Mokhtar
meletakkan majalah yang dibacanya di atas meja. Dia berasa bosan. Lagi-lagi
cerita tentangnya. Sakit hatinya. Dia pandang sekali lagi kepada majalah
tersebut.
“Anak
ayam yang baru tumbuh bulu pahat sudah boleh berlari. Pilihan Tan Sri Najib
tepat.”
Begitulah
ayat yang tertera di muka hadapan majalah ekonomi. Wajah Darius yang berpakaian
segak memberikan pose yang terbaik.
Mokhtar percaya ramai wanita yang akan jatuh cinta apabila melihatkan Darius di
dalam majalah itu.
“
Kenapa ni? Jeolous ke?” Tanya Zetty sambil melabuhkan punggungnya di peha
Mokhtar.
Mokhtar
hanya mendenggus. Sedikit pun dia tidak tergoda dengan aksi manja Zetty itu.
Minda dan fikirannya kepada Darius yang semakin popular. Dia benar-benar rasa
tercabar.
“
Wartawan ni tak de isu lain ke yang nak di tulisnya. Asyik-asyik gay boy ni! Papa aku pun satu, suka
sangat bagi kepercayaan kat orang luar!” Kata Mokhtar geram.
Zetty
tersenyum lebar. Dia sudah lama menghidu tentang permusuhan antara Darius dan
Mokhtar yang bermula sejak zaman Universiti lagi. Semuanya gara-gara cemburu
dan hasad dengki Mokhtar di atas pencapaian Darius yang cukup memberangsangkan.
Apatah lagi kedua ibu bapanya sering memuji Darius daripada dirinya.
“
Kenapa you benci sangat dengan gay boy ni? Ops…..I rasa dia bukannya
gay kerana dia selalu melanggan I juga. Hebat juga dia!” Kata Zetty sengaja
mahu membakar lagi kemarahan Mokhtar. Seperti juga Mokhtar, Zetty juga turut
berdendam dengan Darius. Dia tidak boleh melupakan pada bicara Darius kepadanya
suatu masa dahulu. Kalau boleh dia juga mahu melihat Darius jatuh tersungkur.
Biar Darius yang bongkak itu sedar dan insaf.
“
Dia buat semua tu sebab nak tutup gosip yang dia tu gay. Tapi kalau dah gayakan
tetap jadi gayjuga!” Kata Mokhtar
cuba menegakkan pendiriannnya.
“
Dia pun manusia biasa juga. Ada nafsu!” Kata Zetty.
Mokhtar
mencebik. Bencinya kepada Darius semakin berapi. Apatah lagi apabila dapat
menjangkakan penerimaan kedua ibu bapanya apabila membaca majalah ini. Pasti
panjang lebar pujian yang diberikan kepada Darius kelak dan mereka akan
membandingkan pencapaiannya dengan pencapaian Darius. Sakitnya hati hanya Allah
sahaja yang tahu.
“
Eh..you beritahulah kenapa you benci
sangat kepada Darius tu?” Tanya Zetty ingin mengorek rahsia.
Mokhtar
mendenggus kuat.
“
Tah parent I tu, tah apa yang dia
sanjung sangat kepada gay boy tu
sampai adik I pun dia nak jodohkan dengan gay
boy tu. I ni semuanya busuk!” Kata Mokhtar sakit hati.
Zetty
tersenyum lebar. Nampaknya dia sudah menemui ‘rakan kongsi’ dalam
perancangannya untuk menjatuhkan kreadebiliti Darius yang di anggap gah sangat
itu.
“
Jadi apa kata kita buat pula yang Darius tu busuk! You pula wangi!” Kata Zetty.
Mokhtar
pandang lama kepada Zetty dengan seribu persoalan di mindanya.
“
Bagaimana?” Tanya Mokhtar tidak mengerti.
Zetty
tersenyum penuh makna.
“
Apa lagi, kita simbah tahi kat dia lah!”
Kerutan
di dahi Mokhtar semakin ketara. Dia tidak faham pada bicara Zetty itu dan dia
juga tidak mengerti mengapa Zetty juga mahu mengenakan Darius.
“
Kenapa younak buat begitu? Youjuga bencikan Darius ke? Atau Darius
pernah reject cinta you?” Tanya Mokhtar.
Zetty
mendenggus kasar.
“
Yes…I memang bencikan dia sebab dia
sering pandang hina kepada pelacur seperti I ini. Sekarang I nak dia rasakan
bagaimana kalau masyarakat sekeliling memandangnya hina pula!” Kata Zetty
dengan perasaan meluap-luap. Dia tidak sabar untuk mengenakan Darius dan dia
berharap apabila Darius dalam keadaan sebegitu akan kembali melutut kepadanya.
