1
Riuh rendah bunyi
musik yang dipasang melalui music machine
itu bagaikan bertambah semarak apabila semua yang berada di rumah itu sedang
menikmati alunan musik yang telah bertukar dari irama rock keras kepada irama slow rock dan romantik. Johana selaku
tuan rumah yang menganjurkan pesta itu sengaja menyuruh Brian menukar irama itu
apabila melihat ramai kawan-kawannya yang telah mula letih dengan irama rock
keras tadi.
“Mia !.. come closer to me, darling!.. Menari
rentak macam ni, mana boleh jauh-jauh!..” dengan suara yang bagaikan tenggelam
timbul Adrian berbisik di telinga Mia Karmila sambil menarik pinggang Mia
Karmila rapat kepadanya.
“Hei Endy!.. apa you buat ni?”
Kedengaran keras suara
Mia Karmila yang segera memusingkan badannya dan menepis kuat tangan nakal Adrian
yang sedang cuba menarik zip belakang baju Mia Karmila yang agak ketat sambil
mulutnya cuba mencium leher Mia Karmila yang agak terdedah itu.
“Alah!.. takkan nak
pegang sikit macam tu pun Mia nak marah!.. Come
on!... Macamlah Mia tak biasa!.. Mia tengok Liza dengan Suhaimi tu!.. Dia
orang tak kesah pun!..”
Dengan muka selamba
diiringi senyuman sinis Adrian berkata sambil matanya menjeling ke arah Suhaimi
dan Rosliza yang bagaikan sudah hayal berpelokkan tanpa segan silu. Kelihatan
tangan nakal Suhaimi terus terlekat pada paha Rosliza yang hanya dibaluti skirt
yang pendek itu sambil mengikut rentak musik yang memeriahkan pesta ulang tahun
Johana itu.
Alunan musik irama
perlahan dan keadaan cahaya yang agak samar-samar di ruang tamu yang luas itu telah
menambahkan lagi suasana romantis sehingga semua penghuni yang ada di situ
bagaikan hanyut melakukan aktiviti mereka bersama pasangan masing-masing, tanpa
mengendahkan orang lain.
“You jangan cuba-cuba nak buat tak senonoh dengan I, Andy!.. I tak
suka!..” bentak Mia Karmila keras, tanpa mempedulikan apa yang ditunjukkan oleh
Adrian itu. Mia Karmila menjegilkan biji matanya seolah memberi amaran kepada
Adrian.
“Come on Mia!.. Don’t spoil
the night!... You tengok kawan-kawan kita tu, semuanya tengah enjoy!.. Jadi, takkanlah you nak biarkan I sorang-sorang tengok
sajer kat you macam ni?..” sambil
cuba lagi menarik tangan Mia Karmila supaya rapat kepadanya, Adrian terus
memujuk.
“Endy!... kalau I
cakap jangan, maknanya I memang tak suka you
buat tak senonoh macam tu pada I. Kalau you
hendak sangat enjoy macam kekawan
yang lain tu, you carilah sesiapa
yang nak layan you!.. I nak balik!..”
Mia Karmila menarik tangannya dengan keras
dari pegangan Adrian sambil berpaling mahu melangkah pergi. Sempat dia
menjeling kepada beberapa kawan-kawan mereka termasuk Johana yang bagaikan
sedang hayal memadu asmara bersama pasangan masing-masing tanpa segan silu.
Kelihatan juga beberapa tin minuman keras yang sudah kosong bertaburan di atas
meja di mana mereka makan-makan tadi.
“Hei Mia !... You nak ke mana?”
Adrian memanggil sambil menuruti Mia Karmila
yang sedang melangkah laju menuju ke pintu utama rumah banglow mewah itu.
“You
nak enjoy dengan mereka, you pergilah!.. Jangan ikut I…” ujar Mia
Karmila tanpa memandang ke belakang lagi.
“Mia!... Come
on!.. Kenapa you ni?” Adrian yang
sudah hampir di belakang Mia Karmila segera menarik lengan gadis itu membuatkan
Mia Karmila tidak dapat meneruskan langkahnya ketika mereka sudah berada berhampiran
pintu pagar rumah banglow mewah di Damansara itu.
“Andy!.. lepaskan I. You tak faham ke I nak balik!..” jerkah Mia Karmila sambil cuba
menarik lengannya yang dipegang oleh Adrian.
“Mia tak boleh balik selagi Andy tak balik!..”
Adrian yang terasa tercabar dengan jerkahan Mia
Karmila itu segera merangkul pula pinggang Mia Karmila dari belakang sambil
cuba menarik Mia Karmila untuk kembali masuk ke dalam rumah yang sedang riuh
rendah dengan musik yang dimainkan sehingga tiada siapa pun yang menyedari akan
apa yang berlaku antara Mia Karmila dan Adrian itu.
“Lepaskan I, Andy!...” jerit Mia Karmila sambil
meronta dan cuba menolak lengan Adrian yang sedang memeloknya itu dengan sedaya
upayanya.
“Apa kena dengan you ni Mia ?... Bukannya kita tak biasa berpengang tangan ketika
menari?..” soal Adrian sambil terus merangkul kemas pinggang Mia Karmila.
“Yes,
Mia akui yang kita sering berpegangan
tangan tetapi bukan bermakna Andy boleh sewenangnya mencabuli tubuh Mia macam apa yang Andy nak buat tadi!.. Andy dah
melampau, tau tak?..” dengan suara yang keras Mia Karmila terus cuba melepaskan
dirinya dari rangkulan Adrian.
Adrian yang bagaikan harimau lapar yang baru
dapat menangkap mangsanya terus menarik Mia Karmila untuk kembali masuk ke dalam
rumah tanpa mengendahkan jeritan gadis itu walaupun Mia Karmila terus
meronta-ronta untuk dilepaskan. Gelora di hati Adrian bagaikan membuak-buak dan
dia juga mahukan Mia Karmila melayannya sebagaimana Rosliza dan Johana sedang
melayan kekasih mereka masing-masing tadi. Kelakian Adrian benar-benar tercabar
dengan reaksi Mia Karmila itu.
Entah
bagaimana, tiba-tiba Mia Karmila teringat akan satu artikel yang dibacanya di
dalam sebuah majalah tentang salah satu cara bagaimana gadis-gadis boleh cuba
menyelamatkan diri jika terperangkap oleh lelaki yang cuba mencabuli mereka.
Lalu Mia Karmila segera berhenti meronta dan sebaliknya cuba berdiri dengan
betul untuk memantapkan tapak kakinya sambil memandang tepat ke arah Adrian.
“Haha!.. dah ubah fikiran? Andy tahu Mia pasti
tidak akan sanggup nak lepaskan peluang untuk enjoy dengan Andy malam ni!..”
Adrian yang agak terkejut dengan reaksi Mia
Karmila yang berubah tiba-tiba itu segera bertanya dengan senyuman sinis seolah
bangga dapat mempengaruhi kembali gadis itu
“Ya!.. memang Mia tak mahu lepaskan peluang untuk tengok Andy enjoy macam ni!.. Nah!..”
Dengan suara yang bergetar seolah menahan
geram, Mia Karmila segera menolak siku kanannya dengan sekuat tenaganya ke
perut Adrian dan kemudian mengangkat kaki kanannya sambil menyauk betis Adrian
dengan tumit kasutnya yang tajam itu apabila Adrian terpaksa melepaskan
rangkulannya pada pinggang Mia Karmila kerana terpaksa menahan sakit diperutnya
yang disiku Mia Karmila tadi.
Tanpa melepaskan peluang, Mia Karmila segera
berlari keluar menuju ke pintu pagar sebaik sahaja tangan Adrian terlepas
daripada pinggangnya. Betis Adrian yang terasa amat sakit kerana disauk oleh
tumit tinggi kasut Mia Karmila yang agak tajam itu telah membataskan
pergerakkan Adrian untuk terus mengejar Mia Karmila.
Oh!.. mengapalah aku tak bawa kereta hari ni?
Macam mana dan ke mana aku nak lari dengan kasut tumit macam ni!.. Mia Karmila
baru tersedar yang dia datang bersama Adrian tadi, jadi dia tidak punya
kenderaan ketika itu untuk segera melarikan dirinya dari terus ditarik kembali
oleh Adrian.
Namun Mia Karmila terus nekad. Tanpa mahu
lagi memandang ke belakang, Mia Karmila terus berlari menuju ke jalan raya,
meninggalkan rumah banglow mewah itu dengan hati yang sebal dan geram sehingga
dia hampir-hampir dilanggar oleh sebuah teksi yang kebetulan melalui jalan di
situ. Nasib baik pemandu teksi itu sempat menekan brake teksinya membuatkan
teksi itu terpaksa berhenti secara mengejut di tebing jalan di mana Mia Karmila
sedang berdiri.
Bagaikan terpukau, Mia Karmila sendiri tidak
sedar entah bila dan bagaimana dia boleh membuka pintu teksi itu lalu terus
melangkah masuk dan segera duduk di tempat duduk belakang teksi itu.
“Jalan encik!.. Cepat jalan sebelum dia dapat
mengejar saya!..” dengan suara yang termengah-mengah ketakutan bagaikan dikejar
hantu, Mia Karmila mengarahkan sebaik sahaja dia menutup kembali pintu teksi
itu.
Dalam keadaan yang agak terkejut juga,
Shahriman segera memasukkan gear dan menekan pedal minyak teksi yang dipandunya
meninggalkan kawasan rumah banglow mewah itu. Kedengaran Mia Karmila menarik
nafas lega apabila melihat Adrian hanya mampu melambai-lambaikan tangannya
apabila teksi yang dipandu Shahriman bergerak laju sebentar tadi.
“Cik, nak ke mana?”
Mia Karmila terus leka mengurut dadanya
bagaikan lega benar kerana dapat lari dari Adrian tadi tanpa mengendahkan
pertanyaan Shahriman.
“Cik!...” Shahriman menegur gadis yang duduk
di belakang teksinya itu apabila gadis itu tiada memberi sebarang reaksi
terhadap pertanyaannya tadi.
“Oh ya!.. ya.. kenapa?” Mia Karmila
sebaliknya bertanya dengan nada agak terkejut bila tersedar yang pemandu teksi
itu menegurnya.
“Cik nak ke mana sekarang?” Shahriman yang
kebetulan sedang berhenti di lampu isyarat bertanya.
“Oh!.. ma’af!.. saya agak terleka tadi. Encik
tolong hantar saya ke Country Height…” Mia Karmila segera memberitahu.
Melalui cermin pandang belakang, Shahriman
dapat melihat wajah Mia Karmila yang agak pucat tadi telah kembali berseri. Dia
segera menekan kembali pedal minyak teksinya apabila lampu isyarat telah
bertukar warna hijau, namun sempat juga Shahriman menjeling ke arah Mia Karmila
yang masih mengurut-ngurut dadanya seolah tanda rasa kelegaan.
Teringin pula Shahriman mengetahui apakah
sebabnya gadis itu begitu lega sekarang kerana Shahriman juga perasan bahawa
ada kelibat lelaki yang melambai-lambai teksinya ketika Mia Karmila mula-mula
masuk tadi. Kenapa pula gadis ini tergesa-gesa meninggalkan lelaki itu tadi?...
hati kecil Shahriman terus bertanya-tanya.
2
“Cik!... boleh saya bertanya sesuatu?” Shahriman
cuba memberanikan dirinya untuk bertanya.
“Hah?.. apa dia?” spontan Mia Karmila membalas
pertanyaan Shahriman.
“Kenapa Cik tergesa-gesa tadi sedangkan saya
nampak ada lelaki yang melambai-lambai cik tadi?..”
“Eeerrrr… sa… saya…” Mia Karmila bagaikan
hilang kata-kata.
“Ada apa-apa yang buruk telah berlaku atau
pun yang telah menakutkan cik ke tadi?” Shahriman cuba menyimpulkan apa yang
agak susah untuk diperkatakan oleh Mia Karmila itu.
“Eeerrr… ya!.. Saya… saya ketakutan tadi!..”
akhirnya Mia Karmila mengakui.
“Eeemmm… Cik takut pasal apa? Pada lelaki
yang melambai-lambai tu ke?...” Shahriman semakin ingin tahu.
“Ya!..” jawab Mia Karmila sepatah.
Terfikir juga di hati Shahriman, apakah yang
gadis itu buat bersama-sama lelaki itu tadi kalau itu bukan rumah gadis itu
kerana waktu telah pun menunjukkan lebih pukul sepuluh malam ketika itu.
“Jadi… sekarang ni cik nak balik ke rumah cik
ke?” Shahriman bertanya lagi.
“Ya!.. Balik ke rumah saya!.. Kenapa encik
tanya?” Mia Karmila pula menyoal, agak hairan.
Shahriman menjeling cermin pandang belakang
untuk melihat wajah gadis itu dengan lebih jelas apabila terdengar nada
terperanjat dalam suara gadis itu.
“Tidaklah!... saya hanya agak hairan dan
kagum tengok cik sebagai seorang gadis muda berani naik teksi sorang-sorang
malam-malam begini!.. Dah tu perjalanannya agak jauh juga!..” ujar Shahriman
jujur.
“Saya terpaksa!...”
“Kenapa? Boleh saya tahu?”
