Kesetiaan
dan kasih sayang adalah anugerah yang sangat berharga kepada mereka yang tahu
menghargainya. Kesetiaan sebenarnya tidak terbatas kepada jantina lelaki atau
perempuan sebaliknya ia merupakan benteng keimanan yang di bina agar diri
dipelihara daripada melakukan perkara yang di luar batasan dalam apa keadaan
sekali pun.
Kesetiaan
dan kasih sayang sebenarnya mempunyai kaitan yang amat rapat kerana apabila
seseorang menyayangi atau di sayangi dengan sepenuh hati maka dia akan berusaha
untuk setia dan berkorban dalam pelbagai bentuk pengorbanan.
“
Sampai bila abang nak hidup macam ni? Bawa-bawalah bertaubat. Abang tu dah tua
tahu tak. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik nyawa abang,” kata Suraya
lembut sekali. Bagi Suraya, istilah setia sudah hilang dalam diri suaminya itu.
Namun
sedaya upaya dia cuba menyedarkan suaminya dari terus bergelumang dengan dosa
dan noda. Kalau boleh dia mahu terus hidup bersama suaminya di dunia dan
akhirat. Dia terlalu sayangkan suaminya walaupun sikap suaminya itu sering
mengguris hati wanitanya.
Adam
mendenggus kuat. Dia terus menunding jarinya kepada Suraya dengan tubuhnya yang
terhuyung-hayang. Alkohol yang telah menguasai segala urat sarafnya membuatkan
dia berkeadaan demikian.
“
Kau tu siapa yang nak nasihatkan aku? Hei sedar dirilah sikit! Kalau tak kerana
aku yang kutip kau di tepi jalan dan angkat taraf kau dan beri kau kekayaan ini
kau dah lama jadi anjing kurap saat ini! Memang perempuan tak sedar diri! Ada
hati nak nasihatkan aku!” Tengking Adam sinis sekali.
Tercalar
hati Suraya apabila mendengarkan bicara suaminya yang ternyata benar sekali.
Bukan dia tidak kenang jasa suaminya yang telah memberikan kemewahan ini
kepadanya. Namun sedarkah Adam bahawa kemewahan ini tidak pernah sekali pun
memberikan kebahagian dalam rumah tangga mereka ini.
“
Su ni isteri abang, isteri yang telah abang kahwini lapan tahun yang lalu.
Tolonglah abang. Berubahlah demi Su dan anak kita, Darius,” kata Suraya dengan
takungan airmata. Hati Suraya hancur. Mengapa Adam menguji Suraya begini.
“
Kurang ajar! Ada hati nak nasihatkan aku pula!” Kata Adam lantas menghadiahkan
penampar di pipi kanan Suraya. Apabila iman tidak menguasai diri, manusia akan
hilang pertimbangan.
Suraya
menangis tersedu-sedu. Ini bukan kali pertama dia menerima penampar dari
suaminya. Malah penampar ini sudah menjadi santapannya saban hari. Tidak cukup
dengan itu, terajang Adam pernah singgah ke tubuhnya kalau Adam merasakan
dirinya tercabar dengan bicara Suraya yang ternyata betul itu.
Dengan
bengis Adam menarik rambut Suraya sehingga wanita jelita itu terdonggak ke
belakang. Dia terus memandang Suraya dengan bahang kemarahan yang semakin
menggila. Bagi Adam, Suraya tidak layak untuk memberikan nasihat kepadanya.
“
Kau ingat aku heran sangat taraf kau sebagai isteri aku! Kalau kau tak tahan
dengan cara aku kau boleh blah dari sini. Aku bila-bila masa sahaja boleh
lepaskan kau! Perempuan bagi aku tidak ubah seperti pelacur!”
Semakin
deras airmata yang mengalir di pipi Suraya. Sudah acapkali dia mendengar bicara
Adam itu yang tidak pernah sekali pun mempunyai rasa hormat terhadap wanita.
Bencikah Adam kepada wanita atau lelaki itu sememangnya merasakan tarafnya
sebagai seorang lelaki lebih mulia daripada seorang wanita?
“
Sampai hati abang nak samakan Su dengan pelacur. Abang jangan lupa pelacur
inilah yang memberikan abang zuriat! Abang jangan ingat abang tu bagus sangat
hanya kerana abang tu lelaki! Lelaki dan perempuan di sisi Allah adalah sama
sahaja yang membezakannya hanyalah keimanan kepadanya!” Kata Suraya cuba
menyedarkan Adam perkara yang sebenar.
Dia
benci apabila Adam menyamakan tarafnya dengan seorang pelacur dan dia tidak
mahu terus-terusan di pandang hina oleh suaminya sendiri.
“
Kurang ajar!”
