Bila The Loser bertemu The Pianist
Apakah Tugu Cinta Bakal Dibina?
Atau Bencana Yang Akan Tiba?
PERMAINAN piano Nadim
berterusan, menghiburkan tetamu-tetamu yang hadir memenuhi dewan. Jika tadi
irama lembut dan mendayu-dayu bagai elektrik mengalir ke setiap urat saraf
pendengar, kali ini irama yang dimainkan lelaki itu lebih rancak.
Mata Cika langsung tidak berganjak dari lelaki itu. Dia
sebetulnya sangat tertarik dengan bakat yang ada pada Nadim Ammar. Seorang
pemain piano, kacak pula tu tentu sahaja berupaya membikin hati para gadis
bergetar. Seperti apa yang dialaminya saat ini.
Tingkah-laku Cika terkesan di mata Gina. Bukan Gina
seorang sahaja. Malah Idham juga mengerti siapa yang sedang dipandang dengan
kusyuknya oleh gadis itu. Sesekali mata Idham merenung lelaki di atas pentas
utama. Dia asyik tertanya-tanya apa hubungan sebenar Cika dengan lelaki pemain
piano itu?
“Asyik tengok ke sana
sahaja. Lama-lama biji mata kau boleh jatuh.” Bisik Gina, cuba
menyedarkan sahabatnya.
Cika tersentak. Terkelip-kelip matanya memerhatikan ke
arah Gina.
“Sorry, apa kau
cakap?” Soal Cika.
Gina tersengih. Kuatnya berkhayal sampai tak sedar apa!
“Aku cakap fasal pemain piano tu. Aku juga cakap tentang
kau.”
Dahi Cika berkerut. Gagal menyelar maksud yang cuba
disampaikan gadis itu.
“Sejak bila kau kenal dengan mamat tu?” Soal Gina seraya
memuncungkan mulutnya ke arah Nadim Ammar di atas pentas.
Cika tersengih. Mula menyedari bahawa tembelangnya sudah
pecah. Malunya!
“Aku kenal dia kat Jumbo Jeep. Selalu terserempak kat
situ sebab dia pemain piano di Jumbo Jeep.” Ujar Cika. Walaupun bukan semuanya
betul, tapi lebih baik simpan maklumat terperinci yang lain. Jangan kecohkan
semua!
“Itu saja?”
“Maksud kau?”
“Aku nampak kau dengan dia kat luar tadi. Mesra semacam
aje.” Sengih Gina.
Cika menelan liur. Aduh mesrakah? Kalau aksinya yang
menepuk tampar bahu Nadim tadi dianggap mesra, ini sudah jadi kes pelik!
Sebenarnya dia mahu memarahi Nadim sebentar tadi. Tapi tamparan itu sudah jadi
tamparan manja. Kenapa pulak ya?
“Kau suka dia ya?” Tebak Gina lagi.
“Eh mana ada. Jangan nak merepek boleh tak? Sebenarnya,
kalau kau nak tahu dialah lelaki yang tarik aku sewaktu aku nak jatuh dari
tingkap pejabat Tuan Aaziz tempohari.” Hendak tak hendak, Cika terpaksa
menjelaskannya.
Mulut Gina melopong.
“Get out!”
“Aku cakap betul ni.”
Gina menggelengkan kepalanya. Semakin difikirkan semakin
susah dia mahu percaya.
Mata Cika pula bertembung dengan sepasang mata Idham yang
asyik merenungnya. Dia terdiam. Entah kenapa, renungan mata lelaki itu tajam
terhadapnya. Dia segera mengalihkan pandangan, malas mahu melayan lelaki itu.
Cuci mata dengan wajah Nadim Ammar lagi best!
“Dia masih marahkan kita tu.” Bisik Hasrul di telinga
Idham. Dia mengerti perasaan temannya itu. Bukan dia sahaja, hampir semua orang
di meja itu tahu sejarah yang berlaku di antara Idham dan Cika suatu ketika
dahulu. Dan kini reunion ini
mempertemukan mereka kembali setelah kedua-duanya sudah dewasa dan berkerjaya.
“Dah dua belas tahun, tak surut-surut marah dia tu.”
Rungut Idham separuh bengang. Yang separuh lagi kerana cemburukan pemain piano
yang nampaknya berjaya menarik perhatian Cika. Tak boleh jadi ni!
“Itu kau. Yang aku ni, yang dah jadi ahli keluarga dia
pun dia buat derk je. Masak aku kalau Lily tahu hal ni.” Keluh Hasrul.
Idham terdiam. Cika..Cika..macamana nak lembutkan hati
batu kau ni? Dan yang paling penting macamana nak buat kau sukakan aku dan
bukannya pemain piano hingusan tu? Idham mengetap bibir. Bengang!
“Rul, kau boleh tolong aku tak?” Tanya Idham.
“Tolong apa?”
Dia segera membisikkan sesuatu ke telinga Hasrul. Hasrul
tergaman. Wajahnya segera berubah sebaik mendengar permintaan Idham.
“What? Kau gila
ke?” Bisik Hasrul seraya mengelengkan kepalanya.
“Aku tak mahu involve
lagi hal-hal macam ni. Kau tu pun satu, macamana kau boleh terfikir nak buat
benda ni lagi?” Marah Hasrul tapi dengan nada berbisik. Seboleh-bolehnya dia
tidak mahu yang lain-lain mendengar kata-katanya.
