ERENA tersenyum hambar
apabila mendengar cerita Diana. Kalau dengan arwah tunangnya, dia boleh
bersikap romantik. Tapi kenapa bila dengan aku, dia jadi serius bagai nak rak?
Eh… stop it, Erena Amani! Jangan nak
buat kerja gila okey! omel hatinya.
Mengetahui kisah di sebalik masa silam Dr. Qasyiful,
sekali gus menerbitkan rasa kasihan buat encik tunangnya itu. Ya ALLAH… sungguh
berat ujian-MU. “Kasihan Qasy ya, Ana,” katanya perlahan.
Diana melepaskan keluhan panjang. Dia menguntum senyum
nipis. “Tulah, kak. Kasihan Abang Qasy. Tapi nak buat macam mana, kan? Dah ajal Kak Zehan. ALLAH lebih sayangkan dia. Dia ‘pergi’ sebelum sempat mereka diijab
kabulkan,” tambahnya lagi.
Erena menguntum senyum. Dia diam. Langsung tidak terdetik
untuk membalas kata-kata bakal adik iparnya itu.
Sejenak mereka terdiam. Melayani perasaan masing-masing.
Tiba-tiba, terdetik sesuatu di fikiran Erena. Membuat
rasa ingin tahunya semakin membuak-buak. “Ana, apa yang membuatkan Qasy jadi
serius?”
Diana tersenyum lagi. “Entahlah, kak. Sejak arwah
meninggal dunia, Abang Qasy terus berubah sikap. Dia jadi pendiam, tak banyak
bercakap macam selalu. Dulu, masa yang ada banyak diluangkan bersama keluarga dan arwah.Sekarang, dia sibuk dengan kerjanya sebagai
doktor,” balasnya perlahan. Sekali lagi dia mengeluh. “Mungkin… sebab dia patah
hati kot?”
Bak burung belatuk, Erena mengangguk. Patah hati?
Keningnya terjungkit sebelah. Dia tersenyum. Hmm… ada hati juga encik tunang
aku ini, ya? Ingatkan robot. Kau ni Erena, sampai macam
tu sekali kau fikir ya? Dr. serioustu
pun manusia jugak. Dia ada hati dan perasaan.
Tiba-tiba, Diana menguap. Matanya semakin kuyu. “Ana dah
mengantuklah, kak. Esok nak bangun awal, nak solat subuh. Ana tidur dululah.
Selamat malam, kak,” katanya lalu merebahkan diri.
Erena menguntum senyum. Dia mengangguk perlahan. “Ana
tidurlah dulu, ya. Selamat malam.”
Diana mengangguk “Selamat malam, kak.”
Tidak semena-mena, fikiran Erena terbang melayang. Entah
mengapa, wajah Dr. Qasyiful menari-nari di layar mindanya. Siap tersenyum lagi.
Hisy! Sibuk ajelah mamat serius 24 jam ni! Tiba-tiba aje
muncul depan aku. Nyah kau jauh-jauh dari hidup aku! Erena membentak keras
dalam hati.
“Kak?” Tiba-tiba Diana menegur.
Sekali gus, mematikan lamunan Erena. Dia mengalihkan
pandangan ke arah Diana. Dahinya berkerut. “Eh, tak tidur lagi ke?”
Diana menayang sengihan kerang busuknya. Dia tersenyum
penuh makna. “Jangan lupa masukkan Abang Qasy dalam mimpi tau. Make sure,mimpi yang indah-indah. Good night kak, sleep tight!” usiknya
selamba.
Cepat-cepat Diana menarik selimutnya. Berpura-pura tidur.
Bimbang jika Erena membebel. Karang, tak pasal-pasal kena dengar khutbah malam.
Tak ke haru? He he he…
Erena menjegil matanya. Dia menggeleng. Mimpikan mamat
serius 24 jam tu? Huh, memang taklah! Merepek aje budak Diana ni. Sorry naik lori. Tak ada maknanya aku
nak mimpikan Dr. serioustu okey!
gerutu hatinya geram.