“
Apa yang younak buat dengan dia?”
Tanya Mokhtar tidak mengerti.
Zetty
tersenyum penuh makna. Kemudiannya dia memandang Mokhtar.
“
Orang selalu katakan yang dia tu gay boy
bukan? Sekarang I nak buktikan kepada
masyarakat yang Darius tu gay!”
Mokhtar
juga tersenyum dengan rancangan Zetty itu. Masalah peribadi yang melibatkan
salah laku seks yang bagi pendapat Mokhtar amat memalukan dan akan menjatuhkan
kreadibiliti Darius. Apatah lagi masyarakat melayu terutamanya orang Islam
tidak boleh menerima perbuatan itu kerana perbuatan itu jelas menyimpang dari
akidah Islam.
“
Macamana you nak lakukannya?” Tanya
Mokhtar tanpa sabar.
Zetty
memetik jarinya.
“
Mudah sahaja. Apa yang I perlukan hanyalah duit,” kata Zetty.
Mokhtar
mengeluh lemah.
“
You ni asyik-asyik duit. Nak peluk youpun
kena duit, nak jatuhkan Darius pun kena duit juga ke? Memang dasar mata duitan
betul you ni!” Bebel Mokhtar pula.
“
Alah you ni anak Tan Sri pun kedekut.
Duit bapa you bertimbun, tak luaknya
kalau you bagi kat Isedikit!” Ngomel Zetty pula.
“
Itu duit bapa I. Dia tu kedekut tahi hidung masin. Kalau boleh semuanya dia nak
serahkan kepada Darius kerana baginya Darius bijak menguruskan duitnya dengan
baik. I ni menjahanamkan duitnya adalah sebab itulah dia mahu kahwinkan adik I
dengan Darius!” Terang Mokhtar.
Zetty
berasa bimbang dengan bicara Mokhtar itu. Dia tidak boleh membiarkan Darius
berkahwin dengan perempuan lain. Menjatuhkan airmuka Darius akan membuatkan
masyarakat akan memandang hina kepada Darius. Di saat itulah Darius tiada
pilihan dan terpaksa memilihnya. Fikir Zetty sendirian.
“
Kalau tak de duit macamana I nak upah orang buat kerja?” Kata Zetty.
“
You nak buat apa?”
“
I nak upah orang buat video seks songsang Darius!” Kata Zetty.
Terlopong
mulut Mokhtar mendengarnya. Suatu masa dahulu Thomas juga pernah memberitahu
tentang pembikinan video palsu tetapi dia tidak pernah mengambil pusing tentang
semua itu.
“
Apa? Bagaimana you nak buat?” Tanya Mokhtar. Dia tidak menyangka Zetty boleh
memikirkan tentang idea jahat sebegitu. Pasti Thomas yang memberikan idea itu
kepada Zetty.
“
I upah oranglah buat video tersebut. Nanti muka tu ada orang akan tukarkan
kepada muka Darius!”Kata Zetty.
“
Boleh ke?”
“
Alah teknologi sekarang canggih. Semuanya boleh!”
Mokhtar
yakin pasti Zetty akan meminta bantuan Thomas untuk membuat kerja terkutuk ini.
“
Tapi nanti pasti orang tahu ianya palsu!”
“
Tak kisahlah, yang penting video ini tersebar. Sedikit sebanyak ia akan
mencalarkan maruah Darius!”
Mokhtar
mengangguk berkali-kali. Sedikit sebanyak dia termakan dengan idea Zetty itu.
Dia tidak menyangka pelacur kelas atasan seperti Zetty ini mempunyai idea yang
cukup geliga. Patutlah Zetty sering di langgan oleh VVIP yang sering
mendambakan layanan istemewa daripada Zetty.
“
Bagaimana you nak sebarkan?” Tanya Mokhtar yang masih mendambakan idea jahat
daripada Zetty. Apatah lagi dia masih kurang biasa dengan aktiviti jahat
sebegini.
“
Mudah sahaja. Sekarang ni kan zaman dunia di hujung jari. Sekali clik sahaja
semuanya dapat!”
Mokhtar
mengerutkan dahinya. Dia benar-benar tidak faham dengan bicara Zetty itu.
“
Maksud you?”
Zetty
mendenggus. Patutlah bapa Mokhtar sering mengatakan yang Mokhtar ini bengap
kerana ternyata lelaki ini memang bengap. Penerangan yang mudah sebegitu pun
dia masih lagi kurang faham.
“
I akan sebarkan di internet!”