Home Novel Cinta pilihan terakhir
Bab 15

Suha membiarkan Afiyah yang hanya termenung sedari tadi. Tabiat lama sahabatnya itu mula kembali. Suha menarik nafas perlahan sambil memandang tasik jernih yang ada di hadapan mereka.

"Saya tak rasa dia datang ke kolej ini sebab nak study," katanya bersuara perlahan cuba menarik perhatian Afiyah. Dia tahu gadis itu akan memarahinya namun perasaan ingin tahu mengenai apa yang berlaku antara Afiyah dan Daffa sudah melebihi rasa takutnya. Dia sudah tidak peduli apatah lagi mengingat semula wajah sayu Daffa.

"Dia pesan bila Fiyah dah bersedia, dia nak jumpa dengan Fiyah," sambung Suha apabila melihat Afiyah yang hanya membisu. Suha mengeluh.

"Dia lelaki baik. Saya tak layak untuk lelaki sebaik dia," kata Afiyah akhirnya dengan suara perlahan tanpa memandang Suha. Walaupun agak terkejut dengan reaksi gadis itu namun Suha lega. Dia membetulkan cara duduknya agar berdepan dengan gadis itu. Afiyah menarik nafas dalam.

"Saya tak sangka. Lelaki yang mengekori saya sehingga depan pintu rumah dua tahun yang lalu adalah lelaki yang sama mengekori saya sehingga sampai ke sini. Dua tahun yang lalu, dia merupakan salah seorang antara pelajar Universiti Malaya yang terlibat dengan kem motivasi tingkatan 5 di sekolah Fiyah. Mungkin sebab rupa paras dan anak seorang ternama namanya sekejap sahaja sudah menjadi sebutan dalam kalangan pelajar. Selama seminggu kem dijalankan, Fiyah tak perasan pun yang dia sebenarnya perhatikan semua gerak geri Fiyah. Sampai lah malam terakhir itu, dia datang jumpa Fiyah dan beritahu yang dia juga asalnya orang Melaka. Dia kata nak jumpa Fiyah bila dia cuti semester nanti. Fiyah tak tahu nak jawab apa sebab Fiyah memang terkejut. Fiyah pun tak sangka yang dia memang serius. Dia tunggu Fiyah depan sekolah dan ekori Fiyah sampai depan rumah. Dia jenis yang tak tahu berputus asa. Bila arwah mama benarkan dia masuk ke dalam rumah baru lah Fiyah berani sambut salam daripadanya," cerita Afiyah. Dia berhenti sejenak sambil memejamkan matanya. Memang dia akui Daffa seorang yang sangat pandai mengambil hati. Dia masih ingat bagaimana lelaki itu melayan arwah mamanya sehingga mamanya meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada lelaki itu untuk menjaganya. Apabila mengingatkan hari pemergian mamanya adalah hari yang sama dimana dia dan lelaki itu berpisah, ia benar-benar membuatnya sakit. Dia kehilangan dua orang insan yang bermakna dalam hidupnya pada hari yang sama. Suha menyentuh lembut bahu gadis itu. Dia agak risau apabila melihat reaksi wajah Afiyah seperti menahan kesakitan.

"Fiyah..." panggilnya. Afiyah membuka matanya semula.

"Genap dua tahun, akhirnya kami berpisah. Semuanya berjalan lancar sebelum ini. Cuma mamanya yang tak dapat terima Fiyah. Bukan Fiyah tak pernah cuba untuk menarik perhatiannya. Dah macam-macam Fiyah buat tapi Fiyah tak pernah berjaya. Kadang-kadang Fiyah tak sempat nak buat apa-apa mamanya dah terang-terang tolak Fiyah. Fiyah memang tak salahkan Daf dengan apa yang berlaku. Fiyah tahu dia tak mampu pilih antara Fiyah dan mamanya. Kalau Fiyah di tempatnya, Fiyah akan buat perkara yang sama. Siapa yang tak sayang mama," sambung Afiyah sambil menggigit bibirnya kuat. Dia sedaya-upaya cuba menahan air matanya daripada gugur. Suha memeluk bahu gadis itu. Cuba untuk menenangkannya.