“Sebab saya tak memandu kereta saya sendiri
tadi…”
“Oooh!... maknanya inilah pertama kali cik
naik teksi malam-malam begini!..”
“Ya!.. tetapi kenapa encik seolah risau
sangat pasal saya naik teksi encik ni?” soal Mia Karmila pula kerana masih agak
hairan mengapa pemandu teksi itu seolah beriya-iya benar ingin ambil tahu akan
hal dirinya.
“Cik tak takut ke?...”
“Takut apa?”
“Iyalah!... sekarang ni terdapat juga pemandu-pemandu
teksi yang tidak bertanggungjawab, walaupun bukan semua namun ada juga yang
suka mengambil peluang menginyaya penumpangnya terutama gadis remaja macam cik
ni!..” Shahriman cuba menerangkan.
“Macam saya cakap tadi, saya terpaksa!..
Tetapi encik tak macam tu kan?” kedengaran suara Mia Karmila tiba-tiba
bergetaran kerana baru tersedar akan bahaya yang mungkin berlaku.
Shahriman menjeling lagi ke arah Mia Karmila
melalui cermin pandang belakang. Walaupun keadaan dalam teksi itu agak samar
namun Shahriman dapat melihat wajah Mia Karmila kembali kelihatan pucat dan ketakutan
seperti dia mula-mula melangkah masuk ke teksinya tadi. Timbul rasa kesihan di
hati Shahriman.
“Alhamdulillah!... nasib baik cik dapat naik
teksi saya tadi!..” Shahriman sendiri tidak tahu mengapa dia berkata begitu.
“Maksud encik?” soal Mia Karmila agak keliru.
“Insya-ALLAH cik akan selamat dalam teksi
saya ini. Saya tidak akan melakukan perkara yang dilarang ALLAH kerana tujuan
saya membawa teksi ini adalah untuk mencari rezeki yang halal dan bukannya berbuat
jahat!..” dengan nada yang tenang, Shahriman cuba menyakinkan gadis yang
kelihatan risau itu.
“Terima kasih encik…” kedengaran Mia Karmila
seolah mahu menyebut nama Shahriman tetapi tidak tahu apa yang harus disebut.
“Shahriman!.. kawan-kawan panggil saya
Aiman…” bagaikan faham apa yang dimaksudkan oleh gadis itu, segera Shahriman
memberitahu namanya.
“Eeerrrr… terima kasih Encik Aiman kerana
menolong saya!..” ujar Mia Karmila dengan nada penuh keikhlasan.
“Bila saya tolong cik?” Shahriman pula yang
keliru sekarang.
“Teksi Encik Aiman sampai tepat pada masanya
dan telah menyelamatkan saya dari lelaki yang melambai-lambai tadi…” kedengaran
ada kelegaan dalam suara Mia Karmila.
“Menyelamatkan cik dari lelaki itu? Siapa
lelaki itu dan kenapa pula cik mahu lari darinya?” soal Shahriman lagi, semakin
keliru.
Mia Karmila menarik nafas panjang. Tiada
suara yang kedengaran dari mulutnya tetapi hanya keluhan kecil yang seolah agak
keberatan untuk menjawab soalan Shahriman itu.
“Ma’af cik kerana bertanya begitu. Saya tahu
saya tidak sepatutnya bertanya yang bukan-bukan pada penumpang teksi saya!..” Shahriman
segera memohon ma’af apabila terdengar keluhan Mia Karmila itu.
“Eeemm… tak mengapa!.. Saya faham bahawa niat
Encik Aiman adalah mahu menolong saya!..” balas Mia Karmila agak perlahan.
“Kerana itu sudah menjadi tanggungjawab
seorang Islam membantu sesama insan terutamanya insan lain yang sedang dalam
kesusahan!.. Saya lakukan sekadar apa yang termampu oleh saya!..” ujar Shahriman
jujur.
“Memang betul kata Encik Aiman tadi…”
“Apa dia?..” Shahriman agak keliru lagi.
“Saya bernasib baik kerana dapat pemandu
teksi yang jujur macam Encik Aiman!.. Sebenarnya saya sendiri tidak terfikir
langsung pasal kemungkinan perkara yang lebih buruk mungkin akan berlaku
sekiranya saya menaikki teksi yang pemandunya tidak bertanggung jawab macam yang
Encik Aiman katakan tadi di dalam keadaan malam-malam dan perjalanan yang agak
jauh begini!..” Mia Karmila berkata dengan nada yang jelas kedengaran
kelegaannya.
“Itu tanda ALLAH masih sayangkan cik!…”
“Mungkin!..”
“Jadi Cik…” suara Shahriman bagaikan
tersekat.
“Mia Karmila… panggil sajer Mia...” ujar Mia
Karmila yang bagaikan faham pula maksud nada suara Shahriman ketika itu.
“Jadi Cik Mia Karmila kenalah bersyukur
kepada Allah!..”
Dari cermin pandang belakang Shariman dapat
melihat Mia Karmila mengerutkan dahinya seolah tidak memahami apa yang Shariman
maksudkan.
“Sebagai umat Islam kita perlu selalu
bersyukur kepada ALLAH apabila kita mendapat rezeki atau terlepas dari sebarang
musibah, sebagai tanda penghargaan kita kepada NYA yang telah menolong kita!...
Sekurang-kurangnya dengan ucapan Alhamdulillah!.. Saya yakin Cik Mia Karmila
tahu kan pasal tu?..” Shahriman segera berkata apabila terlihat wajah Mia
Karmila yang masih agak keliru itu.
“Eeeerrrr… ya!... ya… Alhamdulillah!..” balas
Mia Karmila agak tergagap-gagap.
Shariman terus memerhatikan reaksi Mia
Karmila dari dalam cermin pandang belakang kerana kebetulan teksi Shariman
sedang berhenti di lampu isyarat yang mahu membelok ke jalan menuju ke kawasan
rumah gadis itu. Berdegup juga jantung Shahriman apabila terlihat dada Mia
Karmila yang agak terdedah dengan bajunya yang ketat itu. Segera Shahriman
beristigfar di dalam hati.
Sayang!.. muka yang manis dan tubuh yang
cantik yang ALLAH telah anugerahkan kepadanya, dia biarkan sahaja bagaikan
tiada harga sehingga boleh mengundang dosa kepada orang lain!..Tidakkah dia
tahu akan hukum ALLAH kerana tidak menutup aurat yang sewajibnya?.. hati kecil
Shahriman seolah berbisik kesal.
Apakah tugasmu sebagai seorang Islam yang
soleh? Bukankah itu salah satu tanggungjawabmu untuk membimbing insan-insan
yang kesesatan itu kembali mengingati suruhan ALLAH?... bagaikan ada suara
halus yang menjawab bisikan hati kecil Shariman tadi. Shariman tersentak dan
tanpa disedarinya dia telah beristigfar agak kuat sehingga mengejutkan Mia
Karmila.
“Encik Aiman, kenapa?” Mia Karmila segera
menegur.
“Eeerrrr… tak ada apa-apa!... Saya termelamun
sekejap tadi…” dengan nada agak termalu Shariman menjawab.
Oh!.. perlukah aku menasihati gadis itu
sekarang?... Mahukah dia mendengar nasihatku kalau ibu bapanya sendiri tidak
pun menjalankan tanggungjawab itu?.. hati kecil Shahriman terus bertanya
sendirian.
Namun hati Shahriman terus berbelah bagi dan
akhirnya mematikan niatnya apabila terlihat dari cermin pandang belakang, Mia
Karmila sedang memicit-micit kepalanya sambil matanya yang terpejam. Mungkin
gadis itu juga sedang memikirkan sesuatu, maka bukanlah masa yang sesuai untuk
Shahriman menasihatinya waktu itu.
“Eeerrr… Cik Mia, jalan mana rumah Cik Mia?..”
Shahriman bertanya apabila teksinya telah membelok ke kawasan Country Height.
Namun Shahriman jadi agak hairan apabila
tiada jawapan yang didengarnya. Segera Shahriman menjeling ke belakang melalui
cermin pandang belakang.
Laaa!.. tertidur rupanya cekmek ni!..
Shahriman berbisik sendirian apabila terlihat kepala Mia Karmila yang terlentuk
ke dinding dengan mata yang terpejam. Lalu segera Shahriman memberhentikan
keretanya di tepi jalan kerana tidak tahu arah mana yang hendak ditujunya.
Astagfirullahalazim!.. Shahriman segera
beristigfar, cuba mengawal hatinya yang tiba-tiba bergetaran apabila melihat
Mia Karmila yang seksi dengan mata terpejam begitu.
3
“Cik Mia?..” Shahriman cuba menguatkan sedikit
suaranya sambil mengalihkan badannya memandang ke belakang dengan harapan gadis
itu akan terdengar suaranya dengan lebih jelas.
“Eeerrrr… ya… ya!... saya di mana ni?..” bagaikan
terkena kejutan elektrik, Mia Karmila menegakkan badannya dan menggosok-gosok
matanya.
“Cik Mia berada dalam teksi saya!.. Saya tak
tahu jalan mana rumah Cik Mia !..” Shahriman memberitahu sambil kembali memandang
ke depan.
“Oh!.. ma’afkan saya!.. Saya terlelap tadi,
letih sangat pulak rasanya!.. Eeerrr... rumah saya terus sahaja ke hadapan tu,
dan selepas gate security guard tu
belok ke kanan di jalan Kudalari.” Mia Karmila berkata sambil cuba menstabilkan
kembali keadaannya yang agak mamai tadi.
“Eeerrr… Cik Mia tinggal sorang ke di sini?”
Entah mengapa, Shahriman sendiri tidak tahu
mengapa dia perlu bertanya begitu apabila dia telah mula memasukkan gear dan
menekan pedal minyak teksinya untuk menuju ke jalan yang dikatakan Mia Karmila
tadi.
“Tidak!.. Saya tinggal dengan ayah dan mama
saya!..” jawab Mia Karmila sambil mengerutkan keningnya, merasa pelik mengapa
Shahriman bertanya begitu.
“Ooh!.. tapi dia orang tak marah ke Cik Mia balik
malam-malam macam ni sorang-sorang? Ni dah dekat pukul sebelas setengah ni!..” Shahriman
bertanya lagi.
“Eeemmm… harap-harap tidak!.. Sebenarnya tadi
saya pergi dengan kawan saya, jadi mereka ingat pasti saya balik dengan dia
juga!..”
Mia Karmila menjawab dengan nada yang agak
bergetar kerana dia sendiri sebenarnya agak bimbang kalau ayah dan mamanya akan
bertanya mengapa dia balik naik teksi dan bukannya dihantar oleh Andrian.
Harap-harap ayah dan mama belum balik lagi!.. Hati kecil Mia Karmila seolah
berdo’a kerana dia tahu ayah dan mamanya juga keluar menghadiri jamuan makan
malam dengan menteri tadi.
“Lelaki yang melambai-lambai tadi ke?”
“Ya!..”
“Oh!.. mengapalah dia sanggup melepaskan Cik Mia
balik sorang-sorang macam tu tadi? Berbahaya!... Saya harap lain kali Cik Mia akan
lebih berhati-hati kerana sekarang ni banyak sangat kes-kes yang melibatkan
gadis-gadis remaja diperkosa di sana sini!..” ujar Shahriman jujur.
Sebenarnya Shahriman sendiri tidak tahu
mengapakah hatinya begitu terdorong untuk mengambil berat tentang keselamatan
gadis yang hanya penumpang teksinya itu.
“Ya!... terima kasihlah Encik Aiman kerana
mengingatkan saya!.. Nasib baik saya dapat teksi Encik Aiman tadi, kalau tidak…
saya pun tak tahu apa nak kata!...” balas Mia Karmila dengan suara yang jelas
kedengaran keikhlasannya menerima nasihat itu.
“Alhamdulillah!.. Sekarang Cik Mia dah
selamat. Jadi sampai di rumah nanti Cik Mia jangan lupa sujud syukur, ya!..” Shahriman
cuba lagi menasihati.
“Hah?... Sujud syukur?.. apa tu?..”
Berkerut-kerut dahi Mia Karmila cuba memahami
apa yang dikatakan oleh pemandu teksi itu kerana setahunya sujud hanyalah
ketika menunaikan solat sahaja. Tidak pernah pula dia mengetahui bahawa ada
sujud lain yang dinamakan sujud syukur.
Shariman segera memandang ke cermin pandang
belakang untuk melihat wajah Mia Karmila apabila dia terdengar suara gadis itu
yang agak terkejut dengan saranannya tadi. Hati Shahriman jadi amat belas dan
terharu apabila menyedari gadis manis itu agak jahil tentang pengetahuan ugama
dan tidak mengetahui fadilatnya sujud syukur.
Haruskah aku menjelaskan kepadanya?.. Ya
ALLAH!.. Kau kurniakanlah taufik dan hidayah MU kepada gadis manis ini!..
Kasihan dia!.. hati kecil Shahriman terus berbisik.
“Sujud syukur dilakukan apabila kita
bersyukur atau pun berterima kasih kepada ALLAH kerana menghargai
pertolonganNYA atau pun untuk apa-apa yang DIA telah anugerahkan kepada
kita!..”
