Home Novel Cinta pilihan terakhir
Bab 14

Afiyah hanya membiarkan telefon bimbitnya yang berdering sedari tadi. Fikirannya melayang jauh.

Kenapa? Kenapa awak muncul semula Daf ? Awak nak apa lagi?

Afiyah meraup wajahnya perlahan. Dia memandang telefonnya yang berada di atas meja solek. Masih berdering. Dia mendengus perlahan.

Daf nak apa lagi?!

Afiyah turun dari katil dan menghampiri meja soleknya. Dia agak terkejut melihat nama pemanggilnya. Eijaz!. Afiyah mencapai telefon tersebut dan menekan punat hijau.

"Hai sayang," ucap Eijaz gembira kerana akhirnya panggilannya bersambut.

"Nak apa?" soal Afiyah agak geram.

"Esok team Eij ada buat pertandingan. Fiyah datang tau. Please," pinta Eijaz separuh merayu. Afiyah berfikir sejenak mendengar permintaan lelaki itu.

"Okay," jawabnya pendek.

"Serius?" Eijaz seperti tidak percaya mendengar jawapan daripada gadis itu.

"Ya, saya datang. Puas hati?" marah Afiyah. Eijaz tergelak kecil. Dia sudah terbayang wajah comel gadis itu apabila sedang marah. Nampak garang tapi comel.

"Tadi Eij tunggu Fiyah keluar dari kelas. Tapi Eij tak nampak Fiyah pun. Fiyah balik awal ke?"

“Ya,” jawab Afiyah pendek.

“Kenapa? Fiyah tak sihat?” soal Eijaz agak bimbang. Afiyah mengeluh perlahan.

Aku ini memang sengaja nak cari masalah.

"Look Eij, hari ini Fiyah rasa letih sangat. Esok aje lah kita jumpa," katanya lantas menekan punat merah tanpa memberi peluang kepada Eijaz untuk membalas. Afiyah melangkah semula menghampiri katilnya. Dia duduk bersila di atas katil.

Esok? Macam mana aku nak hadap muka Daf?

Eijaz masih memandang telefon bimbitnya. Dia tersenyum kecil.

*****

Daffa meletakkan semula telefon bimbitnya di atas meja. Dia mengeluh perlahan.

Siapa agaknya yang menghubungi gadis itu?

Saat perasaan tidak sedap hati menguasai diri tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Daffa mencapai telefonnya semula.

"Assalamualaikum papa," ucapnya dengan senyuman.

"Waalaikumsalam Daf. So, macam mana?" tanya Datuk Ramli. Dia sebenarnya sudah tidak sabar untuk mendengar perkhabaran daripada anak lelakinya itu sejak berlepas dua hari yang lalu ke Johor. Oleh sebab sibuk dengan mesyuarat dan projek baru, dia hampir tidak ada masa untuk menghubungi lelaki itu. Kerja Daffa sebagai Ceo di syarikat mereka juga terpaksa diambil alih olehnya buat sementara waktu apabila anak lelakinya itu mengambil keputusan untuk tinggal lebih lama di Johor. Daffa mengeluh perlahan mendengar soalan papanya itu.

"Why son?" soal Datuk Ramli agak risau.

"Fiyah masih tak bersedia pa. Daf tak salahkan Fiyah. Semuanya salah Daf," beritahu Daffa dengan perasaan kecewa.

"Tak apa. Fiyah perlukan masa. Daf jangan pula putus asa. Untuk memiliki sesuatu, Daf kena belajar bersabar. Bukan saja dalam dunia perniagaan Daf kena aplikasikan sikap itu. Everything's son," nasihat Datuk Ramli. Daffa tersenyum.

"Daf minta maaf tinggalkan kerja Daf pada papa. Daf janji Daf tak akan sia-siakan peluang ini," balasnya dengan tekad.

"Itu yang papa nak dengar dari mulut anak papa. Tak payah risaukan papa. Tahu lah papa nak urus. Daf itu jaga diri di tempat orang. Papa dan mama jauh kat sini kalau ada apa-apa jadi dengan Daf," nasihat Datuk Ramli lagi.