"Bila Fiyah pulang selepas bertemu dengan Daf hari itu, mama dah tak ada. Kalau lah…, kalau lah Fiyah tak jumpa Daf hari itu. Kalau lah Daf tak pernah wujud dalam hidup Fiyah. Tentu Fiyah sempat jumpa mama. Tentu Fiyah sentiasa ada di sisi mama. Tentu...," air mata Afiyah menitis perlahan. Suha menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

"Tentu Fiyah tak rasa sakit sampai macam ini sekali. Sebab itu Fiyah dah tak boleh jumpa dia lagi. Walaupun…, Fiyah rindu. Tapi…, Fiyah tak boleh. Fiyah dah tutup hati Fiyah untuk lelaki itu," sambung Afiyah dengan suara tersekat-sekat seiring dengan air matanya. Suha memeluk erat sahabatnya itu.

Fiyah…,

*****

Aliya mengeluh perlahan. Rina yang duduk di sebelahnya menoleh.

"Kenapa?" soalnya ingin tahu. Aliya hanya tersenyum hambar.

"Nothing," jawabnya sambil menjeling tempat duduk Eijaz yang kelihatan kosong. Rina menarik nafas perlahan.

"Liya, kalau Rina tanya sikit jangan marah tau," katanya dengan hati yang berdebar.

"Apa dia?" tanya Aliya sambil memandang tepat ke arah sahabatnya itu.

"Hari itu Fiyah serang Liya kat cafe, sebab apa?" soal Rina dengan kening berkerut. Dia memang sudah lama ingin tahu sebab Afiyah menyerang Aliya hari itu namun dia sering rasa serba salah untuk bertanya. Dia takut sekiranya pertanyaannya itu boleh mengguris hati gadis di sebelahnya itu.

Kalau tanya Suha pula... emm, Suha pun macam sembunyikan sesuatu daripada aku.

Rina mengeluh dalam diam. Aliya tersenyum sinis.

"Liya tukar assingment perempuan itu dengan fail kosong. Mesti dia dah gagal subjek itu, " beritahunya sambil tergelak kecil. Rina terkedu mendengar jawapan gadis itu. Dia memandang sahabatnya itu dengan perasaan yang kurang percaya.

Betulkah yang di depannya itu Aliya?

"Biar lah Liya terus terang aje. Kalau Rina nak tahu, Liya sekarang ini dah lancarkan perang dengan perempuan itu. Liya tahu Rina dan Suha dah anggap perempuan itu sebagai kawan baik. Tapi Liya tak. Perempuan itu adalah musuh utama Liya sekarang ini," beritahu Aliya dengan tegas. Semakin berkerut kening Rina memandang gadis itu.

"Banyak benda yang Rina tak tahu dan langsung tak faham," katanya dengan suara perlahan. Aliya tersenyum sambil mencapai jemari gadis itu.

"Liya juga banyak benda nak cerita dengan Rina dan Suha. Tapi Liya kena cari masa yang sesuai. Situasi sekarang juga tak benarkan Liya untuk ceritakan semuanya pada Rina dan Suha. Terus terang Liya cakap, hubungan kita sejak akhir-akhir ini tak sama macam dulu. Suha sibuk dengan perempuan itu. Liya pula dengan masalah sendiri. Akhirnya Rina yang keseorangan. Kasihan Rina. Maafkan Liya," ucap Aliya dengan perasaan bersalah apabila mengingat semula hubungan mereka yang agak renggang sejak akhir-akhir ini. Rina menarik nafas dalam. Dia membalas genggaman tangan sahabatnya itu. Dia kenal Aliya sudah lama. Dia tahu gadis itu tidak sekejam seperti apa yang ditunjukkannya. Walaupun dia masih terkejut dengan perkhabaran gadis itu mengenai apa yang dilakukannya terhadap Afiyah namun dia pasti tentu ada sebab gadis itu bertindak sedemikian.

