Home Novel Cinta Sabar Denganku
Sabar Denganku
Zulaikha Rizal
13/9/2021 00:01:31
52,691
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

Ain meletakkan baju yang telah diletakkan di dalam beg galas di ruang tamu. Dia mulai mempersiapkan dirinya semnetara Zaarif sedang membersihkan diri. Ain mengenakan baju kurung yang diberi oleh Zaarif semalam memandangkan Ain hanya mempunyai sehelai baju kurung. Dia tersenyum melihat dirinya pada pantulan cermin.

‘Cantik juga kalau Aku teruskan pakai macam ni’ bisik Ain dalam hati. Ain mulai meletakkan baju Zaarif di atas katil untuk memudahkan lelaki itu. Ain mulai menuju ke ruang tamu dan menunggu Zaarif.

Setelah hampir setengah jam, Zaarif muncul di hadapan Ain sambil memandang ke arah isterinya hairan.

“Ain” panggil Zaarif. Ain mengangkat muka memandang Zaarif dan terus berdiri. Baru sahaja tangan Ain ingin mencapai beg galas itu, tangannya ditahan oleh Zaarif. Ain hanya memandang wajah Zaarif dengan penuh tanda tanya.

“Ain pakai baju semalam?” soal Zaarif hairan. Ain menggeleng.

“Ain dah basuh baju ni semalam, jadi Ain pakai balik. Ini saja baju yang Ain ada” tutur Ain jujur. Zaarif mengeluh perlahan.

“Alang-alang kita gerak awal, apa kata kita pergi cari baju Ain dulu. Kesian isteri Hubby ada sepasang saja baju, ya?” Zaarif tersenyum dengan penuh rasa bersalah. Ain mampu mentafsir perasaan Zaarif dan menggenggam tangan Zaarif.

“Hubby, jangan lah rasa bersalah. Ain kan baru saja nak belajar jadi apa salahnya kalau Ain pakai baju yang sama untuk dua hari berturut” Ain tersenyum. Biarpun rasa bersalah masih menerpa dirinya namun dia lega kerana dikurniakan seorang isteri yang tidak berkira. Zaarif mengambil beg galas dengan tangan kirinya. Tangan kanannya pula menggenggam tangan Ain. 

“Jom” Zaarif mulai melangkah menuju ke arah kereta untuk menyimpan beg galas pada kerusi belakang manakala Ain mengunci pintu rumah dan pagar rumah teres itu.

Mereka berdua mengenakan tali pinggang keledar dan Zaarif mulai menadah tangan bersama-sama Ain untuk membaca doa. Zaarif mulai menuju ke arah kedai baju yang berhampiran sebelum bergerak terus ke arah rumah ibunya, Puan Dahlia.


Kedatangan mereka berdua suami isteri disambut baik oleh Puan Dahlia. Zaarif dan Ain melangkah bersama-sama dalam keadaan Puan Dahlia turut menghampiri mereka. Enjin kereta dibiarkan hidup buat seketika. Ain menghulurkan tangannya namun Puan Dahlia terlebih dahulu mendakap tubuh Zaarif. Zaarif yang tidak perasan mengenai tindakan ibunya terhadap Ain hanya terus melayani karenah ibunya. Puan Dahlia menarik tangan Zaarif supaya mengikutinya masuk ke dalam rumah dan membiarkan Ain bersendirian di belakang. 

Ain yang melihat keadaan itu hanya mengangkat bahu dan terus menuju ke arah tempat duduk pemandu kereta untuk mematikan enjin dan mengambil beg galas mereka. Ain menekan alat kawalan jauh dan kereta menghasilkan bunyi menandakan kereta telah dikunci. 

Ain melangkah perlahan ke arah rumah teres itu. Ain memberi salam perlahan dan terus memasuki ke rumah itu. Buat pertama kali, dia berada di rumah keluarga suaminya. Baru sahaja setapak dia melangkah, kelihatan Zaarif dengan reaksi wajah yang risau dan keadaan yang tercungap-cungap berada di hadapannya. Zaarif menghembuskan nafas lega. Ain terpaku pada kedudukannya.