Shahriman cuba menerangkan secara ringkas
dengan berhati-hati supaya Mia Karmila tidak terasa hati atau malu akan
kejahilannya itu.
“Bukan ke kita sujud semasa solat sahaja?”
soal Mia Karmila pula, tambah keliru.
“Betul!.. kita sujud semasa solat. Itu sujud
yang diwajibkan sebagai salah satu rukun wajib solat, tetapi sujud syukur adalah
sujud yang boleh kita lakukan pada bila-bila masa sebagai tanda kita bersyukur
dan berterima kasih kepada ALLAH. Sujud syukur juga akan lebih afdhal dilakukan
selepas kita melaksanakan solat. Tak kiralah solat wajib atau pun solat
sunat!.. ALLAH akan lebih memberkati rezeki dan nikmat yang telah dianugerahkan
kepada kita jika kita sentiasa sujud syukur!..” jelas Shahriman lagi dengan
nada yang ceria dengan harapan Mia Karmila akan dapat lebih memahami apa yang
cuba diterangkannya itu.
“Oh!.. iya ke?... Okeylah, nanti saya akan
buat sujud syukur!..” balas Mia Karmila dengan nada suara yang agak malu-malu di
atas kejahilannya itu.
“Alhamdulillah!.. Elok benarlah tu!.. Eeerrr…
yang mana rumah Cik Mia? Kita dah di Jalan Kudalari ni?..” Shahriman bertanya
sambil cuba memperlahankan teksinya apabila dia sudah membelok ke jalan yang
dikatakan oleh Mia Karmila tadi.
Shahriman menelan air liornya apabila
terpandang rumah-rumah banglow mewah yang besar-besar dan cantik-cantik di kiri
kanan jalan itu. Oh, sayangnya!.. gadis manis ni beruntung hidup di dunia jadi
anak orang kaya tetapi masih cetek tentang ilmu ugama!.. Bagaimanakah dia mahu
meneruskan keberuntungan hidupnya di akhirat kelak kalau tiada sesiapa yang
membantunya?..
Ya ALLAH, Engkau kurniakanlah taufik dan
hidayah MU kepada gadis manis ini!.. Shahriman mengulangi lagi do’anya dalam
hati. Entah kenapa, Shahriman sendiri tidak tahu mengapa hatinya begitu
membuak-buak untuk membimbing gadis itu ke jalan yang sepatutnya walau dalam
waktu yang singkat itu. Belum pernah dia berperasaan begitu walaupun telah
ramai gadis-gadis moden yang pernah ditemuinya sebelum ini.
“Eeerrr… rumah saya yang ada banyak lampu di
depan tu!..” Mia Karmila memberitahu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke
arah rumah yang ada di hujung jalan.
“Eeemm… cantik-cantik ya rumah di sini!..
Beruntung Cik Mia ada ibu bapa yang kaya raya dan rumah besar macam ni!..” puji
Shariman, mengkagumi anugerah ALLAH kepada makhluknya.
“Alhamdulillah, kerana ALLAH sayangkan saya,”
spontan Mia Karmila menjawab.
Shahriman yang tidak menyangka jawapan Mia
Karmila yang spontan itu bagaikan terpukau lalu berpaling memandang ke arah
gadis yang duduk di belakang itu dengan pandangan yang agak susah hendak
ditakrifkan.
Mata mereka bertembung kerana kebetulan Mia
Karmila juga sedang memandang ke arah Shahriman. Mata bertentang mata lidah
kelu untuk berbicara. Keadaan sepi seketika bagaikan ada malaikat melintasi
mereka. Mia Karmila sendiri bagaikan tidak percaya perkataan itu boleh
terlontar dari mulutnya tadi.
“Seronok saya mendengarnya!.. Semoga ALLAH
akan sentiasa merahmati dan memberkati Cik Mia sekeluarga!.. Dan… saya harap
Cik Mia tidak akan lupa untuk bersyukur kepada ALLAH!..” ujar Shahriman
perlahan sambil segera berpaling kembali ke hadapan untuk menumpukan
perhatiannya kepada pemanduannya.
Shahriman terus berharap agar Mia Karmila
akan dapat menerima sedikit sebanyak nasihatnya tadi dan tidak akan lupa akan
keagungan ALLAH SWT yang begitu pemurah terhadap semua makhluknya.
“Terima kasih Encik Aiman kerana telah
menghantar saya selamat balik sampai ke rumah!... Eeerrr… berapa tambangnya?” Mia
Karmila segera membalas dan bertanya apabila Shahriman telah memberhentikan
teksinya di hadapan pintu pagar rumahnya.
“Itu dah tanggungjawab saya sebagai memenuhi
amanah ALLAH di dalam menjalankan tugas saya sebagai pemandu teksi. Eeerr…
kalau ikut meter teksi saya ni, tambangnya hanya RM38.00 sahaja…” dengan suara
yang tenang Shahriman menjelaskan sambil memuncungkan bibirnya ke arah meter
yang terdapat di dashboard teksinya itu.
Kelihatan Mia Karmila membuka beg tangannya
lalu menarik beberapa keping wang kertas dari begnya itu.
“Eeemmm… nah, ini duitnya!..” Mia Karmila
menyerahkan sekeping wang kertas bernilai seratus ringgit kepada Shahriman sambil
mahu membuka pintu teksi itu untuk segera keluar.
“Eeerrr… Cik Mia, nanti sekejap saya ambil
duit bakinya!..” Shahriman segera menahan Mia Karmila apabila terlihat nilai
wang kertas itu.
“Tak payah!.. Encik Aiman ambillah bakinya!..
Lagi pun sekarang dah hampir pukul sebelas lebih, kan tambang teksi selalunya double kalau tengah malam!..” sambil
tersenyum manis Mia Karmila berkata ketika tangannya telah pun menolak pintu
teksi yang sudah dibukanya.
“Eh!.. itu kalau lebih pukul dua belas. Lagi
pun kalau pun double, masih ada
bakinya!.. Nah, Cik Mia!..” balas Shahriman sambil mengalihkan badannya,
berpaling ke belakang memandang ke arah Mia Karmila untuk menyuakan duit baki
yang dimaksudkan.
“Tak pa!.. tak pa!... Saya ikhlas beri pada
Encik Aiman!... Simpanlah duit tu untuk Encik Aiman makan esok pagi!..” ujar Mia
Karmila sambil menggoyang-goyangkan tangannya seolah menolak duit baki yang
cuba diberikan oleh Shahriman.
“Alhamdulillah!.. kalau dah macam tu kata Cik
Mia, saya terimalah duit Cik Mia ni kerana tak baik menolak rezeki yang mungkin
ALLAH dah tetapkan untuk saya malam ini. Saya do’akan agar Cik Mia sentiasa
dimurahkan rezeki dan dilindungi dari sebarang bahaya atau kejahatan!..’’ jawab
Shahriman dengan nada ceria.
Kemudian Shahriman segera menurunkan cermin
keretanya sambil memandang ke arah Mia Karmila yang sudah pun keluar dan
menutup kembali pintu teksi itu.
“Terima kasih di atas do’a Encik Aiman itu!..
Selamat malam!..” balas Mia Karmila dengan nada mesra sambil tersenyum manis bagaikan
membalas reaksi Shahriman yang sedang memerhatikannya menekan remote pintu
pagar rumahnya.
“Sama-sama dan Assalamualaikum!..” ujar
Shahriman perlahan sambil terus memerhatikan gadis itu berjalan masuk menuju
pintu utama rumahnya apabila pintu pagar yang terbuka tadi telah di tutup
kembali.
Shahriman jadi agak tergamam apabila terpandang
Mia Karmila melambaikan tangan ke arahnya sambil terus tersenyum mesra sebelum
gadis itu memasukki rumahnya. Bagaikan terpukau, Shahriman juga turut membalas
lambaian gadis itu sebelum dia mula menekan pedal minyak teksinya untuk
meninggalkan rumah banglow mewah itu dengan hati yang berbunga setelah kelibat Mia
Karmila hilang di sebalik daun pintu yang sudah tertutup.
Ya ALLAH, Engkau limpahkan dan kurniakanlah
hidayah MU kepada gadis manis itu agar dia sentiasa selamat di dunia dan di
akhirat… Shahriman sekali lagi berdo’a dengan penuh ikhlas.
4
Adrian yang masih merasa kesakitan betis
kerana disauk oleh tumit kasut Mia Karmila yang tajam itu hanya mampu melihat
teksi yang dinaikki Mia Karmila terus berlalu meninggalkan rumah Johana. Terasa
kesal juga di hati Adrian kerana bertindak terburu-buru tadi sehingga telah
menyebabkan Mia Karmila meninggalkannya tanpa ada rasa belas melihatnya
kesakitan tadi.
Adrian
juga tidak menyangka gadis yang sosial seperti Mia Karmila itu agak konservatif
apabila dia cuba berseronok-seronok dengannya tadi. Sangkanya pasti Mia Karmila
tidak kesah dan sedia melayani segala gelora di hatinya apabila semua
kawan-kawan mereka yang lain tanpa segan silu berseronok-seronok bersama
pasangan masing-masing. Lagi pun selama ini tidak pernah pula Mia Karmila
menolak kalau Adrian mengajaknya ke kelab-kelab malam atau pun ke disko untuk
bersuka ria.
Hati Adrian tiba-tiba berdetik bimbang
kalau-kalau terjadi sesuatu pada Mia Karmila, sudah pasti kedua ayah dan mama Mia
Karmila akan mencarinya dan menyalahkannya kerana mereka tahu bahawa dia yang
membawa Mia Karmila keluar tadi. Lalu segera Adrian mengeluarkan telefon
bimbitnya untuk cuba menghubungi Mia Karmila, namun Adrian jadi bertambah kesal
apabila telefon bimbitnya mati tanpa sedarnya kerana telah kehabisan bateri.
Oh!.. masa inilah pulak bateri telefon ni nak
kong!.. Apa punya nasiblah malam ni!.. Adrian mengeluh kesal. Akhirnya mahu
tidak mahu Adrian terpaksa masuk kembali ke dalam rumah Johana yang masih
hingar bingar dengan alunan musik yang dimainkan di mana semua kawan-kawannya
sedang asyik melayani kerenah pasangan masing-masing sehingga tiada siapa pun
yang perasan akan kehilangan Adrian dan Mia Karmila tadi.
“Hei Andy, mana Mia? Kenapa you duduk sorang-sorang kat sini?”
Tiba-tiba Adrian yang baru mahu melepaskan
lelahnya duduk di sebuah kerusi di satu sudut di ruang tamu yang luas itu
sambil meneguk minumannya telah dikejutkan oleh suara manja Zetty, salah
seorang bekas kawan sekuliah Mia Karmila yang kini juga merupakan seorang model
yang sedang meningkat naik namanya.
“Hei Zetty!.. Mia sakit perut, dia dah
balik!..” balas Adrian, berbohong.
“Eh!.. dia balik sorang-sorang ke?” soal
Zetty agak hairan.
“Dah dia nak balik sangat, takkan I nak
larang dia!..” jawab Adrian selamba, namun jelas kedengaran nada terkilan dalam
suaranya.
“Hairan juga ya!... sanggup dia tinggalkan
you sorang-sorang kat sini!.. Are you
sure she had gone back? Who knows she went somewhere with somebody else?..”
tanya Zetty lagi seolah sengaja mahu membakar perasaan Adrian yang kelihatan
agak sugul itu.
Berdetup hati muda Adrian mendengar komen
Zetty itu kerana tidak pernah dia terfikir akan kemungkinan perkara itu,
lebih-lebih lagi apabila terlihat bagaikan telah dirancang pula apabila ada
sebuah teksi lalu di situ sebaik Mia Karmila berlari keluar tadi.
Tak mungkin!.. Mia Karmila bukan jenis gadis
yang sebegitu!.. Kalau tidak, takkan dia marah sangat bila aku cuba
berpeleseran dan bermesra dengannya tadi?.. detik hati kecil Adrian seolah cuba
mententeramkan perasaan cemburunya.
“Entahlah!..
tapi I tak rasa dia buat begitu kerana dia memang sakit perut tadi!..” ujar Adrian
sambil menganjakan sedikit duduknya bagi memberi ruang kepada Zetty yang mahu melabuhkan
punggungnya di ruang yang agak kosong di sebelah Adrian itu.
“Eeemmm… kalau begitu, bolehlah you jadi my partner malam ni kerana I pun memang datang sorang tadi!..”
dengan suara yang manja Zetty mencadangkan sambil mengelus-ngelus lembut lengan
Adrian dengan tanpa segan silu.
“Eh!.. bukan ke tadi I nampak you menari
dengan Sam!.. ke mana pulak Sam pergi?..” soal Adrian seolah tidak percaya
dengan cadangan gadis di sebelahnya itu.
“Sam bukannya my partner!.. Dia kan datang dengan Sue!.. Sajer je kami nak
cuba-cuba dan seronok-seronok menari dulu semasa Sue belum habis makan lagi
tadi!.. Lagi pun… Sam is not my taste
lah!..” sambil terus mengelus manja lengan Adrian, Zetty menerangkan.
