SALENA berjalan seorang diri di KSL dari satu restoran ke satu restoran. Tidak tahu hendak makan apa? Sorang-sorang makan di restoran memang tidak begitu seronok. Jika di temani seseorang baru ada selera hendak makan.
Hari-hari makan seorang bosan betul lah? Dia ramai juga kenalan di JB, tapi kenalannya semua sudah berkeluarga. Jadi dia tidak mahu menggangu mereka selepas waktu kerja.
Jika waktu lunch dia tidak punya masalah kerana mereka selalu keluar lunch bersama. Waktu dinner ni hah problem sikit. Serasa seperti loner pulak bila makan tidak berteman.
Time-time ginilah dia mula rindukan Marsha. Apa si Marsha tu buat waktu-waktu sekarang. Hmm..pasti sibuk membalas surat dari Erhannya? Salena tersenyum sendiri.
Salena berhenti di hadapan restoren Sushi King. Berkira-kira samada tekaknya teringin hendak makan sushi malam ini. Dia sudah naik jemu makan nasi campur dan mee goreng.
Sesekali dia teringin juga makan makanan jepun, tapi itulah tidak ada teman. Hailah kenapa Mr. Haiqal tidak menghantar Marsha sekali ke sini. Tidak lah dia bosan begini. Makan sendirian tidak seronok.
Salena membelek menu yang terdapat di depan pintu Sushi King. Dia mengalihkan pandangan ke dalam restoren. Restoran kelihatan sedikit lenggang dan tidak begitu ramai pengunjung. Salena mengalihkan pandangan ke arah seorang lelaki yang sedang duduk makan sushi seorang diri.
Eddy?? Huh? Salena memerhatikan lelaki itu lagi untuk memastikan bahawa dia tidak tersilap pandang dan lelaki yang duduk bersendirian di dalam restoren itu benar-benar Eddy.
Melihat wajah dan gayanya..sah lelaki itu Eddy kerana Salena jarang lupa pada wajah lelaki ganteng seperti Eddy. Eddy di JB?? Buat apa dia disini? Out-station?? Bisiknya dalam hati. Salena memerhatikan jejaka itu makan bersendirian tanpa berteman.
“Dining for one or two?,“ tegur pekerja Sushi King.
Salena tersentak terperanjat bia di tegur pelayan Sushi King.
“One,“ jawab Salena spontan lalu masuk ke dalam restoran Sushi King mengekori pelayan Sushi King.
Sudah alang-alang dia berdiri di hadapan Sushi King dan di tegur pelayan restoren itu, dia mengambil keputusan untuk makan malam di restoren itu. Tidaklah dia merasa janggal makan seorang kerana dia kenal pada Eddy dan Eddy juga kenal padanya. Tidaklah makan malamnya begitu membosankan.
Seperti orang mengantuk di sorongkan bantal. Pelayan itu meletak menu di sebelah Eddy. Seakan tahu aku mahu duduk di sebelah lelaki itu.
Eddy sedang sibuk membaca sesuatu dari handphonenya sambil menikmati sushinya.
Salena menarik kerusi di sebelah Eddy lalu duduk. Lelaki itu menoleh ke arahnya seklias lalu membuahkan senyuman.
Salena membalas senyumannya namun dia merasa agak pelik kerana Eddy tidak kelihatan terperanjat bila melihatnya. Eddy tidak kenal pada dia? Masakan Eddy lupa.
Kenapa eh wajah Eddy begitu selamba seolah-olah tidak kenal siapa dia. Ah mungkin dia tidak perasan tadi kerana dia hanya menoleh sekilas bisik Salena dalam hati.
Salena berdehem kecil cuba mendapatkan perhatian jejaka itu. Eddy tidak menoleh masih kelihatan selamba sahaja menikmati sashiminya.