“Ain, Ain pergi mana? Risau Hubby bila Hubby toleh belakang Ain tak ada” soal Zaarif dalam keadaan mengah.

“Hubby tak matikan enjin tadi, jadi Ain matikanlah dulu. Ambik beg, barulah Ain masuk ni” jawab Ain jujur. Kelihatan kelibat Puan Dahlia dari belakang Zaarif.

“Kan Ibu dah kata, Ain dah besar jadi pandailah dia jaga diri. Arif ni, risau sangat pasal isteri dia. Kan Ain?” soal Puan Dahlia sambil memandang Ain. Ain memalsukan gelak kecilnya kerana terasa kekok dengan persoalan ibu mentuanya.

“Betul tu, Ibu” tutur Ain. Sungguh Ain terasa dirinya pada ketika itu berda dalam suasana yang kekok. Zaarif mengambil beg galas pada tangan Ain dan menggenggam tangan isterinya.

“Ain tu baru pertama kali dekat sini, mestilah Arif risau Ibu. Ain tak tahu lagi selok belok sini” tutur Zaarif lembut kepada ibunya.

“Ain, Jom. Ibu, jom pergi depan. Kita sembang-sembang apa yang patut” Zaarif menarik tangan Ain dan Ain hanya mengikut langkah Zaarif.

Zaarif mengambil tempat bersebalahn dengan Ain manakala Ibunya mengambil tempat berhadapan dengan mereka berdua.

“Kenapa Arif dah lama tak telefon Ibu?” soal Puan Dahlia. Zaarif mulai hairan dengan soalan yang diajukan oleh ibunya. 

“Ibu, Ibu yang tak bagi Arif telefon Ibu selalu kan?” soal Zaarif lembut. Ain hanya mendengar perbualan antara dua beranak itu.

“Mana ada, mulai esok Arif kena telefon Ibu selalu. Janganlah asyik berkepit dengan isteri saja” adu Paun Dahlia. Zaarif tergelak kecil.

“Ibu, takkanlah Arif nak rapat dengan Ain pun tak boleh? Arif dengan Ain kan baru kenal, jadi kami nak kenal diri masing-masing” tutur Zaarif lembut. Sungguh Ain kagum dengan sikap Zaarif yang masih berlembut dengan ibunya.

“Ibu, Ibu masak apa? Arif lapar lah” ujar Zaarif sambil tersenyum.

“Pergilah mandi dulu, tukar baju. Ibu baru nak masak sebab Ibu ingat Ibu nak masaka dengan Ain” Ain mengangkat wajahnya dan memandang wajah Puan Dahlia dan Zaarif silih berganti. Dia menguntumkan senyuman. Zaarif menggenggam kejap tangan Ain.

“Hubby mandi dulu ya” Ain hanya membalas kata-kata Zaarif dengan senyuman. Zaarif mulai mencapai beg galas mereka dan terus menuju ke arah kamar tidurnya. Puan Dahlia mulai berdiri dan mengambil tempat bersebelahan dengan Ain. Puan Dahlia merapatkan jarak anatara mereka berdua.

“Ain, Ibu minta janganlah rapat sangat, berkepit dengan anak Ibu. Sejak kahwin dengan Ain, Zaarif jarang telefon Ibu” lidah Ain kelu.

“Ibu, Ain minta maaf sangat-sangat. Ain takt ahu apa-apa pasal Abang Zaarif tak telefon Ibu” sungguh pada ketika itu Ain terasa seperti diseksa dan seperti ingin lati jauh-jauh dari kawasan kampung itu.

“Ain janganlah rapat sangat dengan anak Ibu, ya?" Ain mengangguk perlahan. Anggukannya yang dia sendiri tidak pasti untuk apa, membuatkan Puan Dahlia tersenyum bahagia. Mereka berdua mulai menuju ke arah dapur secara beriringan. 

