Zaarif sedang membaca buku yang berkaitan dengan agama di atas bukit yang mampu melihatkan pemandangan jalan raya atau keadaan bandar itu dengan sangat jelas. Sedang khusyuk dia membaca, tergerak hatinya untuk menoleh memandang ke arah jalan raya. Tanpa dia sedar, tangannya mulai menutup buku dan menumpukan perhatian pada satu susuk tubuh yang berjaya menarik pemandangannya.
Susuk tubuh itu kelihatan sedang memimpin seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 60an menyeberangi jalan raya pada ketika itu. Bibirnya mulai menguntumkan senyuman manis. Dia akui gaya pemakaian insan itu sungguh tidak menepati arahan Allah yang telah disebutkandi dalam Al-Quran namun, kemuliaan insan itu sungguh tidak terjangka. Biarpun kecil,namun pada pandangan Allah mungkin besar ganjarannya.
Entah mengapa, hatinya tergerak untuk melihat insan itu. Zaarif mulai berdiri dan mengikuti langkah mereka. Dia hanya memerhati dari jauh di atas bukit. Senyuman di bibirnya masih tidak lekang malah, bertambah manis. Tiba di satu tempat, insan yang bersama dengan wanita itu mulai memasuki suatu lorong dan Zaarif mulai berhenti dan terus memerhatikan langkah mereka sehinggalah bayangan mereka tidak lagi kelihatan. Tiba-tiba, Zaarif tersedar akan perbuatannya lalu terus meraup wajahnya.
“Astaghfirullah, Zaarif apa kau buat ni?” Zaarif menggeleng kepalanya perlahan dan segera turun dari bukit itu dan menuju ke surau memandangkan Azan telah berkumandang menandakan telah masuknya waktu solat fardhu bagi waktu zuhur.
Di surau, dia mulai melakukan rutin hariannya iaitu berzikir, membaca Al-Quran, beristighfar serta beriktikaf buat sementara waktu. Sedang dia beriktikaf, dia teringat kepada insan yang telah menarik pandangannya.
Dia mulai berfikir mengapa wanita itu yang menjadi tarikannya sedangkan selama ini pandangannya kepada perempuan yang lain hanyalah sama. Dipandang dengan nilai yang sungguh tinggi dan dia cuba sedaya upaya untuk menundukkan pandangannya daripada melihat mereka. Bukanlah dia tidak memandang insan itu dengan nilai yang tinggi namun,kemuliaannya membuatkan dia tertarik kepadanya.
Dengan menganggap ini semua hanyalah bisikan syaitan, Zaarif mulai menyambung rutin hariannya dan cuba melupakan insan itu. Dia bimbang dia bakal melakukan perkara-perkara yang mampu mendekatkan dirinya dengan zina memandangkan di dalam Al-Quran Allah ada berfirman. Dan janganlah kamu mendekati zina.
Ain mulai melangkah masuk ke dalam rumah milik abangnya berserta dengan ucapan salam dan ketukan pintu.Tiada tubuh manusia yang kelihatan olehnya membuatkan wajahnya berkerut. Tiba-tiba terdengar satu suara yang memanggilnya dengan penuh riang.
“Mak Su!” panggil kanak-kanak perempuan itu dengan penuh ceria sambil berlari ke arah Ain dan mendepakan tangannya lalu memeluk Ain dengan penuh erat. Ain membalas pelukan itu dengan penuh kasih sayang. Ain mulai mendukung kanak-kanak yang baru sahaja ingin mencecah dua tahun ke sofa yang terletak di ruang tamu rumah apartment itu.
“Fina dah makan dah?”soal Ain sambil disertakan dengan senyuman,
“Dah, tadi Mama suapkan.Mak Su tahu tak? Ayah macam budak-budak, suruh Mama suapkan juga” Ain mulai melepaskan tawanya. Sungguh dia tidak menjangkakan abangnya yang tegas rupa-rupanya sungguh manja ketika di samping isterinya.
“Iya? Ayah tu macam budak-budak, kan? Fina makan apa tadi?”
“Makan ayam. Mak Su dah makan?” soal Fina kembali kepada dirinya.
“Belum, Mak Su lapar. Mana Ayah dengan Mama?” soal Ain. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang dengan lembut. Ain menoleh perlahan. Kelihatan abangnya sedang memegang bahunya dan disertakan dengan senyuman.
“Bila Fiqah balik? Abang tak dengar bunyi motosikal Fiqah pun?” soal Syafiq lembut. Matanya dihalakan kearah anak perempuannya sambil menguntumkan senyuman.
