Home Novel Komedi/Romantik Komedi Ustaz Pink
Bab 19 : *Tunang sementara* Zahra

SETELAH menerima baki wang daripada cashier, Zahra melangkah keluar dari kedai buku Popular. Alhamdulillah dapat juga beli buku-buku ni. Ada diskaun lak tu. Seronok benar Zahra. Dapat menambahkan koleksi buku-buku ilmiah pada rak buku di biliknya sudah menjadi hobi terbarunya.

Zahra baru teringat barang dapur yang dipesan oleh ibunya. Tak boleh buang masa lagi ni. Kena beli barang untuk ibu ni. Langkah kaki diayun laju, menuju masuk ke dalam supermarket Aeon (entah sejak bila Jusco tukar nama da, nak standardize dengan Aeon kat Jepun kot).

Bakul yang berwarna kelabu yang baru diambil dijinjing. Senarai barang yang ditulis pada secebis kertas dikeluarkan dari tote begnya. Dengan berpandukan kertas itu, Zahra memulakan operasi mencari. Dah macam main harta karun pula.

“Ish! Mana pula expired date creamer ni?” gumam Zahra seorang diri. 

Sedang asyik membelek krimer sejat bercap Carnation itu, Zahra ditegur seseorang dari belakang. Spontan dia menoleh. Siapa pulak dah ni? Aku kenal ke perempuan ni? Nampak macam sebaya dengan aku.

“Awak ni Zahra kan?” Perempuan itu bertanya.

“Awak ni siapa?” Zahra membalas dengan soalan.

Perempuan yang memakai blaus merah tanpa lengan dan berskirt putih, pendek paras lutut menyelitkan rambut di belakang telinganya. “Hai, saya Elis. Awak mungkin tak kenal saya tapi saya kenal awak.”

Aik, perempuan ni nak main teka-teki dengan aku ke? Cakap terus tak boleh meh? Nama pun dah nak sama macam Alice in Wonderland. Sedap je aku kutuk nama orang. Ish! Tak baik kutuk nama orang.

Tiba-tiba aje gegendang telinga Zahra menangkap suara seseorang. Seseorang yang tak seharusnya dia bertemu atau dengari lagi. Seseorang yang bukan sahaja menggores hatinya tetapi turut sama menggores hati abah dan ibunya.

“Sayang, you cari ni...” Ayat si dia tergantung di situ sahaja. Langkahnya mati di situ. Kotak coklat Cadbury yang berada pada tangannya terlepas. Matanya bertembung dengan mata Zahra. “Zah...Zahra...”

Johan. Nama bekas tunangnya hanya disebut dalam hati. Ya Allah, Ya Tuhanku, dugaan apakah ini? Engkau kuatkan hati hambaMu ini. Terketar-ketar Zahra melihat Johan di depan matanya. Sehinggakan tin krimer yang pegangnya tadi turut terlepas jatuh ke lantai. Dibiarkan sahaja tin itu bergolek entah ke mana.

“Betullah awak ni Zahra. Mata saya tak silap lagi rupanya. Saya pernah tengok gambar awak dalam handphone Johan dulu, suami saya.” Elis seolah-olah sengaja menekan perkataan suami di hadapan Zahra.

“Tapi awak ni nampak lain lah. Tak nampak macam dalam gambar tu pun. Dulu awak tak pakai macam ni. Betul kan abang?” Tambah Elis lagi sambil menjeling ke arah Johan yang sudah berdiri di sebelahnya. Sengaja dia merangkul manja lengan kanan Johan di hadapan Zahra. Jelas sekali untuk membuatkan Zahra berasa cemburu. Takde maknanya.

Johan pula hanya memandang Zahra dengan riak muka yang amat terkejut. Matanya tak lepas merenung wajah bersih Zahra. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihat sekarang ini. Zahra dah banyak berubah. 

Zahra di hadapannya kini memakai jubah berwarna hitam dengan manik-manik hitam pada pergelangan tangan dan memakai tudung pashmina, labuh melepasi dada. Aurat kakinya dilindungi dengan stoking wanita berwarna coklat. Penampilan ini membuatkan Zahra nampak lebih matang dan mempesonakan. Hati lelakinya tiba-tiba bergetar.

“Alhamdulillah, saya dapat petunjuk daripada Allah. Dia telah menunjukkan perkara yang sebenar kepada saya.” Dalam geram bercampur sedih, Zahra membalas kata-kata Elis. Perkataan sebenar sengaja ditekan oleh Zahra. Matanya sudah terasa panas. Bila-bila masa sahaja air matanya akan gugur. Dia cuba berlagak tenang. Tak mahu kalah dengan emosi yang tak keruan.