Ain ditugaskan untuk menghasilkan bahan tumis. Manakala Puan Dahlia akan melakukan bahagiannya yang lain. Menurut Puan Dahlia, dia ingin memasak Ayam Sambal Tumis. Ain hanya menurut dan melakukan seperti yang diarahkan. Sepanjang proses memasak, Ain langsung tidak mengeluarkan suaranya melainkan disoal oleh Puan Dahlia. Sepuluh patah yang disoal, sepatah yang dijawab oleh Ain. Selesai menumis bahan-bahan masakan, Zaarif muncul di sisi Ain. Melihat sahaja kemunculan Zaarif membuatkan Ain mampu menarik nafas lega.

“Ain pergilah mandi, tuala ada Hubby sangkut dekat tepi almari” tutur Zaarif lembut.

“Ain minta diri, Ibu, Hubby” Ain terus menuju ke arah bilik Zaarif. Saat melangkah ke dalam bilik suaminya, dia terkedu dengan gambar-gambar yang digantung serta susunan perabot dan perhiasan.

“Cantiknya” Ain mulai menuju ke arah gambar keluarga Zaarif. Di dalam gambar itu, kelihatan seorang lelaki yang agak berusia. Mungkin, itulah arwah Abi. Sangkal Ain. Seperti yang dikatakan oleh Zaarif, Ain menuju ke tepi almari dan mengambil tuala. Ain terus memasuki ke dalam bilik air yang sudah pun tersedia di dalam bilik itu.

“Arif, Ibu nak minta sikit boleh? Kalau kamu tak mampu tak apalah” tutur Puan Dahlia seperti menagih simpati. Zaarif yang sedang menyusun pinggan hanya memandang ibunya sekilas.

“Apa dia, Ibu. Cakaplah” 

“Ibu ingat nak minta Arif naikkan duit bulanan Ibu” pandangan Zaarif kini tertumpu ke arah Puan Dahlia.

“Ibu nak buat apa? Ada apa-apa lagi yang Arif tertinggal untuk bayar?” soal Zaarif lembut.

“Bukan. Kawan-kawan Ibu, mereka semua beli emas baru. Ibu seorang sahaja yang tak beli emas” Zaarif mengumpulkan semangatnya dan berjalan perlahan menuju ke arah Puan Dahlia yang sedang mengacau lauk. Zaarif menyandarkan badannya pada kabinet dapur.

“Ibu, setiap bulan Ibu dapat duit pencen. Bukan pencen ibu sahaja yang Ibu dapat, pencen arwah Abi pun Ibu dapat, kan?” Puan Dahlia menundukkan wajahnya. Zaarif mulai diterpa rasa bersalah.

“Ibu, bukannya Arif tak nak belikan Ibu emas. Bukannya Arif tak bagi cuma, cuba Ibu tengok dekat dalam kotak Ibu. Ada berapa banyak simpanan emas Ibu? Tak terpakai Ibu, kan? Ibu pun kenalah faham, sekarang ni Arif ada komitmen lain. Arif dah ada tanggungan baru, Ibu”

“Disebabkan Ain, Arif tak bagi Ibu beli emas?” soal Puan Dahlia. 

“Bukan Ibu, Arif tak bagi Ibu beli emas sebab dah banyak sangat emas dalam simpanan Ibu dekat bank dan dekat rumah. Mengenai Ain, Arif cuma minta Ibu untuk faham bahawa Zaarif dah ada tanggungan baru” 

“Iyalah” Puan Dahlia menutup api dapur dan mulai mencapai mangkuk untuk menghidangkan lauk. Zaarif memandang wajah ibunya penuh kasih.

“Arif ambil dekat atas meja arwah Abi, Ibu ada letak kain batik. Suruh isteri Arif pakai” 

“Baik, Ibu” Zaarif segera menuju ke arah meja arwah Abinya yang terletak bersebelahan dengan ruang tamu dan mengambil kain batik yang disebutkan. Sebelum memasuki biliknya, Zaarif terlebih dahulu mengetuk, bimbang Ain dalam keadaan yang tidak bersedia.

