WOW! Sedapnya mama
masak. Dah lama aku tak merasa daging masak merah buatan mama. Dia memejam
kedua-dua belah matanya, menghayati kesedapan masakan mama. So delicious… mmuaah!
Datuk Harris tersenyum apabila melihat Erena. Lelaki itu
hanya menggeleng dengan telatah anak gadisnya itu. “Rena, makanlah
perlahan-lahan. Nanti tercekik pula. Tak adanya nak lari makanan dalam pinggan
Rena tu.”
Erena tersengih. “Ala papa… mama masak sedap sangat. Tu
yang selera makan Rena menjadi-jadi ni. Lagipun, daging masak merah kan favouriteRena.”
Datin Katrina hanya menggeleng. Rena… Rena… ada saja
benda nak dijawabnya. “Rena, apa yang papa cakap tu kan betul? Rena tu kan anak
dara, bersopan santunlah sikit. Kalau ada orang ternampak, macam mana? Haa…
Rena juga yang malu tau.”
Erena tersenyum. “Ala… mama ni, tak adanya orang nampak.
Kalau dia orang nampak pun, biar ajelah. Takkanlah Rena nak cucuk biji mata dia
orang guna lidi pula? Lagipun, dah lama Rena tak merasa daging masak merah mama
ni. Sebab itulah selera Rena memuncak naik,” guraunya. Dia siap menayang muka
selamba lagi.
Datin Katrina tersenyum simpul. Kembang kuncup hatinya
apabila mendengar pujian anak gadisnya itu. “Hisy… ada-ada aje kamu ni, Rena.
Pandai benar ambil hati mama, kan?” balasnya malu-malu.
Erena tidak menjawab, sebaliknya dia hanya tersengih.
“Erena?” Tiba-tiba Datuk Harris bersuara.
Erena yang sedang menikmati makanannya memandang papa.
“Ya, papa?” balasnyalembut. Dia menikmati
makanannya semula.
Datin Katrina tersenyum penuh makna. Tahu apa tujuan
suaminya itu memanggil Erena. Pasti berkaitan dengan Dr. Qasyiful. Nak mengorek
rahsialah tu, detik hatinya.
Datuk Harris menjungkit sebelah keningnya. Dia tersenyum
penuh makna. “How your first date with
Qasy?”
Erena terkesima. Seleranya terus mati. Hah?! Hisy… kenapa
tak habis-habis sebut nama mamat serius 24 jam tu, hah? Tak ada nama lain ke
selain daripada nama dia? Huhh!
Erena menayang muka tak ada perasaan. “Okey, biasa-biasa
aje,” jawabnya acuh tidak acuh. Malas mahu mengulas lebih lanjut mengenai ‘first date’ mereka. Heh, ‘first date’ la sangat?
Berkerut dahi Datuk Harris. “Okey? Biasa-biasa aje? What do you mean by that, Erena?”
Datin Katrina juga ikut memandang wajah Erena. Dia juga
jadi hairan dengan jawapan gadis itu.
Erena mendengus. Tolonglah! Tak ada topik lain ke, hah?
Punya banyak topik yang ada, topik tu juga jadi pilihan? Hisy… “Habis tu, papa
nak Rena cakap apa? Oh… my first date was wonderful in the world?
He’s so romantic. So sweet, wah!. Like that? Oh… please!”balasnya geram.
Siap menayang muka selamba lagi.
Datin Katrina terkejut. “Rena, kenapa jawab macam tu?
Rena sedar tak Rena sedang bercakap dengan siapa sekarang?” marahnya.
Erena tidak menjawab, sebaliknya dia menayang muka
selamba.
Datuk Harris tersenyum. Dia tertarik hati apabila
mendengar jawapan Erena. “Kenapa Rena cakap macam tu? Ada sesuatu yang terjadi
ke?”
Erena tersenyum. “Hmm…
nothing,”jawabnya. Tayang muka selamba.
Kening Datuk Harris terjungkit sebelah. “Just… nothing? Please tell me the truth,
Rena. What is going on?”Dia terus mendesak Erena.
Erena mendengus geram. Huhh! “Papa… nothing! Ok, let me tell the truth. My first date with him just… okay.Biasa-biasa
aje, papa,” balasnya bersungguh-sungguh. Harap-harap, papa dah tak tanya
apa-apa lagi. Aku benci betul bila cakap pasal Dr. seriousa.k.a encik tunangku tu!
Datin Katrina mengeluh. “Rena, takkanlah biasa-biasa aje
kot? Kamu kan keluar dating, first datepula
tu!”celahnya ingin tahu.
Erena mengeluh. “Mama… just nothing!Tak ada yang special
pun,” balasnya bersungguh-sungguh. Huhh! Please, full stop ok! Jangan cakap pasal mamat serius 24 jam tu
lagi okey!
“Okeylah mama, Rena nak keluar dengan Fina. Ada hal
sikit. Bye…”tambah Erena lagi. Dia
terus bangun dan melangkah keluar. Baik aku cepat sebelum macam-macam soalan
keluar dari mulut papa dengan mama, tak larat aku nak menjawabnya.
Datuk Harris mengeluh panjang. Kepalanya tergeleng-geleng
apabila mengenangkan sikap anak gadisnya itu. “Ya ALLAH… apalah nak jadi dengan
budak ni? Macam-macam perangai si Rena tu. Pening kepala saya, Katrina,” adunya
geram.
Datin Katrina tersenyum hambar. “Insya-ALLAH bang, tak
ada apa-apa tu. Jom… kita sambung makan,” balasnya lembut.