“RAMAINYA. Zahra,
macam takde tempat je.” Ida merumus. Mata Zahra melilau untuk mencari tempat
duduk. Tadi dia tiba-tiba cakap nak makan nasi kandar dekat Gelugor. Tu yang
Ida bawa dia ke situ. Ingatkan tak ada selera nak makan. Zahra cakap takde maknanya dia nak biarkan perut
dia kosong sebab Sheila.
Melihat ramai pelanggan sedang beratur panjang, sudah menunjukkan betapa
sedapnya nasi kandar di restoran tersebut. Dah rupa macam komuter. Keadaan
begitu gamat dengan suara pekerja-pekerja. Pantas sekali mereka melakukan
kerja. Macam lipas kudung. Sekali tengok seperti medan perang.
“Zahra, tu ada tempat. Tapi macam kena kongsi. Takpe ke?” Ida menunjukkan satu tempat yang terdapat kekosongan di satu
sudut.
“Mana?” Zahra cuba mencari tempat yang ditunjukkan Ida.
“Tu. Ada seorang lelaki tengah duduk kat situ.”
“Ooo, boleh kot. Nak buat macam mana. Kena kongsi la gamaknya. Aku try tanya kat orang tu. Mana tau takde orang.”
“Aku tolong ambilkan makanan. Macam biasa kan?”
Balas Zahra dengan mengangguk. Tanpa membuang masa lagi, dia terus ke sana.
“Er... encik ada orang tak?”
Lelaki itu panggung kepala dan menoleh ke sisi kirinya. Alangkah terkesimanya
Zahra apabila melihat lelaki itu. Apesal
aku asyik bertembung dengan ustaz ni je?
“Cik Zahra kan?” Iqbal yang baru kembali daripada mencuci tangan pantas menegur.
Zahra menoleh ke arah Iqbal. Dia mengangguk.
Pelik Iqbal melihat keadaan Arif dan Zahra. Aik? Dua-dua terkejut sampai
tak keluar suara ke? “Duduklah cik Zahra, tempat lain macam dah penuh. Kami pun
dah nak sudah.”
Zahra menurut saja. “Terima kasih.” Mujur meja tu besar. Taklah dekat
sangat jarak antara Zahra dengan mereka.
Seketika kemudian, Ida tiba. “Zahra, nah, macam biasa.” Dia meletakkan satu
pinggan berisi nasi kandar di hadapan Zahra. Lalu dia mengambil tempat duduk di
sebelah Zahra. Sama seperti Zahra, Ida juga terkesima dengan kewujudan Arif.
Tambah dengan ustaz kegemaran dia lagi. Bertambah suka dia. Nak senyum sampai
ke telinga tapi kena kawal. Mana boleh lebih-lebih. Nanti ada yang terperasan pula.
“Eh? Tak sangka boleh terserempak di sini. Satu meja pulak tu.” Bahagianya
Ida dapat jumpa Ustaz Iqbal. Tapi yang paling seronok ialah pertemuan tak
diduga antara Zahra dengan Arif. Ni lah part yang paling dia suka. Kuat sungguh jodoh Zahra dengan
Encik Arif ni.
Arif dan Iqbal sama-sama memberikan segaris senyum.
“Zahra, kau dah order teh ais untuk aku?” tanya Ida.
“Dah,” balas Zahra ringkas. Dia memulakan dengan doa makan. Sesuap nasi
yang masih panas disuap ke dalam mulutnya. Mak ai! Sedapnya. Betul-betul rasa nasi
kandar asli. Terasa kenikmatannya. Tambah dengan kuah kari yang cukup
menyelerakan. Yum, yum.
“Boleh habis ke tu?” Bersahaja Arif mengusik. Keningnya bertaut. Dia
sendiri tak sedar dia boleh melontarkan soalan sebegitu. Sememangnya nasi Zahra agak banyak.
Tak padan dengan orang yang kecil molek seperti dirinya.
“My stomach might be
small but my appetite is high.”
Zahra mencebik. Tak sah kalau tak buat darah aku mendidih. Dia menyambung
semula suapannya.
“Alhamdulillah,” ucap Arif seraya senyum segaris.
Berkerut dahi Zahra memandang Arif. Suapan dihentikan. Maksudnya apa?
“Sekurang-kurangnya awak tak abaikan perut awak walaupun mood awak tak baik.” Ikhlas Arif berkata-kata. Pinggan yang
kosong ditolak ke tepi. Dia mula bangun untuk ke singki bagi mencuci tangannya.
Ida dan Iqbal hanya memerhati. Seperti penonton yang sedang menonton
wayang. Ada sengihan pada bibir mereka. Geli hati melihat sahabat
masing-masing.
Arif kembali. Tangan dan mulut dilapkan dengan tisu. Kemudian dia menghirup
sedikit teh o limau suamnya yang berbaki separuh.
Secara tak sedar Zahra sedang merenungnya. Kenapa aku tengok Ustaz Pink ni lain daripada yang lain? Macam Korean pun ada.