“Masuklah” ujar suara dari dalam. Zaarif tersenyum dan membuka pintu. Kelihatan Ain sedang menyisir dan mengikat rambutnya. Buat pertama kali, Zaarif melihat Ain mengikat rambut. Sungguh wajah wanita itu tampak lebih matang dan ayu jika mengikat rambutnya.

“Hubby, apa menung ni” Ain menampar lembut lengan Zaarif. Zaarif tersengih.

“Ibu ada bagi Ain kain batik, katanya minta Ain pakai” Zaarif menghulurkan kain batik yang diambilnya sebentar tadi. Ain menyambut huluran itu baik. Zaarif segera keluar dan menuju ke arah meja makan.

Dalam keadaan yang malu-malu, Ain yang berkain batik dan memakain kemeja-T biasa turut mengambil tempat di sebelah Zaarif. Zaarif mulai menadah tangan dan mengetuai bacaan doa makan mereka sekeluarga pada tengah hari itu.


“Ain, jom bersiap” ajak Zaarif. Ain hanya memandang Zaarif, meminta untuk dijelaskan. Pada petang itu, hanya mereka berdua yang berada di kawasan ruang tamu rumah. Puan Dahlia pula sedang menikmati waktu tidur petangnya. Pada kebiasaannya, Puan Dahlia akan bangun semula sebelum waktu Asar menjengah.

“Kita pergi naik basikal, ronda-ronda kampung. Ain baru datang sini, kan?” reaksi wajah Ain berubah menjadi teruja. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

“Ibu macam mana?” soal Ain prihatin. Zaarif tersenyum lalu menggenggam kejap tangan Ain.

“Ibu tengah tidur, kan? Apa salahnya kalau kita keluar sekejap. Jangan risau lah pasal Ibu, selama ni Ibu duduk rumah seorang tak ada apa pun. Insha-Allah” Ain mengangguk perlahan dan terus menuju ke arah bilik untuk menukar pakaian. Zaarif terlebih dahulu keluar untuk mengambil dua buah basikal yang berada di ruang belakang rumahnya.

Ain mulai menyarungkan kasutnya dan menuju ke arah Zaarif. Zaarif menghulurkan sebuah basikal kepada Ain. Mereka berdua mulai mengayuh basikal secara beriringan. Ketika mereka berdua sedang menikmati padangan serta suasana kampung, Zaarif sering membawa basikal dalam keadaan yang tidak tegak kayuhannya dan hampir mendekati Ain.

“Hubby, bawalah basikal tu elok-elok. Nanti kita berdua jatuh nanti, buat malu orang sahaja” bebel Ain. Zaarif tergelak.

“Nak buat macam mana, Hubby dah lama sangat tak bawa basikal ni” 

Mereka berdua terus meronda kawasan kampung tanpa menghiraukan masa yang berjalan dengan sungguh cepat. 

Ain jarang merasakan saat bahagia selepas pemergian kedua ibu bapanya. Melihat kepada kebahagian yang dirasakan di hadapan matanya pada saat ini, dia mulai terbayang senyuman kedua ibu bapanya. Ain turut tersenyum tanpa sedar. 

Zaarif berhenti di sebuah rumah. Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 60an sedang menyiram pokok bunganya yang berbagai-bagai serta berwarna-warni. Terasa sejuk mata memandang apabila melihat bunga-bunga yang segar.

“Assalamualaikum, Mak Bedah. Apa khabar?” tegur Zaarif mesra. Mak Bedah menoleh lalu tersenyum apabila melihat wajah Zaarif. Mak Bedah meletakkan pot siram tanamannya ke bawah dan bergerak menghampiri Zaarif. Zaarif turut turun dan bersalaman dengan Mak Bedah. Ain hanya mengikut langkah Zaarif.

“Waalaikumsalam, khabar baik. Alhamdulillah. Kamu sihat?” soal Mak Bedah semula. Zaarif tersenyum.

