Lima Bulan kemudian...
Newcastle Upon Tyne, United Kingdom
Di celah-celah
kesibukan dan keriuhan orang ramai, Fahim melangkah keluar dari gedung
membeli-belah Eldon Square. Kedua-dua belah tangannya penuh dengan beg kertas
yang dijinjit. Baru masuk aras 1, tangan Fahim sudah penuh. Kesemuanya barangan
berjenama. Dari kasut hinggalah ke skaf. Satu pun tiada jenama ‘cap ayam’. Bila
ada jualan murah begini, Fahim tidak pernah sekali melepaskan peluang untuk
berbelanja sakan.
“Pergh! Dasyat Abang Imshopping! Tahulahmega sales...” tegur Haziq, rakan serumah Fahim.
“Mana ada... sikit aje ni. Lagipun saja
nak bagirewarduntuk diri sendiri. Kan dah habis semester
satu. Kira macamself-treatmentni...” Fahim cuba menafikan. Dalam diam, hatinya kembang dipuji. Malah
sejak berada di sini, dia seakan-akan mahu menunjuk-nunjuk dia ‘mampu’ memiliki
apa saja yang budak-budak rumahnya angankan. Maklumlah hanya dia yang sudah
bekerja dan kini sedang cuti belajar. Yang lain semuanya pelajar Ijazah Sarjana
Muda. Fahim pula pelajar Ph.D. Corak pengajian dan gaya pembelajaran sudah tentu
berbeza.
“Alah... Abang Imloaded. Tak hairanlah... kalau tak adamega sales pun Abang Imshopping tak ingat dunia
jugak, kan?” tokok Haziq lagi.
Sejak mengenali lelaki itu, dia dapat
menerima cara Fahim ‘mencari hiburan’ untuk diri sendiri. Dia pulak jika diberi
pilihan untuk membeli-belah dengan mengembara, Haziq lebih suka mengembara.
Jauh perjalanan luas pengalaman. Padanya, duit boleh cari. Fasyen silih
berganti. Jadi untuk apa menjadi hamba fesyen? Lainlah pemandangan dan
pengalaman di tempat baru. Setiap kali berkunjung, ia takkan pernah sama dengan
keadaan asal.
Fahim diterpa rasa malu. Dia tahu teguran
dalam memuji, Haziq cuba menegur. “Mana ada... abang biasa-biasa aje. Eh, mana
yang lain?” Cepat-cepat Fahim mengubah topik. Matanya ditebarkan ke sekeliling
ruang legar pusat membeli-belah itu. Hatinya masih belum puas untuk menjelajah
semua butik. Malah, poster-poster diskaun yang banyak makin menggoda hatinya
untuk meneruskan sesi ‘self-treatment’.
“Dahlah tu, bang! Tu haa... dia orang dah
kat luar tu. Lepak ramai-ramai... kalau abang nak shopping lagi, saya tunggu
kat luar dengan dia orang ajelah.” Haziq yang perasan akan pandangan Fahim ke
arah butik pakaian terus memintas.
Fahim tiba-tiba menjadi segan. Budak-budak
rumahnya kelihatan bosan melepak di taman kecil berhadapan dengan Eldon Square.
Hanya dia yang sakan membeli-belah. Yang lain masih berlenggang kangkung. Ada
tak ada pun, cuma beg kertas berisi wafer yang dipegang oleh Zul K-Pop.
Kakinya mengikut langkah Haziq yang
menonong laju ke tempat rakan-rakan lain melepak.
“Lama tunggu? Kau orang ke mana tadi
tiba-tiba aje lesap?” tanya Haziq sebaik saja berdiri betul-betul di depan
mereka bertiga.
Zul K-Pop, Mat Don dan Muiz tayang muka
bosan.
“Sempatlah kita orang buat ‘Newcastle
Berselawat’ kat sini...” balas Mat Don yang paling alim antara mereka berlima
di rumah itu. Mat Don atau nama sebenarnya Danial Naufal memang kurang meminati
aktiviti ‘window shopping’. Padanya, itu hanya aktiviti yang lagha’. Hanya
Haziq yang sanggup melayan hobi Fahim.
Mereka memanggilnya sebagai Mat Don kerana
dia merupakan peminat fanatik Ustaz Don Daniyal. Kadang-kadang, bila tiba waktu
solat, Mat Don yang akan mengingatkan semua penghuni rumah itu untuk sama-sama
berjemaah. Namanya juga seakan-akan sama dengan Ustaz Don, Don Daniyal Biyajid.
Jadi, tidak hairanlah rakan-rakannya memanggil dia dengan gelaran Mat Don.
Fahim termalu lagi. Rasanya kali ini
mukanya sudah berinci-inci tebalnya. Tadi dengan Haziq. Sekarang dengan Mat Don
pula. Mungkin lain kali dia harus berfikir dua, tiga kali untuk mengajak mereka
menemaninya membeli-belah.
“Yalah... Abang Im mintak maaf. Jom, pergi
makan... Abang Im belanja!” pancing Fahim.