Adrian berpaling memandang ke arah Zetty
dengan renungan yang tajam sambil mengangkatkan keningnya seolah memohon
kepastian akan kata-katanya itu. Sempat juga mata nakal Adrian menjeling ke
arah dada Zetty yang bajunya agak terdedah sehingga hampir menampakan lurah
payudaranya yang amat seksi itu. Adrian menelan air liornya apabila anak
matanya bertembung kembali dengan anak mata Zetty yang kelihatan tersenyum
manis seolah sedang menunggu komen dari lelaki itu.
“Betul ke Sam is not your taste? Habis tu, I ni suit your taste ke?..” dengan nada nakal Adrian cuba memancing
perasaan Zetty.
“Perempuan mana yang boleh terlepas pandang
lelaki kaya, macho dan romantik macam you?..
Kalau I diberi peluang, I akan sedia temankan you selalu!…” tanpa mahu berselindung Zetty menyuarakan
perasaannya.
“Tapi you
pun tahu kan yang I hanya sayang pada Mia Karmila dan I nak dia sahaja yang menemankan
I setiap masa!.. Jadi, I don’t think I
need somebody else now!.. Lagi pun Mia Karmila tu kan kawan you, jadi tak
eloklah kalau dia tahu you rapat
dengan I pulak!..” sebaliknya Adrian
berkata jujur, sambil menarik lengannya dari pautan Zetty.
Zetty tergamam seketika sambil merenung
Adrian dengan mata yang agak membulat. Namun segera pula dia tersenyum manja
lalu memaut kembali tangan Adrian sambil mengelus-ngelus lembut lengan lelaki
itu bagaikan mahu memujuk.
“Alaah!.. bukannya I nak rebut you dari dia!.. I hanya nak temankan you sajer malam ni kerana dia pun tak
boleh nak temankan you sekarang!..
Takkanlah itu pun dia nak marah!..” dengan suara yang seolah merengek manja,
Zetty berkata sambil melentukkan kepalanya ke bahu Adrian.
“Eeemmm… I rasa tak perlulah you nak temankan I kerana I ingat I pun
dah nak balik ni!.. Lemas pulak I dengan musik yang tak berhenti sejak tadi!..”
balas Adrian agak bosan sambil cuba mahu bangun untuk berdiri dari tempat
duduknya itu.
“Andy!.. janganlah macam tu!.. Kenapa yang you dah nak balik cepat sangat ni? Awal
lagi!.. Eeemm.. kalau you boring kat
sini, macam mana kalau kita pergi somewhere
yang lebih cosy dan tenang!.. Mungkin
I boleh tolong hilangkan rasa boring you
tu!..” Zetty tidak berputus asa mahu menggoda Adrian sambil menarik tangan
lelaki itu dari terus bangun.
Andrian yang terduduk kembali menarik nafas
panjang sambil memandang ke arah Zetty dengan mata yang agak terjegil seolah
tidak suka dengan tindakan gadis itu menghalangnya untuk pergi. Zetty yang
perasan akan reaksi Adrian itu segera membalas tenungan Adrian itu sambil menjilat
bibirnya beberapa kali dan kemudian mengedipkan matanya seolah memohon simpati
dengan tangannya terus mengenggam jari jemari Adrian.
“Apa sebenarnya yang you hendak, Zetty?” akhirnya Adrian menyoal dengan nada yang sudah
agak mengendur apabila melihat Zetty diam sahaja.
Timbul juga rasa kesihan di hati Adrian
melihat Zetty yang begitu beriya-iya mahu menemankannya malam itu. Kalau
ikutkan hati Adrian yang memang agak kecewa dengan sikap Mia Karmila tadi, mahu
sahaja dia menerima pelawaan Zetty itu kerana sekurang-kurangnya tidaklah dia
keseorangan sekarang walaupun Mia Karmila tidak mahu melayan gelora di hatinya
tadi.
“I tak mahu apa-apa!.. I hanya nak temankan you kerana I tengok you sorang-sorang
tadi!.. Tapi kalau you tak sudi, tak
mengapalah!.. I tak boleh nak paksa you!..”
balas Zetty perlahan dengan nada agak kecewa sambil melepaskan jari jemari
Adrian dari genggamannya.
Entah mengapa, bagaikan dipukau Adrian segera
menarik jari jemari Zetty dan kali ini dia pula yang menggenggam jari jemari
gadis itu. Ditenungnya wajah yang manis itu seolah mencari sesuatu yang dia
sendiri tidak tahu apa. Namun apa yang Adrian tahu hanyalah gelora kelakiannya
yang mendambakan belaian seorang wanita ketika itu.
“Betul you
nak temankan I malam ni?” tanya Adrian seolah menduga.
“I tak kisah dengan you atau pun dengan sesiapa sahaja yang boleh berhibur dengan I
malam ni!.. To be frank, I’m so boring
now!.. I perlukan kawan untuk menghilangkan rasa boring tu!..” ujar Zetty dengan nada yang jelas kedengaran amat
mengharapkan persetujuan Adrian.
“You
tak kisah ke walaupun you tahu I
adalah kekasih kawan you sendiri?”
Adrian terus menduga untuk mencari kepastian.
“Apa masaalahnya samada you kekasih kawan I atau tidak? Apabila dia tiada bersama you dan tidak dapat melayan you ketika you memerlukan seseorang untuk berhibur, maka I rasa tak salah untuk
you bersama dengan orang lain yang bersedia
dan boleh menggembirakan you!.. Betul
tak?..” soal Zetty seolah mahu mengukuhkan pendapatnya sambil cuba meyakinkan
Adrian.
“Betul!.. You
memang hebat, Zetty!..” balas Adrian sambil mengelus lembut pipi Zetty dengan
senyuman yang melebar.
Zetty yang tidak menyangka reaksi Adrian itu
segera mengukirkan senyuman manis sebagai membalas senyuman lelaki itu sebelum
menarik nafas lega.
“Jadi, apa yang you nak I buat untuk you
sekarang?..” Zetty pula sengaja bertanya dengan nada yang manja seolah mahu memancing
perasaan Adrian.
Adrian merenung tepat ke dalam anak mata
Zetty yang sedang merenungnya seolah cuba mencari sesuatu dari mata itu. Adrian
tidak nampak apa-apa melainkan sinar yang jelas membayangkan keghairahan dalam
hati gadis itu. Perlahan-lahan Zetty melentukkan kepalanya ke bahu Adrian
seolah minta dibelai.
Apa tunggu lagi?.. Ini peluang baik untuk kau!..
syaitan seolah berbisik di telinga Adrian. Betul!.. betul!.. Mengapa mesti aku
biarkan rezeki yang sudah ada di depan mata?.. Bukan aku sengaja mengkhianati
cintaku pada Mia Karmila, tetapi dia yang tak pandai nak layan aku!.. hati kecil Adrian pula berbisik seolah bersetuju
benar dengan bisikan syaitan yang jahat itu.
“Apa yang you
boleh buat untuk kita enjoy malam
ni?” dengan senyuman nakal Adrian bagaikan mencabar Zetty.
“You
nak kat sini ke atau kat tempat lain yang lebih romantik?” Zetty menyahut
cabaran Adrian dengan jelingan manja yang amat menggoda.
“I tak kisah, kat mana-mana pun tak mengapa
asalkan kita boleh enjoy!.. You tengoklah kawan-kawan kita tu
semuanya macam dah tak sedar diri nampaknya!..”
Terus dengan senyuman nakal Adrian sempat
memuncungkan bibirnya ke arah beberapa orang kawan-kawan mereka yang bagaikan
sedang khayal memadu asmara sambil berpelokkan bersama pasangan masing-masing
tanpa segan silu.
“I cadangkan kita pergi tempat lain yang
lebih romantik, you hendak tak?...
Sekurang-kurangnya tak ada siapa yang akan nampak kita bersama, jadi tak adalah
sesiapa yang nak sampaikan pada Mia Karmila nanti!..” Zetty mencadangkan sambil
turut memandang ke arah kawan-kawan mereka di ruang tamu di rumah banglow mewah
itu.
“Di mana?” soal Adrian sambil mengangkatkan
keningnya.
“Di kondo I…” jawab Zetty spontan.
“Kondo you?
Habis keluarga you macam mana?” soal
Adrian lagi agak terkejut.
“Mana I tinggal dengan keluarga? I tinggal
dengan dua orang kawan-kawan lain. Kami ambil sebilik sorang!..” terang Zetty
sambil terus tersenyum manja.
“Selamat ke kat kondo you tu? Nanti apa pulak kata kawan-kawan you kalau dia tengok I ikut you
balik malam-malam ni?..” tanya Adrian agak khuatir walaupun hati dan naluri
kelakiannya sedang bergelora membuak-buak bagaikan sudah tidak sabar untuk
berseronok-seronok dengan gadis di hadapannya itu.
“Jangan risau pasal tu!.. Kawan-kawan I bukan
jenis yang suka jaga tepi kain orang, lagi pun malam ni mereka tiada di rumah!..
I tahu anak-anak orang orang kaya, lebih-lebih lagi anak VIP macam you, I pasti
you tak mahu orang tahu pasal apa yang kita buat kan?.. Don’t worry, we are safe with total privacy at my condo!..” balas
Zetty penuh yakin.
Mata mereka bertautan seketika seolah cuba
mencari persefahaman dalam apa yang ada di dalam fikiran masing-masing.
“Okey!.. kalau you dah kata begitu, I no
problem!..” akhirnya Adrian berkata sambil mengangkatkan kedua bahu dan
tangannya seolah menandakan yang dia sudah bersedia bila-bila masa sahaja.
“Well!..
kalau begitu, marilah kita pergi sekarang!..” Zetty mengajak sambil bangun
untuk keluar dari rumah banglow mewah itu.
Bagaikan dipukau, Adrian turut bangun lalu
merangkul pinggang Zetty yang seksi itu menuju ke keretanya yang dipakirkan di
hadapan rumah banglow mewah itu. Alunan musik yang masih berkemundang di ruang
tamu di mana semua kawan-kawan mereka yang lain sedang asyik dengan pasangan
masing-masing, membuatkan tiada siapa pun yang sedar apabila Adrian dan Zetty
keluar tadi.
5
Mia Karmila melangkah masuk ke dalam rumah dan
kemudian menutup kembali pintu utama rumah banglow itu perlahan-lahan kerana
tidak pasti samada ayah dan mamanya sudah balik atau belum kerana dia tidak sempat
pun menjengok ke garaj kereta samada kereta ayahnya sudah ada atau tidak.
Terus dengan perlahan-lahan juga sambil
berjingkit-jingkit Mia Karmila menaikki tangga untuk ke biliknya. Sempat dia
menjeling pintu bilik ayah dan mamanya yang tertutup ketika dia melintasi bilik
itu.
Mia Karmila menarik nafas lega sambil
mencampakkan beg tangannya ke atas katil apabila dia sudah menutup pintu biliknya.
Dengan keletihan dan rasa mengantuk yang bagaikan tidak boleh membuka mata
lagi, Mia Karmila terus merebahkan tubuhnya di atas tilam yang empuk itu tanpa
sempat membuka baju yang dipakainya.
“Jangan lupa sujud syukur ya!..”
Tiba-tiba Mia Karmila bagaikan terdengar suara
mersik berbisik di telinganya, seolah cuba mengingatkannya ketika sebaik sahaja
dia mahu memejamkan matanya. Mia Karmila tergamam dan bingkas bangun dari pembaringannya
lalu duduk di birai katil sambil memandang sekeliling seolah mencari suara
siapakah itu.
Oh!.. bermimpikah aku?... keluh Mia Karmila
sambil mengerutkan dahinya cuba mengingati sesuatu.
Mia Karmila segera menarik nafas panjang bila
tiba-tiba terbayang di tubir matanya wajah Shahriman yang walaupun tidak dapat
dilihatnya dengan jelas tadi seolah-olah sedang tersenyum kepadanya.
Astagfirullahalazim!.. secara spontan ucapan
itu terlontar dari bibir Mia Karmila yang mana dia sendiri agak terkejut dengan
reaksinya itu kerana sebelum ini tidak pernah dia mengucapkan istigfar itu dengan
begitu senang.
Ya ALLAH!.. Alhamdulillah kerana ENGKAU masih
sayang padaku dan mengingatkan aku dari terus terlalai… Mia Karmila berkata
perlahan dengan penuh syahdu sambil segera bangun menuju ke bilik air untuk
mengambil wuduk.
Entah mengapa Mia Karmila tiba-tiba rasa amat
takut akan dosa-dosanya akibat mengabaikan tanggungjawab yang amat penting itu
kerana selama ini dia langsung tidak pernah ambil tahu samada dia sudah
bersolat atau belum sebelum tidur. Dan seringkali pula Mia Karmila akan terus
tidur apabila keletihan setiap kali kalau dia pulang lewat malam selepas
menghiburkan diri di luar.
Selesai membersihkan diri dan berwuduk, Mia
Karmila segera mencari telekong dan sejadahnya yang jarang-jarang digunakannya
itu. Perasaan berdosa yang terus-terusan bergelodak dalam jiwanya membuat Mia
Karmila tidak bertangguh-tangguh lagi mengerjakan Solat Isya dan kemudian dia
terus pula meng’qadaq’ Solat Magrib yang tidak sempat dilakukannya semasa mahu
keluar dengan Adrian tadi.
