Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
SINOPSIS
                                                               Tak nak punya tak nak, 
                                                               aku terjatuh cinta juga..

Disebabkan sikap manja dan keanak-anakan Erena Amani, Datuk Harris dan Datin Katrina mengambil keputusan untuk mengahwinkannya. “Kahwin?. Apa ni, papa?. Rena baru 19 tahun tau.” Bertambah terkejut lagi, bakal suaminya ialah Dr. Qasyiful Hakim. “Nak kena kahwin dengan Dr. Serious tu?. Hah, memang taklah!”

Pelbagai cara dilakukan Erena, namun tidak berhasil. Mahu atau tidak, dia terpaksa juga bertunang dengan Dr. Qasyiful. Datuk Harris memberi tempoh selama enam bulan pada Erena dan Dr. Qasyiful untuk mengenali satu sama lain. “Enam bulan?. Hurm, aku akan buat Dr. Serious putuskan pertunangan ni.”

Selama enam bulan, pelbagai cara dilakukan oleh Erena, namun ternyata tidak berjaya. “Awak buatlah apapun Rena, saya tak kisah. Datuk Harris dan Datin Katrina dah amanahkan saya untuk menjaga awak.” Erena geram. “Hisy, hati kering betul! Nak buat macam mana ni?.”

Kedatangan Sarah Natasya, sepupu Erena benar-benar menduga Erena. Sikap gatal dan miang Sarah yang cuba mendekati Dr. Qasyiful mengundang cemburu di hati Erena. “Aku akan buat Dr. Serious kau tu, tinggalkan kau Erena.” Erena semakin cemburu, lama-lama dia tersedar sesuatu. “Eh, aku dah terjatuh cinta pada Dr. Serious ke?.”

Bermacam-macam perkara menimpa hubungan mereka, namun Dr. Qasyiful hanya mengambil sikap tidak endah sahaja. Erena semakin bengang. “Hisy, memang hati kering! Tak apa, aku akan gagalkan rancangan kau Natasya. Sebab dia tu, Encik Tunang aku okey!”

Next: PROLOG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.