“SIhat, Mak Bedah. Mak Bedah, perkenalkan ini Ain isteri Zaarif” ain hanya tersenyum sopan memandang Mak Bedah. Mak Bedah mendekati Ain lalu menyentuh lembut wajah Ain.

“Manis orangnya. Pandai kamu pilih” Mak Bedah menjatuhkan tangannya.

“Tak adalah Mak Bedah, biasa-biasa saja” tutur Ain lembut.

“Cantik bunga-bunga Mak Bedah, rajin ya” Ain mulai bermesra. Mak Bedah tersenyum.

“Tak adalah, maklumlah dekat rumah ni Mak Bedah seorang saja. Bosan Mak Bedah. Anak-anak dengan cucu semuanya dekat bandar, jadi Mak Bedah anggaplah yang bunga-bunga ni macam cucu Mak Bedah juga” 

“Mak Bedah, Zaarif tak lama ni. Nanti nak balik dah, katanya Ibu ada program dengan kawan Ibu malam ni” Mak Bedah mengangguk.

“Jadi kamu ada dekat sini sampai petamg ini sajalah, ya?” soal Mak Bedah.

“Iya, Mak Bedah”

“Hati-hati bawa basikal tu, jaga isteri kamu ni elok-elok Zaarif. Terutama sekali Ibu kamu” tutur Mak Bedah penuh makna. Zaarif mengerutkan dahi.

“Kenapa dengan Ibu, Mak Bedah?” soal Zaarif hairan.

“Nanti kamu tahu sendiri lah” Ain hanya memasang telinga dan mengiakan apa yang diakatan oleh Zaarif dan Mak Bedah.

“Iyalah, Assalamualaikum Mak Bedah. Jaga diri” Ain melambaikan tangan kepada Mak Bedah dan disambut dengan baik sekali oleh wanita itu.

“Hubby, siapa Mak Bedah tu?” soal Ain sambil mereka berdua mengayuh basikal.

“Mak Bedah tu, ibu susuan Hubby. Kiranya dengan anak-anak Mak Bedah tu Hubby rapat” Ain mengangguk. Tiba di satu bukit, mereka berdua menuntun basikal untuk menuju ke atas bukit. Sampai sahaja di atas bukit, ain memandang wajah Zaarif dengan senyuman yang nakal.

“Hubby” panggil Ain sambil tersenyum. Zaarif menoleh ke arah Ain dan hairan dengan senyuman yang ditunjukkan oleh isterinya.

“Jom, lumba” Ain tersengih. Zaarif memandang semula ke arah jalan dan memandag semula ke arah isterinya.

“Bukannya selalu, Hubby. Jomlah” pujuk Ain. Zaarif tersenyum memandang Ain dan mulai melabuhkan punggungnya pada sadel basikal. Ain turut mengikut langkah Zaarif.

“Sayang” panggil Zaarif. Ain terus menumpukan perhatiannya pada jalan itu.

“Dalam kiraan, tiga, dua, satu, mula!!” Ujar Zaarif. Zaarif dan Ain terus mengayuh basikal mereka menuruni bukit itu. Dengan penuh riang mereka berdua terus berlumba. Mujur pada ketika itu tiada kenderaan yang melalui jalan itu. mungkin kerana kebiasaannya itu adalah waktu untuk mereka berehat.



Mereka berdua menyinggah di satu kedai runcit. Zaarif membeli aiskrim untuk dnikmati oleh mereka berdua. Setelah membeli, mereka berdua masih meneruskan perjalanan dan tiba di suatu pangkin yang berada di sebelah kawasan sawah padi itu. Mereka berdua menempatkan basikal mereka dan melabuhkan punggun di pangkin.

“Ini, untuk sayang. Yang ini pula untuk Hubby” Ain mengangkat muka memandang wajah Zaarif. Buat pertama kalinya Zaarif menggelarkan dirinya sebagai sayang. Dengan malu, Ain menyambut huluran Zaarif. Zaarif tidak menyedari bahawa dia telah menggelarkan Ain sebagai ‘sayang’.