"Thank you pa. Daf ingat pesan papa. Kirim salam kat mama. Beritahu mama yang Daf rindukan mama dan sayangkan mama. Pesan kat mama juga yang Daf minta ampun sebab kali ini Daf tak mampu tunaikan permintaan mama," pesan Daffa dengan perasaan sebak. Datuk Ramli menarik nafas perlahan.

"Papa akan sampaikan. Daf jangan risau. Percaya lah mama itu seorang yang pemaaf. Sikapnya tak sama dengan hatinya. Papa kenal mama," balasnya cuba memujuk hati lelaki itu. Dia faham benar apa yang dirasai oleh Daffa.

"Terima kasih papa. Good night. Untuk mama juga," ucap Daffa dengan senyuman hambar.

"Good night son," jawab Datuk Ramli sebelum menekan punat merah. Dia menoleh memandang ke halaman rumah. Kelihatan isterinya masih duduk termenung di situ. Datuk Ramli menggeleng perlahan. Dia tahu isterinya itu sedang rindukan Daffa. Namun ego wanita itu tinggi. Berkeras tidak mahu menghubungi Daffa.

"Daf kirim salam," beritahunya dengan suara agak kuat sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Datin Isnawiyah mengeluh perlahan mendengar kata-kata suaminya itu.

Sampai hati Daf.

*****

Suha menghalang Daffa yang ingin mengejar langkah Afiyah. Berkerut kening Daffa memandang gadis itu.

"Awak please," kata Daffa separuh merayu.

"No! Awak tak nampak? Awak tak dengar? Fiyah tak nak awak ganggu dia lagi. Dia tak nak jumpa awak. Awak faham tak," balas Suha agak geram bercampur simpati apabila melihat wajah pucat lelaki itu.

Mamat ini sakit ke?

Sempat dia berbisik dalam hati.

"Saya tahu awak. Tapi saya tak boleh biarkan Fiyah terus bencikan saya. Please, saya tak banyak masa ini," pinta Daffa sambil mula mengorak langkah semula. Namun Suha lebih pantas bertindak. Dia mendepangkan tangannya supaya Daffa tidak dapat melepasinya.

"Oh, awak ingat awak seorang aje yang tak ada masa? Dengar sini Daffa, saya pun tak ada masa nak buat semua ini tau. Tapi sebagai kawan Fiyah, saya tak benarkan awak ganggu Fiyah. Beri Fiyah masa dulu. Saya rasa dia masih terkejut dengan kehadiran awak. Awak beritahu yang awak ini kawan baik dia. Tapi bila tengok Fiyah asyik mengelak dari awak, saya rasa awak dah silap. Awak ini sebenarnya musuh Fiyah. Kalau tak, dia tak larikan diri macam itu," balas Suha dengan nada marah. Daffa memandang gadis di depannya itu dengan perasaan berbaur. Dia melepaskan keluhan berat.

"Maafkan saya. Awak pun dah terlibat dengan masalah saya. Mungkin awak betul, saya ini bukan kawan baik Fiyah. Tapi dulu, pernah sekali saya jadi kawan Fiyah. Bukan setakat kawan, malah lebih dari itu. Tapi saya dah buat silap pada Fiyah. Saya datang dari jauh pun sebab nak minta Fiyah peluang yang kedua. Awak, saya minta tolong kat awak. Beritahu Fiyah, saya akan tunggu sehingga Fiyah bersedia untuk jumpa dan berbincang dengan saya. Saya akan tunggu," kata Daffa dengan perasaan kecewa. Dia mengorak langkah berpatah balik semula ke kelas. Suha menurunkan tangannya. Dia hanya memandang langkah lemah lelaki itu.

Jadi betul lah telahan aku. Daffa pernah jadi insan istimewa di hati Fiyah.

Suha mengeluh perlahan.

Macam mana aku nak tolong Daf?



Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.