Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
220,963
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
bab 5

Kamal membontoti Hanita yang berjalan penuh gaya di hadapannya. Dia kelihatan begitu bergaya sekali apabila tubuh cantik itu dihiasi dengan pakaian dan perhiasaan serba ekslusif.

“ Kau ni tak habis-habis nak ganggu hidup aku,” marah Hanita kepada Kamal.

“ Nita tolonglah aku, aku tak de duit. Kau bagi aku RM500 pun dah cukup. Aku nak bayar duit yuran Hannah,” kata Kamal meraih simpati.

Hanita mendenggus geram. Dia memberhentikan langkahnya lalu berpaling ke arah Kamal.

“ Bukannya aku tak tahu perangai kau tu, dua tiga hari lagi kau akan datang cari aku lagi minta duit. Dah tujuh tahun kau asyik pow aku je. Kau tak tahu malu ke? Pergilah cari kerja,” marah Hanita.

“ Kau tahulah zaman sekarang ni susah nak dapat kerja. Lagipun aku perlu besarkan Hannah. Tak kan kau tak kesian dengan anak kau tu,” Kamal memberikan alasannya.

Di pandang penuh cemburu kepada kereta Mercedes milik Hanita itu. Ternyata Hanita sudah hidup mewah apabila menjadi perempuan simpanan Robert. Sedangkan dirinya semakin terhimpit setelah ditinggalkan oleh Hanita.

Hanita mendenggus kasar. Suasana di parking kereta aras empat tempat membeli belah terkemuka di Malaysia kelihatan lengang sekali. Sememangnya pada hari bekerja begini tidak ramai pengunjung yang datang membeli belah.

“ Alasan. Kau tu pemalas nak kerja sebab tu kau hidup susah. Kali ini aku tak akan bagi duit kat kau. Kalau kau nak duit kau pergi cari kerja. Hah kat sini pun nak pakai security guard. Pergilah minta,” kata Hanita dengan sombong.

Kamal mendenggus kasar dengan bicara Hanita itu. Sakit hatinya apabila Hanita memandang rendah terhadapnya. Mentang-mentanglah Hanita sudah hidup senang tatkala ini.

“ Mulut kau tu jaga sikit, Nita. Aku ni dah cukup bersabar dengan karenah kau selama ini!” Marah Kamal.

“ Sememangnya kau perlu bersabar dengan aku sebab kau tu hanya peminta sedekah sahaja!”

“ Kurang ajar!” Marah Kamal sekaligus menghadiahkan penampar di pipi Hanita. Hanita nyata terkejut dengan tindakan Kamal itu. Dia semakin meradang apatah lagi Kamal tidak layak untuk berbuat begitu.

“ Aku akan pastikan kau mendapat balasan setimpal atas perbuatan kau ini!” Kata Hanita sambil memegang pipinya yang merah akibat ditampar oleh Kamal.

Previous: bab 4
Next: bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.