Bila mendengar saja ‘makan percuma’ muka
yang toya tadi berseri-seri kembali. “Kalau bab ni... kawe suko!” Zul-K-pop
mula beria-ia. Tanpa disuruh, dia dengan sukarela membawa barang-barang yang
dibeli oleh Fahim tadi. Zul K-Pop ini peminat tegar kumpulan K-Pop. Rambutnya
juga disikat ala-ala penyanyi K-Pop. Maka... jadilah Zul K-Pop versi anak
Terengganu. Telinga ditulikan tiap kali Mat Don berceramah tentang aktiviti lagha’nya
meminati dunia hiburan yang sia-sia. Padanya, itu hanya suka-suka. Mat Don yang
terlalu memandang minatnya itu, sesuatu yang serius.
Fahim geleng kepala. “Bab makan laju!”
Menyeringai mereka berempat. “Rezeki
jangan ditolak... musuh jangan dicari. Kami mendengar kata orang tua-tua,
bang!”
“Makan mana?”
“Tandoori!”
RESTORAN Brighton Halal Indian Tandoori yang terletak tidak jauh dari
Eldon Square tadi tidak berapa sesak. Fahim dan rakan-rakannya mengambil tempat
yang agak tersorok sedikit. Fahim hanya mengikut cadangan rakan-rakannya kerana
mereka lebih tahu apa yang istimewa di situ.
“Kenapa tak nak duduk kat depan? Kat depan
kan lagibest? Boleh tengok dia orangprepare
makanan,” soal Fahim. Nampak gaya seperti mereka berempat sudah biasa
datang ke sini. Maklumlah, dia masih hijau di Newcastle sedangkan mereka
berempat sudah masuk tahun kedua.
Masing-masing hanya tersengih. Haziq
mengangkat kening pada Zul K-Pop yang memberi cadangan untuk ke sini.
“Abang Im duduk aje diam-diam. Bertafakur
sebelum menikmati makanan. Lagi jauh... lagi sabar. Kalau dekat tak sabar!” Zul
K-Pop berkias.
Fahim makinblur. Langsung tak faham maksud yang cuba disampaikan oleh Zul K-Pop.
“Order macam biasa ya?
Aku nak pergi cari poskad kejap kat kedai depan sana tu,” ujar Muiz pula sambil
bangun dan terus keluar.
Fahim makin bingung. “Kau orang jangan nak kenakan abang...”
“Mana ada... saja bikin saspens! Rileks
brader! Abang Im tunggu aje. Nok makang tandoori sining kene sabor. Dok leh nok
cepat-cepat.” Zul K-Pop memberikan arahan dalam loghat Terengganu yang pekat.
Pelayan yang sudah sedia untuk mengambil pesanan mampir.
“Kurei chicken, lamb shahi tukra, beef
tikka briyani, paratha and dulux mixed meat special.” Laju Zul K-Pop membuat pesanan.
Fahim yang baru saja hendak membelek buku
menu terus tidak jadi. Dia melopong. Kagum dan terkejut. Malah, Zul K-Pop
nampak mesra dengan pelayan perempuan itu.
“Abang Im, tutup sikit mulut tu. Nanti
lalat masuk,” tegur Mat Don sambil tersenyum. Dulu, dia juga seperti Fahim tapi
lama-lama sudah terbiasa. Zul K-Pop memang hantu tandoori. Jika di Malaysia
dulu, warung mamak tempat dia melepak. Di sini, tandoori tempat Zul K-Pop
melepas gian.
“Macam mana dia boleh hafal menu-menu tu?Confirm
best ke?” tanya Fahim. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.
Zul K-Pop tanyang muka selamba. Mukanya
penuh kebanggaan. Unsur riak juga terselit sedikit di situ. “Tengok oranglah...
orang Ganu memey pandai blake cari tempat makang hokbest-best!”
“Eleh... dah kau nak mengorat awek
Hindustan, kan? Haruslah kau hafal semua makanan dari negara dia... poyo! Nak
awek macam Preity Zinta konon...” Haziq pecah rahsia.
Zul K-Pop terus tepuk dahi.
“Mung ni... dok leh simpan rahsia! Bagi la
aku tunjuk terer depan Abe Im!”
“Ki... sahnya...” Meleret ayat Fahim. Bahu
Zul K-Pop dipukul dengan buku menu. Baru dia faham mengapa begitu mudah Zul
K-Pop menghafal menu yang berbelit lidah hendak menyebutnya.Slang
Scottishlebih mudah nak disebut daripada menu-menu
tadi, fikirnya.
Sudah 30 minit pesanan diambil tadi, namun
makanan belum juga tiba. Fahim tercangak-cangak melihat ke arah dapur. Matanya
melirik pula pada Haziq yang sedang bermaingame di Iphone 5. Zul K-Pop pula melayari Facebook. Mat Don sudah keluar
mencari Muiz selepas 15 minit Zul K-Pop membuat pesanan. Fahim mati kutu.
Gajetnya pula kehabisan bateri.
‘Patutlah dia orang ambikport belakang. Boleh lepak dengan selesa. Memang bercinta nak tunggu. Tak
boleh jadi ni... masing-masing sibuk membelek gajet, habis aku mati kutu kat
sini?’ rungut hatinya. Otaknya ligat mencari topik yang boleh mengalih
perhatian mereka.
“Cuti ni tak nak ke mana-mana ke? Satu
tempat yangbestke kat sini?
Takkan nak lepak kat rumah aje?” Jerat mengena. Masing-masing melepaskan gajet
yang dipegang. Macam-macam tempat menarik diceritakan kepada Fahim hinggalah
makanan mereka tiba 45 minit kemudian.