ERENAmelepaskan keluhan panjang. Wajah gadis cantik itu kelihatan masam
mencuka. Dia mengelamun jauh. “Hmm… kenapa semuanya jadi begini? Kenapa paksa
aku?” keluhnya perlahan. Kahwin? Hmm… Hatinya mengeluh berat.
Spontan, ayat yang
terungkap daripada bibir papa terngiang-ngiang di cuping telinganya. Satu
permintaan yang benar-benar di luar jangkaannya. Ah, ini bukan permintaan lagi.
Tapi, ini sebuah paksaan. Argh, grrr! Hatinya membentak keras.
“Bila papa buat
keputusan ni, papa tak bergurau. Papa benar-benar serius dengan keputusan papa.
Papa tetap nak Rena kahwin sama ada Rena setuju ataupun tidak!”
Argh!
Erena menjerit geram. Permintaan papa benar-benar sudah keterlaluan. “Kenapa
papa nak aku kahwin? Kenapa mesti aku? Kenapa? Hisy!” jeritnya geram. Ah, kusut
jadinya memikirkan isu kahwin ini.
Kalaulah
dia berada di atas bukit, dia mahu menjerit sepuas hati. Biarlah orang nak
cakap apa sekalipun, janji dia dapat melepaskan kemarahan yang terbuku di dada.
Erena
mengeluh. Otaknya berserabut memikirkan keputusan papa yang mahu dia berkahwin.
Dengan siapa pun dia sendiri tidak tahu. Ah, aku pun tak ingin nak tahu siapa.
Pokoknya, aku tak nak kahwin! bentak hatinya lagi.
“Argh!”
Erena menjerit untuk kesekian kalinya. “Kenapa papa boleh terfikir perkara
macam ni? Kalau suruh aku belajar ke, memasak ke, berenang ke, boleh diterima lagi. Ni… nak aku
kahwin? Ridiculous! Oh my ALLAH...Aku
tak nak kahwin! Hisy!” jeritnya geram.
Erena
terdiam sejenak. Serabut memikirkan keputusan papa yang terlalu drastik dan
gila itu. Ah, papa macam hakim berat sebelah. Menjatuhkan hukuman tanpa
perbicaraan. Ah, aku pula macam pesalah yang dijatuhkan hukuman berat. Kahwin? Oh no!Minta simpang 44 malaikat. Tak hingin
aku!
Erena
melepaskan keluhan panjang. “Argh! Aku tak nak kahwin!” Sekali lagi dia
membentak.
“Tapi… macam mana aku
nak elak dari mengikut kemahuan papa? Aduh, bencinya!” ngomel Erena sambil
tangannya memegang kepala. Bak kata Shuib Sepahtu, peninglah!
Dia
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ah, dia mati kutu! Otaknya menemui
jalan mati. Ya ALLAH… macam mana nak cari jalan bagi menyelesaikan masalah ini?
Ah, dia sendiri tidak tahu.
Erena
meraup mukanya. “Kenapalah nasib aku jadi macam ni?” ucapnya lagi.
Sedang
asyik mengelamun memikirkan masalah dunianya, tiba-tiba Erena dijerkah dari
arah belakang. “Hah!”
Erena
terkejut badak. Seperti biasa, gadis itu melatah. “Oiit, mak kau meletup!”
latahnya tanpa sedar.
Fina ketawa
terbahak-bahak. Geli hatinya apabila melihat reaksi Erena yang terkejut badak
mendengar jerkahannya. Hah kau… terus melatah, kelasss kau Jahh!
Erena
membuntangkan matanya. Siap bercekak pinggang lagi. Lagaknya seakan cikgu
disiplin yang sudah bersedia untuk menghamburkan amarah pada anak muridnya.
“Amboi-amboi mak cik, kau siap boleh gelak besarkan? Kenapa tak guling-guling
atas tanah aje, baru best,”sindirnya.
Fina
tidak membalas. Sebaliknya, gadis itu masih tergelak besar lagi. Rena… Rena…
dah macam mak singa aje. He he he… geli betul hati aku bila tengok kau, Rena.
Mulut
Erena ternganga luas. Raut wajahnya berubah menjadi masam mencuka. “Nurfina
Qistina binti Roslan, kau tak penat ketawa ke? Nak join kelab pontianak mengilai ke?” perlinya pedas. Hisy, kepala aku
dahlah tengah serabut. Minah sengal ni pula menambah lagi. Aku sepak masuk gol,
baru tau. Hisy!
Fina
tersengih. “Ala, kau ni… tak sportinglangsung.
Relaxkawan. Janganlah serius sangat.
Macam cikgu disiplin aje. Bawa bertenang, Rena. Bak kata Nora Danish, kita enjoy!”guraunya dengan sisa tawanya.
Erena
menjeling geram. “Ha ha ha… lawaklah? Boleh tak kau jangan menambah kekusutan
aku? Aku dahlah tengah stress.Kau
tambah lagi stress aku!” marahnya
lantang. Hisy, aku stapler mulut kau baru tau. Bising aje!