Ya ALLAH!... ampunkanlah segala dosa-dosaku
Ya ALLAH!.. Sesungguhnya hambaMU ini telah terlau banyak mengengkari perintahMU.
HambaMU jahil dan terlalu lemah untuk melawan godaan syaitan sehingga lalai
akan segala perintah-perintahMU. Aku bersyukur Ya ALLAH kerana KAU masih sayang
padaku dan menyelamatkan aku dari sebarang kejahatan tadi. Tunjukkanlah aku ke
jalan yang KAU redhai Ya ALLAH kerana sesungguhnya aku masih terlalu jahil!.. Dengan
suara yang lirih Mia Karmila berdo’a setelah usai solatnya.
“Mia !... Mia ke dalam bilik? Kenapa lampu terang? Mia dah
balik ke?..”
Mia Karmila yang sedang mahu membuka
telekongnya dikejutkan dengan suara mamanya yang sedang mengentuk lembut pintu
biliknya. Segera Mia Karmila membuka pintu dan hampir bertembung dengan mamanya
yang juga seolah mahu memusing tombol kunci pintu bilik anak gadinya itu. Jelas
kelihatan dahi mamanya berkerut kehairanan apabila terpandang Mia Karmila yang
masih bertelekung.
“Kenapa ma?..” Mia Karmila menyoal agak
hairan dengan reaksi mamanya itu.
“Tadi kan Mia keluar dengan Adrian?” tanya Datin Mariam
“Haah!..” Mia Karmila mengangguk.
“Mia balik awal ke? Adrian ke mana?”
Datin Mariam jadi agak hairan kerana
selalunya kalau Mia Karmila keluar dengan Adrian malam-malam minggu begitu
pasti lepas tengah malam baru balik. Dan yang lebih menghairankan Datin Mariam
ialah sejak bila pula anak gadisnya itu rajin bersolat walau pun sudah tengah
malam begitu.
“Haah!... Mia balik awal..“ jawab Mia Karmila perlahan dan
cuba mengelakkan untuk memberitahu mamanya ke mana Adrian.
“Habis tu Adrian mana?” Datin Mariam yang
masih lengkap berpakaian cantik menandakan dia juga baru balik dari menghadiri
majlis makan malam bersama menteri tadi, terus bertanya.
“Dia dah balik!..” Mia Karmila berbohong,
tidak mahu mamanya mengorek lebih lanjut tentang Adrian.
“Oh!.. awal dia balik!.. kenapa? Kata Adrian
nak bawa Mia pergi majlis hari jadi kawan dia yang baru balik dari UK tu, cepat
pulak habis majlisnya?..” seolah tidak puas hati dengan jawapan Mia Karmila,
Datin Mariam terus merisik.
Sebenarnya Datin Mariam amat mengharapkan
hubungan rapat Adrian dan Mia Karmila akan terus kekal sehingga membawa mereka ke
jinjang pelamin kerana Datin Mariam tahu apabila Tan Sri Affendy dan Puan Sri
Zalina menjadi besan mereka maka peluang suaminya, Dato’ Kamal untuk
mendapatkan lebih kontrak dan tender untuk meluaskan perniagaan mereka akan
lebih mudah.
Datin Mariam tahu pengaruh Tan Sri Affendy di
kalangan ahli-ahli Korporat dan juga sektor Perkhidmatan Awam amat kuat. Dan sebab itu jugalah yang membuatkan Datin
Mariam sentiasa merestui dan membenarkan Adrian berhubung rapat atau membawa Mia
Karmila keluar pada bila-bila masa sahaja walaupun anak gadisnya itu masih lagi
belum menamatkan kuliahnya di semester akhir itu.
“Dah tak ada apa yang nak dibuat, maka kami
baliklah!.. Lagi pun Mia rasa tak berapa
sedap perut tadi!..” acuh tak acuh sahaja Mia Karmila menjawab, masih cuba
berselindung agar mamanya tidak mengorek lebih jauh.
“Oh, iya ke?... Dah tu, macam mana rasanya
sekarang? Dah baik dah ke perut Mia tu?..” sebaliknya Datin Mariam jadi agak
bimbang sambil memegang kedua bahu anak gadisnya itu.
“Eeemm… dah okey dah!.. Mia dah makan penadol tadi!.. Janganlah mama risau
pulak!.. “ Mia Karmila cuba melemparkan senyuman manis agar mamanya tidak lagi
risau.
Datin Mariah merenung wajah anak gadisnya
yang masih bertelekung itu dengan seribu macam persoalan yang dia sendiri tidak
tahu apa. Namun jauh di sudut hatinya sendiri tiba-tiba berdetik rasa berdosa
kerana bagaikan tidak bersyukur apabila anak gadisnya ta’at kepada perintah
ALLAH begitu sedangkan dia sendiri juga sering lalai untuk mengerjakan
tanggungjawab yang wajib itu.
“Eeemmm… okeylah kalau Mia dah kata gitu.
Mama pun dah letih ni. So, take care,
girl... Good night!..” akhirnya Datin Mariam berkata sambil mencium pipi
anak gadisnya itu sebelum berlalu ke biliknya sendiri.
“Good
night, mama!..“ balas Mia Karmila pula sambil menutup kembali pintu
biliknya.
Adrian!.. ya!.. apalah agaknya yang Adrian
buat setelah aku tinggalkan tadi?.. Adakah sakit betul betisnya yang ku tendang
dengan tumit kasutku tadi?.. hati kecil Mia Karmila bertanya sendirian apabila
teringatkan keadaan Adrian yang kelihatan seolah menahan sakit ketika
ditinggalkannya tadi.
Mia Karmila segera mengeluarkan telefon
bimbitnya dari beg tangannya sebaik sahaja dia selesai melipat dan mengemaskan
telekong dan sejadahnya, dengan harapan ada missed
calls dari Adrian yang mungkin tidak didengarinya tadi. Namun harapan Mia
Karmila itu jadi hampa bila melihat tiada langsung tanda-tanda Adrian ada
menelefonnya.
Patutlah telefon aku senyap sahaja sejak
tadi!.. Marah betul ke Adrian pada ku sehingga dia tak kisah langsung nak
memujuk aku?... Atau Adrian memang betul-betul kesakitan tadi dan terpaksa
dihantar ke rumah sakit?... tiba-tiba hati Mia Karmila jadi bimbang tidak
karuan.
Tak mungkin!.. Kalau Adrian benar-benar sakit
dan perlu dibawa ke rumah sakit, sudah pasti dia perlu dihantar oleh seseorang
atau pun kawan-kawan kami yang berada di situ. Kalau kawan-kawan kami yang
menghantarnya, sudah pasti mereka akan menghubungi aku kerana semua kawan-kawan
kami tahu hubungan rapat Adrian dengan aku!.. hati kecil Mia Karmila terus
berfikir.
Ah, biarkanlah!.. Kalau betul Adrian
sayangkan aku, pasti dia akan datang memujuk aku kelak!.. hati kecil Mia
Karmila seolah berbisik bagaikan memujuknya.
Macam mana kalau dia benar-benar marah pada
kau dan tidak mahu lagi berhubungan dengan kau? Atau pun mungkin ada perempuan
lain yang sedang menemaninya sekarang sehingga dia lupa pada diri mu!.. Apa kau
nak buat?... hati kecil Mia Karmila yang sebelah lagi seolah menghasutnya. Mia
Karmila tergamam seketika.
Astagfirullahalazim!.. Mengapa harus aku
berfikir yang bukan-bukan!.. Mia Karmila segera beristigfar. Dia sendiri tidak
menyangka yang ucapan itu terus begitu senang terucap dari bibirnya kini. Namun
jauh di sudut hati Mia Karmila bagaikan dapat merasa bahawa dia tidak
keseorangan sekarang ini dan jiwanya jadi begitu tenang dan bersedia untuk
menerima apa sahaja reaksi Adrian terhadapnya kelak.
6
“Cik Mia!.. Datin panggil Cik Mia segera ke
bawah kerana ada tetamu yang sedang menunggu!..”
Mia Karmila yang baru mahu menghadap
komputernya setelah selesai mengerjakan solat zohor selepas makan tengahari
tadi, tiba-tiba dikejutkan oleh suara pembantu rumahnya yang mengetuk perlahan
pintu biliknya.
Mia Karmila jadi agak terkejut bila mendengar
pembantu rumahnya mengatakan bahawa mamanya sedang menunggunya bersama tetamu
yang datang kerana setahu Mia Karmila, mama dan ayahnya tidak ada di rumah
sejak pagi tadi dan dia sendiri tidak tahu mereka ke mana. Mia Karmila memang tahu
benar akan kesebukkan ayah dan mamanya sehingga jarang benar mereka dapat
bermesra di rumah yang mewah itu.
Hasrat
Mia Karmila mahu meneruskan carian di youtube
dan google untuk menjejakki video-video
atau blog-blog yang memaparkan ceramah-ceramah dan perkara-perkara berkaitan
hukum-hakam ugama Islam oleh ustaz-ustaz terkenal serta para ulama yang telah
sedikit sebanyak dijumpainya pagi tadi jadi terbantut. Mia Karmila mendengus
kesal.
“Eh, mama dah balik ke? Siapa yang datang
bik?..” Mia Karmila segera bertanya apabila pintu biliknya sudah dibuka.
“Tuan Muda Adrian!.. Bibik nampak dia masuk
bersama Dato’ dan Datin yang baru balik!..” jawab pembantu rumahnya sambil
tersenyum kerana menyangka tentu anak gadis majikannya itu seronok apabila
mengetahui kedatangan buah hatinya.
Mia Karmila tergamam seketika. Tidak
menyangka yang Adrian akan datang ke rumahnya petang itu tanpa menelefonnya
terlebih dahulu sejak Mia Karmila meninggalkannya malam tadi.
“Oh, iya ke?... Eeerrrr… tak mengapalah.
Nanti sekejap lagi saya turun!..” ujar Mia Karmila dengan nada agak terkejut
mulanya namun kemudian bertukar jadi agak malas.
“Jangan lama-lama ya, Cik Mia sebab Tuan Muda
Adrian sudah agak lama sampainya!..” pembantu rumahnya mengingatkan lagi
sebelum berlalu apabila perasan riak anak gadis majikannya yang tiba-tiba tidak
begitu ghairah mahu bertemu kekasihnya.
“Eeemm… okey!.. okey!..” balas Mia Karmila
sambil menutup kembali pintu biliknya dengan perasaan agak sebal.
Setelah menyisir rambutnya dan membetulkan
bajunya yang agak berkedut, Mia Karmila segera keluar untuk turun ke ruang tamu
di mana Datin Mariam dan Adrian sedang menunggunya. Namun Mia Karmila segera
memberhentikan langkahnya ketika menghampiri ruang tamu apabila mendengar suara
mamanya bertanya kepada Adrian.
“Masa auntie
dengan uncle balik dari dinner function dengan menteri malam
tadi, auntie tengok Mia dah ada dalam
bilik. Mia kata you all balik awal
semalam, kenapa?..” kedengaran Datin Mariam bertanya Adrian.
Berdetup jantung Mia Karmila apabila
mendengar soalan mamanya itu. Hatinya jadi berdebar kebimbangan kerana khuatir
kalau-kalau Adrian menceritakan kepada mamanya perihal dia telah sengaja
menendang betis lelaki itu dengan tumit kasutnya dan telah meninggalkannya
dalam kesakitan. Pasti mamanya akan memarahinya kerana telah berbohong malam
tadi. Mia Karmila terus tercegat di tempat dia memberhentikan langkahnya tadi
untuk mendengar jawapan Adrian.
“Oh, Mia cakap macam tu ke? Dia tak beritahu auntie ke apa sebabnya?” sebaliknya
kedengaran Adrian bertanya kepada Datin Mariam.
“Dia kata, dia tak sedap perut dan majlis tu
pun agak boring, sebab itulah you all balik awal. Betul ke?..” sambil
tersenyum mesra Datin Mariam memberitahu.
“Eeerrrr… be.. betul, auntie!.. Memang majlis tu agak boring
kerana tak ada banyak aktiviti yang boleh diseronokkan. Dan bila Mia kata dia
tak sedap perut, sa… saya ajak sahajalah dia balik semalam!..”
Dengan suara yang teragak-agak Adrian cuba
mengakui apa yang diberitahu oleh Datin Mariam tadi sambil matanya melilau memandang
sekeliling dengan harapan Mia Karmila masih belum turun dan tidak akan dapat
mendengar pembohongannya itu.
Mia Karmila yang berdiri di sebalik almari di
hujung tangga yang mana pastinya tidak dapat dilihat oleh Datin Mariam dan
Adrian, segera menarik nafas lega apabila mendengar perbualan kedua wanita dan
lelaki itu tadi. Kemudian, dengan menarik nafas dalam-dalam seolah mencari
lebih oksigen, Mia Karmila melangkah kembali menuju ke ruang tamu sambil cuba mengukirkan
senyuman mesra ke arah Adrian dan mamanya.
“Hah, Mia !.. dah lama Andy sampai tapi Mia tak turun-turun. Mia buat apa kat atas lama sangat tadi?” Datin
Mariam bertanya sebaik terpandang Mia Karmila yang berjalan menghampiri sofa di
sebelahnya.