“Takkanlah setiap kali Fiqah balik, Abang dengar bunyi motosikal Fiqah?” soal Ain yang hairan dengan soalan abangnya.
“Iya, dengar. Rumah kita ni dekat tingkat satu saja, jadi mestilah boleh dengar. Tempat parkir motosikalpun dekat saja. Jenguk kepala dekat pintu saja dah boleh nampak”
“Abang ni, kuat bebel lah. Ambil Fina, Fiqah nak mandi. Busuk.” Ain menyerahkan Fina kepada abangnya dan terus masuk ke dalam bilik tidurnya lalu bersandar di belakang pintu.
‘Fuh, kalau abang tahu ni, mahu bergegar satu rumah tapi satu masa nanti abang mesti tahu punya. Mana pernah rahsia aku tak bocor kalau dengan abang. Haih’ Ain mulai meletakkan beg silang miliknya dan mengambil tuala.
Baru sahaja dia keluar dari bilik air dengan berpakaian lengkap, Syafiq terus merenung tajam ke arah matanya. Ain mulai menelan ai liur dan menguntumkan senyuman hambar untuk mengendurkan suasana yang dirasakan tegang olehnya. Di sebelah abangnya, terdapat kakak iparnya yang turut memandang ke arahnya sambil mendukung Fina.
‘Mati lah Aku’ bisik Ain dalam hati.
“Abang, Akak, ada apa?”soal Ain gugup.
“Fiqah ada apa-apa nak beritahu Abang?” soal Syafiq dengan suara yang tegas. Kakak iparnya, Raida mengusap lembut belakang suaminya untuk meminta lelaki itu meredakan kemarahannya.
“Tak, tak ada. Kenapa Abang?”soal Ain dengan gugup. Air liurnya pada saat itu terasa sungguh kelat apabila melalui kerongkongnya. Tangannya mulai menggeletar.
“Betul?” soal Syafiq kembali.
“Betul”
“Malam ni, bila Abang balik dari surau Abang nak kita bincang. Nadir telefon Abang tadi jadi tak ada apa untuk Fiqah sembunyikan daripada Abang” Syafiq terus melangkah ke dalam bilik air. Ketika mereka berdua bertembung, Syafiq menepuk perlahan bahu adiknya. Mata Ain pada saat ini lebih tertumpu ke arah wajah kakak iparnya. Raida hanya tersenyum kecil lalu menuju ke arah Ain dan memeluk gadis itu untuk memberikan sokongan kepadanya.
“Aku tak faham betullah dengan dia tu. Kalau betullah dia bagi motosikal dia dekat bekas kekasih dia tu cakaplah dengan Aku. Bukanlah Aku tak marah dia bagi, Aku marahlah juga tapi sekurang-kurangnya jujur dengan Aku. Ini tidak, menipu. Benda dah jelas depan mata Aku pun, dia boleh menipu lagi” bebel Syafiq di hadapansahabatnya.
“Adalah sebab dia, bukannya sengaja. Kau tak tanya dia pun lagi kenapa dia bagi motosikal dia dekat lelaki tu, kenapa dia tak jujur dengan Kau tapi sekarang ni Kau dah bebel awal-awal. Tanyalah dia dulu, Kau kata waktu balik ni Kau nak bincang dengan dia, kan? Ambil masa ni untuk tanya semua benda yang Kau nak minta kepastian pada dia” tutur sahabatnya lembut.
“Baik, Aku tau ada juga salah Aku dalam hal ni. Aku tak cuba faham perasaan dia. insyaAllah lepas ni Aku akan cuba kawal perasaan Aku waktu Aku nak tanya dia nanti”
“Sekarang ni, kita solat Isyak dulu lepas tu, kau bincang elok-elok dengan dia” Syafiq mengangguk kepalanya lemah. Mereka berdua duduk berdua di suatu sudut yang berada di surau itu sementara menunggu masuknya waktu solat fardhu Mahghrib. Syafiq memandang ke arah langit dengan berharap bahawa sebentar nanti dia mampu mengawal emosinya.
Dia cuma terlalu sayang dan bimbang kepada adiknya sehinggakan kadang, dia tidak mampu untuk mengawal emosinya.
Sejak dia berumur enam belas tahun manakala Ain pula berumur dua belas tahun, ibu bapa mereka telah meninggalkan dunia pada hari yang sama. Ayahnya dan ibunya meninggal kerana kemalangan pada hari yang sama dan tempat yang sama.