Tapi apa?

*****

Suha menghampiri Daffa yang sedang duduk termenung di kerusinya.

"Daf, saya rasa baik awak pindah kat depan. Fiyah tak nak masuk kelas ini kalau awak duduk kat sini," beritahu Suha separuh mengarah. Dia agak serba salah kerana terpaksa menghalau lelaki itu. Daffa menarik nafas perlahan.

"Hari ini saja dah dua kelas Fiyah tak masuk. Awak sepatutnya fikir cara lain untuk dekati Fiyah semula. Mungkin awak fikir kalau belajar dan masuk dalam kelas yang sama dengan Fiyah adalah cara yang paling sesuai. Tapi awak pernah terfikir tak kalau rancangan awak ini akan buat Fiyah ambil keputusan untuk berhenti?" sambung Suha dengan kening yang berkerut memandang lelaki itu. Daffa bangun perlahan dari kerusinya.

"Maaf," ucap Suha apabila melihat wajah sayu lelaki itu. Daffa tersenyum hambar.

"Tak apa memang salah saya. Saya memang tak terfikir pun pasal itu. Apa yang saya fikir cuma nak dekat dengan Fiyah. Saya minta maaf kalau Fiyah tak selesa. Awak, saya masih berharap awak dapat bantu saya pujuk Fiyah," balasnya dengan penuh harapan. Dadanya terasa sebak. Suha terdiam memandang lelaki itu. Daffa mencapai begnya dan terus berlalu ke bahagian hadapan kelas.

"Suha," panggil satu suara. Suha berpaling menoleh. Dia mengeluh perlahan sambil menarik kerusinya dan terus duduk. Suha meraup wajahnya.

Not now Dahin…,

Dahin menarik nafas perlahan sebelum berlalu ke tempatnya semula.

Tak boleh kacau minah ini sekarang.

Dia sempat menjeling Daffa yang duduk di barisan paling depan. Melihat dari tingkah laku lelaki itu sejak dari awal, dia sudah dapat meneka yang Afiyah sangat istimewa di hati lelaki itu. Suha menarik nafas lega apabila melihat Dahin sudah kembali ke tempatnya. Dia tahu lelaki itu ingin bertanya mengenai Daffa. Namun buat masa ini dia sendiri tidak tahu apa jawapan yang paling sesuai untuk lelaki itu.

*****

Afiyah mendengus geram sebelum bergegas turun ke tingkat bawah. Dia mencari kelibat Aliya di ruang tamu namun tidak ada. Afiyah bergegas pula ke halaman rumah apabila mendengar gelak ketawa Aliya. Benar tekaannya. Kelihatan Aliya dan Dahin sedang rancak berual.

Tak guna!

Afiyah berjalan pantas menghampiri kedua-duanya.

"Liya!" panggilnya keras. Dahin agak berdebar melihat wajah bengis Afiyah. Aliya sekadar tersenyum sinis.

"Kau memang dah melampau Aliya. Bagi balik pen drive aku!" pinta Afiyah dengan suara keras.

"Hei perempuan! Mulut itu jaga sikit ek. Jangan nak main tuduh aje. Kau ada bukti ke aku ambil benda itu?" balas Aliya sambil mula berdiri. Kini kedua-duanya saling bertentangan.

"Kau jangan nak berdalih pula. Kalau hari itu pun kerja kau dah sah-sah kali ini pun kerja kau juga! Perempuan tak guna! Dasar perosak hidup. Bak sini pen drive aku!" jerkah Afiyah sambil menghampiri Aliya dan menolak gadis itu. Dahin yang sudah berdiri di sisi gadis itu sempat menahan tubuh Aliya daripada terjatuh.