Aikk!! Poyo aje mamat ni? Macam dia tak kenal dengannya pulak. Kelmarin bukan main peramah ketika berbual dengannya. Tapi hari ini dia sombong lah pula! Angin betul mamat ni! Patutlah Marsha selalu bergaduh dengan dia dahulu.
Hmm...baru dia tahu kenapa Marsha mengatakan Eddy sombong..memang dia seorang lelaki yang sombong, dia boleh eksyen buat tak kenal padanya sedangkan di R&R tempoh hari mereka berbual mesra seolah-olah mereka kenalan lama. Tapi hari ini dia buat langsung tidak kenal dengannya. Hai pelik betul dia dengan perangai Eddy.
“Eh Eddy you tak kenal I ke?,“ tegur Salena lalu menoleh ke arah jejaka itu kerana dia tidak boleh terima keadaan begini dan tidak berpuashati dengan Eddy. Sebab itu dia menegur Eddy.
Lelaki itu menoleh bila wanita di sebelahnya menegur.
“Kenal kamu?? Kamu siapa?,“ tanyanya lalu mengerutkan dahinya cuba memikirkan di mana dia bertemu dengan wanita itu kerana wanita itu mengatakan dia kenal pada dirinya.
“I’m Salena..kawan Marsha tak ingat??,“ ujar Salena dengan wajah serious.
Hailah..muda-muda lagi sudah mendapat penyakit lupa si Eddy ni? Biar benar.
“Aku jarang sekali lupa pada wanita cantik seperti kamu,“ ujarnya jujur lalu tersenyum.
Benar, dia jarang sekali lupa pada orang yang dikenali atau orang yang hanya ditemui, walau sekali. Jika betul dia mengenali wanita itu, masakan dia lupa pada namanya. Dan seperti dia katakan tadi dia tidak akan lupa pada wanita cantik seperti wanita yang duduk di sebelahnya.
Salena terasa pipinya merona merah menahan malu bila Eddy tiba-tiba memujinya cantik. Dia benar-benar tidak menyangka Eddy akan mengusiknya begitu.
Yang benar ni??? Kalau Marsha tahu pasti wanita itu merasa cemburu, walaupun Marsha selalu menafikannya.
Dan dari cara percakapan Eddy juga tidak sama seperti dia bertemu di R&R dahulu. Ada slang Indonesia. Mungkin Eddy berdarah keturunan Indonesia. Apa Eddy punya split personality?
“Stop teasing me Eddy..you buat apa di JB?? Mana your wife and your son? Tak ikut sama?,“ tanya Salena ramah. Dia tahu Eddy hanya mahu bergurau dengannya.
“Family?? Kok kamu tahu aku punya anak???,“ ujarnya dengan nada terperanjat.
Bagaimana wanita itu tahu dia sudah mempunyai seorang anak.
“Ya..., I saw you with your family the other day,“ jawab Salena lalu mencapai sepiring spicy salmon gunkan.
“Oh iya..aku tidak punya isteri, kami sudah berpisah lama, aku saja berlibur di sini..aku suka jalan-jalan tukar angin,“ jawabnya lalu tersenyum.
Nampak dia dengan keluarganya?? Mungkin wanita itu pernah di temuinya sebelum ini dan kenal pada dia kerana wanita itu tahu dia mempunyai anak. Tapi gimana dia boleh lupa?
“Tidak punya isteri?? Really??? The lady yang always with you?? Siapa? Teman wanita kamu ya Eddy??,“ ujar Salena lalu tersenyum.
Eddy sudah berpisah dengan isterinya lama. Habis itu hari dia dan Marsha ternampak Eddy bersama dengan seorang wanita itu siapa? Bekas isterinya? Atau teman wanitanya?
“Oh aku tidak punya teman wanita..Ah!! mungkin kamu nampak nanny anak aku dan menyangka itu isteri atau teman wanita aku.., Apa kamu di sini sendirian??“ tanya Eddy lalu tersenyum.
