakan kelu untuk berbicara denganku dan kelihatan serba salah.
Tiba-tiba kami bertiga di kejutkan dengan bunyi deringan nyaring dari handphoneku. Save by the ring! Fuh!! Selamat. Aku melirik kearah screen handphoneku. Nama Azlee tertera di screen menandakan dia mahu aku ke tempatnya semula. Maknanya shoot nya sudah selesai.
For the first time aku merasa Azlee tidak menyakitkan hati aku kerana dia telah menyelamatkan aku dalam situasi janggal begini. Thanks Azlee!
“Erm..I need to go now..Azlee dah call, see you when I see you Eddy,” ujarku lalu memandang wajah Eddy dan isterinya, aku segera berlalu tanpa menoleh kearah mereka.
Kenapa aku cakap begitu pada Eddy. Aduh kerana tergamam tadi aku cakap perkara yang merepek. ‘See you when I see you Eddy’. Janganlah isteri Eddy menyangka kami selalu bertemu. Ah sudah! Kenapa aku rasa begitu tidak selesa dan janggal sekali bila melihat Eddydan keluarganya.