"Tak guna! Kau memang nak kena dengan aku perempuan sial" jerit Aliya kuat. Dia menepis tangan Dahin dan terus menarik rambut Afiyah yang berdiri tidak jauh darinya. Afiyah yang tidak mahu mengalah turut menarik rambut gadis itu. Dahin yang masih terkejut melihat adegan tarik menarik itu pantas menghampiri.

"Liya, Fiyah enough," katanya sambil cuba memisahkan kedua-duanya. Dia agak lega apabila Afiyah melepaskan tangannya. Dahin menarik tangan Aliya yang masih berada di atas kepala Afiyah.

"Liya please," kata Dahin agak keras apabila melihat helaian rambut Afiyah yang berada di tangan Aliya.

"Dia yang mulakan dulu," balas Aliya tidak berpuas hati. Dahin menoleh memandang Afiyah pula. Rambut panjang gadis itu telah menutupi wajahnya.

"Are you okay?" soalnya risau.

"Shut up! Kau cuma bernasib baik hari ini Liya. Ingat kalau kau tak pulangkan pen drive aku sampai malam ini, kau juga akan terima nasib yang sama dengan aku. Kau ingat aku tak pandai nak balas? Kalau kau berani buat lah!" kata Afiyah separuh mengugut sebelum beredar. Aliya mendengus geram.

"Sorry Dahin. Liya masuk dulu. Thank you," ucap Aliya sambil turut berlalu. Dahin mengeluh perlahan sebelum turut beredar pulang.

*****

"Eij tunggu Fiyah. Tapi tak ada pun Fiyah datang," kata Eijaz perlahan agak kecewa. Afiyah menepuk dahinya.

Aduh, macam mana aku boleh lupa. Ini semua sebab Liya dan Daffa lah ini!

"Eij look, I'm really sorry. Fiyah betul-betul tak ingat. I'm sorry," ucapnya dengan perasaan bersalah. Eijaz tersenyum hambar.

"Tak apa," balasnya masih dengan perasaan kecewa.

"Eij jangan lah macam ini. Fiyah memang tak ingat. I'm sorry," ucap Afiyah yang mula tidak senang duduk. Dia berdiri dan melangkah ke beranda biliknya.

"It's okay sayang," balas Eijaz mula tergelak kecil. Dari suara gadis itu saja dia sudah tahu gadis itu risaukannya. Afiyah mula tersenyum. Agak lega mendengar lelaki itu tergelak.

"So macam mana? Eij menang ke?" soalnya agak teruja.

"Tengok lah siapa yang main," balas Eijaz dengan senyuman.

"Tahniah. Hebatnya Eij," puji Afiyah ikhlas.

Menyesal pula tak ingat perlawanan si romeo ini. Kalau pergi, bolehlah aku show dengan si Minah poyo tu! Huh!

Afiyah mendengus perlahan. Rasa marahnya pada Aliya mula memuncak semula.

"Mesti lah. Tengok lah boyfriend siapa," balas Eijaz dengan perasaan bangga. Afiyah terdiam mendengar kata-kata lelaki itu.

"Sayang, esok kita jumpa ek,"

"Esok?" soal Afiyah agak terkejut.

"Kenapa? Dah ada plan lain?" soal Eijaz agak risau. Afiyah menggigit bibir.

"Tak ada. Okay, esok kita jumpa. Eij, Fiyah dah nak masuk tidur ini. Good night," ucap Afiyah sebelum menekan punat merah. Seperti biasa dia tidak pernah memberi peluang kepada Eijaz untuk membalas. Afiyah menarik nafas dalam. Sekarang ini dia mula sedar. Masalahnya bertambah kerana kesilapan sendiri.

Menyesal?

Mungkin sudah terlambat. Afiyah mengeluh pula.

Kau dah buat apa ini Fiyah?



Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.