“Za...Zahra apa khabar?” Teragak-agak Johan bertanya.

Kau dah toreh giler-giler hati aku, boleh nak tanya lagi apa khabar? Ceh! Podah! Sabar Zahra, kau tak boleh marah-marah seperti ini. Zahra pujuk hatinya sendiri.

Well just like you see me now. Alhamdulillah I’m fine.” Selamba saja Zahra balas dalam omputeh. Namun dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Betapa ranap hatinya kini.

“Assalamualaikum, Zahra.” Looks like another guy is calling herYang ni Zahra kenal juga. Eun Shi Gyung a.k.a Ustaz Pink dia dah sampai. Good timing.

Zahra mengalihkan pandangan kepada Arif. “Wa’alaikumsalam, eh, ustaz buat apa kat sini?” Keluar dah panggilan ustaz tu. But this time no ‘pink’ ya.

“Sama macam Zahra. Shopping.” Arif yang sudah berdiri berhampiran dengan Zahra menunjukkan bakulnya yang berisi sedikit barang.

“Haah, kan esok kita ada kenduri. So kita kena beli banyak barang.” Kenduri apa pulak dah ni? Zahra don’t do it. Don’t do it. Harap-harap Ustaz Pink dapat tangkap situasi aku sekarang ini. Dan harap-harap Johan tak tanya lebih-lebih.

Arif tak menunjukkan sebarang reaksi terkejut dengan ayat yang baru Zahra lontarkan sebaliknya dia menunjukkan tin krimer yang terlepas daripada tangan Zahra tadi. “Zahra terjatuhkan tin ni tadi kan?” Arif meletakkan tin itu ke dalam bakul Zahra.

“Licin sangat tangan ni. Syukran.” Tersenyum lebar Zahra dengan situasi dia sekarang ini. Bangga juga dapat cakap Arab walaupun satu patah perkataan sahaja.

Johan berdeham. Spontan Zahra dan Arif menoleh ke arah Johan dan Elis. Namun Arif tetap mengawal pandangannya daripada melihat Elis yang berpakaian seperti tak cukup kain.

“Lupa pula nak kenalkan. Ustaz, ni Johan. Yang ini Elis, isteri Johan.” Saja je Zahra nak buat gimik depan Johan dan Elis.

“Saya Arif.” Arif menghulurkan tangannya kepada Johan. Kepada Elis dia hanya mengangguk sedikit.

“Johan.” Mujur juga Johan menyambut huluran tangan Arif itu. Dia mula rasa cemburu terhadap Arif yang nampak mesra dengan Zahra. Riak wajah yang terkejut disebabkan kehadiran Zahra bertukar menjadi tegang dan masam mencuka. Bertukar disebabkan kemesraan yang dipamerkan oleh Zahra dan Arif.

“Oklah Johan, Elis, kami kena pergi dulu. Ustaz jom...” Zahra tak nak tunggu lama-lama lagi. Tapi...

Johan menghalang. “Tadi saya dengar perkataan kenduri.” Tajam renungan matanya menikam mata Zahra. Dia masih tidak berpuas hati selagi tak dapat tahu apa hubungan sebenar Zahra dengan Arif.

Zahra tarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Ok, here we go. Johan ni benar-benar tak boleh tengok aku duduk senang. Sama je macam si Sheila tu. 

For your information, esok ada kenduri untuk hari pertunangan saya dengan Ustaz Arif ni. Lupalah nak jemput Johan. Oklah kena pergi dulu ni. Banyak benda lagi yang nak disiapkan. Ustaz kita kena pergi sekarang. Nanti ibu bising.” Zahra memandang Arif dengan penuh makna. Perasaannya benar-benar bercampur aduk. Sehinggakan dia sendiri tidak tahu berapa lama lagi dia boleh tahan sekiranya dia terus berada di situ.

Baru beberapa langkah, Zahra kembali menoleh kepada Johan dan Elis yang masih berdiri di tempat yang sama. 

“Oh ya, Johan, Elis, saya belum ucapkan tahniah. Tahniah! Permisi ya semua.” Zahra pura-pura tarik senyum. Suaranya juga ditekan sedikit. Sejujurnya empangan air matanya sudah mahu pecah. Tergesa-gesa dia mengajak Arif untuk beredar dari situ. Melihat wajah keruh Zahra, Arif hanya mengikut rentak pelajarnya itu.

Aku tak percaya! Johan masih tidak berpuas hati. Tangan kiri digenggam sekuat-kuat hati.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Pistacia Vera