Home Novel Komedi/Romantik Komedi Siapa Tak Sayang Bini?
Siapa Tak Sayang Bini?
Nur Insyirah
1/4/2014 16:12:17
108,282
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 19

Lima Bulan kemudian...

Newcastle Upon Tyne, United Kingdom


Di celah-celah kesibukan dan keriuhan orang ramai, Fahim melangkah keluar dari gedung membeli-belah Eldon Square. Kedua-dua belah tangannya penuh dengan beg kertas yang dijinjit. Baru masuk aras 1, tangan Fahim sudah penuh. Kesemuanya barangan berjenama. Dari kasut hinggalah ke skaf. Satu pun tiada jenama ‘cap ayam’. Bila ada jualan murah begini, Fahim tidak pernah sekali melepaskan peluang untuk berbelanja sakan.

“Pergh! Dasyat Abang Imshopping! Tahulahmega sales...” tegur Haziq, rakan serumah Fahim.

“Mana ada... sikit aje ni. Lagipun saja nak bagirewarduntuk diri sendiri. Kan dah habis semester satu. Kira macamself-treatmentni...” Fahim cuba menafikan. Dalam diam, hatinya kembang dipuji. Malah sejak berada di sini, dia seakan-akan mahu menunjuk-nunjuk dia ‘mampu’ memiliki apa saja yang budak-budak rumahnya angankan. Maklumlah hanya dia yang sudah bekerja dan kini sedang cuti belajar. Yang lain semuanya pelajar Ijazah Sarjana Muda. Fahim pula pelajar Ph.D. Corak pengajian dan gaya pembelajaran sudah tentu berbeza.

“Alah... Abang Imloaded. Tak hairanlah... kalau tak adamega sales pun Abang Imshopping tak ingat dunia jugak, kan?” tokok Haziq lagi.

Sejak mengenali lelaki itu, dia dapat menerima cara Fahim ‘mencari hiburan’ untuk diri sendiri. Dia pulak jika diberi pilihan untuk membeli-belah dengan mengembara, Haziq lebih suka mengembara. Jauh perjalanan luas pe­ngalaman. Padanya, duit boleh cari. Fasyen silih berganti. Jadi untuk apa menjadi hamba fesyen? Lainlah pemandangan dan pengalaman di tempat baru. Setiap kali berkunjung, ia takkan pernah sama dengan keadaan asal.

Fahim diterpa rasa malu. Dia tahu teguran dalam memuji, Haziq cuba menegur. “Mana ada... abang biasa-biasa aje. Eh, mana yang lain?” Cepat-cepat Fahim mengubah topik. Matanya ditebarkan ke sekeliling ruang legar pusat membeli-belah itu. Hatinya masih belum puas untuk menjelajah semua butik. Malah, poster-poster diskaun yang banyak makin menggoda hatinya untuk meneruskan sesi ‘self-treatment’.

“Dahlah tu, bang! Tu haa... dia orang dah kat luar tu. Lepak ramai-ramai... kalau abang nak shopping lagi, saya tunggu kat luar dengan dia orang ajelah.” Haziq yang perasan akan pandangan Fahim ke arah butik pakaian terus memintas.

Fahim tiba-tiba menjadi segan. Budak-budak rumahnya kelihatan bosan melepak di taman kecil berhadapan dengan Eldon Square. Hanya dia yang sakan membeli-belah. Yang lain masih berlenggang kangkung. Ada tak ada pun, cuma beg kertas berisi wafer yang dipegang oleh Zul K-Pop.

Kakinya mengikut langkah Haziq yang menonong laju ke tempat rakan-rakan lain melepak.

“Lama tunggu? Kau orang ke mana tadi tiba-tiba aje lesap?” tanya Haziq sebaik saja berdiri betul-betul di depan mereka bertiga.

Zul K-Pop, Mat Don dan Muiz tayang muka bosan.

“Sempatlah kita orang buat ‘Newcastle Berselawat’ kat sini...” balas Mat Don yang paling alim antara mereka berlima di rumah itu. Mat Don atau nama sebenarnya Danial Naufal memang kurang meminati aktiviti ‘window shopping’. Padanya, itu hanya aktiviti yang lagha’. Hanya Haziq yang sanggup melayan hobi Fahim.

Mereka memanggilnya sebagai Mat Don kerana dia merupakan peminat fanatik Ustaz Don Daniyal. Kadang-kadang, bila tiba waktu solat, Mat Don yang akan mengingatkan semua penghuni rumah itu untuk sama-sama berjemaah. Namanya juga seakan-akan sama dengan Ustaz Don, Don Daniyal Biyajid. Jadi, tidak hairanlah rakan-rakannya memanggil dia dengan gelaran Mat Don.

Fahim termalu lagi. Rasanya kali ini mukanya sudah berinci-inci tebalnya. Tadi dengan Haziq. Sekarang dengan Mat Don pula. Mungkin lain kali dia harus berfikir dua, tiga kali untuk mengajak mereka menemaninya membeli-belah.

“Yalah... Abang Im mintak maaf. Jom, pergi makan... Abang Im belanja!” pancing Fahim.