“Hai Mia !.. apa khabar hari ni?.. Dah okey
ke?..”
Cuba menceriakan suaranya, Adrian juga segera
bertanya sebelum sempat Mia Karmila menjawab pertanyaan Datin Mariam, dengan
harapan Mia Karmila tidak akan menyatakan apa-apa tentang pertengkaran mereka
malam tadi.
Mia Karmila sempat melemparkan jelingan tajam
dengan dahi yang berkerut ke arah Adrian seolah cuba mentafsir pertanyaan
lelaki itu walaupun hakikatnya dia tahu apa tujuan sebenar Adrian bertanya
begitu. Mia Karmila segera melabuhkan punggungnya di sebelah mamanya yang duduk
bertentangan dengan Adrian.
“Eeemmm… Okey!.. Kenapa tak telefon dulu nak
datang?..” acuh tak acuh Mia Karmila menjawab apabila perasan yang mamanya
sedang memerhatikannya.
“Sajer nak surprise kan Mia !..” balas Adrian sambil cuba tersenyum mesra.
Sempat dia mengenyitkan matanya pada Mia Karmila seolah ada rahsia antara
mereka yang tidak harus diketahui oleh Datin Mariam.
“Eeemmm… nasib baik Mia masih ada kat rumah.
Kalau Mia dah keluar tadi macam mana?..” dengan nada seolah merajuk, Mia
Karmila bertanya.
“Andy tahu Mia tidak akan keluar dengan orang
lain melainkan dia, sebab tu Andy yakin yang Mia ada kat rumah sekarang!..”
Tiba-tiba kedengaran Datin Mariam menyampuk
seolah mahu memberitahu Adrian bahawa Mia Karmila adalah seorang gadis yang
baik untuk dijadikan isterinya dan juga bahawa mereka memanglah pasangan yang
secocok, disamping Datin Mariam juga mahu meyakinkan Mia Karmila bahawa Adrian
memang menyayanginya.
“Betul kata auntie tu!.. Andy tahu Mia pasti ada kat rumah hari ni… Lagi pun
Andy datang sebab nak minta…” Andy bagaikan terputus kata-kata.
“Minta apa?...” soal Mia Karmila spontan.
Datin Mariam turut mengarutkan keningnya
seolah teruja untuk mengetahui apakah yang mahu dikatakan oleh Adrian. Kelihatan
Adrian menelan air liornya seolah sedang mencari ungkapan yang terbaik supaya
Datin Mariam tidak mengesyakki apa-apa tentang pertengkaran dia dan Mia Karmila
malam tadi.
“Andy nak minta ma’af dengan Mia kerana
terpaksa hantar Mia balik awal malam tadi!..” dengan nada yang agak lirih Andy
menjawab sambil merenung tepat ke anak mata Mia Karmila seolah memohon
persetujuan Mia Karmila agar apa yang berlaku malam tadi dirahsiakan dari Datin
Mariam.
“Oooohh!.. pasal tu ke?.. It’s okey!.. Mia tak kisah lagi pasal
tu!..Janganlah Andy risau-risaukan pasal tu!..”
Mia Karmila yang memahami apa yang tersirat
di fikiran Andrian segera menjawab dengan nada yang cuba dimesrakannya agar
mamanya tidak mengesyakki apa-apa. Sedangkan hakikatnya memang Mia Karmila ingin
benar tahu kenapa Adrian tidak cuba mencari atau menelefonnya sejak malam tadi.
“Tapi Mia…” Adrian terputus kata-kata lagi
apabila terpandang Datin Mariam yang sedang merenung ke arahnya.
“Eeemmm… you
all bincanglah apa pun yang you all
nak bincang. Auntie nak naik berehat
dulu!..” kedengaran Datin Mariam segera mencelah sambil bangun hendak berlalu
meninggalkan ruang tamu itu apabila melihat kedua teruna dara itu bagaikan
tidak selesa untuk berbicara dengan adanya dia di situ.
Andrian hanya mengangguk sebagai tanda hormat
apabila Datin Mariam memandang ke arahnya sebelum dia berlalu. Manakala Mia
Karmila hanya memerhatikan sahaja lenggang lengguk mamanya dengan pandangan
yang kosong seolah bosan untuk melayani Adrian berseorangan.
“Mia !.. ma’afkan Andy pasal malam tadi…”
dengan suara yang agak lirih Adrian mengulangi ma’afnya sebaik kelibat Datin
Mariam hilang setelah menaikki tangga ke ruang atas.
“Berapa kali Andy nak minta ma’af?..” soal Mia
Karmila sebaliknya agak sinis.
“Andy tahu Mia marah pada Andy!..”
“Eloklah kalau Andy tahu!..” balas Mia
Karmila selamba dengan nada sinis juga.
“Andy tahu Andy salah kerana cuba buat
perkara yang Mia tak suka!.. Dan Andy rasa terima kasih sangat kerana Mia tak
beritahu auntie pasal kisah sebenar
semalam..” ujar Adrian sambil membongkokkan badannya ke hadapan dan mencapai
jari jemari Mia Karmila ke dalam genggamannya.
“Kalau Andy dah tahu Mia tak suka kita buat
perkara-perkara macam tu, kenapa Andy buat juga?...” dengan mata yang membulat
sambil menarik jari jemarinya dari genggaman Adrian, Mia Karmila bertanya.
Adrian terkedu. Dia merenung dalam ke anak
mata Mia Karmila yang masih membulat itu seolah sedang mencari sesuatu.
“Andy sangkakan tentu Mia juga mahu berseronok
begitu bersama Andy!..”
“Apa yang buat Andy fikir begitu?”
“Aren’t
we love and care for each other?” soal Adrian agak emosional.
“Ooohh… love
and care?... Kalau Andy betul sayang dan peduli pada Mia, kenapa Andy sanggup
nak cuba buat benda tak senonoh tu pada Mia semalam?...” Mia Karmila terus bertanya
dengan nada yang agak tegang seolah menandakan marahnya pada lelaki itu masih
belum reda sebenarnya.
Adrian terkedu lagi. Dia tidak tahu macam
mana mahu memberitahu Mia Karmila bahawa rasa cintanya yang mendalam pada gadis
itu telah membuatkan nalurinya sentiasa bergelora setiap kali mereka bertemu.
Kebetulan apabila semua tetamu yang hadir malam itu, tanpa segan silu bagaikan
hanyut dalam cumbuan pasangan masing-masing, maka itu telah menambahkan lagi
gelodak gelora di hati Adrian sehingga dia tidak mampu mengawal nafsunya dan
beranggapan Mia Karmila juga mendambakan cumbuannya.
“Andy tak…” Adrian benar-benar tidak tahu apa
yang harus dikatakannya.
Hati Mia Karmila tiba-tiba terdetik rasa
kasihan apabila terlihat sinar mata Adrian yang sayu merenungnya seolah benar-benar
menyesal akan ketelanjuran sikapnya malam tadi dan kini dia benar-benar ikhlas
mahu memohon ma’af.
“Okey!.. okey... kali ini Mia ma’afkan Andy, tetapi kalau Andy cuba lagi nak
buat perkara tak senonoh tu, Mia tak
mahu jumpa Andy lagi sampai bila-bila!..” ujar Mia Karmila tegas sebelum Adrian
sempat menyambung kata-katanya yang terhenti itu.
“Mia … janganlah cakap macam tu!.. I love you very much dan Andy tak boleh
kalau tak jumpa Mia. Dan sebab itu jugalah Andy datang sini hari ni… Andy tak
mahu Mia terus merajuk!..” kembali cuba mencapai jari jemari Mia Karmila, Andy
berkata dengan nada yang agak lirih.
“Kenapa tak telefon Mia dari malam tadi?
Kalau sesuatu terjadi pada Mia semasa balik malam tadi, macam mana?..” soal Mia
Karmila sengaja menduga.
Adrian tersentak. Tiba-tiba terbayang wajah
Zetty yang seksi. Segera Adrian menarik nafas dalam-dalam sambil meraup mukanya
dengan kedua tapak tangannya seolah-olah mahu menunjukkan reaksi kekesalannya.
Namun hakikat yang sebenarnya Adrian cuba mengelak agar Mia Karmila tidak akan
dapat mengesani perasaannya yang tiba-tiba bergelora apabila terkenangkan
kehangatan Zetty melayannya sepanjang malam tadi.
“Kenapa Andy mengeluh? Entah-entah Andy
seronok enjoy dengan orang lain
sampai tak ingat nak telefon Mia!.. Tak ambil tahu pun samada Mia selamat
sampai rumah ke tidak!..” Mia Karmila terus menduga apabila melihat Adrian
hanya mendiamkan diri.
“Segala sangkaan Mia tu tak betul!.. Andy tak
telefon Mia kerana takut Mia masih marah pada Andy dan dah tentu Mia tak mahu
jawab panggilan Andy tu!..” segera Adrian menafikan komen Mia Karmila itu.
“Andy tak cuba, mana Andy tahu Mia tidak akan
jawab telefon Andy?...” Mia Karmila seolah tidak dapat menerima kekhuatiran
Andy itu.
“Eeerrrr… Andy cuba panggil telefon Mia sebaik
sahaja Mia naik teksi tu, tetapi tak perasan pula bateri telefon Andy dah habis
sebab Andy terlupa nak pastikan bateri tu ada lagi sebelum kita pergi ke birthday party tu semalam…” Adrian cuba
menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.
“Iya ke tu?... Selama ni tak pernah pun
bateri telefon Andy habis!.. Macam susah ajer Mia nak percaya!..” perli Mia
Karmila dengan nada sinis.
“Betul Mia!.. Andy tak tipu!.. Buat apa Andy
tipu Mia sedangkan hati Andy memang sentiasa nak bersama Mia!..” balas Adrian
dengan suara yang bersungguh-sungguh mahu membuktikan cintanya pada gadis di
hadapannya itu.
“Habis tu Andy buat apa setelah Mia tinggalkan
Andy semalam?” teringin juga Mia Karmila mengetahuinya.
“Buat apa lagi? Balik rumahlah!.. Sakit perut
dan kaki yang Mia tendang tu tak hilang lagi sampai sekarang!..” jawab Andrian,
walaupun dengan nada nakal tetapi jelas kedengaran rasa terkilannya seolah
sengaja mahu Mia Karmila berasa bersalah kerana telah menyakitinya semalam.
“Serve
you right!.. Itulah, lain kali jangan nak cuba-cuba buat tak senonoh pada Mia
!..” sambil tersenyum nakal, Mia Karmila bagaikan seronok dapat memberi amaran
kepada Adrian bahawa dia bukanlah gadis yang mudah mengalah dengan lelaki.
“Okey!.. okey.. Andy janji Andy tak akan buat
lagi. Jadi, mahu tak Mia keluar dengan Andy sekarang sebagai tanda Mia dah
ma’afkan Andy?..” tanpa mahu melepaskan peluang, Adrian mengajak Mia Karmila.
Mia Karmila merenung Adrian dengan dahi yang
berkerut seolah tidak menyangka itulah tujuan utama Adrian datang ke rumahnya
itu.
Adrian
hanya tersenyum-senyum sambil mengangkat-ngangkatkan keningnya seolah tidak
sabar menunggu persetujuan gadis pujaannya itu.
“Nak ke mana?...”
“Ke mana-mana sahaja. Menonton wayang atau
pun minum-minum, asalkan kita boleh bersama hari ini!..” dengan nada ceria dan
penuh harapan, Adrian menjawab.
Mia Karmila melengung seketika sambil matanya
memandang syiling ruang tamu rumahnya itu seolah sedang mencari idea.
“Kenapa? Mia dah tak mahu ke keluar dengan
Andy?” Adrian bertanya seolah tidak sabar bila melihat Mia Karmila melengung tanpa
suara begitu.
“Tak!.. bukan begitu!..” balas Mia Karmila
agak gugup.
“Habis tu, kenapa Andy tengok Mia macam
keberatan ajer nak terima pelawaan Andy tu?...” ada riak gusar dalam suara Adrian.
“Mia kena siapkan assignment yang perlu dihantar esok!..” jawab Mia Karmila agak
perlahan.
“Eh!.. Kan Mia dah habis periksa hari Khamis
lepas? Macam mana masih ada assignment
yang nak kena hantar?” soal Adrian, jelas agak ragu dengan jawapan Mia Karmila
itu.
Mia Karmila terkedu. Dia terlupa yang Adrian
tahu bahawa dia telah pun selesai mendudukki peperiksaan kertas akhirnya tempoh
hari. Hakikatnya Mia Karmila memang masih belum bersedia untuk berduaan sahaja
dengan Adrian selepas apa yang berlaku malam tadi. Dia khuatir Adrian hanya
berjanji di hujung bibir sahaja tadi.
“Eeerrr… periksa memang dah habis tapi assignment untuk project paper yang akhir tu, pensyarah kata boleh hantar paling
lewat esok. Sebab itulah Mia nak kena siapkan kerana selama ni Mia asyik sebuk
bersedia untuk periksa sajer!..” Mia Karmila terus cuba meyakinkan Adrian.
“Jadi, Mia tak bolehlah temankan Andy petang
ni?...” kedengaran nada suara Adrian yang agak kecewa.