“Aku ada sebab aku sendiri. Please..kau kena tolong. Sekali ini sahaja!” Pinta Idham separuh
merayu. Hasrul mendengus keras. Hendak tak hendak dia bangun dari kerusinya
lalu menuju ke suatu arah.
Beberapa minit kemudian, muncul sekumpulan gadis-gadis
menuju ke arah Cika. Cika dan Gina yang sedang berbual-bual tergaman seketika.
“Well,
betullah. Ini Cika The Loser tu. Makin cantik, makin bergaya.”
“Ingatkan tak datang tadi. Rupa-rupanya masih macam dulu,
tak tahu malu!” Suara lantang itu menyapa telinga para hadirin yang duduk
berdekatan.
Menyirap darah Cika mendengarnya. Dia berpaling lalu
ternampak gadis-gadis yang mengerumuninya. Dia sudah tidak ingat wajah-wajah
itu, tapi dia tahu gadis-gadis itu tentunya pemuja lelaki bernama Idham Hariz
itu. Like the old time! Ada sahaja yang cuba menyakitkan hatinya.
“Kau ni apa kes ya? Apa yang kau sakit hati sangat dengan
Cika ni?” Gina campur tangan. Geram melihat sindiran-sindiran itu terpaksa
ditelan Cika.
“Aku tak ada kes, maklumlah bukan aku yang cari fasal kat
sekolah ni dulu. Tapi kawan kau ni yang tak tahu malu! Sukalah tu dapat duduk
dengan Idham, sebab senang nak mengenyam kan?”
Lancang sekali tutur kata gadis itu.
Pang! Tak disangka-sangka Gina menampar mulut lancang
itu.
Cika terkejut besar. Idham Hariz juga terkejut.
Serta-merta bunyi piano yang mengiringi majlis itu juga ikut terhenti. Semua
mata kini tertumpu pada insiden tak disangka-sangka itu.
“Kenapa kau tampar aku?’ Tengking gadis malang itu.
“Sebab kau kurang ajar sangat. Dah dua belas tahun tapi
korang masih sama, suka menyakitkan hati Cika. Pernah dia buat salah pada kamu
semua? Tak pernah kan?
Pernah dia pijak-pijak maruah kau macam yang kau orang buat pada dia? Tak
pernah kan? So leave her alone!” Bentak Gina tegas.
Dia sudah fed up dengan semua ini.
“Kau orang tahu siapa Cika sekarang? Dia pemilik syarikat
G-Properties. Kalau korang nak beli rumah atau nak cari aset, cari dia. Dia
tahu di mana nak cari rumah atau tanah yang sesuai dengan kau orang ni.”
Sambung Gina lagi, sengaja mahu mengangkat saham Cika.
Cika tunduk. Airmatanya hampir hendak luruh. Dia sedar
semua pasang mata sedang memerhatikannya. Please
Cika..don’t cry. Not now!
“Dan sesiapa yang tak ada kerja tetap tu, boleh datang
jumpa dia. Dia dengan gembiranya akan beri kau orang kerja sebab dia cari duit
dengan otak dia, bukan sekadar menghabiskan duit mak bapak dia dan berlagak
macam kau orang.” Gina menyambung syarahan.
Cika tiba-tiba bingkas bangun. “Stop it Gina. Please stop.”
“Kenapa? Kau sendiri kata kau tak nak jadi macam dulu
bukan? Sekarang aku rasa kita kena ajar mereka ni semua agar hormat perasaan
orang lain.” Getus Gina enggan mengalah.
Cika terdiam. Dia memerhatikan Gina dan Idham silih
berganti. Apa gunanya lagi kalau sekali lagi maruah dirinya dipertaruhkan? Gina
membelanya kerana gadis itu sahabat baiknya, tapi Idham seperti biasa senyap
sahaja. Lalu apa gunanya kata-kata maaf lelaki itu? Hasrul juga hanya mampu
memandang kosong ke arahnya. Lalu sampai bila kenangan masa silamnya akan
berhenti? Dan yang paling teruk saat ini, dia terpandang kelibat Nadim Ammar di
atas pentas yang sedang memandang tepat ke arahnya. Tentu lelaki itu
tertanya-tanya apa sebenarnya yang sudah berlaku. Cika mengetap bibir. Dia
malu! Semua orang sedang memandangnya. Semua orang sedang menilainya seperti
dahulu!
“I’m done here.”
Bisik Cika lalu mengambil tas tangannya, lalu beredar dari situ. Gina tergaman,
tidak menyangka Cika akan mengambil keputusan yang sama seperti dahulu.
Berpaling dari penghinaan yang menghampirinya begitu sahaja. Why don’t you fight for yourself Cika?
Keluh Gina sedikit kecewa.
Hasrul menjeling ke arah Idham yang kelihatan sangsi
apakah mahu mengejar Cika yang keluar dewan atau sekadar duduk sahaja menunggu
di situ. Ini idea kaulah, sampai
semuanya jadi begini! Gumam Hasrul simpati dengan Cika.
“Okey semua, kita teruskan majlis. Semua balik kat tempat
masing-masing, jangan keruhkan suasana. This
is our reunion, not a war.” Jerit suatu suara entah dari mana. Semua yang
berkumpul tadi mulai surut ke meja masing-masing. Tinggal Gina, Idham dan
Hasrul yang terdiam seperti patung.
“Eh! Mana pianist
kita?” Terdengar suara-suara mempersoalkan pemain piano yang sudah hilang dari
pentas. Suara orang ramai kembali hingar-bingar. Barangkali bingung melihat
pemain piano muda itu sudah tidak ada di tempatnya.