Bila mendengar saja ‘makan percuma’ muka yang toya tadi berseri-seri kembali. “Kalau bab ni... kawe suko!” Zul-K-pop mula beria-ia. Tanpa disuruh, dia dengan sukarela membawa barang-barang yang dibeli oleh Fahim tadi. Zul K-Pop ini peminat tegar kumpulan K-Pop. Rambutnya juga disikat ala-ala penyanyi K-Pop. Maka... jadilah Zul K-Pop versi anak Terengganu. Telinga ditulikan tiap kali Mat Don berceramah tentang aktiviti lagha’nya meminati dunia hiburan yang sia-sia. Padanya, itu hanya suka-suka. Mat Don yang terlalu memandang minatnya itu, sesuatu yang serius.

Fahim geleng kepala. “Bab makan laju!”

Menyeringai mereka berempat. “Rezeki jangan ditolak... musuh jangan dicari. Kami mendengar kata orang tua-tua, bang!”

“Makan mana?”

“Tandoori!”

RESTORAN Brighton Halal Indian Tandoori yang terletak tidak jauh dari Eldon Square tadi tidak berapa sesak. Fahim dan rakan-rakannya mengambil tempat yang agak tersorok sedikit. Fahim hanya mengikut cadangan rakan-rakannya kerana mereka lebih tahu apa yang istimewa di situ.

“Kenapa tak nak duduk kat depan? Kat depan kan lagibest? Boleh tengok dia orangprepare makanan,” soal Fahim. Nampak gaya seperti mereka berempat sudah biasa datang ke sini. Maklumlah, dia masih hijau di Newcastle sedangkan mereka berempat sudah masuk tahun kedua.

Masing-masing hanya tersengih. Haziq mengangkat kening pada Zul K-Pop yang memberi cadangan untuk ke sini.

“Abang Im duduk aje diam-diam. Bertafakur sebelum menikmati makanan. Lagi jauh... lagi sabar. Kalau dekat tak sabar!” Zul K-Pop berkias.

Fahim makinblur. Langsung tak faham maksud yang cuba disampaikan oleh Zul K-Pop.

Order macam biasa ya? Aku nak pergi cari poskad kejap kat kedai depan sana tu,” ujar Muiz pula sambil bangun dan terus keluar.

Fahim makin bingung. “Kau orang jangan nak kenakan abang...”

“Mana ada... saja bikin saspens! Rileks brader! Abang Im tunggu aje. Nok makang tandoori sining kene sabor. Dok leh nok cepat-cepat.” Zul K-Pop memberikan arahan dalam loghat Terengganu yang pekat. Pelayan yang sudah sedia untuk mengambil pesanan mampir.

“Kurei chicken, lamb shahi tukra, beef tikka briyani, paratha and dulux mixed meat special.” Laju Zul K-Pop membuat pesanan.

Fahim yang baru saja hendak membelek buku menu terus tidak jadi. Dia melopong. Kagum dan terkejut. Malah, Zul K-Pop nampak mesra dengan pelayan perempuan itu.

“Abang Im, tutup sikit mulut tu. Nanti lalat masuk,” tegur Mat Don sambil tersenyum. Dulu, dia juga seperti Fahim tapi lama-lama sudah terbiasa. Zul K-Pop memang hantu tandoori. Jika di Malaysia dulu, warung mamak tempat dia melepak. Di sini, tandoori tempat Zul K-Pop melepas gian.

“Macam mana dia boleh hafal menu-menu tu?Confirm best ke?” tanya Fahim. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.

Zul K-Pop tanyang muka selamba. Mukanya penuh kebanggaan. Unsur riak juga terselit sedikit di situ. “Tengok oranglah... orang Ganu memey pandai blake cari tempat makang hokbest-best!”

“Eleh... dah kau nak mengorat awek Hindustan, kan? Haruslah kau hafal semua makanan dari negara dia... poyo! Nak awek macam Preity Zinta konon...” Haziq pecah rahsia.

Zul K-Pop terus tepuk dahi.

“Mung ni... dok leh simpan rahsia! Bagi la aku tunjuk terer depan Abe Im!”

“Ki... sahnya...” Meleret ayat Fahim. Bahu Zul K-Pop dipukul dengan buku menu. Baru dia faham mengapa begitu mudah Zul K-Pop menghafal menu yang berbelit lidah hendak menyebutnya.Slang Scottishlebih mudah nak disebut daripada menu-menu tadi, fikirnya.

Sudah 30 minit pesanan diambil tadi, namun makanan belum juga tiba. Fahim tercangak-cangak melihat ke arah dapur. Matanya melirik pula pada Haziq yang sedang bermaingame di Iphone 5. Zul K-Pop pula melayari Facebook. Mat Don sudah keluar mencari Muiz selepas 15 minit Zul K-Pop membuat pesanan. Fahim mati kutu. Gajetnya pula kehabisan bateri.

‘Patutlah dia orang ambikport belakang. Boleh lepak dengan selesa. Memang bercinta nak tunggu. Tak boleh jadi ni... masing-masing sibuk membelek gajet, habis aku mati kutu kat sini?’ rungut hatinya. Otaknya ligat mencari topik yang boleh mengalih perhatian mereka.

“Cuti ni tak nak ke mana-mana ke? Satu tempat yangbestke kat sini? Takkan nak lepak kat rumah aje?” Jerat mengena. Masing-masing melepaskan gajet yang dipegang. Macam-macam tempat menarik diceritakan kepada Fahim hinggalah makanan mereka tiba 45 minit kemudian.

Previous: BAB 18
Next: BAB 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.