“Sorry
lah Andy!.. Bukan Mia sengajakan!..” balas Mia Karmila dengan harapan Adrian
tidak berkecil hati.
Sebenarnya Mia Karmila sendiri tidak tahu
mengapa tiba-tiba sahaja dia merasakan sudah tidak kesah samada Adrian masih
mahu keluar bersamanya atau tidak kelak. Dia bagaikan sudah tidak mengharapkan
kehadiran Adrian untuk menceriakan hidupnya sepertimana selama ini ketika sering
kesepian apabila ayah dan mamanya tidak pernah punya masa untuk bermesra
dengannya. Sejak malam tadi hati Mia Karmila merasa lebih tenang dan tenteram
tanpa kehadiran lelaki itu.
“Okey!.. Andy faham. Mungkin lepas ni, bila Mia
dah habis belajar dan tak sebuk-sebuk lagi pasal periksa, kita boleh keluar
bersama selalu!..” akhirnya Adrian terpaksa menerima hakikat yang dia terpaksa
keseorangan tanpa Mia Karmila lagi petang itu.
“Ya, of
course!.. Bila Mia dah free
nanti, mungkin kita boleh pergi menonton atau minum-minum bersama!..” Mia
Karmila cuba memberi harapan.
Selepas
berbasa basi seketika, kelihatan Mia Karmila yang menghantar Adrian sehingga ke
pintu, memerhatikan sahaja Adrian melangkah menuju ke keretanya yang dipakirkan
di halaman rumah banglow mewah itu dengan riak wajahnya yang jelas nampak
kecewa kerana apa yang diharapkannya pada awal tadi tidak menjadi kenyataan.
Sempat Adrian melambaikan tangannya kepada Mia Karmila yang masih berdiri di
muka pintu memerhatikannya sebelum keretanya mula mengaum meninggalkan kawasan rumah
banglow mewah itu.
“Hello, Zetty!..” kedengaran Adrian menegur
sebaik panggilan telefonnya dijawab, setelah lebih kurang lima belas minit dia
meninggalkan rumah Mia Karmila.
“Hei Andy!.. what’s up?” Zetty bertanya dengan nada ceria.
“You
free ke sekarang?”
“Yup!..”
“I nak jumpa you!..”
“Di mana?”
“Di mana sahaja asalkan I ada teman untuk
menghiburkan hati I...” balas Adrian dengan suara yang agak tegang dan berbaur
kecewa.
Sementara Zetty pula terus tersenyum lebar
dengan rasa puas menerima undangan yang tidak diduganya itu.
7
“Huuuh!...” kedengaran Mia Karmila menarik
nafas dalam-dalam seolah mengeluh sambil menutup komputernya setelah lebih
sejam ber’chatting’ dengan
kawan-kawannya di facebook dan twitter.
Tinggal berseorangan di rumah sepanjang pagi
memang amat membosankan Mia Karmila. Adik lelakinya Khairil, awal-awal lagi
sudah keluar ke kelab kerana ada latihan tennis dengan kawan-kawannya yang
sama-sama sedang bercuti semesta Universiti, manakala mamanya pula tak
habis-habis sebuk dengan persatuan wanita yang diterajuinya bersama Puan Sri
Zalina.
Mia
Karmila sendiri tidak tahu apa yang harus dibuatnya sementara menunggu
keputusan peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang baru selesai
didudukkinya itu. Ayahnya ada mencadangkan agar dia datang ke pejabat ayahnya
untuk belajar-belajar membiasakan dirinya dengan suasana pejabat sebelum dia
benar-benar dilantik untuk memegang jawatan di syarikat ayahnya itu, tetapi Mia
Karmila menolak kerana mahu berehat-rehat dahulu sambil menghilangkan stress setelah berhempas pulas sebelum
peperiksaan tempoh hari.
Tiba-tiba Mia Karmila teringat poster
Karnival jualan buku oleh Syarikat Karangkraft di ibu pejabat mereka di Shah
Alam sebagaimana yang dilihatnya dalam facebooknya pagi tadi. Teringin pula Mia
Karmila mahu ke sana. Lalu segera Mia Karmila bersiap-siap mahu ke karnival itu
dengan harapan dia akan dapat mencari novel-novel dari penulis kegemarannya dan
juga buku-buku lain dengan harga yang lebih murah dari di kedai biasa.
Tanpa Mia Karmila menyedarinya, sepasang mata
yang tenang dan redup seolah terpaku ke arah Mia Karmila yang sedang sebuk
membelek-belek buku-buku yang bercorak keugamaan setelah Mia Karmila mendapatkan
novel-novel yang dicarinya tadi.
Mata itu terus bagaikan terpesona melihat Mia
Karmila yang begitu asyik memilih buku-buku ugama. Ingin hatinya menegur Mia
Karmila tetapi terpaksa dimatikannya sahaja niatnya itu kerana khuatir Mia
Karmila tidak mengenalinya dan dia juga tidak mahu kesungguhan Mia Karmila mencari
buku-buku ugama itu akan terbantut.
Setelah selesai membayar semua buku-buku yang
dibelinya, Mia Karmila segera menuju ke keretanya yang dipakirkan tidak jauh
dari tempat karnival itu tanpa menyedari yang segala gerak gerinya sedang
diperhatikan.
Alamak!... bila pula tayar ni bocor?.. Macam
mana ni?.. Apa aku nak buat ni?.. Mia Karmila mengeluh panjang sambil
membongkok menekan-nekan tayar belakang keretanya apabila terpandang tayar itu
telah kempis dan rapat ke bumi ketika dia mahu membuka pintu keretanya.
Segera Mia Karmila mengeluarkan telefon
bimbitnya dan cuba menelefon Adrian. Mia Karmila jadi cemas bila Adrian tidak
menjawab panggilannya walaupun telah dua kali dicubanya. Andy!.. kenapa tak
jawab ni?... Jawablah cepat!.. Andy sedang mesyuarat ke?.. Mia Karmila terus
mengomel dengan perasaan seolah tidak sabar apabila panggilannya yang ketiga
juga tidak dijawab oleh Andy.
Dengan perasaan sebal, Mia Karmila segera
pula menelefon ayahnya, tetapi sama seperti panggilannya kepada Adrian, tidak
berjawab. Oh!.. ayah pun sedang mesyuarat ke?... Mia Karmila mengeluh kesal
sambil menyimpan kembali telefonnya.
Kelihatan Mia Karmila mundar mandir ke depan
ke belakang di tepi keretanya sambil menggomol-gomol kepalanya dengan kedua
tangannya seperti orang yang tidak tentu arah. Jelas kelihatan riak cemas pada
wajahnya yang sudah kemerah-merahan kerana pancaran matahari yang agak panas
itu.
Mia Karmila terus memandang sekeliling dengan
harapan ada orang yang datang ke pakir itu yang boleh dia meminta tolong. Namun
harapan Mia Karmila hampa apabila tiada kelihatan seorang pun yang datang ke
pakir itu. Dengan hati yang sebal dan cemas, akhirnya Mia Karmila tidak dapat
menyeka air matanya dari gugur ke pipinya yang mulus itu lalu dengan rasa amat
kecewanya dia bersandar di tepi keretanya, mengharap akan ada orang datang
menolongnya.
“Assalamualaikum!...” kedengaran suara mersik
menegur Mia Karmila yang masih teresak-esak di tepi keretanya.
Mia Karmila segera menyapu air matanya dengan
telapak tangannya dan berpaling mencari suara yang menegurnya itu.
“Alhamdulillah!.. ada juga akhirnya orang
datang!..” tanpa Mia Karmila sendiri menyedari entah bagaimana ungkapan itu
boleh terucap begitu laju dari mulutnya sebaik terpandang sesusuk tubuh seorang
lelaki berdiri di belakang keretanya. Lelaki itu juga agak terpegun mendengar
ungkapan itu.
Mata bertentang mata, lidah kelu untuk
berkata. Mata Mia Karmila yang masih berair dan anak mata yang tenang dan redup
yang sedang memandang ke arah Mia Karmila bertembung dan bertaut buat seketika.
Hati Mia Karmila tiba-tiba rasa bergetaran dan jantungnya bagaikan berhenti
berdenyut apabila matanya terpandang senyuman yang begitu menggoda dirasanya, sedang
terukir di bibir lelaki itu.
“Assalamualaikum!.. Ini Cik Mia Karmila
kan?..” dengan nada yang agak teruja, lelaki itu memberi salam sekali lagi
apabila melihat Mia Karmila hanya merenungnya tanpa mampu bersuara.
“Waalaikumussalam!.. Ya, saya Mia Karmila!..
Encik ni siapa dan macam mana tahu nama saya?..” balas Mia Karmila agak hairan
sambil terus menyapu air matanya yang masih bersisa di kelopak matanya agar
tidak dilihat oleh lelaki itu.
“Cik Mia Karmila tak ingat saya lagi? Tapi…
iyalah… mungkin Cik Mia tak kenal saya sebab
Cik Mia tak nampak wajah saya dengan jelas malam tu!..” jawab lelaki itu
perlahan sambil terus melemparkan senyuman mesra yang tidak pernah lekang dari
bibirnya.
Mia Karmila tergamam sambil mengerutkan
dahinya, cuba mengingati sesuatu.
“Eeemmm… Malam itu… malam bila ya?...
Ooohhhh!... Encik Aiman ke ni?.. Apa Encik Aiman buat kat sini? Tak bawa teksi
ke hari ni? Tak sangka kita boleh berjumpa lagi di sini!..” bertubi-tubi soalan
yang meluncur laju dari mulut Mia Karmila bagaikan peluru machine-gun.
Mia Karmila bagaikan mahu meloncat kegirangan
apabila sudah dapat mengingati dan mengenali siapakah lelaki yang berdiri di
hadapannya itu. Dia benar-benar tidak menyangka yang dia akan bertemu lagi
dengan lelaki itu dalam keadaan yang sama iaitu di sa’at mana dia benar-benar
memerlukan pertolongan. Oh!.. adakah ini lagi tanda ALLAH masih sayang
padaku?... detik hati kecil Mia Karmila dengan rasa penuh kekaguman.
“Ya!.. saya Aiman. Saya tak bawa teksi hari
ni kerana kawan saya yang bawa teksi tu. Jadi saya sengaja datang ke sini nak
tengok kalau-kalau ada buku-buku yang menarik kerana saya dengar ada banyak
potongan harga di karnival ni. Tapi… kenapa
saya nampak Cik Mia Karmila sedih sangat ketika saya sampai tadi?..”
Dengan nada simpati dan tanpa mahu berselindung
Shahriman bertanya bagai mahu memberitahu Mia Karmila yang sebenarnya dia telah
nampak gadis itu menangis sebentar tadi.
“Eeerrrrr… sa… saya tak tahu apa nak buat!..
Itulah yang buat saya sedih tadi...” balas Mia Karmila perlahan kerana terasa
agak malu dan tidak menyangka Shahriman nampak dia menangis tadi.
“Cik Mia tak tahu nak buat apa?” Shahriman
yang masih tidak menyedari akan tayar kereta Mia Karmila yang bocor itu,
bertanya lagi dengan nada agak hairan.
“Tu!.. tayar kereta saya pancit!.. Saya cuba
telefon kawan saya nak minta tolong tetapi dia tak angkat telefon. Mungkin dia
sedang sebuk kerja agaknya!.. Itu yang buat saya cemas kerana saya tak tahu nak
buat apa!..” dengan nada sedih bercampur resah, Mia Karmila memberitahu sambil
memuncungkan mulutnya ke arah tayar keretanya yang sudah kempis itu.
“Oooohhh!.. tayar kereta Cik Mia bocor ke?...
Eeemmm… Cik Mia ada tayar spare tak?”
Shahriman yang membongkok untuk melihat dengan lebih dekat tayar yang kempis
itu, kemudiannya bertanya.
“Eeerrrr… entahlah!.. saya pun tak tahu!..”
jawab Mia Karmila jujur.
“Haaa!.. Ini mesti kes, start engine terus jalan!.. Tak pernah nak ambil tahu pasal
penyelenggaraan kereta!.. Betul tak?” dengan nada nakal, Shahriman berkata
bagaikan sengaja mahu mengusik Mia Karmila.
Mia Karmila terkedu. Segera dia mendongak memandang
tepat ke anak mata Shahriman seolah memprotes kata-kata lelaki itu walaupun
hakikatnya segala apa yang dikatakan oleh Shahriman itu memang benar belaka
kerana selama ini semua urusan penyelenggaran keretanya, waimma untuk mengisi
minyak sekali pun telah diuruskan oleh Pak Manap, pemandu peribadi ayahnya. Memang
menjadi tugas dan tanggungjawab Pak Manap untuk memastikan kereta Mia Karmila
adalah dalam keadaan baik setiap pagi sebelum anak gadis kesayangan majikannya
itu memandu sendiri keretanya untuk ke kuliah atau ke mana-mana.
“Ma’af!.. kalau kata-kata saya itu
menyinggung perasaan Cik Mia. Saya hanya ingin bergurau!..” Shahriman segera
berkata apabila menyedari reaksi Mia Karmila itu.