Musykil betul. Jangan-jangan... Ish, takkan la kot? Zahra berfikir sejenak. Matanya
menyapa wajah Arif yang tak ubah seperti orang Korea.
Arif berdeham. Tanpa memandang Zahra, dia bersuara. “Jaga mata awak tu Cik Zahra.
Saya tahu la saya ni handsome macam Eun Shi Kyung.” Jangan ingat Arif tak tahu siapa
Eun Shi Kyung. Dia siap search dekat internet lagi.
Zahra tersentak. Hampir tercekik dia dengan nasi yang baru ditelannya.
“Perasan. Bila masa saya tengok Encik Arif? Saya tengah tengok orang tu.” Dia
menunjuk dengan mulutnya yang tengah muncung.
Spontan Arif kalih ke belakang. “Wow! Tak sangka taste
awak tinggi juga eyh. Orang Nigeria tu.” Orang Nigeria pun pandai
makan nasi kandar rupanya.
Terpinga-pinga Zahra dibuatnya. Dia tak perasan ada orang Negro yang berambut gerbang, dekat belakang
Arif. Gaya afro pun ada. Kerinting pula tu. Kali ni dia betul-betul tersedak.
Ida di sebelah pantas mengambil teh ais untuk Zahra. Kulit muka dia dah seperti kulit udang galah yang terbakar. Mata pun dah berair.
“Dah la tu Rif. Kesian budak tu. Dia kan tengah makan,” tegur Iqbal. Air
teh tarik diteguk sehingga habis. Kemudian dia bangun dari duduknya.
Arif tergelak kecil. “Maaf.” Dia pun turut sama bangun dari tempat
duduknya.
“Kami pergi dulu. Assalamualaikum.” Iqbal memberi salam. Mereka terus
menuju ke kaunter pembayaran.
Zahra menjelirkan lidahnya. Apa punya orang da! Mengganggu ketenteraman
orang nak makan!
Ida di sisi tergelak kecil. Jelingan maut Zahra tak diendahkan langsung.
“Aku tak sangka dia boleh ingat fasal Eun Shi Kyung.”
Zahra mencebik.
Usai makan tengah hari, mereka mengorak langkah ke kaunter pembayaran. Apa
yang mengejutkan, ada orang dah bayarkan untuk mereka.
“Siapa tolong bayar?” Zahra bertanya.
“Itu Eun Shi Kyung sudah tolong bayar.” Berbelit lidah anei tu sebut nama Korea tu. Siap dengan
gelengan kepala lagi. Selamba saja Arif bagi tau nama dia Eun Shi Kyung dekat anei
tu. Mana la tau kot-kot Zahra tanya siapa yang tolong bayarkan.
“Alhamdulillah. Baiknya Encik Arif. Dia belanja kita makan la.” Ida
menepuk-nepuk bahu Zahra yang termangu seketika.
***
“KALAU suka cakap jelah,” ujar Iqbal yang duduk
pada sebelah penumpang.
“Apa dia?” Arif buat-buat tak dengar. Dia yang sedang memandu
tergelak kecil.
“Aku cakap kalau kau suka Zahra, cakap jelah. Nak sorok-sorok pula.”
“Bila masa aku suka budak tu?”
“Mulut cakap lain tapi hati cakap lain. Cara kau tadi dah cukup jelas Rif,”
kata Iqbal. Faham benar dia dengan sahabatnya itu.
“Tadi tu aku cuma bergurau la. Sebab pagi tadi ada benda yang tak elok berlaku pada
dia. Aku pun ada masa tu. Dia pun tahu aku ada dekat situ
sebab dia ternampak aku. Aku tak nak dia berasa kekok dengan aku sebab kejadian
tu. Itu aja,” terang Arif panjang lebar.
Iqbal membulatkan mulutnya. “Ooo, apa yang berlaku?”
Arif menceritakan perihal pagi tadi.
“Tak sangka sungguh. Kesian. Mesti kau rasa sakit hati, kan? Rasa macam nak
selamatkan dia, betul tak?” Iqbal menduga dengan nada usikan.
Arif hanya membalas
dengan senyuman nipis seraya menjongket bahunya. “Apa-apa jelah kau ni
Iq.” Matanya masih tertumpu pada jalan.
“Tadi kau ada sebut Eun Shi... apa?” tanya Iqbal dengan mengerutkan
keningnya.
Arif ketawa kecil. “Eun Shi Kyung. Satu lagi gelaran yang dia bagi kat
aku.”
“Kau dengan dia sama je. Kahwin jelah.” Iqbal merumus.
Arif masih dengan sisa
ketawanya. Sebenarnya dia berasa agak berdebar-debar apabila Zahra merenungnya
tadi. Dia mengaku, semakin hari semakin sukar bagi dirinya untuk menafikan rasa
yang semakin bertamu di hatinya.
Terima kasih kerana sudi baca^-^b
Enjoy:)