“Dulu, kat kawasan nilah Hubby dengan kawan-kawan sekampung Hubby main” Zaarif memulakan bicara.

“Mana kawan-kawan Hubby tu sekarang?” soal Ain.

“Masing-masing dah ada haluan, Sayang. Ada yang dah pindah ke Sabah, ada yang dah tak ada dan ada juga yang dah pindah duduk luar negara. Hubby jelah yang masih kekal di sini” 

“Bermakna, masa kecil dan remaja Hubby seronok lah?” Zaarif tersenyum mendengar soalan Ain.

“Mestilah sayang, waktu kecil dan waktu remaja tu sangat-sangat seronok. Dikelilingi kawan-kawan yang baik, waktu tu pula Ibu dan arwah Abi selalu bawa jalan. Setiap kali keluarga Hubby nak pergi berjalan, mesti Hubby akan bawa seorang atau dua orang kawan. Iyalah, anak tunggal kan” cerita Zaarif panjang lebar. Ain tersenyum mendengar cerita Zaarif.

“Seronok” tutur Ain sepatah.

“Ain pula macam mana? Tak nak cerita pada Hubby?” soal Zaarif ingin tahu.

“Masa kecil Ain sangat-sangat seronok. Sampai Ain tak mampu nak pilih peristiwa mana untuk diceritakan kepada Hubby. Masa remaja Ain pula, penuh dengan…” Ain mulai berfikir. Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengambarkan masa remajanya. Melihat keadaan Ain, Zaarif mulai teringat bahawa masa remaja Ain tidak mempunyai kedua ibu bapanya. Zaarif memeluk bahu Ain.

“Hubby minta maaf, sayang. Hubby tak bermaksud untuk sayang ingat balik pasal arwah Ibu dan Ayah” Ain memandang Zaarif sambil tersenyum.

“Mana ada, Hubby. Ain cuma berfikir nak guna perkataan apa yang sesuai untuk gambarkan masa remaja Ain dulu. Ain tak jumpa” Ain tergelak kecil.

“Tak apalah, tak payah fikir. Kita datang sini nak seronok” suasan mulai sepi memandangkan kedua-dua mereka sedang asyik melayani pemandangan yang berada di depan mata dan perasaan masing-masing. 

Setelah waktu hampir melepasi jam lima petang, mereka berdua telah pun tiba di perkarangan rumah Puan Dahlia. Puan Dahlia memerhatikan gelagat mereka berdua melalui tingkap dapurnya. Hatinya terbit rasa cemburu apabila melihat telatah Zaarif mengusik isterinya. Puan Dahlia mulai menuju ke ruang tamu dan melabuhkan punggungnya di sofa.

“Ain ingat lagi yang Hubby kalah berlumba dengan Ain” kedengaran gelakan Ain yang masih terkawal.

“Eh, mana ada. Sayang yang kalah dengan Hubby. Hubby dah siap letak tongkat dah, sayang baru sampai” apabila Ain melangkah sahaja di ruang tamu, senyumannya terus mati sebaik sahaja melihat renungan tajam Puan Dahlia terhadapnya. Ain menelan air liur yang dirasakan sungguh kelat pada ketika itu dan mulai mengikuti langkah Zaarif dari belakang. 

“Ibu, dah lama Ibu bangun?” soal Zaarif lalu melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan ibunya dan diikuti oleh Ain.

“Dah lama lah juga, sempat nak solat dan mandi” jawab Puan Dahlia penuh sinis.

“Lah Ibu, Zaarif bawa Ain pusing-pusing kampung tadi. Ain kan baru pertama kali dekat sini” tutur Zaarif lembut. 

“Kamu pergilah mandi, nanti nak balik dah” ujar Puan Dahlia dengan nada yang mendatar.

“Zaarif dan Ain masuk bilik dulu ya, Ibu” Zaarif mencapai tangan Ain dan membawa Ain masuk ke dalam biliknya. 