“Eeerrrr… tak mengapa. Saya faham dan saya
bukannya marah tetapi hanya terkedu kerana apa yang Encik Aiman kata itu memang
betul. Saya memang tak pernah ambil tahu pasal kereta saya ni kerana selalu
semuanya diuruskan oleh Pak Manap, pemandu ayah saya. Itu sebab saya tak tahu
samada ada ke tidak tayar spare
tu!..” dengan nada terkilan dan seolah menyesal, Mia Karmila segera
menerangkan.
“Oh, iya ke?... Okey, kalau macam tu, biar
saya tengok kalau-kalau ada tayar sparekat
dalam boot kereta ini kerana selalunya semua kereta mesti ada tayar spare,lebih-lebih lagi kereta canggih
macam kereta Cik Mia ni..” ujar
Shahriman sambil cuba mahu membuka boot kereta Mia Karmila.
Mia Karmila turut membongkok untuk menjengok
apabila Shahriman telah pun membuka boot keretanya. Dia sendiri tidak pernah
tahu yang tayar spare selalunya di
simpan di boot kereta. Kegusaran dan kebimbangan Mia Karmila sebentar tadi
terus lenyap apabila melihat Shahriman begitu bersungguh-sungguh mahu
membantunya.
Hati Mia Karmila jadi bergetaran apabila anak
matanya bertembung dengan anak mata Shahriman ketika mereka sama-sama
membongkok menjengah ke dalam boot keretanya itu. Jantung Mia Karmila bagaikan
berhenti berdenyut apabila terpandang senyuman Shahriman yang menggoda, lalu
segera Mia Karmila kembali menegakkan tubuhnya dan membiarkan Shahriman terus
mencari tayar spare yang dimaksudkan.
8
“Eeemmm… Alhamdulillah, nasib baik ada tayar spare!..” kedengaran Shahriman memberitahu
sebaik sahaja dia menyelak lapik getah yang menutupi tayar spare itu.
Mia Karmila yang hanya memerhatikan sahaja
Shahriman cuba mengeluarkan tayar spare
yang dikatakannya itu segera menarik nafas lega. Namun Mia Karmila jadi kembali
bimbang apabila melihat Shahriman seperti tercari-cari lagi sesuatu dari boot
kereta itu walaupun tayar spare tadi
telah diletakkan di sebelah tayar yang kempis itu.
“Encik Aiman nak cari apa lagi?” tanya Mia
Karmila agak hairan.
“Cari mechanical
tools untuk membuka dan memasang tayar-tayar tu!.. Selalunya semuanya ada
bersama tayar spare ni!..” jawab
Shahriman sambil terus membongkok ke dalam boot kereta itu, mencari
barang-barang yang dikatakan.
Sinaran matahari yang agak panas membahang
ketika itu telah membuatkan kulit muka Mia Karmila lebih kemerah-merahan.
Begitu juga Shahriman yang kelihatan berpeluh di dahinya. Mia Karmila jadi
kembali resah kerana baru tersedar bahawa tanpa peralatan itu tentu Shahriman
tidak dapat berbuat apa-apa juga untuk menukar tayar yang kempis itu.
“Eeemm… Alhamdulillah!... ada pun!.. tersorok
di bawah kotak ni rupanya!..” kedengaran Shahriman berkata dengan nada yang
amat lega sambil mengeluarkan kotak peralatan pembaikan kereta yang baru
dijumpainya.
“Alhamdulillah!..” Mia Karmila turut mengucap
syukur sambil tanpa menyedarinya telah mengukirkan senyuman manis ke arah
Shahriman yang kebetulan sedang memandang ke arahnya.
Senyum berbalas senyum, tanpa sebarang suara mengukir
rasa. Bagaikan hilang sudah kata-kata walaupun hati ingin berbicara. Hanya
sinar mata mereka terus bertaut, cuba mencari persefahaman akan apa yang terlakar
di jiwa.
“Eeemm… biar saya cuba tukarkan tayar kereta
Cik Mia ni..” akhirnya Shahriman berkata lalu menghampiri tayar kereta yang
kempis itu sambil mengeluarkan peralatan yang diperlukan dari kotak yang
dijumpanya tadi.
Mia Karmila yang tidak tahu apa yang perlu
dibantu hanya memerhatikan sahaja Shahriman memulakan apa yang hendak
dibuatnya. Apabila Shahriman mencangkung, Mia Karmila turut mencangkung.
Apabila Shahriman berdiri, Mia Karmila turut berdiri. Tidak berani Mia Karmila
bertanya apa-apa kerana tidak mahu mengganggu konsentrasi Shahriman yang begitu
bersungguh-sungguh mengerjakan tugas-tugasnya.
Timbul pula rasa kasihan dalam hati Mia
Karmila melihat Shahriman yang berpeluh-peluh bertungkus lumus menukar tayar
keretanya itu di bawah terik matahari. Lalu segera Mia Karmila membuka pintu
keretanya apabila tiba-tiba dia teringat akan payung yang memang terdapat di bawah
tempat duduk belakang keretanya.
Mia Karmila segera berdiri betul-betul di
belakang Shahriman yang masih terbongkok-bongkok memulas skru alat penaik tayar
yang agak ketat itu, sambil memegang payung yang sudah dibukanya itu bagi
memastikan lelaki itu akan terlindung dari panas matahari yang sedang membahang
itu.
“Alhamdulillah!.. ada juga orang ingat nak
payungkan kita!..” Shahriman berkata dengan suara nakal seolah sengaja mahu
bergurau sambil mendongak memandang ke arah Mia Karmila yang sedang
memerhatikannya dengan penuh minat.
“Kita cuba tolong apa yang terdaya sajer!..
Takut pulak kalau orang tu pengsan nanti sebab kena panas dan banyak
berpeluh-peluh tu!..” Mia Karmila sendiri tidak tahu mengapa dia begitu seronok
melawan suara nakal Shahriman itu.
“Eeemmm… kalau macam ni, nak tukar
empat-empat tayar pun boleh!..” terus dengan suara nakal Shahriman semakin
seronok bergurau.
“Iyalah tu!... satu pun terkial-kial, macam
mana nak tukar empat sekali!..” sambil tertawa kecil Mia Karmila juga semakin
seronok membalas gurauan Shahriman.
“Oooh!... pandai tuan puteri nak perli saya
ya?.. Tak apa… tengok sajerlah nanti!..” ujar Shahriman pula sambil meneruskan
apa yang sedang dibuatnya tadi.
Kedengaran Mia Karmila hanya terus tertawa
terkekeh-kekeh mendengar suara Shahriman yang seolah merajuk kerana tidak
menyangka lelaki itu juga pandai bergurau. Mia Karmila terus berdiri berhampiran
Shahriman sambil memayungkannya agar Shahriman terus rasa selesa apabila
terlindung dari terik matahari.
Hampir dua puluh minit, akhirnya Shahriman
berjaya menukar tayar kereta Mia Karmila yang kempis itu. Sempat Shahriman
membelek-belek tayar itu sebelum mahu memasukkan kembali ke dalam boot kereta.
“Eeemmm… ada paku yang tercucuk kat tayar
ni!.. patutlah anginnya keluar!..” ujar Shahriman sambil menunjukkan paku yang
dijumpainya terpacak ke dalam tayar itu kepada Mia Karmila.
“Eh!.. tak perasan pulak saya bila saya
terlanggar paku ni, sebab masa saya parking
tadi tayar tu elok ajer!..” komen Mia Karmila agak hairan.
“Selalunya kalau tayar tercucuk paku macam
ni, ia tidak akan terus kempis kerana anginnya keluar perlahan-lahan. Mungkin
Cik Mia Karmila terlanggar paku ni sebelum datang ke sini tadi agaknya!..”
Shahriman memberi pendapatnya.
“Mungkin juga kot, sebab saya banyak
berpusing-pusing di kawasan kilang tu tadi sebab tak tahu nak cari jalan ke
sini... Nasib baiklah Encik Aiman ada tadi boleh tolong saya, kalau tidak memang
saya kena balik rumah naik teksi lagilah nampaknya!..” sambil tersenyum lega Mia
Karmila memberitahu.
“Itu tanda ALLAH masih sayangkan Cik Mia,
jadi Cik Mia kena sujud syukur!..”
“Ya!.. memang itupun yang terfikir di hati
saya tadi…”
“Terfikir apa?”
“ALLAH masih sayangkan saya dan DIA
menghantar Encik Aiman lagi ketika saya dalam kesusahan!.. Tak tahulah saya
macam mana nak balas jasa Encik Aiman!..” dengan nada yang agak sebak, Mia
Karmila menjelaskan.
“Tak payah balas apa-apa pada saya. Bersyukur
sahaja kepada ALLAH kerana segalanya adalah DIA yang mengaturkannya!.. Mohon
yang baik-baik dariNYA pasti DIA akan memakbulkannya!..” dengan senyuman mesra
yang terus terukir di bibirnya, Shahriman cuba mendekatkan Mia Karmila dengan
ALLAH SWT.
“Eeeemmm… terima kasih banyak-banyaklah Encik
Aiman di atas susah payah Encik Aiman tadi. Eeerrrr… berapa upahnya, Encik
Aiman?”
Mia Karmila segera bertanya sambil mengambil
beg tangannya apabila melihat Shahriman telah memasukkan kembali kotak
peralatan dan tayar kereta yang kempis tadi kembali ke dalam boot kereta dan
kemudian menutupnya.
“Tak mengapa!.. Saya tolong sajer tadi. Kan
dah memang tanggungjawab kita menolong sesama insan yang sedang dalam
kesusahan!.. Lagi pun bukannya susah sangat!.. Yang mustahak, Cik Mia Karmila
boleh memandu kembali kereta ni dengan selamat..” balas Shahriman sambil terus
merenung Mia Karmila dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.
“Oh!.. janganlah begitu Encik Aiman!.. Nah,
ambillah duit yang tak seberapa ni. Kalau pun bukan sebagai upah tetapi gunalah
untuk belanja Encik Aiman makan tengahari ni!..” Mia Karmila terus mendesak
sambil menyuakan dua keping note RM50.00 ke tangan Shahriman.
Hati Mia Karmila tiba-tiba bergetaran apabila
anak matanya bertembung lagi dengan anak mata Shahriman yang tenang dan redup
yang sedang merenungnya.
“Okey!... oleh kerana Cik Mia Karmila
benar-benar nak saya terima wang ini, maka saya terima jugalah kerana saya tak
mahu dianggap sombong menolak rezeki yang ALLAH dah tetapkan untuk saya. Dan
saya terima ini bukan sebagai upah tetapi sebagai menghargai keikhlasan seorang
sahabat yang hendak belanja saya makan tengahari ni.. Jadi, tak perlulah banyak
sangat ni, sekeping ni pun dah cukup!..”
Akhirnya Shahriman berkata sambil menerima
wang yang disuakan Mia Karmila tadi tetapi memulangkan kembali yang sekeping
lagi ke tangan Mia Karmila.
“Terima kasih sekali lagi Encik Aiman kerana
sudi menerima saya sebagai sahabat Encik Aiman!.. Saya amat bersenang hati
menjadi sahabat Encik Aiman!.. Eeerrr… Encik Aiman hendak ke mana selepas ni?
Marilah saya hantarkan!..” dengan nada yang ceria Mia Karmila mempelawa.
“Eeemmm… tak mengapa Cik Mia. Saya datang
naik motor dan itulah sebabnya saya lalu di sini tadi untuk nak ambil motor
saya yang saya pakir di hujung sana tu!..” balas Shahriman sambil memuncungkan
mulutnya ke arah tempat di mana banyak motorsikal dipakirkan.
“Oh, iya ke?... Kalau begitu, tak
mengapalah!.. Terima kasihlah kerana menolong saya tadi..” ujar Mia Karmila
sambil membuka pintu kereta dan memboloskan dirinya di tempat pemandu.
“Sama-sama!.. Pandu baik-baik ya cik Mia!..
Semoga Cik Mia selamat sampai ke rumah atau ke mana sahaja tempat yang Cik Mia tuju…
Tapi jangan lupa solat dan sujud syukur supaya ALLAH akan terus sentiasa
menjaga keselamatan Cik Mia!... Assalamualaikum!..” sambil terus tersenyum
mesra Shahriman cuba mengingatkan sebelum Mia Karmila mahu menutup pintu
keretanya.
Mia Karmila bagaikan terkedu mendengar
kata-kata Shahriman. Tangannya yang mahu menutup pintu kereta bagaikan
terhenti. Mia Karmila memandang tepat ke arah Shahriman, cuba memahami apa
maksud yang tersirat dari kata-kata lelaki itu.
Mata
mereka bertautan lagi seketika apabila kebetulan Shahriman memang masih
memerhatikan Mia Karmila dengan senyuman yang terus terukir di bibirnya. Mata
bertentang mata, lidah kelu untuk berbicara. Akhirnya Mia Karmila hanya mampu
menelan air liurnya sebelum menutup pintu keretanya.
“Waalaikumussalam!.. Insya-ALLAH, saya akan
buat apa yang Encik Shahriman kata tu!.. Semoga kita jumpa lagi!..” sempat Mia
Karmila melambaikan tangannya sambil melemparkan senyuman manis bagi membalas
senyuman mesra Shahriman itu sebelum menaikkan cermin tingkap dan mula
menghidupkan enjin keretanya.