MULUT Maira ternganga. Cerita Emili
tentang cinta rahsianya agak sukar dipercayai. Apatah lagi lelaki yang terlibat
itu abangnya!
“Aku tak percayalah! Abang Im dengan kau
bercinta?”
“Kenapa kau tak percaya pulak?”
“Abang Im tu, kanworkaholic. Perempuan pun dia layan tak layan aje. Dari zaman sekolah sampai ke
universiti dia fokus dengan kerja dan studi. Hal-hal perempuan ni tak pernah
pulak dia ambik kisah. Lagipun aku tak pernah pun tengok dia layan kau
mesra-mesra? Bukti tak ada! Macam mana aku nak percaya? Selama ni pun, kau
jarang bercakap dengan dia... macam mana pulak... tup-tup kau orang berdua
bercinta?” Maira masih belum dapat menerima hakikat.
Emili bingung. Hilang kata untuk
menjelaskan kisah cinta rahsianya pada Maira. Sedangkan teman baiknya sendiri
pun tidak percaya apatah lagi Mak Diah dan Kak Murni. Emili bungkam. Sedih pun
ada. Tiba-tiba perasaanya bercampur baur. Marahkan Fahim yang meletakkan syarat
untuk berahsia.
“Itulah masalah aku... kalau kau rasa kau
nak percaya, percayalah. Kalau tak nak, terpulang. Siapa aku nak paksa kau
untuk percaya? Cara kau terkejut tu... macam aku ni tak layak untuk bercinta.
Disebabkan masalah cinta rahsia nilah aku perlukan kau untuk bercerita...”
lirih suara Emili. Merajuk. Bibirnya mula muncung. Pipinya panas. Kelopak
matanya bergenang dengan air mata.
“Chop! Chop! Kita letak tepi jap perasaan
emo-emo ni. Cuba yakinkan aku dengan bukti yang boleh diterima dek akal yang
kau orang ni bercinta? SMS, MMS, WhatsApp, Weechat, Line, Viber, BBM? Apa-apa
ajelah yang boleh menjadi bukti sahih.” Maira menurunkan ilmu guamannya. Hampir
dua tahun dia berhempas pulas dengan buku-buku dan kuliah perundangan, malam
ini dia ingin menunjukkan skil berbahas seorang peguam!
Emili mencebik. Rasa meluat pun ada tika
itu. “Poyo aje... aku tak guna semua tu. E-mel aje...”
Pengakuan Emili membuatkan mata Maira
buntang. Dia sendiri keliru sama ada nak gelak atau nak terkejut, atau
kedua-duanya sekali. “Kalau kau cakap e-mel, memang aku percaya itu abang aku.
Tapi, boleh tak aku gelak barang seminit dua?”
Tanpa menunggu kebenaran daripada Emili,
Maira gelak tanpa belas kasihan. Sikit pun dia tidak menjaga hati dan perasaan
Emili yang sedang berpeluk tubuh. Memerhati tanpa riak lucu meskipun Maira
ketawa hingga berair juring matanya.
“Sahabat sejati memang begini, kan?” bidas
Emili.
Maira pekup mulutnya dengan kedua-dua
belah tangannya yang berisi. Bibirnya turut diketap kuat untuk menahan gelak
lagi.
“Dah cukup dua minit. Kalau kau tak
berhenti gelak, aku tinggal kau kat sini!” ugut Emili, geram!
“Okey! Okey! Akustop. Balik nanti aku sambung lagi. Alah, bukan apa... sekarang nismartphone dah moden kot. Kau orang bere-mel bagai dah macam hantar perutusan
hal-hal rasmi pulak. Kenapa tak pakai kemudahan yang lebih mesra pengguna?
E-mel ni dah ketinggalan zaman. Kalau WhatsApp kan lebih mudah? Boleh
berchit-chat. Ini e-mel... Kiraupgrade sikit dari
surat,” kritik Maira lagi. Dia langsung tak perasan wajah Emili makin mencuka.
Masam.
“Syed Ahmad Fahim tu, abang siapa?”
“Abang aku?”
“So?”
“Eleh... nak caripoint mengutuk adik-beradik akulah tu. Kutuk-kutuk pun, dia jugak yang kau
cinta. Tapi, kan... macam mana kau boleh jatuh hati dengan dia, eh?”
“Nak flashback balik kisah jatuh cinta ni makan masa... kau sahabat bertuah pun boleh
tak perasan, kira misi abang kau berjayalah, kan?” Emili balas dengan soalan.
Fikirannya lebih tertumpu pada masa yang berbaki dua bulan sebelum Fahim
berlepas ke UK.
“Okey... okey. Kitahold duluflashback tu. Sekarang ni, apa masalahnya? Sebelum aku terlupa nak cakap, aku
suka kalau kau jadi kakak ipar aku. Happy?”
Emili senyum nipis bila mendengar
pengakuan ikhlas Maira. Tapi, senyumannya tak lama. Masalah itu masih kekal
sebagai masalah.
“Ceritalah. Apa masalahnya? Kau orang
gaduh ke?” teka Maira bila Emili teragak-agak nak bercerita.
“Aku... aku... aku rasa...”
“Dah kenapa pulak gagap tiba-tiba ni?”
“Aku nak kahwin dengan abang kau dalam
masa dua bulan ni, agak-agak boleh tak?” Lancar bibir nipis beroleslip
gloss merah jambu itu berbicara.
“What?!”