Sewaktu ingin pulang, semuanya berjalan seperti biasa. Puan Dahlia mendekati Ain dan mulai bercakap berdua-duaan dengan menantunya. Zaarif yang melihatkan keadaan itu terasa sungguh senang. Senang kerana ibunya dapat menerima kehadiran Ain. Zaarif tahu bukan mudah Ibunya mampu menerima kehadiran orang baru dalam keluargnya.

Semasa dalam perjalanan menuju ke kubur arwah Abi, ain membuang pandangannya ke luar tingkap. Zaarif mulai memarkirkan kereta namun keadaan Ain masih sama. Zaarif menyentuh perlahan bahu Ain dan tanpa dijangka Ain terus berpusing dan menjauhkan sedikit dirinya daripada Zaarif.

“Sayang, kenapa ni?” soal Zaarif sambil mengusap lembut bahu Ain. Ain memandang wajah Zaarif.

“Tak ada apa, jomlah” Ain mulai membuka pintu dan menunggu langkah Zaarif. Mereka berdua berjalan beriringan ke arah kubur arwah Abi. Ain hanya membiarkan apa yang ingin dilakukan Zaarif dan mengerti bahawa pastinya lelaki itu merindui ayahnya. 

Ain juga pernah mempunyai perassaan sama seperti lelaki itu jadi, dia mampu mengerti perasaan suaminya. Ain merapatkan kedudukannya dengan Zaarif lalu menyandarkan kepalanya pada bahu lelaki itu. Zaarif tersenyum dan terus memeluk bahu Ain.

Sungguh Ain pada ketika itu ibarat mengerti apa yang dirasai olehnya. Terima kasih, sayang. Ucap Zaarif dalam hati.


“Hubby, Ain nak singgah bank sekejap boleh?” soal Ain lembut. Zaarif menoleh ke arah Ain. Mereka berdua masih dalam perjalanan pulang ke rumah. kebetulan pada hari itu, jalan sungguh sesak dan membuatkan masa perjalanan mereka bertambah.

“Sayang nak buat apa dekat bank?” soal Zaarif lembut sambil menumpukan pandangannya pada jalan.

Ain mulai rasa bersalah untuk memberitahu sebab dia ingin ke bank.

“Alah, bolehlah Hubby. Sekejap saja” Ain terus memujuk.

“Sayang beritahu Hubby dulu, untuk apa? Barulah Hubby boleh nak bagi keizinan” tutur Zaarif lembut. Tangan kiri Zaarif mencapai tangan Ain lalu menggenggamnya.

“Kalau Ain beritahu Hubby, Hubby jangan marah dan salahkan sesiapa, ya?” pinta Ain. Zaarif memandang Ain sekilas.

“Iyalah, apa dia?” 

“Ibu, Ibu kata dengan Ain, Hubby tak nak bagi Ibu duit disebabkan Ain. Ain pun rasa bersalah jadi dekat dalam akaun bank Ain dadalah sikit duit. Jadi, Ain ingatkan nak bagi dekat Ibu” Zaarif melepaskan nafas perlahan.

“Sayang, tak apalah. Hubby bukan tak nak bagi duit dekat Ibu disebabkan Sayang. Hubby tak salahkan sesiapa tapi nanti Hubby cakap dengan Ibu perlahan-lahan, ya? Kita balik rumah terus, boleh?” 

“Boleh, Hubby maafkan Ain” Ain menundukkan wajahnya. Zaarif melepaskan genggamannya lalu mengusap lembut ubun-ubun Ain.

“Ain tak ada salah apa pun dengan Hubby, kita balik ya?” Ain mengangkat wajahnya. Mata mereka berdua bertemu. Ain tersenyum memandang Zaarif dan Zaarif terus menumpukan perhatiannya. 

‘Apalah yang Ibu cakap dengan Ain. Ni, nasib baik tak bermalam dekat rumah Ibu kalau tidak apa yang dikatanya dekat Ain. Ibu, Ibu’ Zaarif meggeleng kepala tanpa disedari oleh Ain.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zulaikha Rizal