Sejak itu, dialah yang menjaga Ain dengan penuh kasih sayang. Dia akui bukan mudah untuk berdikari pada usia yang agak muda pada ketika itu tambahan pula dia perlu memberi tumpuan kepada pelajaran untuk mendapat keputusan yang cemerlang supaya dia mampu mencari kerja-kerja dengan agak mudah.
Buat tahun pertama sehingga tahun kedua sejak kematian kedua ibu bapanya, dia menetap di rumah Mak Long yang merupakan kakak kepada ibunya. Mak Long lah yang menjaga mereka berdua sehinggalah Syafiq sendiri meminta izin dengan Mak Long bahawa dia ingin membawa adiknya keluar dan belajar berdikari.
Biarpun Syafiq tahu bahawa berat sungguh hati Mak Long untuk melepaskan mereka berdua namun, dia diminta untuk melakukan perjanjian iaitu jika mereka dalam kesusahan, mereka perlu kembali ke rumah Mak Long mereka. Syafiq berjanji dan hanya beberapa kali sahaja mereka kembali ke rumah itu. Itu pun, hanya kerana ingin melawat dan bukan untuk meminta duit.
Sejak kematian kedua ibu bapanya juga, Syafiq telah berjanji kepada dirinya bahawa tidak akan ada perkara yang buruk akan berlaku kepada adiknya. Biarpun takdir Allah akan menimpakan ujian buat mereka, dia berjanji akan menjaga Ain dengan baik.
Sejak itu jugalah, dia merupakan ibu, bapa, abang, guru serta sahabat buat adiknya yang bernama Ain Nursyafiqah.
Syafiq memberi salam lalu membuka pintu rumah. Dia mulai melihat ke dalam rumahnya perlahan-lahan. Ain kelihatan sedang duduk di sofa rumah itu sambil meribakan anaknya. Isterinya pula kelihatan sedang berada di dapur dan menyediakan makan malam buat mereka sekeluarga.
Syafiq duduk berhadapan dengan adiknya. Anaknya diminta supaya pergi mendapatkan ibunya kerana mereka perlu membincangkan sesuatu. Anaknya akur lalu menuju ke arah ibunya.
Syafiq memandang wajah Ain dengan penuh kasih sayang. Wajah Syafiq tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Wajahnya hanya tenang. Ain menundukkan wajahnya kerana dia sangat gerun untuk menatap wajah abangnya biarpun air muka wajah itu sungguh tenang.
“Fiqah, pandang Abang” Ain mengangkat mukanya perlahan-lahan memandang ke arah mata abangnya. Syafiq mencapai tangan Ain perlahan lalu digenggam.
“Cerita dekat Abang dari awal sampai akhir. Abang tak janji yang Abang tak akan marah tapi, Abang akan kawal emosi Abang” saat itu, Ain terasa ingin mengalirkan air mata namun, dia cuba untuk menahan.
“Boleh, cerita pada Abang?” soal Syafiq lembut.
“Abang tak marah?” soal Ain
“Mestilah Abang marah kalau Fiqah tak jujur pada Abang sebab itulah Abang minta Fiqah cerita semuanya pada Abang” tutur Syafiq dengan nada yang lembut.
“Fiqah nampak Nadir curang dengan Fiqah. Fiqah tak tahulah tapi Fiqah tak cemburu mungkin sebab sejak awal Fiqah tak pernah ada rasa sayang pada dia. Akhirnya, pagi tadi Fiqah minta untuk putus tapi sebagai hadiah terkahir, Fiqah ditampar. Fiqah kena tampar dengan Nadir. Nadir bagi syarat kalau betul Fiqah nak keluar, Fiqah kena serahkan motosikal Fiqah. Jadi Fiqah bagi sebab Fiqah memang dah lama nak keluar cuma tunggu masa yang sesuai” mata Syafiq mulai meneliti wajah adiknya. Dengan spontan, tangan yang menggenggam adiknya kini mengusap wajah adiknya yang masih terdapat kesan bengkak.
“Sakit, Abang” Ain memegang tangan abangnya perlahan.
“Oh, maafkan Abang. Dah sapu ubat?” soal Syafiq lembut.
“Dah, lepas solat tadi” jawab Ain lembut. Syafiq tersenyum memandang wajah Ain,
“Baguslah. Jom, makan. Fiqah tak makan sejak tengah hari kan?” Ain tersenyum. Syafiq mulai menarik tangan adiknya menuju ke meja makan.
Raida memandang perlakuan suaminya kepada adik iparnya. Sungguh lembut serta menyentuh hati. Terbit rasa cemburu di hatinya namun segera diusir memandangkan dia perlu faham keadaan mereka berdua yang hanya membesar dengan mengharapakan antara satu sama lain. Raida tersenyum kecil.