Kening
Fina terangkat sebelah. “Kenapa, Rena? Cuba cerita kat aku,” soalnya beria-ia
ingin tahu.
Erena
mengeluh panjang. Spontan, raut wajah itu berubah kelat apabila mendengar
soalan cepumas itu. Hmm… bila teringatkan permintaan gila papa, rasa marah
serta-merta menguasai hati. Argh, aku tak nak kahwin! Aduh, kenapa papa
beria-ia nak aku kahwin? Bencilah! bentaknya dalam hati.
Dahi
Fina berkerut. Gadis itu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sejujurnya,
dia jadi hairan apabila melihat reaksi kawan baiknya itu. “Erena Amani, are you ok?”Segaris senyuman nipis
bergayut di bibirnya.
Erena
tersentak. Serta-merta lamunannya hilang. Spontan, keluhan panjang terluah di
bibirnya. “Aku ada masalah besar, Fina,” luahnya. Raut mukanya kelihatan masam
macam orang baru tertelan sebalang garam. Gaya gadis itu pula serupa macam
orang baru mati laki sahaja.
Kening
Fina terangkat sebelah. “Masalah? Apa dia?” balasnya, beria-ia ingin tahu. Ni
mesti kes elaun kena tolak kot? He he he… kalau betul tekaan aku, kasihan kau,
Erena.
Erena
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ya ALLAH… serabutnya kepala aku ni.
Semua ni papa punya pasallah! Hisy, peninglah! bentak hatinya geram.
Dahi
Fina berkerut seribu. Kenapa dengan minah ni? Hairan binti ajaib betul. “Erena?”
tegurnya.
Erena
mengeluh lagi. “Aku kena kahwin, Fina,” balasnya dengan suara lemah. Siap
tayang muka orang tak bersalah lagi. Umpama terpaksa jadi bidan terjun.
Kasihannya! Hu hu hu…
Fina
ternganga luas. Siap tayang muka terkejut buayanya lagi. Dia agak terkejut
apabila mendengar jawapan Erena. Haa… biar tembikai? Tiba-tiba, dia tersenyum
lebar, siap bertepuk tangan lagi. Bagai sedang meraikan majlis hari jadi.
Erena
tercengang. Mulutnya ternganga luas. “Oii mak cik, kenapa dengan kau ni? Yang
kau tepuk tangan bagai nak gila tu, kenapa? Seumur hidup kau, kau tak pernah
tepuk tangan lagi ke? Aku tengah buat show
ke apa?” bidasnya geram. Hisy minah ni, geramnya!
Fina
tersenyum lebar. Keningnya berjungkit berulang kali. “Aku gembira dengan berita
kau, Rena. Hisy, best! Siapa lelaki
bertuah tu?” Dia mula teruja.
“Bertuah? Kau cakap dia bertuah sebab dapat
kahwin ekspres dengan aku? Wei, aku yang bernasib malang tau! Tak pasal-pasal
papa suruh aku kahwin. Aku tak nak kahwin, Fina!” bentak Erena lagi.
Dahi
Fina berkerut seribu. “Kenapa pula kau tak nak kahwin? Seronok tau!” balas Fina
hairan. Pelik aku dengan minah ni. Dapat kahwin freepun, tak nak ke?
Erena
melopong. Selepas itu dia ketawa buat-buat. “Seronok apanya? Fina, aku baru 19
tahun tau. Muda lagi wei! Takkanlah dah kena kahwin? Aku belum puas enjoy! Sepatutnya, umur macam kita ni…
masih buat kerja gila lagi. Bukannya kena paksa kahwin,” balasnya
bersungguh-sungguh.
Fina
ketawa geli hati. “Kau nilah Erena, nak kahwin pun, tak nak. Orang lain kan…
mesti dah meloncat macam pocong sesat bila dah nak kahwin ni, bukannya susah
hati macam rumah baru lepas kena gadai,” bebelnya. Dia menayang muka hairannya.
“Apa yang susahnya, Rena? Kahwin ajelah, habis cerita,” tambahnya beria-ia.
Erena
semakin tercengang. Argh, ada juga yang merasa cili api ni! “Kau ni Fina, tak
boleh tolong langsunglah! Kepala aku dahlah tengah kusut, kau tambah lagi.
Hisy, menyesal cerita dengan kau tau! Dapat sakit hati aje,” bebelnya geram.
Tak guna punya kawan, jerit hatinya geram.
Fina
ketawa geli hati. “Rena, kau nak marah pun tak ada gunanya tau. Takkan kau tak
kenal Uncle Harris? Kalau putih katanya, putihlah jadinya. Tak boleh jadi
hitam. So,apa susah? Kahwin ajelah,
habis cerita. Tak payah fikir apa lagi. Buat kusutkan otak kau aje. Dahlah, aku
pergi dulu. Aku ada kelas lepas ni. Bye!”
Selepas menuturkan ayat itu, dia terus pergi meninggalkan Erena sendirian.
“Argh, tak boleh tolong langsung! Menyakitkan
hati ada, bencilah!” Erena mendengus geram. “Macam mana nak buat ni? Aku tak
nak kahwin!