Sekali
lagi penampar Adam singgah di pipi gebu Suraya membuatkan wanita jelita itu
terjatuh ke lantai. Ada lelehan darah yang keluar di celah bibirnya. Hati
Suraya mula mendendangkan lagu nestapa.
Dengan
bengis Adam menarik rambut Suraya. Cengkaman tangan Adam begitu kuat sekali
sehinggakan Suraya merasakan kepalanya bagaikan mahu tercabut saat itu.
Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.
“
Sekarang kau dah pandai lawan cakap aku ye! Baik aku nak tengok sampai bila kau
boleh melawan aku lagi!” Kata Adam terus menarik rambut Suraya dengan kuat
sehinggakan kepala Suraya terdongak ke belakang.
“
Abang, tolong lepaskan Su. Sakit abang,” rayu Suraya dengan linangan airmata.
Mendengarkan
rayuan tersebut membuatkan Adam semakin memuncak egonya. Dia tahu dia ada
segala-galanya membuatkan Suraya akan terus tunduk dan patuh kepadanya. Baginya
perempuan tidak ubah seperti barang mainan yang langsung tiada nilainya.
Tanpa
memperdulikan rayuan Suraya, Adam terus mengheret tubuh Suraya ke dinding.
“
Kau ingat kau dah layak benar nak nasihatkan aku? Nah rasakan ini!” Kata Adam
lalu menghentak kepala Suraya ke dinding.
Berpinar
mata Suraya apabila kepalanya di hentak sebegitu kuat. Kesakitan itu membuatkan
kepalanya terasa bengap.
“
Maafkan Su, abang. Su yang salah. Maafkan Su…” rayu Suraya dalam esak
tangisnya.
Hanya
itu yang mampu dia lakukan saat ini. Merayu dan terus merayu agar dirinya di
kasihani tanpa sedar perbuatannya ini telah membuatkan suaminya bertambah
tinggi egonya. Ah apa lagi yang mampu dia lakukan sedangkan kesakitan yang
mencengkam ini tidak mampu lagi untuk dia laluinya.
“
Ooo..baru sekarang kau mahu minta maaf? Nah rasakan lagi hukuman yang telah aku
berikan kepada kau!”
Sekali
lagi Adam menghentak kepala Suraya ke dinding. Berdenyut kepalanya apabila
menerima hentakan buat kali ke dua. Suraya lihat ada kesan darah yang melekat
di dinding itu akibat hentakan tersebut. Ah apalah sangat luka di dahinya
berbanding luka hatinya yang semakin bernanah akibat perbuatan kejam suaminya
terhadapnya. Siapakah dirinya yang sebenarnya di mata Adam tatkala ini? Hilang
sudahkah segala kasih sayang yang dibajai mereka suatu masa dahulu sehingga
Adam sanggup memperlakukannya sebegini?
“
Sakit abang. Tolong abang, kasihani Su. Su minta maaf. Tolonglah! Jangan
lakukan Su sebegini lagi. Ia terlalu menyakitkan,” rayu Suraya dengan juraian
airmata.
Airmata
kesakitan yang tiada sempadannya. Luka yang bernanah ini semakin parah. Dia
berasa hina, sehina-hinanya apabila diperlakukan sebegini. Tergamak suaminya
memperlakukannya sebegini. Apa salahnya sehinggakan dia terpaksa menerima
hukuman sekejam ini?
Adam
ketawa berdekah-dekah apabila mendengarkan rayuan isterinya itu. Dia mula
merasakan dirinya kuat dan gagah perkasa. Rayuan isterinya langsung tidak
mengundang simpati dalam dirinya.
“
Sakit ya…ha haa…ha….Nah rasakan lagi!” Kata Adam sekali lagi menghentak kepala
Suraya ke dinding.
Kali ini bukan sekali malah berkali-kali
membuatkan Suraya menjerit kesakitan. Puas sudah Suraya merayu tetapi semuanya
tidak diendahkan suaminya. Malah tiap kali Suraya menjerit makin kuat hentakan
di kepalanya mengenai dinding. Darah yang melekap sedikit semakin banyak
bagaikan sebuah mural abstrak yang di lukis di dinding tersebut. Lelehan darah
jatuh setitik demi setitik mengenai mata Suraya. Kemudian ke pipinya lalu jatuh
mengenai bajunya. Bajunya sudah basah. Suraya tidak pasti adakah bajunya basah
disebabkan peluhnya atau kesan daripada lelehan darah tersebut. Matanya sudah
berpinar. Kesakitan yang mencengkam ini terlalu menyakitkan sehinggakan dia
tidak dapat merasa apa-apa. Badannya sudah semakin lemah. Tangisannya yang
sebentar tadi menggila semakin reda. Dan dalam sekelip mata pandangannya mula
gelap apabila sekali lagi kepalanya di hentak ke dinding.