Dia tidak tahu kenapa dia begitu senang dan suka sekali berbual dengan wanita di sebelahnya. Wanita itu cantik dan manis. Dan jika wanita itu belum punya suami dia mahu mendekati dan mengenali wanita itu kerana dia berkenan sangat pada Salena. Dia masih tidak mengerti masakan dia boleh lupa akan wajah Salena bila wanita itu mengatakan dia kenal pada dirinya. Malah wanita itu juga tahu dia sudah mempunyai anak?
Ah Eddy duda rupanya dan masih solo. Salena tersenyum dalam hati. Ada chance boleh tackle. Jadi dia dan Marsha sudah tersilap tafsir. Patutlah Eddy bersendirian hari ini dan hari-hari biasa bila Eddy di R&R.
“Ya seorang...sekarang sudah berteman kerana sudah ada kamu,“ jawab Salena lalu membuahkan senyuman.
Apa salahnya dia flirt dengan Eddy sekali sekala. Salena mencapai sepiring california sushi pula kali ini.
“Iya.., kamu bisa ‘refresh‘ memoriku dimana aku kenali kamu dahulu??,“ tanyanya lagi lalu tersenyum.
“Serious you tak ingat di mana kita bertemu dahulu???,“
“Aku benar-benar tidak ingat..aku bertemu ramai orang sebelum ini..barangkali aku ada sindrom short term memory...,“ jawabnya tersenyum lagi.
“You are very funny Eddy..ok..I kenal you masa you bergaduh dengan Marsha dahulu di bangunan office I tak ingat?? I yang cuba selamatkan you dari Marsha,“ ujar Salena cuba mengingati peristiwa di mana Marsha bertengkar dengan Eddy kerana Eddy telah melanggar Marsha secara tidak sengaja manakala Marsha tidak suka pada lelaki itu kerana dia mempunyai sifat sombong.
“Oh ya????...Ok office kamu di mana?,“
“Menara Maybank,“ jawab Salena ringkas.
“Ah I see!!!..Mungkin di situ aku bertemu dengan kamu,“ jawabnya lalu menganggukkan kepalanya perlahan.
Baru dia ingat di mana dia bertemu dengan wanita itu. Mungkin wanita itu salah satu pekerja di syarikat dia berurusan. Dia pun tidak berapa pasti.
“So berapa lama you bercuti di JB?..I minggu depan baru balik KL ,“ tanya Salena ingin tahu.
Yelah jika Eddy masih berada di JB lama lagi boleh diajak Eddy untuk makan malam bersama. Tidaklah dia merasa bosan makan sendirian. Ada teman kan seronok.
“Sebenarnya aku mahu ke KL esok tapi memandangkan kamu di sini hingga minggu depan..aku temani kamu,“ jawabnya lalu memandang wajah Salena.
Hampir hendak tersembur keluar sushi yang di kunyahnya bila Eddy berkata demikian. Is he for real?? Eddy hendak menemaninya hingga minggu depan? Baik sungguh hati Eddy? Jadi tanggapan Marsha terhadap diri Eddy tidak benar. Eddy is nice person.
“Eh?? Tak payah susah-susah I bukan tak biasa seorang diri..if you need to go back KL..don’t trouble yourself,“ ujar Salena menyentuh lengan Eddy bila lelaki itu menawarkan diri untuk menemaninya di JB hingga pekerjaannya selesai. Dia tidak mahu menyusahkan Eddy.
“Ah enggak apa-apa..aku bisa menemani kamu kerana aku tidak punya urusan penting di Kuala Lumpur..kan aku sudah bilang tadi, aku ke JB untuk berlibur, aku bisa ke Kuala Lumpur bila-bila masa aja,“
“Sungguh??? I tak susahkan you? Ok..can I ask you something??,“
“Ya silakan,“ jawabnya lalu tersenyum.
“Kenapa you baik sangat hendak temankan I?
“Sebab..aku suka kamu, dan aku mahu mengenali kamu dengan lebih dekat lagi,“ jawabnya jujur lalu tersenyum.